Akan Datang!

Showing posts with label newsonline. Show all posts
Showing posts with label newsonline. Show all posts

Saturday, May 20, 2017

Lagu Tema Pirates of the Caribbean "He's A Pirate" Dalam Pelbagai Versi

Pirates of the Caribbean 5 akan menjengah pawagam 25hb Mei 2017. Pasti korang tak sabar menunggu keletah Jack Sparrow dalam misi seterusnya ini. Kali ini, Jack Sparrow akan berhadapan dengan Captain Armando Salazar, seorang kapten yang mengerikan yang berazam untuk membunuh kesemua lanun di dunia.


Antara perkara menarik tentang filem-filem Pirates of the Caribbean ialah soundtracknya yang amat menarik dan sedap didengar. Hari ini, jom kita dengar lagu tema filem Pirates of the Caribbean yang digubah semula oleh pelbagai kumpulan orkestra dan pelbagai lagi versi yang sedap didengar. Jom!

1. Pirates of the Caribbean Theme - Auckland Symphony Orchestra


2. He's A Pirate - David Garrett


3. Pirates of the Caribbean Tribute - 3rd Polish Nationwide Music Schools' Symphonic Orchestras Competition



4. Pirates of the Caribbean - Rhapsody Philharmonic




5. Pirates of the Caribbean Theme Indian Version - The Indian Jam Project

Tuesday, December 10, 2013

10 Sebab Big Bad Wolf Book Sale Wajib Dihadiri



Admin dah hadir selama dua hari di pesta buku ni, 9 dan 10 Disember 2013. Pesta ini tamat pada 15 Disember 2013. Kenapa korang kena hadir? 

1. Pesta buku dengan kemeriahan infiniti

Pesta buku BBW ni sebenarnya dah jadi pendefinisi baru pesta buku. Tidak dinaungi atau dimonopoli kompani penerbit, BBW bersikap sama berat sama rata dengan semua buku yang ada. Apa yang korang harapkan mungkin tak mungkin dijumpai semuanya. Tetapi, aku yakin korang akan jumpai lebih dari apa yang korang mahu jumpa. Ini baru pesta buku sebenar!

2. Ianya diadakan di tempat yang besar
Tahun 2012 dan 2013, BBW memilih tempat yang sama iaitu di The Mines Convention Centre. Dengan komuter Serdang yang berdekatan, dan kemudahan teksi yang sedia ada menunggu, BBW menjanjikan pengalaman memilih buku tahap paling gila pernah korang rasai. 

3. 24 jam tanpa henti!
BBW kali ini memberikan ruang untuk berpesta dalam mana mana minit yang korang mahu. Jika tidak mahu bersesak, korang pilih tengah malam sambil lepak di mamak berdekatan. Pendek kata, datang saja bila bila masa, pintu terbuka untuk korang membeli.

4. Harga murah giler 
Cukup sekali korang beli di sini. Bekalan untuk sepanjang tahun. Bawa satu kereta, dan selamat membeli stok stok bacaan tahun 2014. Dengan potongan harga yang sangat tinggi korang akan rasa mana mana kad diskaun atau ahli kedai buku tidak diperlukan lagi!

5. Buku hardcover dengan harga tak layak dengannya!
Kalau korang tengok buku hardcover, harganya mencecah ratusan. Malah, dengan visual yang berwarna penuh setiap helai, korang pasti takkan beli punyalah. Di sini, buku sebegitu dijual serendah RM10! Memang gila!

6. Keseimbangan novel muncul!
Tahun lepas, 2012, BBW lebih menjual novel bahasa inggeris. Tetapi, tahun ini, BBW memberi ruang kepada novel melayu untuk dijual. So, nak dapatkan novel melayu murah di sini, confirm korang takkan rasa rugi.

