Akan Datang!

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Video: I Am The Almighty Allah...


Video Sharifah Zohra Jabeen, Listen! Listen! Listen telah membawa aku kepada satu video lain. Aku rasa, video ini cukup sukar nak dicari. Mesti ada yang bertanya, eh, video I Am The Almighty Allah tu kat mana nak cari eh? Hah, nah, admin berikan videonya. Selamat menonton dan selamat berkongsi dengan rakan rakan. Video ini diterbitkan UKIM Dawah Centre, Birmingham.



Video ini menceritakan bagaimana huru hara kiamat dalam persembahan CGI dari beberapa filem yang diedit dengan kemas, dan juga adunan bunyi yang mengagumkan!

Saturday, October 27, 2012

Apa Sebenarnya Terjadi Pada 23, 24 & 25 Disember 2012?

Berikutan dari apa yang telah dijelaskan di entry BUMI BERGELAP 23, 24 & 25 Disember, Hoax Lagi!!, aku nak tunjuk apa yang sebenarnya bakal berlaku pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Maklumat ini boleh korang dapati dari website heaven-above.com, sebuah laman web yang memaparkan kedudukan planet planet serta data data astronomi secara percuma. 

 23 hb Disember 2012

  24 hb Disember 2012

 25 hb Disember 2012

Bukti ini mengukuhkan lagi kenyataan bahawa tiada apa apa yang bakal terjadi pada tanggal tersebut. Kedudukan bumi pada tarikh tersebut boleh dilihat di dalam kotak kecil di kiri rajah. Jadi, apa lagi, renung renungkan dan selamat beramal. Tak perlu takut dengan kejadian tuhan, sebaliknya takutlah dengan amal kita sendiri. Entah cukup ke tidak nak hadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. 

Sunday, October 21, 2012

Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 dan 25 Disember? Hoax Lagi!!


Selepas rumor yang mengatakan akan terjadi sesuatu pada tanggal 15 Ramadhan 1433, yang mana sudah berlalu tanpa apa apa kejadian pun, kini satu lagi khabar angin disebarkan menerusi blog blog. Apa yang dinyatakan adalah kononnya pada 23, 24 dan 25 Disember tahun ini (2012), dunia akan berada dalam kegelapan dan tidak akan terjadi kiamat. Blogger tersebut (antaranya ialah iniiniini ramai lagi ), yang mana mula membawa cerita ini dalam versi bahasa melayu menyatakan ianya adalah kiamat kecil yang bakal berlaku.

Antara kebenaran, betul atau tidak, atau ianya sekali lagi adalah kenyataan orang yang berlagak menggunakan nama NASA padahal NASA tidak pernah keluarkan apa apa kenyataan, semuanya terjawab di sini. Semasa admin mencari tentang kebenaran hal ini, admin terjumpa dengan sebuah forum. Dengan menggunakan tajuk NASA Predicts Total Blackout in December 2012, adalah jawapan kepada semua persoalan ini.  Anda boleh klik sini untuk membaca perbincangan di sini.

Dalam artikel asal, yang mana berbahasa Inggeris, ianya berbunyi begini.

Versi 1
NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.
It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world.
The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.
We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talkabout preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive more...every day. Better avoid traveling during December.

Versi 2

NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, please avoid traveling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. All planets are expected to align in a straight line as a result of which there could be some natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the present enjoy life.
Kemudian, seseorang yang memulakan viral ini telah menterjemahkan perkara yang diSHARE di Facebook ini ke dalam bahasa Melayu. Maka, terjadilah adegan salin menyalin dari blogger ke blogger. Dan, sekaligus, ianya membuatkan seluruh orang Islam berada dalam ketakutan. 

Versi bahasa melayu:


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam…Assalamualaikum…


Berbalik kepada analisa di laman forum yang boleh diklik di atas, ternyata kebenaran mesej ini adalah satu penipuan. Malah, total blackout (kegelapan), alignment of the universe (penjajaran alam semesta), malah bercakap pasal dimensi 3 ke 0 kemudian ke 4 semuanya tak ada makna apa. Semuanya tak masuk akal dan bukan saintifik. Ianya sains fiksyen sahaja yang tidak wujud dalam realiti.

Kalau anda tak percaya, sekali lagi admin minta korang klik je link ni. Untuk penerangan apa yang sebenarnya terjadi pada tanggal 23, 24 dan 25 Disember tersebut, blogger Indonesia ini ada jawapannya. Klik sini untuk baca penjelasan yang lebih terperinci. Untuk mengetahui kedudukan planet planet pada tarikh tersebut, klik sini.

Sunday, August 26, 2012

BONGKAR: Neil Armstrong Peluk Islam Cerita Palsu?

Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejak kaki di bulan meninggal pada usia 82 tahun pada tanggal 25 Ogos 2012. Beberapa minggu lalu, Armstrong ada menjalani pembedahan jantung. Berdasarkan Yahoo News, mendiang dipercayai meninggal akibat komplikasi dari pembedahan tersebut. Wira yang memang memecah tradisi sains pada eranya ini memang akan menjadi satu lagi tanda pada sejarah dunia.



