Akan Datang!

Sunday, January 11, 2015

Review: Dollah Superstar

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Kabir Bhatia
Pelakon | Awie, Sharnaz Ahmad, Neelofa, Fizz Fairuz

Filem santai dan ringan ni sebenarnya unik. Aku tak expect filem ni agak unik dan mekar macam ni bila dengar filem ni diberi tajuk Dollah Superstar. Ianya macam tipikaliti filem biasa pada awalnya. Namun, kalau kau dengar filem ni Kabir Bhatia yang punya dan Alfie Palermo yang menulis, maka korang akan jangkakan sesuatu yang sangat tinggi. Seperti filem Setem pada beberapa tahun lepas, Dollah Superstar mengembalikan komedi gaya Kabir Bhatia yang sempurna. 

Filem kali ni menyaksikan Kabir Bhatia mengarahkan filem komedi yang nampak meminjam idea Hindustani. Priyadarshan terlintas di minda. Komedi yang berkait dengan situasi, dan lawak lawak yang sangat segar (kalau nak cerita untuk filem Melayu lah) menjadikan Dollah Superstar ada kick yang sangat baik. Tambah pula dengan syot syot yang power, filem ni sangatlah boleh dikatakan fresh! 

Kabir Bhatia memulakan filem dengan agak kalut. Dengan parody KL Gangster yang juga di akhirnya kita sedar ianya memparodikan dirinya sendiri, filem ni memang memaparkan kritikan dunia filem yang penuh dengan filem gangster. Dan keseluruhan filemnya, kau akan sedar yang gangster tak semestinya hensem, rambut cacak dan juga penuh dengan ayat ayat punch line. Pendek kata, itu semua poyo! 

Awie mempersembahkan lakonan yang sangat menakjubkan. Lakonannya sangat sangat lain dari yang lain. Entah kenapa, wataknya berjaya membentuk sebuah kecomelan yang sangat lain. Jiwa rock Awie hilang terus dan gaya lawak Awie memang satu satunya yang terbaik selepas lakonan lawak tipikal dalam filem filem Mamat Khalid dulu. Ternyata, Awie memang super! 

Aku suka idea yang digarap. Gangster campur pembikin filem mengingatkan idea tentang gangster yang join bikin filem dalam filem Bollywood. Cuma apa yang dipaparkan hanyalah dimalaysiakan, dan digerakkan dengan sambal ikan bilis Malaysia. Ternyata penulisan skripnya sangatlah menjadi dan berjaya mencetuskan lawak lawak yang sangat ok! Babak nak bikin final act tu memang superb! Unik dan cantik! 

Sharnaz Ahmad memang superb jugak! Nampak jambu dan deliver everything dengan sangat sangatlah cantik. Cuma entah, aku kurang sukalah dengan gaya cakapnya yang macam cakap kat kerongkong tu! Macam berbisik je sepanjang filem berjalan. Itu jelah yang aku kurang suka pasal Sharnaz dalam filem ni. Yang lain total awesomeness. 

Sebuah filem kritikan sinis filem gangster Malaysia yang memang boleh bikin gempak. Lawak slapstiknya yang memang cantik (walaupun banyak benar adegan dalam gudang) memang menjadikan Dollah Superstar filem komedi slapstick Kabir Bhatia yang cantik. Dollah Superstar memang sebuah lagi filem komedi yang menjadi untuk tahun 2014. Dan ya, pengarah ni nampak lebih berjaya dalam komedi berbanding seram (rujuk Azazil). 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...