7. Keselesaan, itu prioriti mereka!
Yang nak rileks selepas penat pilih buku, tak pun menunggu suami, isteri, anak anak, sepupu sepapat cari buku, luangkan masa di ruang rehat yang disediakan. Kemudahan simpan barang jugak ada! Jadi, boleh shopping, tonton wayang, then datang ke pesta semula untuk tuntut barang.

8. Title baru ada, title lama pun ada. 3 juta semuanya!
Yang tak berkesempatan atau takde fulus tahun lepas untuk beli buku, jangan risau. Buku tahun lepas punya masih ada dijual dengan harga yang masih sama. Jadi, datang, ambil dan bacalah.

9. Boleh beli t shirt lanun!
Big Bad Wolf ada sediakan t shirt dan pelbagai cenderahati. Boleh beli dan selamat berbangga!

10. Masa nak guna troli ataupun kotak lama!
Hadir BBW Books sale tanpa troli dan kotak sendiri memang tak sah. Sebab konfom korang tak menang tangan nak beli semua buku yang ada. Jadi, bawa troli sendiri dan juga kotak sendiri kalau mahu beli pada kuantiti yang agak besar.

update pesta buku ini, layari : https://www.facebook.com/bbwbooks

Yang tertinggal, pastikan jangan lepaskan peluang untuk jualan Aftermath mereka nanti. Senarai buku yang berjaya admin buru di BBW Sales seperti berikut! (nanti admin tunjuk.. ehehe)

Tuesday, March 12, 2013

Pihak Berkuasa Mula Mengambil Tindakan Terhadap Laman Perkongsian Fail Berhakcipta

Sejak beberapa tahun yang lepas, pihak berkuasa telah mengambil tindakan dengan mematikan akses kepada beberapa laman perkongsian, dan kini kelihatan beberapa laman tempatan turut hadir dibawah pemerhatian pihak mereka. 

Daripada apa yang dilaporkan oleh Hollywood Reporter, seorang belia berusia 27-tahun dikatakan telah ditahan disebabkan perkongsian pautan muat-turun fail-fail berhakcipta pada laman SYOK.org. Ia turut dikatakan belia tersebut berkemungkinan adalah salah seorang pentadbir di laman SYOK.org yang sedia mempunyai ratusan ribu pengguna. 

Pada laman SYOK.org hari ini, ia kelihatan pentadbirnya telah pun membuang forum khas untuk perkongsian digital, dan sebaliknya mengubah arah tuju kepada bentuk perbincangan dan komuniti. - Amanznetwork


p/s: setakat artikel ini dikongsi, Teamaryzs mula ambil tindakan untuk invite only 200 orang sahaja (lihat sini), teamhanna sudah down dan laman jieazz tidak dapat dilayari lagi.

Monday, March 4, 2013

Status Lantikan Jawatan PPPS DG41 Bagi Graduan Cemerlang ISMP 2012


SEMAKAN STATUS URUSAN PELANTIKAN TETAP KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI GRADUAN CEMERLANG IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 

Suruhanjaya telah membuat keputusan bagi urusan pelantikan tetap graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012, graduan cemerlang yang memperoleh PNGK 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan sekurang-kurangnya A- dalam Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM akan menjalani sesi penilaian khas bagi menggantikan urusan temu duga. Program tersebut dijangka akan dilaksanakan pada bulan April 2013 dan maklumat lanjut mengenai tarikh dan lokasi program tersebut akan dimaklumkan di portal Suruhanjaya. Senarai graduan yang perlu menghadiri program tersebut boleh disemak di portal SPP mulai 1 Mac 2013.

semak status di sini...

Friday, February 22, 2013

Status Perlantikan Graduan ISMP 2012 Sebagai PPS DG41


STATUS URUSAN PELANTIKAN GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TAHUN 2012 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 

---------------------------------------------------------------------------- 


Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang mempertimbangkan sejumlah 7,824 graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun 2012 dan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012 untuk pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. 