Umat Islam, pastinya merasakan satu persoalan cliche, adakah Neil Amstrong ini muslim? Atau adakah pendaratan di bulan itu benar atau sekadar penipuan? Jawapannya sudah aku duga lama. Sedih melihat ada yang percaya. Teliti artikel ini dan percayalah wahai muslimin, anda semua sudah ditipu dengan cerita pengislaman Neil Armstrong.

Vivian White, pembantu kepada Neil Armstrong menafikan kenyataan Neil memeluk islam dengan menyatakan bahawa "... beberapa penulis di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara menulis laporan ini tanpa pengesahan. Kami memohon maaf tentang artikel tersebut." Namun, artikel ini tidak pernah menjadi bahan search Google kerana pembaca di Malaysia khasnya terlalu gembira dan bersyukurnya Neil Armstrong 'memeluk Islam' dan hanya menyebarkan risalah itu tanpa mengetahui sahih atau tidak.

Cerita ini sebenarnya bermula pada tahun 1996. Dari mana sumber cerita ini tidaklah diketahui, namun, jelasnya, berita Neil Armstrong peluk Islam telah mula tersebar di radio pada tahun itu atas kejahilan manusia yang tidak tahu bahawa ada dua insan bernama Armstrong di dunia ini. Pertamanya, adalah Neil Armstrong si angkasawan. Keduanya, Louis Armstrong si penyanyi jazz. Maka, dengan hanya nama Armstrong, cerita itu mula berantai rantai ditokok tambah.

Dalam cerita itu, Armstrong dikatakan ke tanah arab dan mendengar azan sekali lagi. Asas idea ini sebenarnya direka atas kebenaran. Memang Armstrong berada di Lebanon. Tetapi, autanya ialah Lebanon bukannya terletak di Middle East tetapi sebenarnya berada di Midwest America. Jelas bahawa penggunaan frasa Middle East sebenarnya menjelaskan cerita ini ditulis oleh orang Asia. Tapi, siapa tak lah diketahui.

Armstrong menafikan sekeras kerasnya yang dia tidak memeluk Islam demi untuk memberikan fakta sebenar. Menurut laporan di artikel ini, Armstrong ditekan untuk memberikan kebenaran fakta itu dari pelbagai organisasi agama. Kerajaan US menghantar satu surat kepada semua konsulat dunia Ismamik meminta cerita ini dihentikan.


surat dari US State Department meminta fitnah ini dihentikan.

Kenyataan ini kemudian disiarkan dalam sebuah majalah Arabia. Korang klik sini untuk baca helaian majalah tersebut. Malangnya, walaupun kenyataan sudah dikeluarkan, khabar angin ini masih lagi tersebar jauh sehinggalah ke saat ini. Cerita ini bukan hanya tersebar dari mulut ke mulut, malah melalui media massa juga. Walaupun ada orang Islam yang mempercayai cerita pengislaman Armstrong ini adalah palsu, masih ada yang tekad mempercayainya bulat bulat.

Maklumat di atas diambil dari laman web answering-islam.org. Untuk lebih maklumat lanjut dan pemahaman yang lebih jelas, baca keseluruhan artikel di laman web tersebut. Pengajarannya, setiap cerita janganlah kita percaya bulat bulat. Ada satu lagi cerita yang lebih kurang macam ni, pengislaman Mark Zuckenberg. Benarkah? Jawapannya di sini.


Monday, August 6, 2012

Esklusif: Jin Ganggu Perbualan Telefon Di Talk Show!


Sebuah video berkenaan jin yang telah mengganggu seorang penelefon yang sedang berbicara dengan seorang ustaz dalam sebuah rancangan agama di luar negara sudah berlegar legar di Youtube semejak tahun lepas lagi. Video yang berdurasi selama 7 minit itu memaparkan bagaimana seorang pemanggil, yang mana seorang perempuan mula merasa seperti tercekik cekik pada pertengahan ucapannya apabila dia cuba bercakap tentang masalahnya.


Masalah menjadi lebih rumit apabila jin tersebut dikatakan telah muncul dengan mengeluarkan suaranya yang garang dan menakutkan di corong telefon dan ini menyebabkan ustaz tersebut berbicara dengan jin secara LIVE. Rata rata penonton penonton video ini di Youtube mengklasifikasikan insiden yang terjadi ini antara insiden berdialog dengan jin yang paling realistik dan menakutkan pernah dirakam. Tonton video di bawah:


Rancangan talk show tersebut bernama Roadside2islam, sebuah rancangan bual bicara agama di Iqra TV, sebuah stesen televisyen di UK. Sejauh mana kebenaran video ini, tiada siapa dapat menjelaskan. Namun, kewujudan jin, iblis dan syaitan sememangnya tak perlu diragui lagi. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

p/s: penonton yang ingin menonton diminta menonton atas risiko sendiri.

Wednesday, August 1, 2012

Renungan: Malapetaka 15 Ramadhan 1433, Benar Atau Palsu?

