Akan Datang!

Thursday, January 29, 2015

Review: Kaki Kitai

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mohd Azaromi Ghozali
Pelakon | Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie

MIG cuba sedaya upaya untuk lebih baik dari sebelumnya. Melihat kepada gaya yang dipaparkan dalam Kelibat, MIG sudah mula ubah intro filem. Aku dah sedar yang kredit scene dah mula jadi lebih unik dan juga nampak unik. Improvement tu bagus. Tapi, kalau team skrip MIG masih tak berubah, aku rasakan filem filem MIG masih tak ganjak banyak mana pun. Contoh paling dekat, ialah filem Shaheizy Sam dan Fezrul Khan ni. Hampeh bro! 

Filem ni seperti nak bawa elemen orang putih punya filem. Ada duo punya aksi yang saling memerlukan dan memang lain karakteristik. Kemudian, masing masing berada dalam satu situasi yang dibina untuk membentuk kekacauan yang tersendiri. Kemudian, dari masa ke masa, event event filem mula terbantuk dan dua duo kita akhirnya menjadi semakin rapat dan memahami. 

Itu bagus, tapi, aku rasakan idea Hollywood yang nak dibawakan dalam filem ni nampak seperti mentah dan kurang garam. Walaupun sebenarnya aku puji ideanya yang nampak superb kalau digarap dengan sempurna, aku terpaksa katakan yang panel MIG nampaknya telah meng’sampah’kan idea yang aku rasa boleh pergi jauh kalau kena pada tempatnya. 

Shaheizy Sam bawa karakter yang pada aku punya satu roh untuk menjadikannya sebagai karakter yang diingati. Namun, aku rasakan gandingannya dengan Fezrul Khan nampak tidak sempurna. Mereka berdua mungkin boleh menjadi kalau bukan Din dan Ayoi yang mereka lakonkan. Fezrul memang sangat sangatlah buat aku menyampah, tetapi Shaheizy Sam nampak cuba kawal namun tenggelam sekali dengan Fezrul. 

Totally a piece of crap untuk sebuah idea yang segar bugar. Dua mamat yang memang crazy, campur sikit elemen gangster dan polis, nampak perfect. Tapi, sangat keciwalah apabila final punya product nampak sangat sangat ‘sampah’. 

Filem ni tidak mampu pergi jauh dari filem cliché MIG. Banyak drama dramanya hanya dibina hanya untuk melengkapkan filem dan bukannya untuk melengkapkan roh dan juga kehendak filem. Aku mencari moment moment yang umph dan mampu untuk membentuk satu bahagian filem yang boleh dikagumi dan dipuji. Tapi, aku rasa setiap babaknya tidak mampu untuk sampaikan apa yang pengarah mahu sampaikan. 

Lawaknya tak cukup walaupun dialog Shaheizy Sam cuba untuk mencari punch line yang sempurna. Malah, ideanya yang merapu raban nampak kadangkala terkeluar dari landasan dan menjadi ‘gila’ dan melupakan apa yang sebenarnya nak diceritakan. Malah, dialog polis nampak macam ditulis semasa minum kopi sambil sembang2. Terlalu skema macam baca buku teks, bro! Apa jadah! 

Sampah! Malang sungguh idea yang segar sebegini tidak mampu untuk diberikan skrip yang bagus. Takkanlah idea segar, tapi masih skripnya tahap lama. Korang dah bangun, bangun betul betul. Filem yang baik bukan hanya pada kredit dan visualnya yang bagus. Tapi, ceritanya juga harus digarap dengan betul betul baik. Janganlah in the end, korang jadi ‘kaki kitai’. 

2.5/5

Monday, January 26, 2015

Review: Kelibat

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Ellie Suriati Omar, Fauzi Nawawi, Nizam Zaidi

Ini yang aku panggil improvement. Nampaknya filem ni, antara yang berjaya untuk menarik perhatian aku untuk berdiskusi tentangnya. Plot twistnya dan segala isi perut filem ni nampak segar bugar walaupun masih dibayangi filem filem seram MIG yang lain. Kelibat ialah sebuah filem yang berjaya memberikan perasaan ingin tahu yang ok, walaupun ianya masih nampak tipikal dalam beberapa bahagian. 

Idea filem ni mungkin aku boleh katakan sebagai segar. Kelibat sebenarnya bukanlah filem seram yang menyeramkan. Ianya lebih kepada psycho dan jugak thriller yang menggunakan seram untuk menutup kejutan psycho thrillernya. Permulaan filem ni yang cantik, dan separuh masa pertama yang menekankan konflik keluarga nampak menjadi walaupun karakternya sikit je. 

Malah, selain daripada idea, filem ni bermula dengan penekanan terhadap hantu yang mirip filem filem Thai dan Asia. Permulaan filem yang ada babak hantu di cctv dan juga paparan akhbar berkenaan hantu hantu famous di Malaysia menjadikan permulaan filem ni ada grip yang bagus. Separuh masa pertama filem, yang bermain di dalam rumah ada kerja kamera yang boleh dikatakan hebat dan luar biasa. 

Filem ni pada aku tidaklah melebih lebih pada setnya, seperti Flat 3A. Bermain dengan gelap yang cukup sifat, dan menimbulkan rasa ragu dari masa ke masa adalah elemen yang sempurna. Tapi, apa yang aku cakap ni hanya berlaku di separuh masa pertama filem. 

Filem ni mula merudum di saat kejutan dan perubahannya tiba. Bila family semua dah mula mengalami moment seram, filem ni mula menjadi filem yang tipikal. Elemen seramnya diisi dengan moment yang sangat tipikal dalam filem seram dan menjadikan bahagian seram filem ni menghilangkan roh di fasa pertama. 

Tetapi, saat penonton dah mula bosan dengan kejutan yang semakin lama semakin hilang taring, geng di sebalik idea Kelibat ni bijak untuk tarik balik penonton untuk kembali menonton. Moment akhir filem ni, yang mana memberikan ‘twist’ yang besar antara bahagian yang betul betul memberikan Kelibat pengalaman yang berbeza. 

Namun, secara peribadi, Kelibat masih boleh berdiri tanpa elemen hantu. Kelibat boleh muncul sebagai filem psycho thriller, dan kemudiannya kejutan besar di akhir filem disatukan. Pada aku, babak hantu selepas keluarga ni jadi baik secara tiba tiba hanyalah dibina untuk memanjangkan waktu filem dan tidak ada apa apa motif. 

