Akan Datang!

Friday, November 29, 2013

Review: Red 2

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Dean Parisot
Pelakon | Bruce Willis, Hellen Mirren, John Malkovich (klik untuk senarai penuh pelakon)

Dari Robert Schwentke ke Dean Parisot, itu tindakan yang bagus. Pada aku, arahan Schwentke sangat membosankan even aku tau filem pertama Red yang diterbit tahun 2010 tu sangatlah box office. Terlalu banyak elemen reunion sehinggakan karakter keep appearing dan appearing lagi sampai aku rasa apa lagi mereka nak reunite. Ditambah pulak dengan konsep reunion yang hanya sekadar reunion, aku kurang suka yang pertama. Tertidur aku dibuatnya. 

Thanks kepada Dean Parisot, aku rasakan Red 2 berjaya menarik aku kembali menyaksikan reunion versi lembut (versi kasar pada aku ialah Expendables!) ini dengan pandangan yang berbeza. Terima kasih jugak kepada Jon dan Erich Hoeber yang menulis kali ini. Tidak ada reunion yang terlalu besar, karakternya lebih kecil tetapi plotnya lebih menarik dan simple. 

Melalui sekuel ini, aku merasakan komedinya lebih baik. Malah, pada John Malkovich itu sendiri ada kekuatan yang sangat mengujakan. Red 2 berjaya menampilkan sisi si tua Malkovich yang sangat powerful. Even memang dia dah power dah since yang pertama, aku rasakan sekuel ini menguatkan lagi karakter ini dalam gaya lawaknya. 

Bruce Willis sangat ohsem. DItambah pulak dengan kemunculan Anthony Hopkins dengan watak mimic kepada Hannibal lakonan popularnya, dia memang jaguh yang memeriahkan filem ni. Lakonan Anthony Hopkins sangat pelik dan jarang aku nampak dalam filem filemnya sebelum ni. Melihatnya seperti melihat Hannibal Letcher dalam versi yang lebih sadis tapi lembut dalam permainannya. Ternyata, pilihan pelakon kali ni amat power. 

Plotnya sangat simple dan mudah. Dalam bentuk novel, kita dibawa menjelajah ke sana sini menyusuri mamat mamat tua ini dalam menyelesaikan cerita. Dan dalam pada masa itu juga, kita didedahkan dengan aksi yang aku rasa lebih banyak dan meriah dari yang pertama. Maka, aku rasakan apa yang Parisot bagi sangat memuaskan hati aku. 

So, dalam membicarakan filem ni, aku rasakan filem kali ni lebih baik dari yang pertama. Komedinya, aksinya dan juga gaya penceritaannya lebih baik. Yang tak bleh blah, filem kali ni menampilkan aksi ikonik yang menjadi ikutan filem Bollywood sekali lagi. Sedikit berbeza dan kurang menarik dari yang pertama, aksi itu nampaknya menjadikan Red 2 bakal diingati. 

Kali ini, ianya bukan sekadar reunion megastars! Red 2 ada tiga kata dalam menilaikannya. Satu, lucu. Dua, santai. Tiga, entertaining. Plotnya yang sangat rileks dan sekali skala mencuit amat mengundang tawa. Bruce Willis, John Malkovich, Mary-Louise Parker, Helen Mirren, Anthony Hopkins dengan Catherine Zeta Jones adalah reunion pelakon box office Hollywood yang sempurna. Filem komedi aksi ini berjaya buat aku rasa yang pelakon veteran seperti mereka masih ada aura. 

3.5/5

Wednesday, November 27, 2013

Review: The Hunger Games - Catching Fire

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Francis Lawrence
Pelakon | Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth (klik untuk senarai penuh pelakon)

Lady Gaga pasti mula bersorak syok sebab fesyennya dah menyerlah dalam The Hunger Games. Eh, bukan Lady Gaga saja, Nicky Minaj pun sama. Minah pelik ni dalam dunia ni rasanya dua ni je yang ada pada zaman ni. Di dalam dunia The Hunger Games, minah pelik sebegini ialah lumrah. Fesyennya diterima dari wanita ayu ke hodoh. Malah, lelaki keras atau lembut menerima imej yang warna warni, celak mata terang, rambut sikat pelik ini sebagai satu fesyen. 

Itu sisi kecil filem ni yang menjadikannya sejak dari filem pertama kekal sebagai identity. The Hunger Games karya Suzanne Collins ini bermula dengan idea yang bagus. Sekelompok manusia berada di satu kawasan, bertarung untuk merebut gelaran juara, dan berakhir dengan kemuncak yang tidak mendukacitakan. Premis pertama itu, dari filem pertama kemudiannya diheret ke level seterusnya, Catching Fire! 

Sebagai filem kedua daripada siri adaptasi, rupa rupanya Catching Fire tidak mengulang formula filem pertama. Bagi yang menonton filem pertama, plotnya nampak ringkas, dan mudah. Cerita survivalnya direct dan tidak menekankan cerita sisi. Pendek kata, filem pertama memang bercerita tentang game itu sendiri. Dari awal hingga akhir. Catching Fire, oh, ianya sedikit berbeza. 

Sejam pertama bermula dengan apa yang berlaku dalam filem pertama. Pada aku, kalau si penonton belum menonton filem pertama, amatlah sia sia mereka menonton Catching Fire. Permulaannya terlalu jelas berkesinambungan dari yang pertama. Dan bagi aku yang berharap 75th Annual Hunger Games ini bermula dengan pantas nampaknya telah membuatkan aku rasa sedikit bosan. Sejam pertama filem ni gelap dengan konflik yang dibangunkan untuk sebab musabab jelas, sekuel ketiga. 