Kisah Olimpik London 2012 di bulan Ramadhan dan juga persembahan pembukaan yang dikatakan pemujaan dajjal yang tersembunyi (tengok sini) walaupun aku melihatnya hanya sebagai persembahan biasa yang gah dan menakjubkan membawa kepada penulisan penulisan baru. Paling menakutkan, ada yang menggunakan hadis yang mana menyatakan kiamat atau satu huru hara akan berlaku pada pertengahan Ramadhan 2012 yang mana jatuh pada hari jumaat. Persoalannya benarkah ia? 


Bagi yang pernah membaca Armagedon 2012, sebuah buku tulisan Muhammad Alexander, pastinya akan melihat hadis ini dihurai sehingga sebuku panjangnya. Dalam buku tersebut, hadis ini dihuraikan sepanjang panjangnya dengan detail. Namun, tidak pula dinyatakan tarikh kiamat dengan jelas. Hadis tersebut berbunyi...

“Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis) 

Dari hadis ini, maka berlegar legar dari email ke email, facebook ke facebook dan lagi lagi media masa meminta pembacanya melihat calendar 2012 yang mana 1 Ramadhan 2012 jatuh pada 20 Julai 2012 yang mana hari Jumaat. Malah 15 Ramadhan 1433 juga dikatakan jatuh pada hari Jumaat. Dan dari mesej berantai tersebut, dikatakan satu suara yang amat dahsyat akan didengar dari langit yang mana tidak dikatakan sebagai kiamat namun mampu menlenyapkan 2/3 dari umat bumi. Malah, disertakan juga sebuah kajian NASA yang mana tidak diketahui sumbernya tentang planet X yang mana akan melintasi bumi pada 21 Disember 2012 dan akan melenyapkan 1/3 baki manusia yang tertinggal di bumi.

Dalam fakta di atas, ternyata mesej berantai itu sendiri salah faktanya. Lihat saja kedudukan 15 Ramadhan 1433. Ianya bukanlah jatuh pada hari Jumaat tetapi sebaliknya hari Sabtu. Sepatutnya, aku sendiri, melihat kepada fakta yang jelas fake itu, tak perlulah berpanjangan bercerita, tetapi lebih baik kita kukuhkan pemikiran dengan semua yang ada di bawah ini.

Disebabkan ada yang meninggalkan komen di entry Illuminati Olimpik: Konspirasi Kita atau Mereka menggunakan hadis tersebut, lantas timbul minat untuk mencari sejauh mana penulisan tentang hadis tersebut sudah tersebar. Adakah kebenaran hadis ini benar benar tersokong? Atau adakah hadis ini dihukum sebagai palsu? Pencarian aku berakhir di sebuah laman milik Institut al-Qayyim (klik sini). 

Menurut penulis website tersebut, hadis ini dikatakan tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah. Blog tersebut memasukkan beberapa potong screen capture dari laman web islamweb.net yang mana berbunyi…  

"Hadith ini dikeluarkan oleh Nu’aim bin Hammad (نعيم بن حماد) di dalam kitab al-Fitan (الفتن) daripada Ibn Mas’ud R.A. Di dalam sanadnya ada Ibn Lahi’ah (ابن لهيعة), dan ia adalah seorang yang lemah/dhaif, di dalam sanadnya juga ada ‘Abd al-Wahhab bin Husain (عبد الواب بن حسين), dan ia seorang majhul seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dan Ibn Hajar. Ada juga di dalam sanadnya rawi bernama Muhammad bin Thabit al-Banani (محمد بن ثابت البناني), beliau tergolong dalam individu yang ditajrihkan dan dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn Ibn ‘Adiy (ابن عدي), di dalamnya juga ada al-Harith al-A’war al-Hamdaniy (الحارث الأعور الهمداني ) dia termasuk pendusta hadith seperti yang dijelaskan oleh al-Sya’biy, Abu Hatim dan Ibn al-Madiniy. Abu Zur’ah pula berkata: “Tidak dijadikan hujjah dengan hadithnya.” 

Berdasarkan website tersebut juga, Al Hakim mengatakan hadith ini ganjil. Al Zahabi dan Ibn Al-Jauzi pula menghukum hadis ini sebagai palsu. Dari sebuah blog lagi (klik sini untuk sumber) satu sumber yang dinyatakan berasal dari Bahagian Penyelidikan JAKIM menyebut… 

“Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan (SANGAT LEMAH) atau Maudu’ (PALSU) . Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas. Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. 

Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui. Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul). Wallahu ‘alam. Semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya. 

Bahagian Penyelidikan JAKIM 
Cawangan Akidah

Malah, dalam entry yang sudah banyak dipost sana sini dalam blog blog untuk menentang kebenaran hadis palsu ini, disertakan juga beberapa pandangan dari Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Bekas Mufti Arab Saudi, Prof. Dr. Shaikh Husam ‘Affanah, Prof. Fiqh dan Usul, Universiti al-Quds, Palestin dan Dr. Ash-Sharif Hatim bin ‘Arif al-’Awni, pensyarah Universiti Umm ul-Qura, Mekah. Ketiga-tiga ulama ini menjawab hadith-hadith seperti ini adalah sangat lemah, malah palsu. 

