Akan Datang!

Friday, November 4, 2011

Cable Car Genting Terhempas! Kebenarannya?

Hari ni, sedang akses di facebook, aku lihat ramai sedang SHARE satu gambar. Kononnnya heboh dikatakan bahwa cable car di Genting pernah terhempas pada bulan March 2011 yang lalu. Cerita lanjutnya lagi, cable car terhempas tersebut adalah rahsia sulit 'kerajaan' Genting. Tiada siapa pun manusia di 'dunia bawah' mengetahui tentangnya melalui media massa. Perkhabaran mulut ke mulut mula berlaku, cerita mula ditokok tambah, dan sehingga ke akhir ini, ia masih dianggap tragedi yang menjadi satu persoalan, kenapa GENTING mahu menyimpan rahsia ini dalam 'rumah dosa'nya?

kebenaran gambar ini, satu tanda tanya....

Gambar di ataslah yang aku ceritakan. Mula mula tu terkejut juga. Takut pun ada. Tapi, pada aku mesti ada pucuk pangkal cerita ini. Kenapa kisah ini tidak diceritakan? Menurut pembacaan, kota keriangan itu cuba menyembunyikan kisah ini kerana takut berkurangnya pengunjung ke kota tersebut. Benarkah? Tak mungkin kejadian ini tidak masuk ke akhbar kalau gambarnya sudah diambil. Tak mungkin!

Jawapannya aku temui selepas google beberapa laman web dan blog. Rupanya pembaca kena kencing lagi sebab penipuan gambar. Kenapa?

ANDA YANG MASIH TAKUT2 TU SILA RUJUK INI:

Bacaan aku sampai ke satu blog (rujuk ini). Lantas ia meyakinkan bahawa gambar sebenarnya boleh buat apa saja. Putar belit satu idea, sebarkan dan ia akan jadi satu fenomena dan tanpa disedari, fenomena itu adalah penipuan. Kisah hoax ini direcycle beberapa juta kali entahlah. Sehingga aku pun sambung recycle cerita ni sekali haha...




Pengajarannya, sebelum kita share sesuatu, kaji dulu kebenaran. Orang boleh tulis apa saja. Kita perlu pandai menilai untuk diri kita dan juga guna logik dan kebijaksanaan. Realiti kadangkala mungkin bukan apa yang kita nak, tapi itulah kebenarannya. Namun, kalau aku ditanya boleh ke kereta kabel terhempas? jawapan aku... kalau benda nak jadi, atas kuasaNya, apa yang akan jadi akan terjadi. Betul tak? Kita sebagai manusia, berserah saja. Ajal maut di tangan tuhan.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)

Sekian.

8 comments:

FRANCHISE-NETWORK said...

ooo ok, tq for info..apa la diaorg ni buat fitnah jer..

Anonymous said...

huhuh ingatkan kat langkawi.baru planning nak naik kat langkawi.ihihih

chegu abbas said...

aku dok agak dah kalau kes2 melibatkan nyawa xkan depa nak sembunyi...rakyat pon bukan bodoh mesti akan heboh punya tu la len kali siasat dulu....hihihi...thks for tha info/..

Kak Mahh said...

Apa-apa pun kita kena nilai kesahihan sebelum percaya

Miss Ain ♥ said...

haha..ingat betul dah tadi....lpas nieyh kene berhati2 lah kan..macam2 skunk nieyh...

Anonymous said...

Betui2

Anonymous said...

sepupu aku keje genting..die hri2 ulang alik nek cable car mmg ade kes cable car penah jatuh bkn sekali tp pihak genting byr pihak tertentu utk tutup kes.sekian..

Arisa Lucifiria said...

Anonymous di ats aku ni tkya menipula kolo tkde bukti. It's like I like Genting at all and in fact, I've loathed it but you need to provided evidences first before making assumption. Itu fitnah nmenye, tidk kire jika pihak itu jahat atau tidk tetap berdosa ckp mcm tu.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...