Babak hantu sebenarnya menjadikan filem ni berselirat untuk dijelaskan. Scene Elly Suriati dalam bilik mainan bersama anaknya, yang menjadi part penjelasan kepada semuanya tidak disambungkan dengan baik. Pendek kata, hujung filem ni nampak tidak dihias dengan sempurna walaupun endingnya ada kejutan yang betul cantik kalau hiasannya betul. 

Totally, a great piece from Hashim Rejab. Great CGI dan juga permainan visual yang baik. Ceritanya sempurna dan segar. Walaupun begitu, aku tidak berkata yang filem ni cukup sifat untuk jadi filem yang terbaik. Secara peribadi, Kelibat delivers apa yang betul betul terbaik dan ya, MIG berjaya untuk membuatkan aku berfikir dan mencantum apa yang sebenarnya berlaku dalam filem ni. 

3.5/5

Friday, January 23, 2015

Review: Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mamat Khalid
Pelakon | Syuib Sepahtu, Syuq Balas, Soffi Jikan, Zarina Anjoulie

Akhirnya, seperti ayat ayat review yang aku baca, Mamat Khalid sudah buat filem gangster. BUkan ala ala KL Gangster, dan bukannya ala ala filem Gangster yang selalu kita tonton. Mamat Khalid memang membina sebuah filem gangster dengan acuannya yang tersendiri. Ada semangat kenegerian Perak yang menebal dalam filem ni, typical Mamat, dan isi pentingnya, Amir dan Lokman Pergi Ke Laut memang sebuah gangster yang sempurna. 

Menyebut soal parody, Mamat memang pandai bab bab ni. Amir dan Lokman Pergi ke Laut ini lebih kurang macam Hantu Kak Limah dan Zombie Kampung Pisang juga. Filem ni mengkritik dan mencuit filem filem gangster yang ada dalam suasana yang unik dan kemas. Ada elemen elemen yang artistic dan menjadikan filem ni sangat cantik dipandang dan sedap didengar. 

Mamat tidak membawa tipikal gangster. Hensem dan macho bukanlah karakter yang dipaparkan dalam filem ni. Melalui Syuq BALAS dan juga Syuib SEPAH, pelakon utamanya digambarkan sebagai kelakar, lurus bendul dan berada dalam satu suasana gangster yang mirip konflik filem filem China. Ah, lagipun memang Mamat paparkan suasana cina pun dalam filem ni. Maka, tidak hairanlah plotnya pun lebih kurang filem Cina. 

Amir dan Lokman tidak pergi ke laut sebenarnya. Filem ni tak ada paparan laut mahupun sampan. Apa yang ada hanyalah kisah diorang berdua ini nak keluar dari dunia gangster. Dan sepanjang mengutip duit untuk bayar wang untuk lepaskan diri dari dunia gangster, masalah berlaku. Dan setiap inci filem ini hanyalah tentang mereka, dan cita cita mereka untuk menjadi baik. 

Filem ni memang lain dari yang lain. Kalau korang tak nak tengok pada plot pun, tengok pada lakonan mamat dua ekor tu pun dah cukup. Mamat berjaya membawakan sebuah filem duo yang memang jarang kita lihat dalam filem filem melayu. Penekanan terhadap kisah Amir dan Lokman serta jiwa mereka memang menjadikan filem ni ada lawaknya, emosinya dan juga jiwanya. Sempurna dari segi itu. 

Suntingan filem ni juga antara yang sangat top notch. Gerakan kameranya cantik dan ada soul gitu. Aku mungkin tak tahu nak terangkan macam mana, tetapi apa yang Mamat Khalid bawakan dalam filem ini memang lebih baik dari semua filem filem Mamat sebelum ni. Ah, mungkin aku boleh kata, ini ialah level Mamat yang lebih baik lepas Apokalips X. 

Musiknya juga, garapan orang yang pernah bikin muzik filem Goliath dan Lelaki Harapan Dunia juga memang sangat cun. Muziknya memang memainkan peranan penting dalam memberikan roh yang sempurna filem ni. Aku tak nak cakap banyak, tapi muzik filem ni unik dan menjadi satu simbol filem ni yang superb. 

Ohsem! Amazing dan fantastic! Akhirnya Mamat Khalid mencapai orgasm dalam bikin filemnya. Dalam bikin filem parody, Mamat nampaknya berjaya naik ke satu tahap dimana pengarah zamannya tidak mampu untuk ada. Dia pandai mengikut zaman, pandai membawa apa saja citarasa ikut masa, dan antara pengarah yang sangat bijak bermain dengan sindiran. Perfecto untuk filem ni! 

4.5/5

Tuesday, January 20, 2015

Review: Syirik, Mistik, Tahyul

Tahun Terbit | 2014
Pengarah| M Subash
Pelakon | Mak Jah, Sura Sojangi, Kalpana Sundraju, Naqia Nasution

Sesungguhnya aku rasa lega bila M Jamil sudah berhenti buat filem hantu. Aku rasakan demam filem hantu yang pakai manusia ni dah habis. Bila M Jamil dah terkubur, tiba tiba muncul pulak sebiji lagi. Mungkinkah M Jamil ini geng Hydra yang terkenal dengan motto kalau potong satu kepala dua lagi akan tumbuh? M Subash ialah kebangkitan M Jamil dan seseorang, please stop this man from making movies yang menipu pengguna panggung. 

Amat merugikan kalau kau sebenarnya rasa teruja dengan M Subash. Malah, aku rasakan siapa yang taksub dengan filem M Subash hanyalah mahu menonton adegan adegan berahi yang diletakkan menggunakan pelakon non Malay yang memang tak nampak horny mana pun. Malah, pengarah ini juga tidak mampu untuk bikin filem yang benar benar filem sebab filem ni hanya layak berada dalam panggung experiment budak budak universiti. 

Kau nak orang bayar untuk tonton filem kau, then kau letak pelakon yang entah mana mana datang. Muncul di kaca tv pun tidak, muncul di layar besar lagilah tidak. Dan kau nak orang rasakan yang filem ni berbaloi untuk sebuah penontonan? OMG! What happened to this man my fren. Dia sedang seperti berpusing dan berpusing membuat benda yang sama dan perkara yang sama. Cuma apa yang berubah hanyalah tajuk filemnya saja. 