Apabila ditanya tentang hadith di atas, jawapan Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz ialah.. 

“Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang kebatilannya.” 

Shaikh Husam ‘Affanah pula… 

“Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang lemah, kerana di dalam sanadnya ada Muhammad bin Thabit al-Banani, yang dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajr: “Lemah”, dan di dalam sanad itu ada al-Harith bin Abdullah al-A’war al-Hamdani, yang dikatakan oleh al-Hafiz (Ibn Hajr): “Asy-Sya’bi berpendapat dia pendusta, dan dituduh sebagai Syiah dan hadithnya lemah.” 

Hadith ini disebutkan oleh penulis kitab Kanz ul-’Ummal dan telah mengisyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Nu’aim ini adalah hadith lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. 

Wujud riwayat-riwayat lain yang lemah-lemah belaka, seperti riwayat Abi Umamah tentang suara di pertengahan bulan Ramadan. Ibn al-Jawzi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Mawdu’at (Hadith-hadith palsu), dan berkata selepas menyebut sanadnya: ‘Hadith ini tidak sahih.’ Berkata pula al-’Uqaili: ‘Dia ini ditinggalkan hadithnya, iaitu tentang salah seorang perawinya.’ Berkata pula Ibn Hibban: ‘Dia biasa mencuri hadith, dan tidak boleh berhujjah dengannya.’ Berkata pula ad-Daraqutni: ‘Hadithnya Mungkar.’… [dan seterusnya]” 

Akhir jawapannya, Shaikh Husam berkata: “Dengan ini, zahir kepada kita bahawa hadith-hadith ini tidak sabit daripada Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) dan orangramai mesti berjaga-jaga daripada menyebarkan hadith-hadith yang lemah ini, dan hanya merujuk kepadda hadith yang sahih daripada Rasulullah S.A.W” 

Dr. Hatim al-’Awni pula menyatakan… 

“Hadith ini mempunyai lafaz-lafaz yang banyak, dan riwayat yang berbeza-beza, dan semuanya tidak sahih belaka.” 

Berkenaan kewujudan Planet X, Nasa sudah menjelaskan yang tidak ada planet sebegitu buat masa terdekat, penjelasan lebih lanjut boleh dilihat dan ditonton di bawah: 


Jadi, semoga kita berhati hati dalam menyampaikan kebenaran yang tidak kita ketahui sejauh mana kebenarannya. Ini kerana nabi sudah bersabda, “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di Neraka” Adapun tentang 2012 yang banyak diperkatakan, ini adalah soal lain, dan perlu dikaji lebih mendalam, berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih, dan peristiwa-peristiwa dunia yang sudah, sedang dan akan berlaku. Apa yang penting bagi kita sebagai seorang Muslim yang takutkan tuhan, hanya bersedia pada bila bila masa dan ketahuilah kiamat itu pasti dan bila masanya itu bukan kuasa kita.

p/s: maklumat dan segala data dipetik dari pelbagai sumber dan bukan menggunakan pendapat admin sendiri.

Tuesday, July 31, 2012

Illuminati Di Olimpik London 2012: Konspirasi Mereka Atau Kita?

Cerita konspirasi dalam perasmian pembukaan sukan Olimpik diwar warkan mulut ke mulut dari insan yang tidak diketahui. Sebut saja pembongkaran, ianya mesti sebuah berita yang menggemparkan, diceritakan dalam sisi berbeza untuk sesuatu fakta. Senang cerita, pembongkaran selalu mendedahkan penipuan, juga rahsia rahsia sulit yang tidak diketahui oleh umum. Persoalannya, adakah pembongkaran penipuan itu satu penipuan? Atau ianya pembongkaran yang sebenarnya? 

Ini yang selalunya orang tak pernah fikir. Kembali kita kepada isu Croc yang bertatah kalimah Allah suatu ketika dahulu, dan juga iklan TV3 Raya, ini persoalan yang aku utarakan setiap kali melihat orang orang cuba memecahbelahkan manusia manusia lain dengan pemikiran yang berlagak pandai. Bayangkanlah semua ilmu yang digunakan tidak dikaji dengan fakta yang mencukupi, dari sumber yang padat dan benar.

Meh aku bidas satu persatu apa yang difikirkan dari beberapa sumber yang aku baca beberapa hari ini. Kita guna logik dan akal yang Tuhan beri. Ini bukan fiksyen sains, ini realiti.

MASA KEJOHANAN OLIMPIK 2012 (sumber)

Kejohanan ini telah dipilih untuk diadakan pada bulan puasa. So, para atlit yang beragama islam terpaksa menangguhkan puasa dan perkara ini dah diputuskan oleh mufti-mufti kerana dikira bermusafir. Tetapi tidak salah kalau berpuasa. Main sukan je pun. Zaman Nabi lagi dahsyat. Nabi dan umat islam berpuasa semasa berperang. Bergadai nyawa lagi. Puasa tetap puasa. Memang ada sesuatu yang tersirat kerana ianya dibuat semasa umat islam berpuasa. Tambahan pula, masa inilah juga berlaku pertumpahan darah umat islam di Syria dan Burma serta kebuluran umat islam yang berpuasa di Somalia.

