Akan Datang!

Showing posts with label intai intai. Show all posts
Showing posts with label intai intai. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Sneak Peek: KL Gangster 2

KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013. 


Plot cerita mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang, Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja bagi mengubah nasib hidupnya walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi apabila laporan doktor mengesahkan ibu mereka mengidap penyakit barah. Keadaan bertambah perit apabila kakaknya, Zati diperkosa. 

Pelakon


Filem yang menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi. Filem ini akhirnya mendapat khidmat aktor berkaliber Malaysia, Rosyam Nor selepas gagal untuk dibawa untuk filem pertamanya akibat masalah jadual waktu kerja yang padat. Menurut Syamsul, beliau memang menginginkan Rosyam berlakun filem bercorak aksi kerana watak dalam filem tersebut memang dicipta khas untuk beliau. Kali terakhir Rosyam berlakun aksi ialah pada filem Castello Semasa pembikinan, pelakon Aaron Aziz menerima kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau dihantarkan ke hospital berdekatan.

sumber | review: KL GANGSTER

Tuesday, March 12, 2013

Sneak Peek: Zombi Kilang Biskut


Demam Rock Oo.. dan Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit masih belum reda. Dari Mamat Khalid lagi, ini dia, Zombi Kilang Biskut. Sekuel Hantu Kak Limah kali ini sekali lagi menampilkan geng Kampung Pisang. Di pawagam ogos 2013.

Sneak Peek: Vikingdom


Vikingdom, sebuah filem epik dari KRU! Kini, peluang anda untuk pertamakalinya menyaksikan teaser 1 minit filem tersebut yang bakal ditayangkan tidak berapa lama lagi.  Vikingdom dibintangi  Dominic Purcell, Natassia Malthe, Craig Fairbrass, Jon Foo dan Conan Stevens. Diarahkan oleh Yusri Abdul Halim.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.imdb.com/title/tt1785669/

Jom, 1 minit hebat ini diambil dari laman youtube rasmi Vikingdom.

Friday, December 7, 2012

Sneak Peek: Race 2


Utv Motion Pictures dan Tips Music Films mempersembahkan sebuah filem aksi, saspens dan thriller terbitan Kumar S Taurani, Ramesh S Taurani dan Ronnie Screwwala arahan Abbas-Mustan, duo director yang familiar dengan filem filem thriller mereka di Bollywood. Race 2 adalah sekuel kepada filem pertamanya yang mana direlease pada tahun 2008. Race adalah cerita pengkhianatan, dan thriller seksi lakonan Saif Ali Khan dengan bintang bintang ternama mengelilingi seperti Anil Kapoor dan juga Bipasha Basu. Kali ini starcast ini kembali dengan sekuel kedua.

Party on My Mind, video klip dari filem ini mendapat tontonan 1 juta! Tonton video tarian seksi Deepika Padukone bersama Saif Ali Khan dan John Abraham dengan klik gambar di atas,

Dibintangi juga oleh John Abraham, Deepika Padukone dan Jacqueline Fernandez dan juga Ameesha Patel, Race 2 kembali membawa plot twist gaya Abbas Mustan. Pada yang sudah menonton Race (2008) pastinya tahu pattern plot cerita nih. Dengan tarian seksi dikoreograf oleh Ahmed Khan dan muzik garapan komposer dance terhebat, Pritam, Race 2 ada kuasa yang hebat. Bakal berada di pawagam India pada Februari 2013. Mungkin juga akan ditayangkan di Malaysia.

Trailer Official Race 2

Monday, September 10, 2012

Preview 12 Minit Filem 'Salam Cinta'


MIG kembali membawakan sebuah kisah romantika agama selepas 7 Petala Cinta. Dengan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Diana Amir dan dibantu oleh Syuk Balas, Mon Ryanti, Razak Ahmad dan ramai lagi, Salam Cinta mengisahkan kehidupan Amirul yang berubah selepas memegang watak sebagai seorang ustaz. Sebagai sebahagian dari promosi, MIG dengan bangganya memberikan anda, pra tonton 12 minit pertama filem ini secara percuma. Jadi, selamat layan 12 minit pertama filem ini di bawah.