Mistik Syirik Tahyul ini hanyalah benda recycle dari Cara Mengundang Hantu (see, betapa aku setianya menonton walaupun benci dan meluat dengan pelakonnya yang berlagak jerit terpekik lolong tapi satu emosi pun tak ada). Plot yang tipikal, cerita tiga bangsa yang biasa, dan juga sinematografi yang memang terlalu ‘berlagak’ untuk menjadi sesuatu yang istimewa. 

Plot yang ada tiga itu, kalau dibahagi, sepatutnya rasa debar, rasa ingin tahu dan rasa mahu ikut, tapi malangnya, menonton 30 minit filem ni pun sudah buat aku rasa macam tonton lebih satu jam. Lambat benar masa berjalan. Gagahkan jugaklah menonton untuk cari benda benda yang unik dan best untuk dipuji. Malangnya, semuanya berakhir sia sia. 

Masih menggunakan pelakon yang recycle dan sanggup berlakon dengan pengarah ni seperti Khatijah Tan, filem ni memang tahap filem budak universiti. Apa tidaknya, cerita pendek yang dilakonkan pelakon India dipenuhi adegan rogol yang memaparkan perut buncit si lelaki dan juga lakonan yang sangatlah menjengkelkan. Cerita pendek Cina pula sangatlah tipikal dan hampeh. Cerita pendek yang Melayu pulak hanyalah seperti sebuah uji bakat. 

Jadi persoalannya di sini, mengapa kau bikin filem kalau kau nak bereksperimentasi. Kalau nk berekperimentasi macam ni dari dulu, seharusnya rakam dan papar di tv. Ah, aku rasakan tv pun tak nak lah filem filem sampah macam ni. Tak ada peningkatan. Cuma aku rasakan filem lakonan Imuda dahulu je yang aku rasa cantik dan hebat! The rest, shit! 

Totally a waste of time kalau menonton. Aku dah bazirkan masa untuk korang, so korang janganlah bazirkan masa untuk tonton. Aku rasa, kita seharusnya menghentikan mamat ini dari buat filem lagi kalau inilah jadinya. Seharusnya in future, M Subash patut ketengahkan muka famous untuk penonton rasa berbaloi untuk bayar menonton filem ni dan bukannya letak budak mentah untuk sekeping tiket. 

1/5

Saturday, January 17, 2015

Review: Rise of the Planet of the Apes

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Matt Reeves
Pelakon | Andy Serkis, Gary Oldman, Keri Russell, Jason Clarke

Honestly, aku terhibur dengan reboot filem Planet of the Apes, Rise of the Planet of the Apes yang pada aku menjanjikan satu kehebatan baru dalam beberapa perkara. Pertamanya, filem ini menggunakan CGI yang gempak untuk menghidupkan situasi dan membawa satu level lebih tinggi untuk sebuah filem berkenaan apes. Semua falsafah dan evolusi beruk dan jiwanya dengan watak manusia menjadikan ianya sebuah filem tentang apes dan manusia yang sempurna. 

Nah, sekarang merangkak ke 10 tahun akan datang, muncul Dawn of the Planet of the Apes. Melangkau jauh dari kisah pertama, semua watak watak filem pertama dihilangkan menjadikan filem ni hanya disambungkan melalui Caesar si apes yang bijak dan berevolusi. Dan apa yang korang alami ialah sebuah kisah yang berat dan sangat sangatlah nampak seperti filem Nolan dan juga roh filem Godzilla yang dilakonkan beruk. 

Sejujurnya, filem ni milik Caesar. Kisah filem ni nampak tidak difokuskan kepada manusia dan menjadikan roh filem ni sangat lain macam. Mana tidaknya, kau akan lihat subtitle yang hanya menterjemahkan beruk bercakap, yang pada aku memberikan rasa sunyi dan juga diam tetapi pada masa yang sama memberikan peluang untuk kita melihat bagaimana interaksi beruk beruk yang berevolusi. 

Mungkin itu ialah antara benda best dalam filem ni. Namun pada akulah, aku rasakan moment beruk bercakap bahasa mereka antara babak babak yang agak payah nak hadam. Bukan kata tidak baik kea pa, cuma aku yang tidak dapat menerima hakikat ceritanya begitu. It seems funny sometimes. But aku faham semuanya dibina untuk nampakkan beruk itu lebih realistik. 

Caesar dan Koba, yang mana menjadi beruk tumpuan dalam filem pertama dibina sebuah konflik sendiri. Walaupun konflik manusia dan beruk bermula sebagai akar, filem ni sikit sikit berubah menjadi konflik Caesar-Koba yang sengit. Aku puji Koba yang pada aku memberikan roh filem yang kejam dan jujur. Koba ialah paparan kekejaman manusia terhadap binatang. Dan ya, Koba antara karakter beruk jahat yang sempurna. 

Caesar memang memberikan gaya beruk yang ada roh. Tidak dinafikan lakonan Andy Serkis berjaya memberikan Caesar sebuah emosi yang payah nak hadam kalau tak kena dengan pelakonnya. Caesar pula ialah bayangan kasih sayang manusia terhadap binatang dan pandangan binatang terhadap manusia. 

Teruja dengan visual beruk yang nampak realistik, dan juga babak babak yang mengkagumkan, Dawn of the Planet of the Apes punya moment yang sendiri. Menontonnya ialah sepertimana korang rasa ketika menonton Godzilla. Banyak babak babak sunyi, tetapi dengan bantuan skor muzik yang tepat dan jitu, bulu roma akan berjaya naik dan mata akan terlekat dengan sempurna menatap grafiknya. 

Tak semua akan hadam dengan filem ini. Banyak moment senyap yang perlu dihadam. Jadi, walaupun aku rasa filem ni memang layak dipuji, secara peribadi, aku pun rasakan sebegitu. Pujian pada kejayaan memberikan gambaran lebih berat dan dalam tentang persoalan manusia dan haiwan dan jiwa manusia dan sebaliknya yang membuatkan kita berfikir. Matt Reeves ibarat the next Nolan. Cuma beruk tulah Batmannya. 