Filem ni hanya sekerat daripada apa yang korang akan dapat. Tradisi kaut untung Hollywood biasa seperti dilakukan Twilight dan juga The Hobbit. Tak tahulah novelnya sebegitu juga atau tidak, aku rasakan apa yang ada pada sejam pertama sangatlah membuatkan aku tertunggu tunggu. Bagi aku, permainan Hunger Games itu sepatutnya mengisi plot maybe sedikit awal dan bukannya hanya muncul dalam sejam terakhir. Membahagikan dua bahagian sebegini kurang aku sukai. 

Namun, atas dasar mengetahui yang ending filem ni bakal lead ke filem ketiga, aku rasa fasa pertama filem mahu tak mahu kena layan juga. Ada beberapa persoalan dilepaskan tanpa dijawab kerana mahu penonton menonton filem ketiga nanti. 

Bercerita pasal 75th Annual Hunger Games kali ini, aku rasa versi kali ini lebih gelap dan lebih menarik settingnya dari filem pertama. Hutan yang lebih gelap menggambarkan sisi karakternya yang makin lama makin matang dengan konflik yang diberikan. Aksi yang lebih di sejam yang terakhir (walaupun nampak terhimpit untuk bercerita dalam masa yang sedikit kurang) diberikan sempurna. Game kali ni better dari yang dulu. 

Jennifer Lawrence nampak sangat matang dari segala aspek. Lakonannya lebih hebat, malah solekan dan juga gayanya juga makin menampakkan perubahan ketara. Kehadiran Philip Seymour Hoffman memberikan feel serius lain macam. Mungkinkah dia bakal menenggelamkan lakonan Donald Sutherland yang meriah dalam kedua dua filem ni? Itu aku tak tahu. 

Sederhana bagi aku, secara peribadi. Catching Fire bolehlah dilayan sebagai sekuel. Tak lebih dari tu. Sekadar untuk menjadi jambatan filem pertama dan ketiga, filem ni mungkin penuh dengan soalan soalan bocor yang bakal dijawab dalam filem seterusnya. Walaupun sederhana, tidak wajar filem ni dilepaskan. Sebab apa? Sebab kalau korang tak tonton filem ni dan tetiba nak tonton filem ketiga, maka korang akan tergolong dalam orang yang bakal tidak memahami plotnya. 

3/5

Friday, November 22, 2013

Review: Balada Pencinta

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Khir Rahman
Pelakon | Johan Ashari, Siti Saleha (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pertama sekali, aku nak cakap yang Syamsul Yusof patut menyesal giler tak ambik Faizal Hussein masuk dalam cast list untuk KL Gangster. Memula sebenarnya aku macam tak percaya yang mamat yang bangkit melalui Longkai ini mampu untuk jadi sehebat itu. Mata berbicara dengan waras dan aku sudah mula rasakan yang Faizal Hussein dalam Balada Pencinta adalah antara Gangster Paling Stylo’ disamping Tailong dan geng KL Gangster. 

Ok, kita bicara tentang Balada Pencinta. Filem ni memang pada aku mengingatkan aku kepada …Dalam Botol. Aku ingat Khir nak mengarah cerita sebegitu lagi. Nampaknya dia berubah angin. Dan dalam kekeringan cerita love story yang benar benar serius, Khir Rahman muncul dengan beraninya. Dalam hati, mungkin dia berani jamin yang ceritanya ini mampu mengatasi kegagalan cerita cinta tanpa komedi seperti Gerimis Mengundang tahun lepas. 

Ternyata, apa yang Khir Rahman jamin terjamin. Balada Pencinta mempunyai premis yang aku janjikan sebagai biasa. Ceritanya serius. Dua kekasih, bercinta, terhalang dek darjat. Tipikal. Tapi, apa yang membuatkan Balada Pencinta menjadi luar biasa ialah bagaimana segala sisi penceritaannya bergerak sangat serius. Tidak ada unsur nak cepat siap dalam berkarya, dan paling jelas, filem ni mahu penonton bersama bercinta dengan karakternya. 

Kita diberi watak Aisyah dan Amir yang mana membawa filem ni dalam romantika. Cinta mereka yang biasa bijak diisi dengan visual Kuala Lumpur yang sangat ikonik dan cantik sekaligus mengindahkan cinta yang bakal mereka berikan kepada penonton. Dalam pada masa yang sama, Khir menceritakan cerita cinta yang berlawanan, mengisinya sebagai satu isi yang bercakap tentang ‘cinta itu memang ada naik turun’. 

Dan untuk memeriahkan cerita dalam momen emosi dan aksi, maka cinta adik si Amir dan si bisu (Miera Liyana dan Iedil Putra) yang mana akan menjanjikan gangster-aksi gaya Khir. Semuanya diblend sangat best sehinggakan Balada Pencinta bergerak pada lagunya tersendiri. 

Khir Rahman nampaknya meminjam unsur Kabir Bhatia yang sangat memenuhi ruang visual. Namun, kerja kamera filem ni lebih baik dari itu. Visual filem ni berjaya bawa apa yang mahu diceritakan. Babak aksi nampak gah dan sangat ikonik visualnya walaupun aksinya hanyalah biasa biasa. Tabik spring pada sinematografer yang berjaya hidupkan suasana. Oh, editor juga serta sang buat bunyi yang berjaya menjadikan permulaan filem ni meriah dengan hiburan. 

Amir dibikin seperti hero Bollywood dengan prinsip 'rebah dulu, bangun semula, fight sampai akhirnya'. Dengan prinsip itu, Balada Pencinta hidup seperti apa yang sepatutnya romantik filem seharusnya ada. Dengan adanya filem ni, aku rasakan Khir Rahman membuktikan yang sebuah filem romantik boleh hidup dengan cara dan teknik yang betul. 