Respon: Ketahuilah yang sukan Olympic yang dikenali ini bernama penuh Summer Olympic. Menurut sumber, ada dua jenis sukan Olympic. Pertama adalah Summer Olympic yang diadakan pada musim summer (musim panas), dan, Winter Olympic Games yang diadakan pada musim winter, Paralympic Games dan juga Yuth Olympic Games. Jadi, kebetulanlah puasa melalui musim panas di Barat sana. Jadi, takkanlah hanya kerana umat Islam berpuasa, Summer Olympic Games nak ditunda? Ini event dunia!.


    UPACARA PEMBUKAAN OLIMPIK 2012 (sumber)

    Upacara pembukaan ini dibuat dengan beberapa persembahan yang dilihat sememangnya mengandungi unsur Illuminati dan Freemason. Promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Anda boleh lihat sendiri berdasarkan gambar-gambar seperti di bawah ini.

    (klik untuk tumbesaran)

    respon: Promosi atau tidak, seharusnya jika kita menonton dan berbangga hanya kerana persembahan yang mengagumkan, rasanya itu tidak menjadi masalah. Islam sendiri suruh menghormati antara satu sama lain dan melarang kita dari berbuat fitnah. Sebenarnya, segala yang dikatakan promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal ni siapa yang buat? Mesti orang Islam juga. Pasal apa, pasal untuk memecahbelahkan umat Islam sendiri dan pemikiran pemikiran yang sukar difikirkanlah.


    BENTUK LOGO OLIMPIK 2012 (sumber)

    Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis. Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.

    respon: sebenarnya tak perlu aku respon pasal hal ini. boleh rujuk entry ini dan ini. penjelasan yang hampir sama. Buang masa kalau aku tulis balik. Tetapi, jika mengkaji sehingga buat potongan sebegini seperti di bawah...

    memang nampak sangat nak sengaja nak memporak porandakan dari mengkaji. Apakejadah sampai logo yang tertulis elok tu dipotong potong sampai macam tu! Oh ya, kalau begitu, perkataan BAB 1 di setiap buku patut dibuang. Bukankah kalau dirapatkan ianya akan jadi.... ops...

    BENTUK MASKOT OLIMPIK 2012 (sumber)


    Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata satu. Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai Dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu. Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist. Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012.

    respon: Ya, jika ianya kamera, kameralah. Tak usah buat pandai pandai. Itu jadinya fitnah. Bukankah fitnah itu lebih jauh hebat dosanya daripada membunuh. Ingat tu!

    BENTUK STADIUM OLIMPIK 2012 (sumber)


    Ada yang mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

    respon: hanya kerana lampu suluh stadium berbentuk piramid saja dah jadi isu? balik kembali kepada isu ini dan ini. Kelak faham la korang.

    POKOK OLIMPIK (sumber)


    Pokok Olimpik ini dikatakan sebagai pokok Gharad. Pohon yang dikatakan sebagai pohon yang akan melindungi kaum Yahudi. Sejauh mana kebenarannya, ianya belum terbukti.

    Respon: Kalau dah namanya pokok olimpik, ianya tak ada perkara yang perlu diperdepatkan dan ditakutkan. Lagipun, ianya lambang cerita agama anutan di London. Salahkah jika mereka menceritakan agama mereka seperti kita menceritakan agama kita di negara kita. 

    KATANYA ITU NABI MUSA  (sumber)

    Kata mereka, nabi Musa digambarkan sebagai seorang yang hodoh dan menakutkan. Malah, ketinggian Nabi Musa adalah sama dengan ketinggian boneka hantu, memungkinkan boneka itu adalah persembahan kutukan untuk Nabi Musa bagi orang Islam.


    Respon: berdasarkan hujah hujah, inilah hujah yang paling tak masuk akal dan dikaji semberono. Pada aku, aku kagum dengan bagaimana babak ini dilakukan. Kata mereka 'itulah nabi Musa!".. itu saja. Terus menghentam tanpa bukti yang kuat sedangkan itu hanyalah satu penceritaan sahaja. Ketinggian Nabi Musa dikaitkan. Namun, selagi dalam acara itu tidak pun menyebut nama Moses, aku rasakan ini persembahan yang mengagumkan.


    --------------------

    Beginilah, aku percaya bahawa kiamat itu akan muncul suatu hari nanti. Aku percaya dajjal pastinya akan muncul walau apa cara kita elak sekali pun. Jadi, segala butiran butiran sebegini sebenarnya amatlah kurang sokongan untuk fakta dan kebenaran. Ketahuilah apa itu teori dan teori tak semestinya benar benar semuanya. Jadi, pada aku, aku menganggap malam tersebut adalah persembahan terhebat dalam sejarah Summer Olympic 2012. Tak lebih dari itu, jadi buat apa nak bercerita benda benda yang tak perlu. Mahu memecahbelahkan orang kita sendiri?