3.5/5

Wednesday, January 14, 2015

Review: Teenage Mutant Ninja Turtles

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jonathan Liebesman
Pelakon | Megan Fox, Jeremy Howard, Tony Shalhoub

Nah, apa lagi yang boleh diharapkan kalau Michael Bay ada di belakang Teenage Mutant Ninja Turtles. Sebuah lagi karya ala ala Transformers yang boleh dikatakan macam satu usaha untuk menunjukkan yang tanpa Michael Bay di kerusi pengarahnya, filem akan jadi lebih baik. Tapi, sepanjang menonton TMNT ini, aku rasa ini hanyalah cermin kepada Transformers. Dari gaya pengarahannya, semua cara persembahannya, ianya hanyalah sebuah lagi Bay’s film dari Liebesman.

Im one of Bays fan, tetapi aku expect something yang lebih baik dari ni. Ok, dari ceritanya sahaja, aku rasakan TMNT hanyalah sebuah filem reboot yang sangatlah biasa. Mana tidaknya, kalau korang orang Melayu, kenal Professor Klon dan Cicakman, maka korang akan sedar yang plotnya lebih kurang sama. Tidak ada cara untuk menjelaskan persamaan ini, tetapi kesimpulannya, plotnya hanyalah satu benda yang ringan dan kurang original.

Malah, wataknya, Megan Fox dan seluruh alam TMNT nampak seperti tidak ditekankan dengan benar benar kuat. Sepanjang aku menonton, aku rasakan seolah olah aku tertinggal banyak benar babak babak penting. Macam sebelum TMNT ada satu lagi filem yang menjelaskan semuanya. Padahal, ini ialah filem reboot yang pertama! Maaf aku cakap, TMNT tiada penekanan pada watak, dan semua penyu penyu tu, satu pun kau takkan dapat rasa feelnya.

Aku tak juga rasa yang muzik Brian Tyler mampu memberikan roh yang benar benar kena dengan filem ni. Entah kenapa, rasa kosong dan tidak betul betul kena. Mungkinkah Jablonsky dan Zimmer juga yang selayaknya berada di sini?

Namun, for all Bays fans, korang akan rasa puas hati dengan gaya visual filem ni. Liebesman pun sudah menjadi seorang lagi Bays. Aku suka kerja kameranya yang agak kasar dan kelam kabut dan syot syot yang memang ikonik. Macam filem ni Michael Bay punya pulak! Adegan truck menuruni curam tu antara babak yang best dan memang super ohsem dalam filem ni. Memang tapik kepada Lula Carvalho yang memberikan sinematografi yang superb!

Malah, disebalik plot yang memang budak budak punya barang, aku rasakan yang komedinya kadangkala memang menjadi. Telatah empat orang penyu ninja ni memang melucukan dan walaupun sesetengah orang akan cakap yang lawak tu akan membunuh originality ninja turtle, aku rasa sebagai fans Bays, aku accept it!

Megan Fox memang akan mengembalikan kenangan Transformers. Tanpa Wicthwicky seperti dalam Transformers, pelakon ni memang nampak keseorangan tanpa pelakon lelaki yang betul betul serasi. Aku rasakan yang dia hanyalah berada di sini supaya peminat TF menonton filem ni dengan harapan mengembalikan ‘sejarah hitam’ yang berlaku. 

Apapun, kalau nak harapkan filem ni hebat sangat, memang tak boleh. Sebab ianya macam ditarget untuk hiburan kanak kanak. Super ohsem pada visual, go Bay! Kau hebat! Namun, originalitinya sangat kosong. Cerita recycle. Melayu pun dah buat lah plot ni! Namun, untuk sebuah lagi filem Liebesman, aku rasakan yang pengarah ni mampu untuk membentuk filem ni lebih baik, kalau Bays tak biaya. 

3.5/5

Sunday, January 11, 2015

Review: Dollah Superstar

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Kabir Bhatia
Pelakon | Awie, Sharnaz Ahmad, Neelofa, Fizz Fairuz

Filem santai dan ringan ni sebenarnya unik. Aku tak expect filem ni agak unik dan mekar macam ni bila dengar filem ni diberi tajuk Dollah Superstar. Ianya macam tipikaliti filem biasa pada awalnya. Namun, kalau kau dengar filem ni Kabir Bhatia yang punya dan Alfie Palermo yang menulis, maka korang akan jangkakan sesuatu yang sangat tinggi. Seperti filem Setem pada beberapa tahun lepas, Dollah Superstar mengembalikan komedi gaya Kabir Bhatia yang sempurna. 

Filem kali ni menyaksikan Kabir Bhatia mengarahkan filem komedi yang nampak meminjam idea Hindustani. Priyadarshan terlintas di minda. Komedi yang berkait dengan situasi, dan lawak lawak yang sangat segar (kalau nak cerita untuk filem Melayu lah) menjadikan Dollah Superstar ada kick yang sangat baik. Tambah pula dengan syot syot yang power, filem ni sangatlah boleh dikatakan fresh! 

Kabir Bhatia memulakan filem dengan agak kalut. Dengan parody KL Gangster yang juga di akhirnya kita sedar ianya memparodikan dirinya sendiri, filem ni memang memaparkan kritikan dunia filem yang penuh dengan filem gangster. Dan keseluruhan filemnya, kau akan sedar yang gangster tak semestinya hensem, rambut cacak dan juga penuh dengan ayat ayat punch line. Pendek kata, itu semua poyo! 

Awie mempersembahkan lakonan yang sangat menakjubkan. Lakonannya sangat sangat lain dari yang lain. Entah kenapa, wataknya berjaya membentuk sebuah kecomelan yang sangat lain. Jiwa rock Awie hilang terus dan gaya lawak Awie memang satu satunya yang terbaik selepas lakonan lawak tipikal dalam filem filem Mamat Khalid dulu. Ternyata, Awie memang super! 

Aku suka idea yang digarap. Gangster campur pembikin filem mengingatkan idea tentang gangster yang join bikin filem dalam filem Bollywood. Cuma apa yang dipaparkan hanyalah dimalaysiakan, dan digerakkan dengan sambal ikan bilis Malaysia. Ternyata penulisan skripnya sangatlah menjadi dan berjaya mencetuskan lawak lawak yang sangat ok! Babak nak bikin final act tu memang superb! Unik dan cantik! 