Lakonan Johan Asari dan Siti Saleha yang sangat hebat. Love story yang punya keindahan visual, momen yang cantik dan treatment yang powerful ini memang antara filem yang sangat menarik untuk ditonton. Tipikal love story, tapi telah menerima layanan yang sangat serius luar biasa. Maka, hasilnya ialah sebuah filem yang sangat menjanjikan roller coaster love story yang sangat baik dan hebat. Menonton Balada Pencinta memberikan pengalaman cinta agung yang tinggi darjatnya! 

4.5/5

Review: Hello

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | AR Badul
Pelakon | Fizo Omar, Dayana Anak Wayang, Angah Raja Lawak (klik untuk senarai penuh pelakon)

Selepas Sofarz Jiwa Kacau yang agak kurang menyengat tahun lepas, syarikat ni kembali dengan Hello. Ok, aku rasa tak ramai orang sedar tentang kemunculan filem yang membariskan pelakon yang biasa biasa jer ni. Dibarisan utama sampai ke belakang, semuanya hanyalah pelakon yang hanya tahu bermain tetapi tidak tahu melayan penonton. Hello pada aku masih kurang. Tak banyak sebenarnya untuk dibahas kalau korang dah biasa dengan kebiasaannya. 

Di tangan AR Badul, yang mana aku rasa sudah lama tidak mengarah filem selepas Salah Bapak, aku rasa ianya masih mengekalkan konsep yang sama. Seperti mana anda melihat Badul popular di eranya, seperti itulah korang akan nampak Hello. Hello ni macam tersadai di satu time frame yang agak tidak sesuai. Sedang orang lain mula menganjak komedinya dengan kehendak kini, Hello berada di tapak lama sekaligus menggagalkan segalanya. 

Skrip Mohd Atlas menambahkan kegagalan Hello. Ceritanya mundar mandir macam orang gila. Tak ada arah tuju yang jitu dan bermotif. Hello macam satu filem atau naskah yang ditulis suka suka kemudian nak minta orang habiskan duit untuk tonton filem ni. Apa barang kalau macam tu?! Kita bayar untuk sebuah kepuasan. Kalau Hello komedi yang kemas, ada isi dan sesuai dengan masa, ianya mungkin perkara yang bagus. 

Hello pada mulanya mahu melakar komedi macam Three Stooges. Maka, terbentuklah gabungan Angah, Along dan Tauke. Pada aku, mereka sangat gedik, lakukan yang terbaik, tetapi dengan keinginan pengarah yang masih berfikiran yang mereka mampu untuk berlawak cara 90an, maka mereka gagal. Mereka tiada apa apa keistimewaan. Malah, mempertaruhkan mereka sebagai sisi komedi adalah satu perkara yang sia sia. 

Sia sianya bertambah apabila kisah cinta Fizo Omar masuk dengan tak bagi salam. Macam kejutan eletrik, tetiba saja ceritanya berkembang tanpa ada apa apa permulaan yang bagus. Aku tak tahulah apa yang skripnya mahu cerita. Kisah Dayana Anak Wayang dan Fizo Omar macam tidak ada pengembangan. Menguap kebosanan. Aku rasakan yang penulisnya sendiri tak tahu apa sebenarnya mahu dicerita. Dan ini yang korang nak aku bayar di wayang? 

Babak babaknya juga sangat terumbang ambing dengan editing yang sangat tidak masuk akal. Lebih selamat kalau aku kata kurang kemas. Apa cer tetiba saja Misha diragut dengan tiba tiba. Dan tiba tiba pula ditulis yang Misha pergi KL dengan babak yang sangat tidak munasabah untuk sesebuah filem. Overall, editingnya sangat menunjukkan yang filem ni dibikin tergesa gesa. Sangat memalukan untuk sesebuah filem. 

Pada aku, Nusanbakti ni seharusnya belajar untuk keep forward. Kalau korang anggap komedi mampu menarik penonton, korang silap. Orang kita dah pandai menilai komedi. Ada yang bagus kita ketawa. Yang tak bagus, kita buang tepi. Hello, dengan tajuk yang entah apa apa entah, dan dengan komedi yang kononnya lawak tak hengat tu tapi syok sendiri, aku rasa mereka harus berubah. Filem sebegini sangat annoying, dan tidak seharusnya ditonton. Nak buat filem lagi, berubahlah. Kalau tak nak berubah, baik berhenti je. 

1/5

Novel: Secretariat (William Nack)


Secretariat
Penulis: William Nack
Penerbit: Blue Door

Secretariat ni adalah biografi seekor kuda legend. Sebagai sebuah biografi yang sudah difilemkan, aku ingin merasa bagaimana membaca sebuah history. Aku tahu ianya tentang kuda dan sejarahnya. Dan malangnya, aku tidak dapat feeling macam mana aku dapat dalam novel novel sebelum ni. Membaca novel yang dikatakan sangat mengujakan tentang perkara mengujakan ini tidak memberi kelajuan dan excitement yang sempurna pada aku. 

Mungkin ada beberapa perkara yang aku rasa tersalah jalan sekaligus terserap ke dalam pembacaan aku dan menjadi virus. Pertama, aku tak ada knowledge dan juga kurang memahami sport. So, bila aku membaca Secretariat, ianya macam membaca sekeping kertas putih. Semua knowledge baru nak diabsorb dan menyebabkan pembacaan aku agak lambat. Thus, pembacaan jadi membosankan. 