    Apa yang penting, umat Islam tu sendiri yang perlu sedar yang semua pembongkaran ini sebenarnya menggoyahkan iman. Kepercayaan dajjal dan lain lain bahkan boleh terputar belit jika korang terlalu taksub dengan teori konspirasi yang tidak diketahui ujung pangkal. Lebih baik dari kita berfikir tentang bagaimana menggandakan pahala kita daripada membikirkan agenda konspirasi ini. Biarlah mereka berkonspirasi, janji lima waktu kita sempurna.

    p/s: segala link adalah hak milik blog blog yang menyediakan maklumat. tujuan admin bukan berniat untuk membidas apa yang mereka tulis. sekadar memberikan pencerahan buat diri dan juga yang berfikiran terbuka dan merasakan semua ni tak lebih dari konspirasi orang orang kita untuk memecahbelahkan orang kita sendiri. 

    Wednesday, July 11, 2012

    Pantun Dalam Tulisan Jawi!


    "Hendak tidur, tidurlah mata 
    agar lena diulit intan 
    tidur lena di malam gelita 
    dikau selalu dalam ingatan 

    lena tidur sampai ke pagi 
    bagai bayi di dalam buaian 
    saya masih berjaga lagi 
    sedang membasuh mencuci pakaian"

    gambar nukilan 'Emit' Ahmad Nazri Mahmood

    lebih banyak kartun jawi di sini.

    Thursday, June 21, 2012

    (18+) Kemalangan Ngeri Toyota Camry Di Arab Saudi!


    Berdasarkan blog blog yang sudah mula menyebarkan video ini, tragedi ini terjadi pada penghujung May 2012 yang lepas. Kemalangan kereta Camry di Arab Saudi ini memang mengerikan. Dalam video di bawah, korang bakal menyaksikan bagaimana kereta mewah itu 'drift' sebelum berpusing di sisi jalan berpasir. Kemudian, kereta itu berpusing beberapa kali. Dalam berpusing itu, seorang pemandu tercampak setinggi hampir 10 meter dan meninggal dunia. Kemudian, seorang lagi penumpang tercampak ke atas jalan dalam keadaan putus kakinya. Korang akan jelas lihat kakinya terbang melayang ke atas jalan.



    Iktibar dari Arab Saudi ini bukanlah sekadar bahan tontonan semata mata. Diharap dapat menjadi pengajaran buat para pemandu supaya berhati hati di jalan raya. Bagi yang tidak tahan dengan bahan bahan ngeri, fikirlah dua tiga kali nak tengok. 

    AMARAN:
    penulis tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku ke atas pembaca selepas menonton video ini.

    Friday, November 18, 2011

    Fakta: Mark Zuckenberg Masih Jewish!


    Orang kita cepat je percaya kalau ada khabar angin. Bukan aku nak cakap apalah, tap dalam kita bermain dengan penulisan, aku rasa lebih baik kalau kita tulis dengan usaha (maksud aku, mesti ada pengkajian supaya kita tak dilabel sebagai 'b.d.h'). Kan3. Maaflah.

    Cerita panas hari ni, yang sudah mula menggegarkan Malaysia, khususnya blogger Melayu adalah tentang BETUL KE MARK ZUCKENBERG MASUK ISLAM?

    Petikan artikelnya adalah seperti di bawah:

    This amazing and highly interesting piece of information just landed in. Unofficial sources claim that Facebook CEO Mark Zuckerberg has made the decision to convert to Islam, and will henceforth be known as Mark Abu-bakar.

    Artikel ini, pada pengetahuan korang sudah lama tersebar di page berita palsu, seperti mana kes Mark Zuckenberg nak tutup Facebook pada suatu ketika dahulu (teringat bagaimana orang kita gembira bebeno sebab Facebook yang 'melalaikan' sudah akan tamat eranya).


    Tarikh artikel ini sebenarnya adalah pada 1 April dan guess what, it is an April Fool story. Apapun, hati aku kuat mengatakan ini semua adalah hoax, ataupun penipuan.

    Mark Abu-bakar said:
    I’ve been wanting to convert since a very long time. Yesterday, when we finally decided to shut down Facebook for 24 hours in October, i took some time out to think about what actually defines my life. I came to the conclusion that if there’s no Facebook, there’s no Mark Zuckerberg. That’s when it hit me. I was lucky that someone on Facebook had a web app for online conversion, so i went forward with it. Yes, its true. The app also posted a notification on my wall, you can check it out. May the lord be with you.

    Mark Abu-bakar has also said that he now plans to take time off Facebook on concentrate on something that has a more positive outcome. He also hinted that Facebook headquarters might be shifted to Afghanistan as well.

    '
    Afghanistan', apa ke jadahnya si Mark Zuckenberg nak bawa HQnya ke Afghanistan?

    Aku cuba cari kebenaran di sebalik kata kata ini dan aku terjumpa dengan hanya blog blog dan sumber yang tidak kukuh. Jadi kesimpulannya, this is bullshit again.


