Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Sergei Bordov
Pelakon | Jeff Bridges, Julianne Moore, Ben Barnes
Permulaan tahun 2015 ini dimulakan dengan menonton Seventh Son. Aku sebenarnya tidaklah tertarik mana untuk menonton filem ni atas beberapa sebab. Pertamanya, filem ni dibarisi pelakon yang tidaklah hebat mana pun. Setakat Jeff Bridges dan Julianne Moore yang itu aku rasa tidaklah juga mampu untuk menawan hati aku. Bukan apa, aku selalu bayangkan Jeff Bridges ni sebagai copycat Sean Connery yang sangat menjengkelkan sejak RIPD.
Aku tak kisahlah, dah tak ada filem lain yang nak ditonton, maka aku pilih juga untuk duduk menonton. Maka, cerita yang berfokus tentang cinta tiga segi kejam dan pengkhianatan juga tambah cinta kasih sayang antara ibu dan anak ada elemen tema yang cantik. Aku rasakan temanya mungkin memuaskan dan menjanjikan pengajaran, tetapi ianya tidak mampu untuk memberi cerita yang benar benar mengancam.
Filem ni menggunakan kepercayaan blood moon sepertimana ada dalam filem Hansel dan Gretel juga beberapa filem lain sebagai titik untuk bercerita. Which pada aku, sangat sangatlah aku rasa agak kurang menyerlah dan sudah dapat diagak. Cliche. Tapi, tak mengapalah.
Plotnya pada aku terlalu biasa dan tidak berapa mencapai tahap yang benar benar hebat. Ianya gagak dicambah dengan baik pada setiap sisinya. Malah, aku rasakan premisnya nampak macam terumbang ambing dan kesamarataan yang diberi pada setiap plotnya menyebabkan filem ni tiada jiwa yang betul betul menyerlah untuk sebuah filem epic fantasi.
Dok sembang gebang pasal tema, maka timbul juga persoalan kenapa sebenarnya mamat ke tujuh ni. Kenapa tak enam ke, lima ke? Tapi, kalau kita ketepikan pula persoalan itu dan terima fiksyen ini seadaanya, persoalan besar yang timbul di sini, kenapa anak ketujuh itu dibawa bersama spook sedangkan si Spook ini sebenarnya ada misi peribadi. Nah, ianya bukan kisah seventh son tetapi Spook yang meminjam seventh son.
Justeru, aku boleh simpulkan yang filem ni jauh menyimpang dari matlamat asal. Malah, karakter anak ketujuh itu sendiri tidak menyerlah. Dan semuanya seperti cuba diperbanyakkan karakter, namun setiap karakteristik ditinggalkan untuk dibesarkan juga. Lihat saja watak pembantu Strook yang hanya dicipta untuk membina elemen komedi yang tak menjadi. Kesian.
Namun, kalau korang tutup mata pada persoalan persoalan di atas, aku rasakan filem ni menghiburkan pada aksinya. Mungkin aku rasakan punchline lawaknya macam mengarut dan bullshit. Tetapi, aksinya boleh tahan hebat walaupun aku kira ianya masih lagi pada tahap yang tidak hebat mana. Itu saja moment yang ada nafsu untuk filem ni.
Ada karakter karakter jahat yang pada aku memang cantik paparannya. Siap ada jahat yang tangan empat, dan jadi naga dan jadi monster bla bla bla. Malangnya, kita tidak diperkira untuk ditayangkan pertarungan mereka dengan lebih dasyat dari sekadar cameo sekejap sekejap dalam pertarungan bercampur campur.
Dengan Julianne Moore yang nampak tidak mampu untuk jadi bengis dengan kejahatan, filem ni memang punya sesuatu yang biasa biasa saja. Tak ada yang betul betul umph pada segenap inci. Aku rasakan Seventh Son masih mentah dan tidak betul betul digaul dengan baik. Malah, apa yang diberi hanyalah sebuah perjalanan cerita yang biasa sedangkan ianya boleh pergi lebih dari sekadar ini.
Senang cakap, kalau korang suka monster, korang mungkin suka filem ni sebab filem ni ada banyak monster. Namun, itu jelah yang ada. Monster dalam kisah yang sangat tipikal dan tidak menjanjikan sesuatu yang hebat. Kalau korang nak sesuatu yang menghiburkan, boleh lah jugak. Tapi, nak sesuatu yang hebat, ini bukan filemnya.
3/5
No comments:
Post a Comment