Novel ni maybe bukan untuk aku. Gayanya gagal menarik aku. Aku tak kata novel ni tak best. Cuma, ianya bukan type aku. Mungkin orang lain akan rasa sebaliknya atau sama. Secretariat adalah history yang aku rasa berjaya memberi satu kesimpulan dalam pembacaan aku; aku kurang menyukai novel berkaitan sukan. 

1/5

Thursday, November 21, 2013

Review: Highland Tower


Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Mikael Andre, Shima Anuar, Eddy Rauf (klik untuk senarai penuh pelakon)

Salute pada MIG dengan kehadiran Highland Tower. Filem itu nampaknya mencetuskan fenomena baru apabila orang sekarang, yang mana muda mudi ketika kejadian 1993 itu terjadi mula melihat kembali insiden tragis itu. Sejarah dibuka, dan cakap cakap lama direfreshkan semula. Dengan filem ini, nampaknya Pierre Andre berjaya menunjukkan yang sejarah boleh dijadikan satu perkara yang sangat besar untuk sesebuah filem. 

Bukan kali pertama Pierre mengarahkan filem lost/found footage sebegini. Seru antara filem pertama arahannya. Kali ini, berseorangan dalam MIG, buat pertamakalinya filem ni menjadi satu sisi baru filem seram MIG. Jauh dari cliché Azahari Zain mahupun pengaruh seram tok bomoh yang kita selalu tonton, Highland Tower membuka minda penonton seram untuk merasa seram gaya Blair Witch Project. Permainan yang berjaya membuatkan penonton terperangkap dalam menilai reality dan fantasi. 

Filem ni, walaupun seramnya agak lambat, memang ada momen yang boleh meremang bulu roma. Bagi yang pertamakali menonton, Highland Tower akan menyuntik semangat untuk percaya tanpa menyangka yang semua yang anda tonton tak nyata. Permainan lost footagenya menjadi walaupun endingnya nampak dibunuh oleh keinginan Pierre untuk kembangkan cerita yang tak sepatutnya dikembangkan. 


Membandingkan kerja Seru dan juga Highland Tower, aku rasakan filem Highland Tower lebih pekat dengan reality yang diutarakan. Walaupun kebenaran hantu dan entity di situ hanyalah rekaan fiksyen, namun dengan setting yang banyak cakap cakap mulut tentang mistiknya berjaya blend in segala fakta dan auta. Bagi aku, Highland Tower mempermainkan penonton, membuatkan mereka percaya dan tidak percaya sekali gus!

Genre ini mungkin sukar diterima segelintir penonton. Bakal ada yang termuntah dengan kamera yang sedikit kurang selesa ditonton. Namun, itulah saat seramnya muncul. Menontonnya memberi peluang untuk aku merasa remang bulu roma walaupun kejutannya kurang. Cemasnya watak watak itu berjaya menimbulkan rasa menunggu kejutan yang bakal diberikan. What a great film! 

Pada aku, permulaan filem ni sudah berjaya memberi cemas. Kemudiannya, kita dihidangkan dengan satu siri rilek santai sebelum kita dibawa menyusuri Highland Tower dimana semuanya bermula. Jeritan Shima Anuar menjadi. Takut aku dibuatnya! Itulah jeritan paling gila aku pernah dengar dalam sebuah filem found footage. Mula mula rasa rileks. Tapi bila jeritan tu tak berhenti, ianya sudah mula ganggu atmosfera menonton. Maka, ketakutan mula hinggap dalam diri aku. Gagah jugak tonton sampai habis! 

 Kelemahan Highland Tower ialah bagaimana ianya masih nampak seperti sebuah filem. Visual hantu yang terlalu tidak realistik sehingga kita sendiri tahu yang benda itu tidak wujud semasa ianya sedang difilemkan. Hantu Pierre yang muncul semasa akhir filem nampak kurang realistik, sekaligus mematikan mood. 

Apapun, dengan tema yang bagus, walaupun ceritanya macam pointless, aku rasakan Highland Tower sudah berjaya wujudkan fenomenanya tersendiri. Berita Highland Tower terkorek kembali. Seram tempat itu bercerita semula. Dan kenangan tragik itu berjaya dilihat dalam sisi berbeza. Aku lebih suka jika fiksyen ini bergerak macam Chernobyl Diaries. Namun, Pierre nampaknya ada caranya. Pada aku, Highland Tower satu fiksyen yang mendekati reality. 

4/5

Tuesday, November 19, 2013

Ekslusif: Filem 'Highland Tower' Terakam Gambar Anu!

Filem Highland Tower mencecah Rm3 juta kutipan. Malah, filem found footage itu sendiri mendapat reaksi berbeza dan luar biasa dari masyarakat. Walaupun ianya hasil kerja fiksyen, ianya telah mencetuskan pelbagai insiden seperti pencerobohan Highland Tower bagi yang percaya filem ini, dan juga kejadian hilangnya seorang remaja di Villa Nabila.


Namun, apa yang admin nak tunjuk di sini bukanlah rakaman hantu dalam filem itu. Semasa admin menonton, admin ternampak satu perkara yang lebih besar dan kontroversi dari hantu. Apa? Filem ni terakam gambar anu yang dilukis di dinding! Wow, admin sangat terkejut sebab anu bukanlah satu benda yang legal untuk dipapar sama ada dalam bentuk lukisan ataupun real. Tak tahulah apa respon pengarah selepas melihat pos ini.

klik gambar untuk lihat 'entiti' itu

Novel: Slumdog Millionaire (Vikas Swarup)


Slumdog Millionaire 
(asalnya diterbitkan dengan tajuk Q & A)
Penulis: Vikas Swarup

Penerbit: Black Swan

Memang benar, Slumdog Millionaire yang asalnya ditulis atas tajuk Q & A ini padat dan sangat thrill. Apa yang penulisnya, Vikas Swarup tulis menggambarkan India itu dalam satu buku. Pendek kata, membaca Slumdog Millionaire ialah seperti melihat setiap inci India dalam bentuk kata kata. Dari setinggan sehingga ke glamor Bollywood, semuanya terukir dengan perjalanan satu watak tiga agama, gambaran penyatuan, Ram Mohammad Thomas. 