Monday, September 3, 2012

Sneak Peek: Hanyut

U-Wei Haji Saari kini kembali dengan sebuah filem berdasarkan novel klasik Joseph Conrad, Almayer's Folly. Dipena dan diarahkan oleh U-Wei Haji Saari sendiri, filem ini mengisahkan bagaimana pedagang berbangsa Belanda, Almayer yang cuba untuk hidup di Malaysia pada era penjajahan. Impian Almayer adalah untuk mencari gunug emas nampaknya terganggu dengan pelbagai masalah yang menghimpit pada zaman tersebut.


Filem ini, yang mana siap sepenuhnya pada Ogos 2012. Namun, buat masa ini tarikh tayangan masih belum diketahui. Filem terbitan Tanah Licin Sdn. Bhd. ini dibintangi Peter O'brien, Sofia Jane, Khalid Salleh, Adiputra dan Diana Daniel disamping dibantu oleh Sabri Yunus, Bront Palarae, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Sunday, July 29, 2012

Game Highlight: Call Of Duty - Black Ops II



Peminat Call of Duty pastinya akan bersorak gembira apabila mengetahui bahawa syarikat pengeluarnya, Treyarch dan juga penerbitnya, Activition bakal mengeluarkan Black Ops II pada November tahun 2012. Menurut sumber, Call of Duty: Black Ops 2 bakal diterbitkan pada 13 November untuk platform PC, PS3, Wii U dan juga Xbox 360. Black Ops II adalah game ke sembilan dalam francise Call of Duty dan juga sekuel kepada siri pertama, Black Ops yang diterbitkan pada 2010. 

Trailer pengenalan Call of Duty: Black Ops II

Game ini akan menampilkan dua storyline yang berkait antara satu sama lain. Satu daripadanya berlatar belakangkan 1970an sehingga 1980an dan satu lagi berlatar belakang tahun 2025. Prontagonis Black Ops, Alex Mason kembali dalam siri ini untuk cerita berlatar belakang 70an dan 80an bersama rakannya Frank Woods. Untuk latar 2025, kisah ini menampilkan anak Alex Mason, David. Ianya berkisar tentang perang dingin masa depan antara China dan United States selepas China mengharamkan export bahannya selepas serangan siber di Chinese Stock Exchange. 

Call of Duty: Black Ops II Gameplay!

Black Ops II adalah pertama dalam sirinya yang menyediakan latar futuristic dan juga senjata perang masa hadapan. Ianya juga bakal menyediakan ‘branching storyline’ iaitu plotnya dipengaruhi oleh tindakan pemain itu sendiri. Dalam erti kata lain, pilihan yang pemain lakukan bakal mempengaruhi plot kisah ini dan juga ending kepada permainan. 

Di sebalik pembikinan Call of Duty: Black Ops II

Treyarch juga telah mengesahkan mode zombie akan kembali dalam game ini dengan campaignnya yang tersendiri. Inilah kali ketiga zombie mode muncul dalam permainan Call of Duty dan pertama kali juga akan mempunyai plotnya yang tersendiri. Mode zombie juga boleh dimainkan dalam versi multiplayer yang mana akan membolehkan 8 pemain bermain dalam satu pasukan. Ini lebih hebat dari mode zombie terdahulu yang mana hanya membolehkan 4 pemain bermain dalam satu pasukan. - sumber (klik untuk maklumat lanjut)

Monday, July 16, 2012

Sneak Peek: Zaiton Ceritaku...


Zaiton Sameon satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan. Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula. 


Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon. Filem sulung arahan Esma Daniel yang juga merupakan pengarah eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya. Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan. (sumber)

Saturday, June 23, 2012

Sneak Peek: Breaking Dawn Part 2


Kristen Stewart, Robert Pattison dan Taylor Lautner kembali dalam filem bahagian kedua Breaking Dawn ini. Setelah filem pertama Breaking Dawn Part 1 telah berjaya mendapat kutipan $750 million di seluruh dunia, filem ini bakal menyambung cerita romantika luar biasa ini. Filem ini bakal berada di pawagam pada November 2012. Breaking Dawn Part 2 mengisahkan pergolakan yang berlaku apabila Bella sudah selamat melahirkan anaknya, Renesmee Cullen. 