Dalam mempertimbangkan pelantikan ini, SPP telah membuat keputusan bahawa sejumlah 2,791 graduan cemerlang yang memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap. Mereka yang terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP. 

Baki 5,033 daripada 7,824 graduan iaitu 2,246 graduan IPTA dan 2,787 graduan IPGM yang telah memohon jawatan PPPS Gred DG41 akan melalui urusan temuduga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013. Semakan maklumat temu duga boleh 2 dibuat oleh setiap graduan di Portal SPP mulai 15 Februari 2013. Butiran mengenai jadual temuduga adalah seperti yang berikut:  

1 Perlis 19/2 - 20/2/2013 
2 Kedah 19/2 - 21/2/2013 
3 Pulau Pinang 21/2 - 22/2/2013 
4 Perak 25/2 - 1/3/2013 
5 Melaka 25/2 - 1/3/2013 
6 Johor 26/3 - 27/3/2013 
7 Negeri Sembilan 13/3 - 15/3/2013 
8 Pahang 11/3 - 14/3/2013 
9 Kelantan 25/2 - 1/3/2013 11/3 - 14/3/2013 
10 Terengganu 11/3 - 13/3/2013 
11 Sabah 19/3 - 22/3/2013 26/3 - 27/3/2013 
12 Sarawak 19/3 - 22/3/2013 26/3 - 27/3/2013 
13 Putrajaya 25/2 - 1/3/2013 / 5/3 - 8/3/2013 / 11/3 - 15/3/2013 / 25/3 - 27/3/2013

semakan jadual temuduga PPPS Gred DG41 boleh dilakukan di sini...

Berdasarkan maklumat daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bagi memenuhi keperluan mendesak di sekolah, KPM akan melantik sejumlah 2,807 daripada graduan tersebut sebagai Guru Interim mulai 1 Mac 2013. Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu 2,067 di Sekolah Menengah (SM) dan 740 di Sekolah Kebangsaan (SK). 

KPM juga memaklumkan, oleh sebab tarikh dan tempat temu duga telah ditetapkan, Guru Interim ini dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai Guru Interim sehingga 30 Mac 2013. Manakala baki graduan berkenaan akan dilantik terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan waran perjawatan tahun 2013 diluluskan oleh pihak Agensi Pusat.


Friday, December 28, 2012

Senarai Telefon Pintar Untuk Rebat RM200!


Menurut pihak SKMM, berikut merupakan peranti awal yang akan ditawarkan melalui rebat tersebut, dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa. Melalui Pakej Komunikasi Belia ini, pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka, dan mungkin hanya sesetengah model sahaja ditawarkan oleh seseorang pengedar itu. 

Berikut merupakan senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan menggunakan rebat RM200 yang diberikan oleh kerajaan untuk semua belia di Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun bermula Januari 2013.

Semua belia boleh membuat pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my (alamat baru di sini: https://komunikasibelia.skmm.gov.my//) mulai selasa minggu depan. Perlu diingat skim ini adalah siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar selagi stok masih ada. Model-model Smartphones yang terpilih:-


1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
 20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V79


senarai telefon adalah seperti yang tertera di sini. Senarai telefon pintar lain akan diupdate dari semasa ke semasa oleh pembekal.

Baca ni:
BERITA BARU!!!: Tiada had harga untuk smartphone untuk program rebat! - KJ & Rais di Twitter