Sharnaz Ahmad memang superb jugak! Nampak jambu dan deliver everything dengan sangat sangatlah cantik. Cuma entah, aku kurang sukalah dengan gaya cakapnya yang macam cakap kat kerongkong tu! Macam berbisik je sepanjang filem berjalan. Itu jelah yang aku kurang suka pasal Sharnaz dalam filem ni. Yang lain total awesomeness. 

Sebuah filem kritikan sinis filem gangster Malaysia yang memang boleh bikin gempak. Lawak slapstiknya yang memang cantik (walaupun banyak benar adegan dalam gudang) memang menjadikan Dollah Superstar filem komedi slapstick Kabir Bhatia yang cantik. Dollah Superstar memang sebuah lagi filem komedi yang menjadi untuk tahun 2014. Dan ya, pengarah ni nampak lebih berjaya dalam komedi berbanding seram (rujuk Azazil). 

4/5

Thursday, January 8, 2015

Review: As Above, So Below

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | John Erick Dowdle
Pelakon | Perdita Weeks, Ben Feldman, Edwin Hodge

Gagal untuk memberikan momentum sebuah pengalaman menonton filem found footage yang sempurna. Walaupun aku terpengaruh dengan Legendary Pictures yang muncul, filem ni memang tidak mencapai standard filem found footage yang baik. As Above, So Below hanyalah sebuah filem yang cuba untuk menjadi sangat real sehingga ‘filemnya’ macam tiada. Pendek kata, kalau tak paham aku cakap, filem ni bukanlah filem found footage yang baik. 

Kali ni, filem ini mengexplore dunia catacomb yang ada kat Paris. Memilih untuk membina sebuah fiksyen dalam sebuah tempat yang ramai jugak orang tak tahu ni memang bijak. Tapi, memilih untuk membina sebuah fiksyen yang sangat melampau memang bukan benda yang memberikan perasaan takut untuk menonton filem ni. 

John Erick Dowdle, membawakan filem ni dengan sangat melebih lebih. Ideanya nampak tidak sesuai untuk filem found footage. Rasa macam kebenaran ianya benar benar terjadi kurang, tidak seperti korang menonton Cloverfield. Walaupun korang tau ceritanya ialah fiksyen, korang akan still rasa adrenalinenya seolah olah korang berada dalam filem tu. 

Mungkin cuba untuk jadi lain dari yang lain, As Above, So Below membawakan kisah neraka, pintunya dan survival dalam ruang yang sangat sempit, Pada aku, idea tu meyakinkan. Namun, bila kau paparkan banyak benda benda yang sangat nak unrealistic dan tertalu banyak pulak idea idea yang menghampiri gaya filem biasa, ianya tak banyak membantu untuk naikkan mood filem ni. 

Dari awal filem, yang bermula dengan perasaan yang tertunggu tunggu, berakhir dengan apa yang aku gelar ‘repetition’. Filem ni berada pada emosi yang sama, cerita yang lambat untuk orgasm, dan juga berjalan seperti sebuah kisah yang tidak diketahui mana nak dituju. 

Tapi, disebalik kisah yang hanyalah biasa dan mendatar, filem ni tidak dinafikan memang cun kalau korang tngok pada visualnya. Memang ada juga satu dua adegan yang power, tapi hanya satu dua saja. Scene kereta terbakar tu antara yang ohsem. 

Untuk yang akan menonton, filem ni memang agak menyesakkan tetapi korang akan sesak tanpa ada cerita yang sangat sangatlah mendebarkan. Fiksyennya sangat melampau sehinggakan aku rasa amatlah payah untuk accept filem ni sebagai sebuah filem found footage. Apapun, masing masing punya taste! Untuk aku, filem ni ialah filem found footage yang kurang menjadi. 

3/5

Wednesday, January 7, 2015

Review: Sin City - A Dame To Kill For

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Robert Rodriguez, Frank Miller
Pelakon | Mickey Rouke, Eva Green, Jessica Alba, Josh Berlin

Filem ni kali pertama, maksud aku filem pertamanya terbit masa aku berada di Tingkatan 5 kot masa tu. Masa tu, belum lagi paham dan memang tak tau artistic belaka tentang filem ni. Tapi, masa tu, aku dah mula kenal Robert Rodriguez sebab aku dah mula addicted dengan filem Spy Kids yang semakin lama semakin hampeh. Menunggu agak lama untuk sekuelnya muncul, akhirnya A Dame To Kill For berada di depan mata. 

Filem adaptasi novel Frank Miller yang aku tak pernah baca sebab aku bukanlah fan besar komik ini aku tonton bukanlah kerana storyline. Aku tonton kerana beberapa sebab. Satu, ianya satu satunya filem hitam putih yang memang sangat sangat cun. Dua, ianya memang dari Robert Rodriguez even ramai cakap filemnya suck, tapi aku suka! Dan tiga, ianya ada keganasan yang pelik. 

A Dame To Kill For yang dikatakan diadaptasi dari novel grafik dengan tambahan plotline baru khas untuk filem dari Frank Miller sendiri ini memenuhi dua sebab untuk aku menonton filem yang pertama dulu. Makna kata, filem ni sekali lagi memberikan visual hitam putih dengan sikit coret warna yang memang menampakkan filem ni seperti komik look a like. Miller dan Rodriguez benar benar mengadaptasi komik di buku menjadi komik di layar. 

Aku rasakan filem Sin City ialah antara filem Rodriguez yang betul betullah menyerlah. Filem arahannya seperti Machete dan semua filem filemnya memang nampak syok sendiri. Tapi entah macam mana aku suka benar dengan filem filemnya yang mengarut. Mungkin aku boleh katakan, selain Planet Terror dan trilogy El Mariachi, filem Sin City antara buah tangan yang ditangani dengan baik. 

Namun, untuk memberikan filem yang brutal dalam gaya komik seperti filem pertama, A Dame To Kill For gagal. Filem ni dipenuhi drama, skandal dan juga girls pakai lateks yang seksi yang memenuhi ruang tetapi gagal untuk memenuhi tuntutan untuk mengganaskan lagi filem ini. Memang ada adegan potong kepala dan beberapa lagi, namun ianya tidak mampu untuk menandingi kekuatan filem pertama. 

Filem ni jugak nampak seperti mengeksploitasi Eva Green. Filem ni menampilkan babak bogel Eva Green yang berlambak, menjadikan lakonannya berketerampilan tanpa baju mendedahkan asetnya seperti memberikan roh ‘sensual’ yang besar pada filem ni. Mungkin Frank Miller dan Robert Rodriguez mahu alihkan keganasan kepada sensual attraction pulak lah kot! 