Wednesday, June 20, 2012

Sneak Peek: The Amazing Spiderman


Asalnya dari sebuah idea untuk Spiderman 3, Columbia Pictures akhirnya memutuskan untuk membuat filem sambungan untuk siri Spiderman tersebut. Sebaliknya, studio tersebut lebih terpikat untuk menjadikan Spiderman lebih awesome dengan membina sebuah filem reboot untuk superhero ini. Nah, inilah dia, Spiderman yang lebih dalam, pekat dan beremosi. Tidak lagi menampilkan watak Peter Parker yang terlalu baik dan menghadapi dilema emosi dan perasaan, filem ini bakal menampilkan sisi baru si lelaki tersebut. Kisah kali ini berlegar tentang Peter yang cuba untuk mencari kisah silam di sebalik kematian keluarganya.

Lizard, si cicak gergasi adalah si jahat untuk filem ini. Jangan ketinggalan menyaksikannya di pawagam bermula Julai 5 2012 tau! Filem ini dibintangi Andrew Garfield sebagai Peter Parker, Emma Stone sebagai Gwen Stacy dan juga Rhys Ifans sebagai Dr. Curt Connors.

4 minit pengenalan filem THE AMAZING SPIDERMAN! 

Tuesday, May 29, 2012

Sneak Peek: Untuk Tiga Hari


Sebuah lagi karya Ahadiat Akashah bakal menemui para penonton tidak lama lagi. Filem bertajuk Untuk Tiga Hari ini adalah satu lagi karya filem adaptasi terbitan Tarantella Pictures yang mana sebelum ini menerbitkan filem laris pecah panggung, Lagenda Budak Setan dan juga Ombak Rindu. Dengan meletakkan harapan kepada pengarah yang luar biasa pemikirannya, Afdlin Shauki, Untuk Tiga Hari bakal membawakan sentuhan Afdlin yang pertamakalinya mengarahkan filem romantik.


Mengisahkan bagaimana dua pasang kekasih yang berkahwin atas desakan keluarga memutuskan untuk berpisah selepas tiga hari perkahwinan, filem ini dibarisi pelakon pelakon seperti Afdlin Shauki sendiri, Vanida Imran, Rashidi Ishak dan jugak Ayu Raudhah. Filem ini bakal berada di pawagam pada 20 September 2012. Untuk perkembangan terkini, lawati fanpage rasmi Untuk Tiga Hari di sini.

Monday, May 21, 2012

Sneak Peek: Skyfall


Filem ke 23 James Bond bakal berada di pawagam sekitar November tahun ini. Filem yang diberi tajuk SKyfall itu diterbitkan Eon Productions untuk edaran MGM, Columbia Pictures dan Sony Pictures Entertainment. Diarahkan oleh Sam Mendes, file mini menampilkan lakonan ketiga Daniel Craig sebagai James Bond. Filem ini juga akan menampilkan Javier Bardem sebagai Raoul Silva, watak jahat filem ini. Skyfall mengisahkan bagaimana kesetiaan James Bond terhadap M teruji disebabkan satu tugas silam. Apabila MI6 diserang, nampaknya James Bond sahaja menjadi harapan untuk menghalang ancaman tersebut. 

Pada 21 Mei 2012, sebuah teaser trailer sudah direlease di Youtube. Video yang member ruang untuk penonton melihat ke dalam 1 minit filem tersebut kini boleh ditonton di Youtube. Anda boleh juga menontonnya di bawah.


Skyfall mengekalkan Judi Dench sebagai M, ketua MI6 dan pegawai tertinggi Bond. Filem ini adalah filem ketujuh yang mana Judi Dench terlibat dalam melakonkan watak M. Gadis Bond kali ini ialah Naomie Harris yang mana memainkan watak Eve. Filem ini dijadualkan akan berada di pawagam sekitar awal November 2012.

31 Julai 2012, sebuah lagi trailer yang mendedahkan lebih banyak aksi aksi di sebalik filem terbaru James Bond diterbitkan. Nah, selamat menonton!