    Dalam artikel sumber tersebut, 2 Oktober kononnya Facebook akan ditutup. Akan? Eh, bukankah sekarang November? Aduhai si copy paste. Lihat tarikh ma. Kita dok online tak tutup tutup pun Facebook tuh. Anda tertipu lagi sebab ini adalah satu lagi HOAX yang direka sempena APRIL FOOL! TQ...


    Ini adalah pendapat peribadi. Terpulanglah kalau nak percaya atau tak.

    Friday, November 4, 2011

    Cable Car Genting Terhempas! Kebenarannya?

    Hari ni, sedang akses di facebook, aku lihat ramai sedang SHARE satu gambar. Kononnnya heboh dikatakan bahwa cable car di Genting pernah terhempas pada bulan March 2011 yang lalu. Cerita lanjutnya lagi, cable car terhempas tersebut adalah rahsia sulit 'kerajaan' Genting. Tiada siapa pun manusia di 'dunia bawah' mengetahui tentangnya melalui media massa. Perkhabaran mulut ke mulut mula berlaku, cerita mula ditokok tambah, dan sehingga ke akhir ini, ia masih dianggap tragedi yang menjadi satu persoalan, kenapa GENTING mahu menyimpan rahsia ini dalam 'rumah dosa'nya?

    kebenaran gambar ini, satu tanda tanya....

    Gambar di ataslah yang aku ceritakan. Mula mula tu terkejut juga. Takut pun ada. Tapi, pada aku mesti ada pucuk pangkal cerita ini. Kenapa kisah ini tidak diceritakan? Menurut pembacaan, kota keriangan itu cuba menyembunyikan kisah ini kerana takut berkurangnya pengunjung ke kota tersebut. Benarkah? Tak mungkin kejadian ini tidak masuk ke akhbar kalau gambarnya sudah diambil. Tak mungkin!

    Jawapannya aku temui selepas google beberapa laman web dan blog. Rupanya pembaca kena kencing lagi sebab penipuan gambar. Kenapa?

    ANDA YANG MASIH TAKUT2 TU SILA RUJUK INI:

    Bacaan aku sampai ke satu blog (rujuk ini). Lantas ia meyakinkan bahawa gambar sebenarnya boleh buat apa saja. Putar belit satu idea, sebarkan dan ia akan jadi satu fenomena dan tanpa disedari, fenomena itu adalah penipuan. Kisah hoax ini direcycle beberapa juta kali entahlah. Sehingga aku pun sambung recycle cerita ni sekali haha...




    Pengajarannya, sebelum kita share sesuatu, kaji dulu kebenaran. Orang boleh tulis apa saja. Kita perlu pandai menilai untuk diri kita dan juga guna logik dan kebijaksanaan. Realiti kadangkala mungkin bukan apa yang kita nak, tapi itulah kebenarannya. Namun, kalau aku ditanya boleh ke kereta kabel terhempas? jawapan aku... kalau benda nak jadi, atas kuasaNya, apa yang akan jadi akan terjadi. Betul tak? Kita sebagai manusia, berserah saja. Ajal maut di tangan tuhan.

    Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)

    Sekian.

    Sunday, October 23, 2011

    (18+) Kononnya Seronoklah Jadi Pondan!

    PEMBERITAHUAN:
    ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI.



    "Dan saya juga tidak akan sesekali bersoal akan agama kerana saya masih lagi jauh tersesat daripada ajaran agama. Terus terang saya katakan saya telah bersalah pada agama islam"

    "Tujuan saya mewujudkan blog ini hanya untuk berkongsi pengalaman saya kepada anda mengenai dunia pondan yang kini dianggap sebagai dunia kegelapan. Walaupun begitu, masih ada kebaikan di sebaliknya"

    Itu adalah antara petikan dan screen capture daripada salah satu post blog dari sebuah blog pondan yang begitu berfikiran terbuka. Sudah terang terang dia tahu bahawa dia tersesat. Sudahlah senang senang saja dia tulis bahawa dia tahu dia sudah bersalah pada agama Islam. Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang blog si pondan ini. Aku sendiri tidak akan meletakkan hyperlink untuk anda semua ke blog pondan ini.

    Bagi sesiapa yang berkesempatan membuka Facebook Geng Blogger, mahupun beberapa Facebook Ping Group yang lain, anda mungkin akan sedar kehadiran blogger bernama Syah ini yang telah berani ping entrynya. Syah mengaku dirinya sudah rebah dan sudah menjadi pondan sepenuhnya, walaupun dia lelaki dari segi luaran, dia sudah memiliki hampir 90% naluri wanita.

    Post Jika Saya Besarkan Buah Dada, first impression, dan gambar si lelaki ini memakai bikini di kedai bra memang geli kot. Malah siap ada gambar snap sendiri di dalam tandas dengan berpakaian perempuan lagik. Seyes, kalau pompuan tu lain hal... haha.. Come on la, lelaki pondan pakai bra perempuan, nafsu luar biasa nih... apapun, tak perlulah aku cerita panjang. Cuma pesanan aku, kaum kaum sebegini, kalau nk berblog pun janganlah cerita hal dalam kain korang. Jadilah apa yang korang nak jadi, kami x mau tau k.