bBaca ni juga: Semakan permohonan BR1M 2.0

Monday, December 3, 2012

20 Foto: Lincah, Seksi, 'Nakal', J.Lo Goncang Stadium Merdeka!

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Dilarang mempamer gaya dan aksi 18sx, ghairah juga tarian erotik yang berlebih-lebih, sikit pun tidak membantutkan hasrat Jennifer Lopez aka J.Lo merealisasikan konsert sulungnya Dance Again Live in Malaysia 2012, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. Mengadakan konsert di salah satu negara Islam yang penuh dengan tatasusila sebagai negara timur, penyanyi berpengaruh dari Amerika Syarikat ini nyata hormat dan akur dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Tampil dengan outfit sopan meskipun tiada 'babak' baju terlondeh serta kelakuan-kelakuan menghairahkan di atas pentas, pun begitu J.Lo yang tetap nampak seksi sukses menghiburkan kira-kira 8,000 penonton. Biarpun hujan turun tanpa henti sejak beberapa jam sebelum konsert bermula tapi tidak mematahkan semangat peminat untuk membanjiri segenap stadium. Memulakan persembahan jam 9.10 malam, J.Lo menghangatkan suasana dengan deretan 15 lagu dari zaman Jenny From The Block hinggalah album terkini dengan lagu seperti Get Right, Love Don't Cost A Thing, I'm Into You, Waiting For Tonight, Let's Get Loud, All I Have, Run The World dan Papi .

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Beraksi penuh bertenaga dengan memperlihatkan aksi tarian cukup ligat bersama vokal yang mantap, ibu kepada dua cahaya membuktikan dia selayaknya bergelar penghibur sejati. Dengan penata cahaya menakjubkan, props yang sangat dinamik serta sistem bunyi cukup baik, lantas boleh dikata konsert ini antara konsert 'outdoor' terbaik 2012.

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Daripada muzik rancak di tukar mood sentimental bilamana J.Lo ajak peminat bercerita tentang cinta, "Okay, mari kita redakan sedikit suasana, kita jadikan juga malam ini malam penuh romantik. Apa kata, mari kita bercerita tentang cinta. Okay, cinta itu subjeknya memang besar. Tapi apakata kita kembali ke album pertama saya. Lagu ini juga yang membuatkan saya di kenali di serata dunia", kata J.Lo lalu didendangkan lagu If You Had My Love versi akustik bersambung medley I'm Real dan Ain't It Funny. 

Ya memang. Satu jam pertama perjalanan konsert Dance Again Live in Malaysia 2012, segalanya nampak selamat. Peminat sangat terhibur dan J.Lo bertambah-tambah teruja mahu terus menghibur. Bagaimanapun 30 minit terakhir, atmosfera stadium merdeka bertambah panas membara apabila bekas a begitu yakin malah 'berani' tampil dengan bodysuit kombinasi rona hitam dan warna kulit juga legging lace lalu meneruskan persembahan dengan lagu On The Floor. Habis saja lagu, diva yang pernah dirai sebagai wanita paling cantik di dunia ini berdiri di tengah-tengah pentas memerhati segenap arena sambil tergelak besar dan membiarkan penonton menatap sepuas-puas tubuh seksinya itu - J.Lo memang 'nakal'. 

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

 Menamatkan konsert sekitar jam 10.30 malam, tampil dengan baju keenam - bodysuit yang dilitupi seequin, J.Lo tinggalkan peminat Malaysia dengan lagu I Wanna Dance. 

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Konsert tersebut turut disaksikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar termasuk beberapa kelibat para kerabat. Juga VIP antaranya Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Y.B Dato' Mukhriz Mahathir, Menteri Perlancongan Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen. Turut juga kelihatan para selebriti seperti Hans Isaac yang datang bersama Neelofa, Amy Search bersama anaknya Nabila Huda, Fazley Zainal dan Dafi. 


Sementara itu, sebelum merentasi benua Asia, penghibur berusia 43 tahun itu melancarkan siri jelajah konsertnya pada 14 Jun lalu, dan ia dimulakan di Republik Panama kemudian menjelajah ke sekitar Amerika Latin serta Brazil. Manakala Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi ketiga di antara 44 lokasi lain selepas mengunjungi Manila dan Jakarta. Konsert J.Lo Dance Again World Tour 2012 dijadual berakhir pada 18 Disember di Australia. Siri jelajah itu diadakan sempena rangka promosi album kompilasi pertamanya edaran Epic Records berjudul Dance Again The Hits.