Vikas Swarup menulis inci India dengan jujur. Justeru, feelingnya sangat fantastic. Realistik. Kejujuran yang penulis ini bawakan membawakan sisi India yang sangat kotor dan juga berani ini dalam satu paparan yang sangat sinematik. Memang wajar, adaptasi filemnya mendapat kritikan positif di persada antarabangsa. 

Ram mungkin satu watak yang sangat bulat. Dia mewakili kekelirua n pada dirinya, kehidupannya, dan pada namanya juga ada kekeliruan pada agama. Aku menyukai kisah hidupnya yang melalui segenap pelusuk hidup social India yang memberikan kisah yang sangat mencabar dan extreme. Namun, dalam pada masa yang sama, kita tidak disongokkan dengan elemen Bollywood yang selalu menjadi pengikut jalan cerita biasa. 

Apa yang ada dalam filem berbeza jauh. Ubahsuai watak, iaitu Ram Mohamad Thomas ditukar kepada Jamal Malik itu sendiri sudah menghilangkan isu yang mahu diutarakan pada asalnya. Malah, banyak elemen filem ditukar dan menjadikannya satu sisi baru yang terinsiprasi dari novel ni. Maka, membaca novelnya memberi pandangan yang lebih luas dan berani. Baca dan tonton adalah pengalaman yang sangat berbeza. Danny Boyle ada ideanya, Vikas Swarup ada ideanya.

Bertitik tolak pada sebuah rancangan quiz, Vikas merangka ceritanya dengan sangat strategic. Selang seli soalan menjadi bab bab single yang bercerita atas satu motif khas. Dalam perjalanan pembaca melayari kuiz yang Ram sedang hadapi, Vikas Swarup menggunakan flashback yang kaitannya sangat baik. Jika korang berjaya mewujudkan perasaan meneka soalan apa yang bakal ditanya dalam kuiz ketika membaca flashback, korang sudah mula belayar dengan jaya. 

Slumdog Millionaire memang sebuah novel social yang sangat baik. Walaupun ini penulisan pertamanya, dia berjaya menggamit antarabangsa untuk lihat India dari sudut berbeza. Dari mafia ke setinggan, Bollywood aktres ke pengintip Australia, novel ni memberikan rasa hitam India dalam fasa untuk kita memahami kehidupan mereka. Bersedia untuk lihat di sebalik tirai Bollywood yang sebenar. 

4.9/5

Wednesday, November 13, 2013

Review: Paranoia

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Robert Luketic
Pelakon | Liam Hemsworth, Gary Oldman, Harrison Ford (klik untuk senarai penuh pelakon)

Ceritanya yang meminjam isu teknologi masakini itu jelas mungkin satu benda yang menarik. Paranoia mengangkat isu paling hampir dengan semua pengguna telefon pintar. Persaingan untuk menjadi yang hebat dalam menerbitkan teknologi terkini. Justeru, pemikiran kita akan lantas berpaling ke Apple vs. Samsung yang memang diketahui musuh yang paling hebat tetapi mempunyai ramai peminat yang tak pernah kisah pasal itu. 

Dari idea inilah, mungkin Joseph Finder mendapat ilham untuk merangka cerita ini. Dan kemudiannya, atas dasar masa yang tepat dan sesuai, Robert Luketic mengangkat novel ini dengan tulisan semula oleh Barry L Levy dan Jason Dean Hall. Pengarah yang pernah mengarah 21, Monster-in-Law dan Legally Blonde ini mungkin percaya idea thriller ini mampu untuk mengajak peminat tegar telefon pintar untuk duduk di panggung melihat dunia teknologi dalam edisi thriller. 

Thriller! Or Thriller? Itulah yang menjadi masalah besar di sini. Tidak seperti tajuknya yang jelas menggambarakan yang ianya sebuah thriller, aku persoalkan wajar benarkah ianya dilabel sepenuhnya thriller. Paranoia tidak bergerak dengan thriller yang sebenar. Apa yang ada dalam filem ni hanyalah siri drama yang hanya melayakkan filem ni digelar drama biasa. Maka, penipuan ini mengecewakan apabila thrillnya tak sampai 1/4 dari movie itu sendiri. 

Malah, dalam kekecewaan itu, si Liam Hemsworth nampak sangat mengecewakan. Lakonlayar yang agak rata menyebabkan watak Cassidy macam bermain main suka suki tanpa arah tuju. Pendek kata, ceritanya nampak seperti diarah ke sini ke situ tanpa ada akal. Bercakap blab la bla tapi tanpa fikir satu benda yang membawa cerita. Lakonannya pada aku kurang berkesan. Jiwa hero tiada. Dan dia sendiri tenggelam timbul. 

Kita ke Gary Oldman dan Harrison Ford. Oh dua orang tua ni adalah pengikat. Legenda katakan. Malangnya kemunculan Harrison Ford tak ubah macam orang tua yang baru keluar dari rumah orang tua. Tiada karakteristik yang besar untuk menunjukkan kejahatan dan lakonan yang benar umph macam filem sebelum ini. Gary Oldman pada aku best! Cuma sebagai filem thriller, dia tidak diberi masa untuk lebih menonjol. 

