Kata caci maki, hina menghina sudah mula dilemparkan terhadap blogger bernama Larravenna dek kerana tulisannya yang bertajuk Perlis PERGHLIS , I HATE YOU ! I REALLY MEANT IT dikatakan menghina Perlis . Dalam post tersebut, yang mana sudah dipadamkan dek kerana telah membuatkan orang perlis jadi marah, Larravenna menulis tentang bagaimana dia menggambarakan perlis ini terlalu panas bagi dirinya. Berdasarkan pemerhatian admin, blogpostnya sudah ditulis pada Mei 2012 yang lalu dan hanya selepas 5 bulan berlalu, ianya menjadi isu.
Pastinya pada Larravenna, admin pasti tiada ada niat untuk menghina. Jika, iya pun, hanya dirinya yang tahu.Mungkin ianya lebih kepada pandangan peribadi. Lagipun, benda ini sudah lama, dan mungkin ada sebiji zarah yang mula merebakkan benda ini untuk menimbulkan kemarahan. Namun begitu, Larravenna bukanlah isu yang admin mahu bawakan. Tetapi, beberapa komen orang perlis yang tidak menggambarkan kemesraan dan hemoinya rakyat Perlis di fanpage Anak Perlis dan juga Perlis Permai Lagi Mempersona, itu yang buat admin geleng kepala.
Sebahagian saja komen dari tindakan Larravenna admin paparkan. Geleng kepala jugak admin bila ada dengar perkataan kurang ajar yang memalukan sebagai rakyat Perlis. Namun, di kalangan komen yang agak panas, ada juga yang bertindak menenangkan keadaan. Seharusnya, admin rasa, dalam menegur kena ada adab dan sopan. Lagipun, rasanya perkara ini amatlah kecil dan tidaklah perlu untuk disertakan cari maki dan kata kata kesat.
Akhir sekali, admin nak tekankan menegur tu biarlah beradap, baru orang lain mampu berubah. Apapun, pengajaran buat semua blogger juga, berhati hati dalam berkata. Kalau dia dah hina, janganlah hina balik. Mungkin menegur dengan lemah lembut adalah lebih baik daripada memaki hamun. Bukan apa, kalau kita hina balik, maka orang Perlis ni sama je tarafnya dengan Larravenna. Sekian.