Lagi foto Jennifer Lopez Dance Again Live in Malaysia 2012
(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Kredit gambar: cipotredz
Artikel asal dari: MalaysianDigest.com

Monday, September 17, 2012

Panas: Blogger Hina Perlis Dihina Rakyat Perlis!


Kata caci maki, hina menghina sudah mula dilemparkan terhadap blogger bernama Larravenna dek kerana tulisannya yang bertajuk Perlis PERGHLIS , I HATE YOU ! I REALLY MEANT IT dikatakan menghina Perlis . Dalam post tersebut, yang mana sudah dipadamkan dek kerana telah membuatkan orang perlis jadi marah, Larravenna menulis tentang bagaimana dia menggambarakan perlis ini terlalu panas bagi dirinya. Berdasarkan pemerhatian admin, blogpostnya sudah ditulis pada Mei 2012 yang lalu dan hanya selepas 5 bulan berlalu, ianya menjadi isu.


Pastinya pada Larravenna, admin pasti tiada ada niat untuk menghina. Jika, iya pun, hanya dirinya yang tahu.Mungkin ianya lebih kepada pandangan peribadi. Lagipun, benda ini sudah lama, dan mungkin ada sebiji zarah yang mula merebakkan benda ini untuk menimbulkan kemarahan. Namun begitu, Larravenna bukanlah isu yang admin mahu bawakan. Tetapi, beberapa komen orang perlis yang tidak menggambarkan kemesraan dan hemoinya rakyat Perlis di fanpage Anak Perlis dan juga Perlis Permai Lagi Mempersona, itu yang buat admin geleng kepala.





Sebahagian saja komen dari tindakan Larravenna admin paparkan. Geleng kepala jugak admin bila ada dengar perkataan kurang ajar yang memalukan sebagai rakyat Perlis. Namun, di kalangan komen yang agak panas, ada juga yang bertindak menenangkan keadaan. Seharusnya, admin rasa, dalam menegur kena ada adab dan sopan. Lagipun, rasanya perkara ini amatlah kecil dan tidaklah perlu untuk disertakan cari maki dan kata kata kesat.


Akhir sekali, admin nak tekankan menegur tu biarlah beradap, baru orang lain mampu berubah. Apapun, pengajaran buat semua blogger juga, berhati hati dalam berkata. Kalau dia dah hina, janganlah hina balik.  Mungkin menegur dengan lemah lembut adalah lebih baik daripada memaki hamun. Bukan apa, kalau kita hina balik, maka orang Perlis ni sama je tarafnya dengan Larravenna. Sekian.

Saturday, June 16, 2012

Event: Bunkface-Hujan-Nidji Berkongsi Pentas Gig Triple Play


Kesinambungan kejayaan program realiti terunggul Versus yang menonjolkan kreativiti tanpa batasan diteruskan dengan sebuah lagi konsert muzik rock yang diberi nama Gig Triple Play. Suntikan muzik dari tiga kumpulan yang menjadi kegilaan anak muda masa kini iaitu Bunkface, Hujan dan Nidji bakal menggegarkan pentas dan kaca televisyen anda pada hari Sabtu, 30 Jun, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). 

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar TV9, ”Kejayaan dan penerimaan positif Versus telah membuktikan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk evolusi muzik yang lebih besar. Dengan itu, kami tampilkan Gig Triple Play sebagai platform untuk meletakkan ketiga-tiga kumpulan besar ini di tahap yang sama. Uniknya konsert ini adalah ia akan menyatukan 3 buah kumpulan berbeza genre muzik rock yang berasal dari 2 negara (Malaysia dan Indonesia) di mana mereka akan menunjukkan kreativiti masing-masing di atas 1 pentas. Bunkface dengan muzik Pop Punk & Punk Rock, Hujan dengan muzik rock alternatif dan Nidji pula cenderung pada pop alternatif. Variasi muzik rock yang diketengahkan oleh ketiga-tiga bakat ini akan memberikan kelainan di dalam pengisian konsert ini. Lebih hebat lagi apabila mereka turut akan ’shuffle’ atau mempersembahkan lagu dari kedua-dua kumpulan lain.” 

klik untuk biodata ahli kumpulan.