Bukan Gary Oldman saja! Entire story! Semuanya sebagai thriller, tidak diberi penonjolan yang bagus. Mungkin adaptasinya terlalu direct from novel sehinggakan semua yang agak tak penting dimasukkan. Aku lebih mengharapkan aksinya dan thrillnya lebih. Dengan plot yang aku rasakan sudah ada keistimewaan ditambah masa yang agak sesuai dengan ideanya, aku mahukan thrill yang sempurna. Malangnya, apa yang korang dapat hanyalah Adam Cassidy mundar mandir diantara dua inventors ni. 

Permainan yang agak malas ni menjadikan Paranoia lebih teruk dari persembahan filem yang aku rasa biasa. Plotnya bagus. Sebab tu adaptasi dilakukan. Cuma mungkin kegagalannya terjadi saat adaptasi itu sesat mencari sempurna. Apa yang mahu ada, dan apa yang sepatutnya tiada. Malang sungguh dengan ceritanya yang ada umph ini, Paranoia tidak dapat bergerak untuk menarik peminat telefon pintar untuk berasa sesuatu yang patut dirasa, thrill! 

2.5/5

Review: The World's End

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Edgar Wright
Pelakon | Simon Pegg, Nick Frost, Martin Freeman (klik untuk senarai penuh pelakon)

Untuk informasi, The World’s End ni ialah satu dari siri filem yang membabitkan Cornetto. Aku baru tahu itu through google dan wiki. Filem pertamanya ialah Shaun of the Dead, diikuti Hot Fuzz yang mana menampilkan kemunculan ais krim Cornetto. The World’s End juga begitu. Anda hanya perlu tunggu bila masanya Cornetto akan munculkan diri walaupun ceritanya tak ada pun berkaitan dengan filem filem Cornetto sebelumnya. 

Dalam filem ni, Simon Pegg menjadi watak utama disamping Nick Frost dan juga few actors yang pada aku sangatlah kurang lawak. Tapi, apa yang nak ditekankan di sini ialah, filem ni ditulis oleh Simon Pegg sendiri bersama pengarah. Jadi, feeling Paul tu tak ada. Simon cuba blend jadi diri dia sendiri dan membiarkan pelakon lain follow apa yang dia mahu sampaikan. Totally full dengan gaya pelakon Brithish ini yang aku boleh tonton, tapi tak boleh gelak. 

Pada aku, The World’s End mempunyai satu sisi yang mana aku rasakan pelik. Filem ni bercakap tentang alien invasion tetapi pada masa yang sama mengungkap satu journey dan juga kisah yang pada aku sangat pelik gabungannya. Malah, filem ni tidak mampu untuk membuat aku ketawa. Maybe sebab aku tak familiar dengan British comedy. Tetapi, lakonan mereka tidaklah annoying. Cuma kurang kelakar sahaja. 

The World’s End bermula dengan komedi yang mungkin pada aku aku, secara peribadi, sangatlah tidak mengundang tawa. Kita dibawa ke sebuah sisi kehidupan yang bercakap tentang penyatuan persahabatan. Dalam misi watak Gary King ini menghabiskan misi minum beernya yang tergendala masa muda dulu, plotnya dibangunkan dengan cara yang agak pelik. Terkejut apabila ianya tiba tiba jadi filem alien invasion! 

Aku tak terkejut pada ceritanya sebab even The World’s End itu sebenarnya bukanlah direct translasi kepada penghujung dunia yang sebenar, ianya menggambarkan tentang something tentang end of the world. Cuma aku terkejut bagaimana plot itu dibangunkan. Agak pelik! Tetapi, aku rasakan dengan cara ini, Simon Pegg dan Edgar Wright berjaya memberikan kesegaran pada plot yang dibina. Totally new experience! 

Alien yang dibina juga agak kreatif. Walaupun idea alien dalam filem ni dah pernah ditonton dalam filem filem lain (filem yang mana tunjukkan alie guna human body untuk invade manusia), ianya masih ada sesuatu yang fresh. Aku suka idea alien yang senang senang je dicabut kepala, badan dan kaki. Dan paling kelakar, alien tu boleh pulak sambung kaki untuk dijadikan tangan. Itu kelakar! 

Malah, yang paling menarik untuk ditonton juga ialah stunt yang dilakukan pelakon pelakon. Untuk pengetahuan, filem ni menggunakan stunt koreografer Brad Allen yang mana terlibat dalam Jackie Chan stunt team. So, korang akan perasan few actionnya agak ikonik dan sangat cun untuk sebuah filem aksi komedi. Paling jelas, lihat saja adegan bergaduh di toilet pada permulaan kejutan alihan plot. Awesome fighting scene kan? 

Overall, The World’s End sangat weird! In other word, fresh! Mungkin pada yang menunggu alien invasion berlaku agak cepat seperti filem biasa, itu akan membuatkan korang bosan pada suku awal filem. Pada aku, The World’s End ialah campuran komedi, aksi yang cun, science fiksyen dan juga plot yang weird. Filem Simon Pegg dan Nick Frost yang boleh tahanlah jugak. 

3.5/5

Review: The Starving Games

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Jason Friedberg & Aaron Seltzer
Pelakon | Maiara Walsh, Brant Daugherty, Cody Christian (klik untuk senarai penuh pelakon)

Parodi sekarang dah tak macam dulu. Even dari Scary Movie pun, parody sangatlah tidak menjanjikan keuntungan yang maksima, sekurang kurangnya pada zaman itu, genre ini satu buka buku baru. Pada masa itu, hiburannya boleh dinikmati sebab ianya satu dalam beribu. Dan, kekreatifan menggabungjalin beberapa filem dalam satu komedi sangat memberikan kekreatifan pelbagai. Lama lama, genre ni makin merudum. Tapi, masih ada yang masih di treknya. 