Friday, April 27, 2012

Sneak Peek: G.I Joe - Retaliation


G.I Joe, sebuah filem berdasarkan permainan Hasbro kini meneruskan ceritanya kepada sekuel kedua. Filem yang mula diterbitkan sebagai filem pada tahun 2009 dengan title G.I Joe: Rise of the Cobra diarahkan oleh Stephen Sommers. Namun begitu, pengarah filem The Mummy itu tidak akan kembali untuk sekuel ini atas alasan tertentu. Jon M. Chu kini mengambil alih kerusi pengarah. Dan, disebabkan itu, G.I Joe: Retaliation bakal menampilkan kebanyakannya watak baru yang mana tidak pernah muncul dalam filem sebelumnya. 

G. I Joe Retaliation dikatakan sebagai sebuah filem sekuel yang mana memberi peluang untuk pengarah baru ini mengukir ideanya sendiri. Ditulis oleh penulis Rhett Reese dan Paul Wernick, G.I Joe: Retaliation bakal menampilkan muka baru dan lebih hebat seperti Dwayne Johnson dan Bruce Willis dengan pelakon yang masih kekal seperti Channing Tatum, Arnold Vosloo, Ray Park, Jonathan Price dan juga Lee Byung-hun. 


Konflik Zartan kini disambung lagi. Bagi yang telah menonton filem pertamanya, kita sedar yang di akhir filem, Zartan duduk di kerusi presiden US dan bersiul-siul kegembiraannya. Jawapan kenapa dia di situ bakal dijawab dalam sekuel ini. Zartan kini memanipulasi kerajaan US dan membuat cerita yang G.I Joe adalah pembelot. Akibatnya, kubu G.I Joe diserang. Dengan kuasa dunia di tangan Zartan yang menyamar sebagai presiden US, ahli G.I Joe yang terselamat kini akan cuba untuk merampas kembali keamanan dalam operasi yang dikenali sebagai “Second American Revolution” yang mana bakal menampilkan General Joseph Colton (Bruce Willis).

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 21 June 2012 akan datang. Bagi yang ingin mendapatkan characters poster watak watak yang lain, korang boleh klik sini

Friday, April 20, 2012

Sneak Peek: Piranha 3DD


Piranha kini kembali mengganas. Piranha 3DD, sekuel kepada Piranha 3D yang diputarkan di pawagam pada tahun 2010 kini kembali. Diarahkan oleh John Gulager dan lakonlayar Marcus Dunstan dan Patrick Melton (orang di sebalik filem Feast dan francais Saw), filem ini dibintangi Danielle Panabaker, Matt Bush, David Koechner, Chris Zylka, dan ramai lagi nama nama yang tak berapa nak tip top di telinga penonton Malaysia.  Filem ini akan menampilkan seksi tahap extra juga ngeri tahap jangan buka mata. 

Kisah ini membawa kita setahun selepas kejadian serangan Piranha prehistorik di Tasik Victoria. Kini, Piranha itu berhijrah memasuki saluran pengairan dan akhirnya masuk ke sebuah kawasan taman tema air yang baru dibuka, Big Wet. 


Dijadualkan untuk ditayangkan pada November 2011, namun disebabkan beberapa masalah, filem ini dianjak tayangannya ke 1 June 2012. Di Malaysia, filem ini akan mula ditayangkan mulai 31 Mei 2012 dan diedarkan Nusantara Edaran Filem Sdn. Bhd. Ibu bapa, jangan bawa anak anak anda bawah 18 untuk menonton filem ini. 

Wednesday, April 18, 2012

Sneak Peek: The Raid - Redemption


Iko Uwais, pelakon filem martial art Indonesia yang pernah hadir dengan filem Merantau pada tahun 2010 kini kembali dengan filem terbaru dari pengarah yang sama. Filem berjudul Serbuan Maut ini, yang mana title internasionalnya memakai tajuk The Raid: Redemption adalah sebuah filem aksi psiko dan martial art dengan ceritanya berkisar tentang sebuah pertarungan hidup mati 20 anggota SWAT yang terperangkap di dalam bangunan yang dihuni oleh orang orang jahat. Kisah ini sudah mula ditayangkan di Indonesia dan sekarang ini sedang bergerak mengelilingi dunia sehingga August 2012 (berdasarkan sumber di Imdb.com).