Bagi yang tidak biasa dengan komik, filem ni memang agak membosankan. Narration yang panjang berjela dan juga cerita pendeknya berselang seli menyebabkan korang kena stay focus on screen. Kalau tak, momen yang tak dikejar akan menyebabkan korang miss banyak plot kecil yang menyebabkan penontonan korang jadi macam hampeh. 

Totally unique tetapi tak mampu untuk menampilkan kekuatan filem pertama. Dengan keterampilan bogel Eva Green, filem ni hanya mampu memberikan godaan tetapi tidak pada keganasannya. Dramanya boleh tahan dan ianya, pada sesetengah orang termasuk aku, aku kira Robert Rodriguez dan Frank Miller selayaknya memikirkan untuk Sin City 3. 

3.5/5

Tuesday, January 6, 2015

Review: Automata

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gabe Ibanez
Pelakon | Antonio Banderas, Dylan McDermott, Melanie Griffith

Bila aku tengok permulaan filem ni, kepala mula ligat teringat kepada filem I, Robot. Kisah tentang robot yang hidup dengan manusia, kemudian ada set of rules yang dikeluarkan untuk pastikan robot ni tak hidup lebih dari manusia. Then in the end, robot ni akan jadi lebih pandai sehingga alter the rules dan bangkang untuk jadi lebih hebat. Then, the story begins. 

Apa yang ada dalam Automata macam tulah jugak. Sebuah idea yang pada aku disifatkan sebagai pengulangan benda yang sama. Cuma idea filem Gabe Ibanez ini pada aku nampak lebih clear dan real daripada filem I Robot yang lebih futuristic dan ‘buat duit’. Automata lebih memaparkan tentang usaha robot untuk jadi diri mereka dan membentuk satu ‘umat’ mereka sendiri tanpa kacau manusia yang ada. 

Secara tersiratnya, Automata cuba berkata yang setiap benda yang dicipta tidak harus dikawal dan setiap sesuatu itu harus hidup tanpa ada kawalan selagi ianya tidaklah mengganggu sistem kehidupan di situ. Automata ada cerita sosial dan juga idea yang besar. 

Namun, pada akulah, Automata tidak begitu menghiburkan. Jauh dari sebuah filem si fi yang betul betul menghiburkan seperti Total Recall dan sebaris dengannya, Automata nampak seperti kurang imaginative dalam perkara perkara si fi. Premisnya nampak agak biasa dan tidak mampu hidup sebagai sebuah naskah yang original dan segar. 

Memang aku sendiri rasa mengantuk sebab filem ni agak lambat dan juga tidak ada benda benda yang benar benar berikan aku grip untuk aku keep on watching sampai habis. Namun, aku gagahkan juga. Plotnya nampak sangat unik namun gagal untuk menampilkan cerita yang betul betul buatkan aku puas. Segala benda yang dipaparkan kelihatan agak lambat. 

Aku mungkin tak salahkan filem, kalau filem ni di mata orang lain nampak hebat dan ohsem. Mungkin filem ni bukan taste aku dan bukan gaya aku. Filem yang lambat dan memang memerlukan penantian satu penyiksaan ini memang filem yang selalunya aku letak tepi. Namun, Antonio Banderas punya pasal, aku gagahkan juga untuk tonton. 

Tapi, entah kenapa aku suka pulak dengan soundtrack yang nampak pelik tapi unik. Memang nampak natural dan real je. Tak perlu orchestra semua, just tepuk tepuk belakang besen atau baldi je. Haha. 

Tak nak hurai banyak banyak sebab mungkin aku tak arif dengan filem filem yang banyak silent dan perlu fokus pada Banderas yang serius bebenar dalam filem ni. Aku akui some part is entertaining tetapi keseluruhan filem ianya sucks! Mungkin pada aku secara peribadilah. Tak tahu kalau orang lain kurang suka dengan pendapat aku. 

2/5

Monday, January 5, 2015

Review: Into The Storm

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Steve Quale
Pelakon | Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh

Buat pencinta filem disaster yang menggemari gaya Rolland Emmerich, 2012 dan The Day After Tomorrow, dan filem klasik Twister, filem bencana ni pasti akan memberikan korang pengalaman untuk berada dalam satu bencana yang agak ganas dan gerun. Into The Storm bukanlah filem kiamat atau apa pun karut marut! Ianya hanyalah filem disaster yang hanya fokus kepada disasternya dan bukan pada cerita humanity nya. 

Yup! Sepanjang aku tonton filem arahan Steven Quale ni, Into The Storm sebenarnya macam kisah tornado yang menari nari, kemudian sepak terajang rumah, lori, kereta dan macam macamlah, dan kemudiannya hilang. Kemudiannya, datang lagi sepak terajang dan kemudiannya hilang. Dan kemudiannya, datang lagi dan the end! Habis. 

Filem ni memang fokus kepada stormnya sahaja. Cerita yang nak dipaparkan, pasal bapak cari anak, dan storm chaser nampak tidak menyerlah langsung dalam paparannya. Pendek kata, korang pasang filem ni hanyalah sebab nak tonton tornado yang menjadikan filem ni seperti sebuah improvement dari filem Twister. 

Steven Quale yang mengarahkan Final Destination 5 memang berjaya menjadikan filem ni mencemaskan walaupun ianya agak lambat disebabkan karakter karakternya hanyalah sebuah karakter kecil yang gagal dibesarkan. Steven Quale menekankan keganasan tornado dan memberikan ruang untuk kita rasa kekuatan sebenar tornado. 

Bencana itu digambarkan sebagai tak terduga dan menjadikan watak wataknya hanyalah seperti semut yang sedang main dengan kaki manusia yang berjalan. Elemen bencananya nampak boleh dijangka, tapi excitement untuk melihat kemusnahan boleh dirasa. 

Oleh itu, untuk kita melihat emosi tentang kasih sayang dan juga perkara perkara yang tipikal dalam filem disaster, itu amat menghampakan. Lakonan pelakonnya yang memang nampak tidaklah aku kenal sangat nampak seperti filem biasa yang tidak meyakinkan. Melihat daripada keseluruhan plot, aku kira ceritanya hanyalah diambil ringan. Excited nak mentornado kot sampai jadi gitu. 