    Beberapa blog postnya aku capture. kalau korang nak baca blognya, pergi sendiri k. Aku tak letak hyperlink coz entahlah. No komen. Aku tidak menyalahkan dirinya. Terpulanglah kepadanya jika dia mahu jadi apa. Persoalannya, wajarkah blognya itu? Orang normal rasa mual, bukannya buat diri si pondan tu dihormati, dibenci lagi adalah.

    Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

    Monday, September 26, 2011

    Inilah Kisahku - Sham Kamikaze



    Kisah perubahan saudara Sham Kamikaze dan bagaimana Allah menunjukkannya jalan hidayah. Sebuah renungan untuk diri kita.

    Saturday, June 11, 2011

    Makbul: Sebuah Cerita Tentang Doa Karya Hebat RTM


    RTM rupanya masih ada nadi nadi baru untuk menggerakkan drama menarik stesen kerajaan itu. Ternyata dengan lambakan drama bersiri yang bertumpukan kepad cinta disulam agama, RTM cuba lari daripada kisah yang sama. Dua minggu aku bercuti ni, sempat menonton drama bersiri di RTM2, bertajuk MAKBUL: SEBUAH CERITA TENTANG DOA. Pada aku, kisah ni mmg terbaik dan berjaya menandingi kisah agama yang lain. Jom aku listkan point2 menarik yang membuatkan korang wajib tonton drama ni:




    promo teaser drama bersiri Makbul



    1) Sinopsis cerita ni, seperti yang korang semua baca dalam poster mengisahkan tentang watak realiti dunia ini. Kisah bagaimana kejayaan itu sebenarnya takkan datang kalau kita hanya usaha tetapi tidak berserah kepadanya. Sebuah karya untuk kita berhibur dan berfikir, adakah hidup kita sebenarnya lengkap tanpa doa...


    2) Garapan drama ini nampak santai. Aku suka dengan dialog dialog yang teratur dan nampak bermesej. Bahkan aku rasa, keseluruhan babak babak dalam filem ini dibina dengan penuh teliti menjadikan aku ada feel menontonnya. Skrip Zabidi Mohamed mantap!

    3) Apa yang penting, filem ini membariskan pelakon pelakon yang tidak asing lagi dalam drama drama RTM. Mubarak Majid, Kartina Aziz dan lain lain serta pelakon utamanya Jalaluddin Hassan ternyata memberikan sebuah persembahan yang berkesan sekaligus menghidupkan realiti drama bersiri ini.


    4) Temanya cukup mudah. Namun, bagaimana pembentukan pemikiran watak watak dalam drama ini, itu yang menjadikan Makbul satu drama bersiri yang membuatkan kita berfikir dan dalam masa yang sama berhibur.

    5) Makbul juga ada lagu tema yang cukup sedap. Nyanyian Boy b4 yang bertajuk Ku Berserah Padamu amat sedap didengar. Lagu ilham Rosli Selasih dan lirik oleh Danish Muhammad Iman ini begitu umph! dan penuh pengajaran. (lirik di sini k)


    Boy B4 - Ku Bermohon Padamu

    6) Kalau nak bandingkan drama ini dengan Nur Kasih, aku rasa idea Makbul lebih simple dan tak berleret leret dan terus tuju kepada segenap lapisan umat Islam. Makbul mempunyai tema cinta yang lebih berat dari cinta manusia iaitu tema cinta kepada tuhan. Apa yang menghalang cinta itu bukanlah manusia, tetapi kepercayaan terhadap makbulnya doa dalam masyarakat masa kini. Makbul juga bukan kisah cinta bersulam agama, tetapi ianya adalah kisah cinta agama.


    7) Aku suka jalinan plot filem ini. Tak pernah aku tengok bagaimana sebuah kisah tentang doa dijadikan drama bersiri yang cukup panjang. Tahniah kepada penulis skrip, pembekal idea dan jugak krew2. Oh, ya.. RTM juga, sebuah kisah yang fresh dari stesen ini.

    8) Makbul tidak dihasilkan dalam format widescreen (ala, yang ada garis hitam kat atas dan bawah tu). Jadi, di zaman kini yang menganggap format itu nampak tidak relevan lagi sebab orang banyak pakai tv skrin lebar, aku tak menyangkakan Makbul boleh survive dengan format sebegini.


    9) Apa yang buat aku rasa best dan hebat sangat, drama bersiri ni ada blog. Layari http://www.makbul-theseries.blogspot.com/

    10) Dan perkara yang buat aku nak nonton drama bersiri ni dibuat di utara semenanjung. Aku, kalau drama bersiri ada elemen2 utara ni memang suka tengok. Teringat kampung halaman.


    trailer 5 minit drama bersiri Makbul

    Insyallah nanti akan terus menonton drama ini. Apapun, harap RTM kekalkan momentum sebegini untuk drama drama akan datang. Makbul kini disiarkan di TV2, Khamis jam 9.oo malam.

    poster dan gambar: hak milik http://www.makbul-theseries.blogspot.com/

    Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

    Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...