Jason Friedberg dan Aaron Seltzer, orang penting di sebalik Epic Movie, Disaster Movie, Vampire Sucks dan bakal menjelma 2014, Superfast masih tak henti bikin parody. Mendapat kritikan negative dalam setiap bikin filemnya, mereka nampak macam tak kisah dan ikut kepala bapak diorang saja bila mahu bikin parody. Maka, dari kepala yang mahu merai Hunger Games, maka wujudlah The Starving Games yang tak seberapa ni. 

The Starving Games ialah parody kepada Hunger Games. Di dalamnya juga, seperti biasa, aka nada kemunculan watak watak lain dari filem yang dikenali macam Oz The Great, Hobbit, Avengers, Expendables dan juga kemunculan PSY dan Katty Perry. Bagi yang selalu menonton parody, kita akan faham yang setiap logik cerita diletak tepi. Menonton parody macam tonton kartun yang dilakonkan manusia. 

Pada plotnya, tak usah dicerita. Pasti yang sudah menonton The Hunger Games akan familiar dengan scene yang diparodi dalam filem ni. Menyusuri watak Kantiss Evershot yang menjalani permainan Starving Games, filem ni bergerak mengikut rentak The Hunger Games. Cuma kali ini, tiada rasa untuk serius. Semuanya dipermainkan sampai limit yang nyata kadangkala boleh meloya. 

Pada aku, The Starving Games antara filem parody yang nampak murah berbanding filem filem parody sebelumnya. Dua pengarah ni nampaknya terlalu bermain main sehingga aspek visual kadangkala nampak terlalu gred B. Beberapa babak api contohnya terlalu nampak sangat kurang real. Malah, beberapa CGI lain juga nampak lemah. Sangat lemah berbanding Epic Movie yang aku rasakan lebih baik. 

Malah, The Starving Games juga kurang menjadi pada pelakon yang cuba meniru watak asal. Kantmiss Evershot lakonan Maiara Walsh pada aku ok. Cuma aku kurang menyukai watak watak kecil yang cuba bawa watak pelakon terkenal tu. Ada beberapa pelakon mirip wajah asal yang nampak bagus paparannya. Tapi, still ianya tak cukup. Suka watak Sylvester Stallone dan Katty Perry yang nampak total menjadi. 

Pada aku, nothing special bout this movie. Parodi biasa. Bagi nak layan kosong oklah. Tapi, better tak tonton bagi yang stil kurang faham apa yang parody sebegini mahu cerita. Menjadi filem parody yang agak teruk pada aku, walaupun boleh layan, ianya hanya mampu memuaskan segelintir manusia yang paham parody. Oh ya, pada fan The Hunger Games, parody ini biasa biasa dan mungkin buat korang annoying. Tapi, boleh juga kalau nak layan. 

2/5

Saturday, November 9, 2013

Novel : Confession of a Shopaholic (Sophie Kinsella)

Confession of a Shopaholic
Penulis: Sophie Kinsella
Penerbit: Dial Press

Aku tak baca romantik novel. Kalau Cecilia Ahern dan beberapa nama lain yang quite familiar with the genre memang hanya sekadar tahu pada nama. Ceritanya tak pernah baca. Buku Sphie Kinsella ini aku terbeli di jualan Big Bad Wolf tahun 2012. Pada masa tu, aku hanya tertarik dengan buku ini atas dasar sifat movie-tie-in melalui covernya. Selepas setahun menunggu, akhirnya aku baca novel romantik komedi yang sudah aku tonton filemnya ini. 

Ohsem. Aku tak tahulah sama ada angin aku sudah berubah genre ke apa, aku gelak dan tersenyum dengan Rebecca Bloomwood. I mean, untuk aku yang jarang membaca romantik komedi, Confession of a Shopaholic ni sangat kelakar. Malah, jika dibandingkan dengan adaptasi, novel asalnya lebih kelakar dengan gaya yang lebih santai dan cool. Sifat kegedikan Rebecca, serta situasi dia nak bayar hutang bank sangat gempak persembahannya. 

Filemnya dan novelnya sangat lain. Apa yang korang patut tahu, filemnya adalah padatan dua novel iaitu Confession of a Shopaholic dan Shopaholic Takes Manhattan. Jadi, jika membaca novelnya, korang sebenarnya baru jumpa fasa pertama hidup Rebecca sebelum meniti buku lain yang memberikan dunia lebih luas tentang watak ini. 

Sophie Kinsella sebagai seorang yang tahu financing menggunakan pengetahuannya dengan jaya dalam membikin komedi ini. Dalam novel ini, kita sebenarnya didedahkan dengan kehidupan membeli yang kadangkala terlepas pandang. Confession of a Shopaholic tidak terlalu gedik. Dialog yang simple dan juga gaya cerita yang sangat mudah membuatkan aku rasakan ini novel romantik komedi yang best. Oh, aku dah mula suka romantik komedi. 

4/5

Review: Planes

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Klay Hall
Pelakon (suara) | Dane Cook, Stacy Keach, Brad Garret (klik untuk senarai penuh pelakon)

Aku tak tahulah apa sudah jadi dengan Disney. Makin lama, Disney sudah mula melepas tangan dan buat sambil lewa dalam bikin filemnya. Filemnya, ditambah dengan teknologi visual yang boleh aku katakan sangat bagus sudah mula hilang taring dari masa ke masa. Aku menanti Disney untuk muncul dengan karakter karakter baru yang menjadi fenomena seperti zaman Mickey Mouse. Disney sudah hilang idea nak terbitkan watak fenomena dan memutuskan untuk recycle apa saja yang ada dari masa lampau. 