Tapi, tak mengapalah. Even aku tak dapat emosi dan juga jiwa yang besar untuk filem disaster, filem ni berjaya dibantu dengan visual found footage yang boleh dikatakan puaskan hati akulah untuk genre ni. Paparan tornado yang agak ohsem sehinggalah babak babak serangan tornado yang mendebarkan menjadikan filem ni ada sesuatu untuk ditonton. 

Ianya tak massive sangat in term of disaster. Hanya sekadar storm dan tornado. Namun, untuk hiburan ringan, Into The Storm memang sebuah filem disaster yang memuaskan. Dah lama kan tak tengok disaster? Hah, kali ni peluang untuk rasa pengalaman menonton bencana seolah olah ianya sedang berlaku. Memang enjoy, walaupun plotnya ringan. 

4/5

Sunday, January 4, 2015

Review: Kill / Dil

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Shaad Ali
Pelakon | Ranveer Singh, Ali Zafar, Parineeta Chopra

Kill / Dil ialah sebuah filem jenayah cintan cintun yang dilakonkan oleh Ranveer Singh dan Ali Zafar dan heroinnya pulak ialah Parineeti Chopra. Filem ni meminjam elemen koboi dalam rangka promosinya dan juga menggambarkan plotnya yang kelihatan gelap dan juga berat. Namun, jangan dibaca pada promosinya saja, filem ni hanyalah sebuah romantika dalam kisah jenayahnya. 

Nak kata cintanya luar biasa tidaklah sangat. Ianya sebuah kisah cinta si lelaki yang mana seorang penjenayah yang cuba berubah dengan seorang gadis cantik. Ini kisah biasa dan menjadikan ianya luar biasa ialah bagaimana cerita itu disampaikan. Filem yang menampilkan Govinda ni memang memaparkan cinta tetapi dalam suasana yang gelap. 

Bagaimana pulak dengan ceritanya, best atau tak? Hah, senang aku nak cakap beginilah. Filem ni sebenarnya bukanlah banyak aksi maksi sangat pun. Pada awalnya mungkin korang akan sangka yang filem ni pasal assassination attempt dan juga gangster gangster. Tetapi, jangkaan korang meleset apabila filem ni memberatkan cinta lebih dari gangster. 

Govinda yang nampak sangat gah dalam role gangsternya (lama benar aku tak tonton pelakon ni berlakon) memberikan persembahan yang memuaskan. Namun, watak Bhaiyaji lakonannya seolah olah muncul dan hilang tanpa arah tuju yang benar benar kuat. Jauh dari sudut hati, aku mahu dia mati dengan lebih baik dari apa yang dipaparkan dalam filem ni. 

Plotnya juga meminjam kisah cinta biasa. Kisah seseorang yang nak cuba untuk berubah dan juga halangan sepanjang cinta mereka. Itu semua pada aku tidak mampu untuk berada pada satu tahap baru. Memang aku akui Bollywood mampu mengangkat tema yang sama berulangkali tanpa jemu, namun Kill / Dil tidak mampu mengangkat repeated theme ni dengan jaya. 

Namun, di sebalik kelemahan dan juga plotnya yang kurang memuaskan. Pendengar pendengar muziknya aku rasa puas hati dengan lagu lagunya. Muzik Shankar Ehsan Loy dengan liriknya oleh penulis terkenal zaman 90an, Gulzar memang sangat sangat klasik. Ada beberapa lagu yang agak catchy, namun ada juga muzik yang sangat sedap seperti ada aroma 90an di dalamnya seperti Narikhley. Sajde pula rock yang unik. 

Kill / Dil juga punya visual yang pada aku sangat cantik. Filem ni nampak seperti ada aroma filem gangster namun ianya ‘menipu’. Apa yang aku boleh kata, visualnya memang sangat amazing walaupun ceritanya tidak sehebat itu. 

Pada aku, filem ni terlalu biasa untuk deliver luar biasa. Dengan Ranveer Singh yang sangat memberikan lakonan terbaiknya bersama Ali Zafar, ianya tidak mampu untuk membantu plot yang ditata dengan biasa. Namun, aku pasti lakonan duo ini memang antara kekuatan Kill / Dil. Semangat abang adik, dan cinta memang satu adrenalin rush yang seharusnya sempurna. Malangnya Kill / Dil gagal menyempurnakan. 

3/5

Review: Bang! Bang!

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Siddarth Anand
Pelakon | Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Danny Denzongpa

Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi rasmi dari filem Knight and Day. Memang pada aku, ianya jujur benar sebab filem Bollywood terkenal kerana adaptasi mereka memang kejam sebab jarang minta izin untuk menciplak filem filem Hollywood. Banyak yang berjaya dan banyak juga yang sebenarnya lebih sekadar syok sendiri. Tambah unsur muzikal sana sini, dan tiada originality antara kelemahan adaptasi kadangkala. 

Bang! Bang! Memang sebuah adaptasi yang pada aku memang hanya mahu memberi ruang untuk komedi Knight and Day itu terjadi dalam situasi berbeza. Jika anda pernah menonton filem lakonan Tom Cruise bersama Cameroon Diaz itu, korang akan rasakan yang Bang! Bang! hanyalah mengekalkan watak dan tidak pada ceritanya. 

Menjadi antara filem yang mendapat kutipan paling tinggi tidak bermakna filem ni memang melebihi jangkaan. Filem Bang! Bang! sebenarnya kelihatan seperti filem Bollywood biasa yang mengekalkan momentum romantiknya dan cinta pada paras sehabis tinggi, kemudian ditambah dengan aksi yang super duper melebihi jangkauan dengan bantuan VFX yang makin menggila digunapakai oleh Bollywood. 

Knight and Day dan Bang! Bang! memang tak sama. Hanya beberapa elemen filem asal tulisan Patrick O’neill itu sahaja dimasukkan dengan adunan plot yang berbeza sama sekali. Ceritanya memang agak jauh menyimpang dan tidak sedikit pun nampak seperti skrip asal. Nampak kan publisiti besar yang diberikan kan? Ehem. 