Pertama kali dipertontonkan kepada umum di Toronto International Film Festival 2011 sebagai filem pembukaan untuk kategori Midnight Madness, pengkritik dan penonton memuji filem tersebut sebagai filem aksi terbaik sehinggakan ianya berjaya memperolah anugerah The Cadilac People's Choice Midnight Madness Award. Atas kejayaan itu, filem ini mengorak langkah mempertontonkan dirinya di Dublin Jameson International Film Festival, Glasgow Film Festival, Sundance Film Festival sehinggalah ke Busan Film Festival yang diadakan di Korea Selatan. Hal ini sekaligus menjadikan filem ini sebuah produk filem komersil terbitan Indonesia yang pertama paling berhasil di mata dunia. 


Filem ini telah mendapat tempat di hati pengedar filem Sony Picture Classic untuk diedar ke di Amerika Utara dan Amerika Latin. Oleh itu, pihak Sony Picture Classic telah meminta skornya yang mana digubah asalnya oleh komposer Indonesia, Fajar Yuskemal dan Aria Prayogi diganti dengan skor muzik baru. Pihak Sony Pictures meminta Mike Shinoda, ahli kumpulan Linkin Park dan Joseph Trapanese, yang terlibat dalam filem Tron: Legacy untuk mengubah semula skor muzik filem ini. Tujuannya untuk mempertingkatkan populariti filem ini di Amerika. Malah tajuknya juga ditukar.


The Raid: Redemption sudah berlegar di pawagam seluruh Indonesia bermula 23 March 2012. Tayangan di Amerika pula akan bermula pada 13 April 2012. Singapura pula pada 24 May 2012 dan Belgium pada 4 Julai 2012. Tayangan di Malaysia? Mungkin peluangnya tipis. Tetapi dengan adanya AstroFirst, peluang untuk menonton filem ini masih ada. Sama sama kita nantikan!


Bagi yang tidak sabar sabar untuk menonton filem lakonan Iko Uwais yang mantap dengan koreografi aksi silatnya, MovieclipsCOMINGSOON, sebuah channel di YouTube telah menyediakan empat klip khas satu minit setiap satunya yang mana dipetik dari filem ini.

Klip 1: Hallway Fight

Klip 2: Through The Floor

Klip 3: Infiltration

Klip 4: Smackdown

Tuesday, April 17, 2012

Sneak Peek: Total Recall


Total Recall adalah sebuah si-fi aksi yang dibikin berdasarkan filem lakonan Arnold Schwarzennegger pada tahun 1990 dengan judul yang sama. Cerita asal filem ini sebenarnya berasal daripada sebuah cerpen bertajuk We Can Remember It For You Wholesale tulisan Philip K. Dick. Karya ini diterbitkan pertamakalinya pada tahun 1966.

Filem ini, yang dibintangi oleh Colin Farrel (menggantikan aktor sasa Arnols Schwarzennegger) akan mengalami banyak perubahan plot. Dikatakan juga, filem ini mengandungi pengaruh isu politik yang kuat. Diarahkan oleh Len Wiseman, pengarah Underworld dan ditulis oleh Mark Bomback, James Vanderbilt dan Kurt Wimmer, filem remake ini dibintangi Colin Farell dan dibantu Jessica Biel, Bryan Cranston dan kate Beckinsale.

Filem berbajet $200 milion ini mengisahkan situasi di Euroamerica (dahulunya dikenali sebagai Amerika Utara dan kesatuan Eropah) dan New Shanghai (dahulunya dikenali sebagai China dan Asia Tenggara). Dua negara ini bergaduh tentang kuasa politik dalam filem bersetting masa tahun 2084 ini. Seorang pekerja kilang yang trauma, Doughlas (Colin Farrel) merasakan dirinya adalah seorang spy yang mana ingatannya telah dipadamkan. Apa yang pentingnya sekarang, dia perlu bersatu dengan seorang aktivis, Melina, juga seorang pelacur untuk mengubah sistem politik Euroamerica yang mana sedang diperintah oleh seorang presiden kejam, Vilos Cohaagen (Bryan Cranston).


Tidak seperti filem asal tahun 1990, Total Recall versi baru tidak menggunakan setting di Marikh sebaliknya menggunakan bumi masa hadapan untuk latarnya. Filem ini akan berada di pawagam August 2012.