”Penganjuran konsert ini juga adalah untuk meraikan ulang tahun keenam TV9, di samping memberi penghargaan kepada penonton setia kami yang sentiasa menyokong kami. Buat pertama kalinya TV9 akan memberi peluang kepada penonton-penonton setia kami yang juga merupakan peminat tegar ketiga-tiga kumpulan ini, untuk menentukan playlist atau senarai lagu konsert ini,” tambah Sherina lagi. 

KL Live akan menjadi saksi kepada aura ketiga-tiga kumpulan yang akan mempersembahkan kehebatan masing-masing di hadapan 1000 orang penonton. Tiket-tiket eksklusif konsert ini hanya boleh didapati melalui peraduan-peraduan yang akan dianjurkan di laman web rasmi dan platform sosial media iaitu Twitter dan Facebook TV9. 
klik untuk biodata ahli kumpulan.

Selain itu ia juga boleh dimenangi melalui peraduan yang akan dianjurkan oleh media cetak, komuniti peminat Bunkface, Hujan dan Nidji serta melalui radio rasmi Hot FM. 

Hot FM sebagai geng radio Gig Triple Play akan mempromosikan konsert ini melalui corong radio serta memberi peluang kepada pendengar setia mereka untuk memenangi tiket-tiket eksklusif melalui peraduan dan Hot FM Zoomers. 

TV9 membawa kumpulan popular dari Indonesia, Nidji yang dianggotai oleh Giring (vokal), Rama dan Ariel (gitar), Adri (dram), Andro (bass) dan Run-D (keyboard) untuk berkongsi pentas dengan dua kumpulan hebat tanahair, Bunkface dan Hujan, demi meraikan muzik dan kreativiti tanpa batasan. Nidji yang telah menempa nama bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, malahan di Jepun, Hong Kong dan Amerika Syarikat amat berbesar hati untuk berkongsi kreativiti dan seterusnya menghiburkan komuniti Nidjiholic di Malaysia. 

klik untuk biodata ahli kumpulan.

Bunkface yang diterajui oleh tiga anak muda berkaliber iaitu Sam, Youk dan Pa’an banyak menghasilkan lagu-lagu bergenre pop punk dan punk rock. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2005 dan telah memenangi beberapa anugerah seperti ’Anugerah Bintang Popular 2009’ (ABP 2009) dalam kategori ’Penyanyi Duo/Kumpulan Popular,’ ’Anugerah Shout! 2009’ bagi kategori ’Break Out Award’, ’Rockstar Award’ dan ’The Ultimate Shout Award’ serta ’Anugerah Shout! 2010’ bagi kategori ’Rockstar Award’ dan ’Music Video Award’. 

Kumpulan indie Hujan yang baru-baru ini menjuarai Versus, dianggotai oleh Noh, Dimas, Izzat, AG dan Am, mula dikenali ramai sejak ditubuhkan pada 2006. Alunan muzik mereka diberi penghargaan apabila meraih Anugerah Industri Muzik 2009 (AIM 2009) menerusi ’Album Terbaik ”Hujan”’ dan ’Lagu Rock Terbaik ”Bila Aku Sudah Tiada.’ ” Malahan Hujan turut mempunyai peminat setia yang menggelarkan diri mereka Raingers. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Gig Triple Play www.tv9.com.my/gigtripleplay.