Fasa pertama filem mungkin sedikit membosankan. Fasa cinta dan jiwa, dalam ungkapan filem ni nampak tidak menyerlah. Hrithrik dan Katrina nampak tidak sekata, tidak mampu untuk bawa roh cinta itu sebagai elemen pelengkap. Namun, apabila part 2 bermula selepas interval, filem ni mula menunjukkan belangnya. Aksi yang padat serta kejutan yang tipikal bollywood menjadi elemen penting yang mengejutkan penonton yang sedikit terlena. 

Tidak dinafikan jika melihat secara keseluruhan, filem ni punya visual yang amat superb, ditambah pula dengan kecantikan Katrina dan kehenseman Hrithik. Malah, lokasi penggambaran memang antara benda yang menjadi factor kecantikan filem ni. Ianya nampak internasional. Namun, untuk lari jauh dari sebuah Bollywood tipikal, Bang! Bang! tidak mampu menjadi seperti Dhoom! 

Muzik Vishal Shekhar pada aku sedap tetapi biasa biasa untuk telinga aku. Aku kurang menggemari muzik yang tidak bervariasi. Dalam filem ni, kesemua lagu lebih kepada dansa rancak yang kurang gemar aku dengari. 

Koreografi aksi memang agak super hebat. Mungkin scene dalam air semasa di pulau agak menjengkelkan. Tetapi, aksi car chase dan juga pertarungan akhir dalam kapal terbang tu mungkin antara yang best dalam filem ni. 

So far, tak lah hebat mana adaptasi ini. Namun, factor tarikan seperti Hrithik Roshan dan Katrina Kaif antara benda yang menjadikan filem ni box office. Jalan cerita adaptasi yang diBollywoodkan sehingga ianya kurang enak mungkin antara kelemahan. Namun, aksi, keseksian pelakonnya dan juga visual yang cantik berjaya menjadi penutup segala kelemahan itu. Bang, bang! 

3.5/5

Saturday, January 3, 2015

Review: Seventh Son

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Sergei Bordov
Pelakon | Jeff Bridges, Julianne Moore, Ben Barnes

Permulaan tahun 2015 ini dimulakan dengan menonton Seventh Son. Aku sebenarnya tidaklah tertarik mana untuk menonton filem ni atas beberapa sebab. Pertamanya, filem ni dibarisi pelakon yang tidaklah hebat mana pun. Setakat Jeff Bridges dan Julianne Moore yang itu aku rasa tidaklah juga mampu untuk menawan hati aku. Bukan apa, aku selalu bayangkan Jeff Bridges ni sebagai copycat Sean Connery yang sangat menjengkelkan sejak RIPD. 

Aku tak kisahlah, dah tak ada filem lain yang nak ditonton, maka aku pilih juga untuk duduk menonton. Maka, cerita yang berfokus tentang cinta tiga segi kejam dan pengkhianatan juga tambah cinta kasih sayang antara ibu dan anak ada elemen tema yang cantik. Aku rasakan temanya mungkin memuaskan dan menjanjikan pengajaran, tetapi ianya tidak mampu untuk memberi cerita yang benar benar mengancam. 

Filem ni menggunakan kepercayaan blood moon sepertimana ada dalam filem Hansel dan Gretel juga beberapa filem lain sebagai titik untuk bercerita. Which pada aku, sangat sangatlah aku rasa agak kurang menyerlah dan sudah dapat diagak. Cliche. Tapi, tak mengapalah. 

Plotnya pada aku terlalu biasa dan tidak berapa mencapai tahap yang benar benar hebat. Ianya gagak dicambah dengan baik pada setiap sisinya. Malah, aku rasakan premisnya nampak macam terumbang ambing dan kesamarataan yang diberi pada setiap plotnya menyebabkan filem ni tiada jiwa yang betul betul menyerlah untuk sebuah filem epic fantasi. 

Dok sembang gebang pasal tema, maka timbul juga persoalan kenapa sebenarnya mamat ke tujuh ni. Kenapa tak enam ke, lima ke? Tapi, kalau kita ketepikan pula persoalan itu dan terima fiksyen ini seadaanya, persoalan besar yang timbul di sini, kenapa anak ketujuh itu dibawa bersama spook sedangkan si Spook ini sebenarnya ada misi peribadi. Nah, ianya bukan kisah seventh son tetapi Spook yang meminjam seventh son. 

Justeru, aku boleh simpulkan yang filem ni jauh menyimpang dari matlamat asal. Malah, karakter anak ketujuh itu sendiri tidak menyerlah. Dan semuanya seperti cuba diperbanyakkan karakter, namun setiap karakteristik ditinggalkan untuk dibesarkan juga. Lihat saja watak pembantu Strook yang hanya dicipta untuk membina elemen komedi yang tak menjadi. Kesian. 

Namun, kalau korang tutup mata pada persoalan persoalan di atas, aku rasakan filem ni menghiburkan pada aksinya. Mungkin aku rasakan punchline lawaknya macam mengarut dan bullshit. Tetapi, aksinya boleh tahan hebat walaupun aku kira ianya masih lagi pada tahap yang tidak hebat mana. Itu saja moment yang ada nafsu untuk filem ni. 

Ada karakter karakter jahat yang pada aku memang cantik paparannya. Siap ada jahat yang tangan empat, dan jadi naga dan jadi monster bla bla bla. Malangnya, kita tidak diperkira untuk ditayangkan pertarungan mereka dengan lebih dasyat dari sekadar cameo sekejap sekejap dalam pertarungan bercampur campur. 

Dengan Julianne Moore yang nampak tidak mampu untuk jadi bengis dengan kejahatan, filem ni memang punya sesuatu yang biasa biasa saja. Tak ada yang betul betul umph pada segenap inci. Aku rasakan Seventh Son masih mentah dan tidak betul betul digaul dengan baik. Malah, apa yang diberi hanyalah sebuah perjalanan cerita yang biasa sedangkan ianya boleh pergi lebih dari sekadar ini. 

Senang cakap, kalau korang suka monster, korang mungkin suka filem ni sebab filem ni ada banyak monster. Namun, itu jelah yang ada. Monster dalam kisah yang sangat tipikal dan tidak menjanjikan sesuatu yang hebat. Kalau korang nak sesuatu yang menghiburkan, boleh lah jugak. Tapi, nak sesuatu yang hebat, ini bukan filemnya.

3/5

Review: It (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Andy Muschietti Pelakon | Bill Skarsgard, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis Ketika menonton The Da...