Friday, April 6, 2012

Sneak Peek: Abraham Lincoln Vampire Hunter


Abraham Lincoln, Vampire Hunter adalah sebuah novel tulisan Seth Grahame-Smith yang diterbitkan pada 2 March 2010. Filem ini, yang diarahkan oleh Timur Bekmambetov ini adalah adaptasi dari novel biografi tersebut. Akan ditayangkan pada June 2012, filem ini diterbitkan oleh Tim Burton dengan bintang bintang bergemerlapan seperti Benjamin Walker sebagai Abraham Lincoln. Filem ini mengisahkan bagaimana presiden US ke 16 itu menyelesaikan masalah apabila mengetahui vampires sedang merancang untuk menakluk US. 

Friday, March 30, 2012

Sneak Peek: Step Up Revolution


Bakal berada di pawagam 27 Julai 2012, Step Up Revolution adalah siri keempat francais Step Up yang memang hangat dengan tarian yang mengasyikkan. Filem ini bakal dibintangi oleh Kathryn McCormick dari musim keenam rancangan So You Think You Can Dance dan akan menampilkan koreografi tarian oleh Travis Wall. 


Filem ini mengisahkan bagaimana Emily (Kathryn McCormick), seorang anak kepada bisnesman yang kaya. Dirinya datang ke Miami untuk menjadi penari profesional. Tetapi, takdir membawanya jatuh cinta dengan Sean (ryan Guzman), seorang jejaka yang mengetuai krew tarian flash mobs. Krew ini, yang menamakan diri mereka MOB sedang bertungkus lumur untuk memenangi satu pertandingan. Malangnya, ayah Emely ingin memusnahkan kawasan kejiranan MOB dan memindahkannya. Emily kini bersama dengan Sean dan MOB bakal menukar tarian mereka menjadi satu protes. Seterusnya? Nantikan Step Up Revolution ini nanti.

Jom kita intai sekejap trailer filem ini yang sudah berlegar di youtube sejak beberapa hari yang lalu. Peminat Step Up pastinya sudah rasa bahangnya bukan?

Thursday, March 29, 2012

Sneak Peek: Battleship


Battleship diarahkan dan diterbitkan oleh Peter Berg (Hancock). Mengisahkan sebuah action-adventure yang gempak tentang bagaimana sekumpulan makhluk asing yang datang ke bumi. Berdasarkan permainan kombat classic Hasbro, filem ini dibintangi Taylor KItsch sebagai Lt. Alex Hopper, seorang pegawai Naval yang ditugaskan di kapal USS John Paul Jones, Brooklyn Decker, juga penampilan Rihanna. Untuk impak pertama sebelum anda ke pawagam, jom tonton trailer di bawah.


Dalam featurette terbaru di Youtube, didedahkan bahawa makhluk asing ini datang dari planet Goldilocks, sebuah planet yang mirip Bumi, tetapi terlalu dekat dengan mataharinya. Satu panggilan frekuensi mencari kewujudan makhluk asing di angkasa lepas menyebabkan makhluk Goldilocks ini datang ke bumi untuk membuat kajian. Jom tonton feturette ini di bawah.


Battleship akan berada di pawagam 12 April 2012. Pastinya akan ditunggu tunggu bagi yang mahukan aksi luar biasa.

Sunday, March 18, 2012

Selepas Hafalan Salat Delisa, Bidadari Syurga Bakal Difilemkan


Selepas Hafalan Shalat Delisa berjaya menambat hati para penonton Indonesia dan juga Malaysia (melalui tayangan di AstroFirst), dikhabarkan sebuah lagi novel karya penulis yang sama bakal difilemkan. Untuk pengetahuan, Hafalan Shalat Delisa adalah sebuah novel karangan Tere Liye yang popular. Di fanpage Hafalan Shalat Delisa, adminnya sudah mengumumkan novel Tere Liye yang bertajuk Bidadari Bidadari Syurga bakal menjadi sebuah filem.


 
Masih belum memulakan penggambaran, filem ini dalam proses perancangan (pre production) dan dijangka akan menemui penonton sekitar awal 2013. Untuk maklumat lanjut, korang boleh LIKE fanpage Bidadari Bidadari Syurga di sini. Bagi yang sudah menonton Hafalan Shalat Delisa, jom baca review filem ini di (sini) dan juga imbas kesilapan kontinuiti dalam filem tersebut di (sini).

p/s: aku ada buku ni, tapi belum berkesempatan untuk membaca...

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...