Saturday, March 17, 2012

Vektor 58: Drama Bersiri Ala 'Transformers' Malaysia

Mantera bakal menguji sejauh mana cereka CGI diterima dalam industri filem di Malaysia. Di skrin tv, drama bersiri 13 episod bertajuk Vektor 58 bakal memberikan nafas baru apabila ianya menggunakan robot sebagai karakter utama. Belum diketahui bakal disiarkan di tv mana, Vektor 58 adalah arahan dan terbitan syarikat Chain-FX Sdn Bhd. Ingin ketahui kehebatannya, saksikan trailer drama bersiri ini di bawah.



PROFIL TELEFILEM: Vektor 58 [13 episod] 
SYARIKAT PRODUKSI: Chain-FX Sdn Bhd 
PENERBIT: Muhammad Faiz Abu Bakar 
PENERBIT EKSEKUTIF: Muhammad Fasya Daud 
PENGARAH KREATIF / PENGARAH: Rosfaizal Ariffin 
PRODUSER VFX: Nelli Nelissa Zalizam 
PENGARAH VFX: Anuarul Zaid Suhut 
PRODUSER PEMASARAN: Nur Liyana Zulkifli 
PENGARAH FOTOGRAFI: Helmizan Abd Hamid 
PENOLONG PENGARAH: Muhamad Ridzuan Jainan @Zainal 
PENOLONG PENGARAH VFX: Ma Chiau Ran 
PENGURUS PRODUKSI: Che’ Mat Ismail 
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Sam Anuar Zainal Abidin 
KONTI: Fauziah Muhamad 
PROPMASTER: Ahmad Bazli Abdul Manap 
PEMBIKINAN BELAKANG TABIR: Mohd Hafidz Rakiman/Mohd Shahrul Abd Wahab 
RUNNER : Helmi Lim Sani Lim 
PEMBANTU PRODUKSI: Mohd Amirul Khair Md Kamari/ Saiful Izuan Asni 
SOLEKAN: Shahrul Nizam Mustafa 
WARDROBE/KOSTUM: Mohd Rosly Mohd Sidek (Rose Suci) 
WAKTU SIARAN: 2012 
PELAKON: Ku Mohd Amirul, Ain Satar, Nur Iylia Insyirah, Nor Intan Bhaizura, Fazlina Datuk Ahmad Daud, Jefri Jefrizal, Mohd Kamarulzaman (Ce’ Kem), Norman Hakim, Nasha Aziz, Elyana, Datuk Aziz Singah, Ogy Datuk Ahmad Daud, Pushpa Narayan, Alan Yun, Isma Yusof, Kaza, Melly Amalin, Asyeila, Syafiq Sukar, Farah Saipuddin, Affan Saipuddin

Berikut adalah karakter2 dalam drama bersiri Vektor 58 yang diambil dari blog rasmi drama bersiri ini. Nampak robotnya mirip filem Transformers. Walaupun begitu, aku rasa CGInya terbaiklah sebagai sebuah drama tempatan yang mula mula memberikan cerita sebegini.



Vektor 58 dikhabarkan mengambil masa 10 bulan dan mengisahkan satu pertandingan antara robot yang datang dari dunia luar.Aku sebenarnya teruja menantikan drama bersiri ini. Berharap ianya adalah satu nafas baru yang berjaya dalam arena pembikinan filem dan drama bersiri kita. Syabas!

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Vektor 58 (info2 dalam post ini diolah berdasarkan info dari blog rasmi). 

Friday, January 13, 2012

Newton Akan Pengsan Kalau Tonton Filem Tamil?


Kalau Edward Newton kembali ke bumi, memang dia akan pengsan tonton filem Tamil. Ehehe... Pada aku, sepanjang menonton filem Tamil, inilah uniknya filem Tamil. Filemnya penuh aksi yang ganas tetapi memang melawan realiti yang mana menyeronokkan dan dapat hilangkan stress. Apapun, filem adalah untuk berseronok, dan enjoy. Keratan akhbar di atas adalah untuk bacaan santai dan bukan untuk menghina ataupun memaki hamun filem Tamil. Sekadar bacaan ringan. Bubayyyye... 

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...