Lihat saja Monster University yang jelas nampak apa yang aku maksudkan. Planes nampak seperti mahu meneruskan legacy Cars dan mahu meniru aura Avengers, mewujudkan satu dunia mereka tersendiri untuk watak bermain. Cars dan Cars 2 mungkin baik even aku masih belum menerima logical kereta yang berlagak macam manusia itu. Ceritanya boleh tahan dan masih ada aura Disney yang masih kuat pada masa itu. 

Planes? Hmm.. aku tidak rasakan yang filem ni sebuah filem yang menjadi. Sebagai seorang penonton dewasa, filem kapal terbang ini terlalu rata dan hanya boleh memuaskan penonton cilik yang tidak memahami apa itu filem yang sebenar. Planes terlalu simple dan ‘senang buat duit’ dengan ceritanya yang hanya berfokus kepada satu game yang besar, dan juga moral of the story biasa iaitu setiap manusia ada kekuatan dalam diri. 

Topiknya terlalu biasa. Mesejnya sangatlah biasa. Dan yang paling teruk, ianya disampaikan dengan terlalu jujur. Kalau filem ni bermain main sedikit dengan memberikan emosi yang mungkin layak digelar filem animasi yang serius, mungkin aku boleh banggakan dengan filem ni. Malangnya, semua tu tak ada. Ianya macam tengok filem direct to DVD yang sangat lemah pada segala sifat. 

Memang benar filem ni pada asalnya nak dibikin direct to DVD. Mungkin penerbitnya mimpi basah sehingga terniat pula nak bawa ke layar besar. Dan itu dah jadi silap besar. Jika filem ni berada di dalam DVD tanpa dipersembahkan ke layar, ianya sesuai dengan sifatnya yang ada. Mungkin pujian boleh diberi sebab sasarannya hanyalah segelintir parents yang nak hiburkan anak kecil. Perancangan Disney bawa filem ni ke layar satu silap besar. 

Korang patut tahu yang Planes tidak dibikin Pixar. Namun, ianya ditulis oleh orang Pixar. Dan kualiti studio DisneyToon boleh tahan. Sehebat Pixar. Namun, animasinya hanya bermain dengan elemen biasa yang tidak dapat menguji sepenuhnya keupayaan DIsneyToon dalam memberikan animasi yang standing Pixar dan juga Dreamwork Animation. Mungkin idea orang Disney perlu keluar dari tipikaliti. Come on, Disney sudah sampai fasa tepu dah. 

Filem arahan Klay Hall dengan penampilan pelakon Bollywood ni sangat flat dan tak ada arah tuju. Itu yang menjadikan Planes satu filem yang sangat gagal bagi sebuah filem yang berada di layar. Sekuel sudah dirancang dan bakal terbit sedikit masa lagi. Aku tak tahulah sebab apa Disney berani bertaruh dengan World of Cars ini yang semejak Cars ke Cars 2 sampailah Planes sudah dapat dilihat kutipannya merudum. For kids, watchable. For adult, lupakan jelah. 

2/5 

Thursday, November 7, 2013

Review: We're The Millers

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Rawson Marshal Thurber
Pelakon | Jason Sudeikis, Jennifer Aniston, Emma Roberts (klik untuk senarai penuh pelakon)

Ok, aku rasa agak terlalu memandang rendah komedi filem ni! Aku rasakan We’re The Millers hanyalah satu filem komedi tentang drug dealers yang biasa dan sebagai sebuah family. Malah, aku rasakan filem ni ada tipikal family theme ala Disney dan juga some cliché plot yang predictable. Tipikal Disney, again! Aku rasakan semuanya hanyalah keseronokan menonton filem tentang bagaimana gabungan few peoples yang nak smuggle drug dari Mexico dalam komedi family yang ada mesej sarat blab la bla. 

Rupanya aku silap! Haha! Filem family ini tidak dibikin untuk family. Malah, kalau ada family yang menonton DVD mahupun di panggung wayang bersama anak anak, pasti tersembur popcorn dari mulut. Pasti terus turn off DVD! Filem ni bergerak seperti The Hangout dan juga filem komedi ganja dan seks yang mungkin enjoyable bagi dewasa yang ‘open’. Pendek kata, filem ni tak dibikin untuk meng’akhlak’kan remaja. Ianya hanya untuk suka suka. 

Pada aku, We’re The Millers bermula dengan biasa. Saat aku melihat David (Jason Sudeikis) yang sangat steady dalam melontarkan lakonannya, aku still tak dapat expect bagaimana filem ni akan bergerak dengan pelakon yang pada aku tak ada gah itu. Then masuk Jennifer Aniston yang pada aku sudah berusia untuk melucahkan diri menjadi stripper. Namun, oklah juga. Seksi jugak Jennifer Aniston tu even nampak sangat dah tua. 

Then the story starts to grow. Makin lama, himpunan yang membentuk keluarga Millers ini bergerak dalam satu misi. Dan dalam saling melucah lucah, komedi terbentuk. Pada aku, sangat fun! Setiap karakter bertingkah dan membentuk insiden insiden yang unpredictable. Itu bagus! Setiap sisi cerita dibawa dengan ringan dan santai dengan setiap dialog dipenuhi dengan kata kata yang sangat kasar dan uncensored. 

Semuanya sangat baik dan bagus pada awalnya. Separuh masa pertama memang menarik komedinya. Dan malang sungguh filem ni terlajak perahu apabila aku rasakan selepas insiden di garaj, (Chacon datang nak tangkap selepas karavan dah direpair) semuanya starts to fall down. Filem ni hilang aura apabila ianya membentuk satu siri insiden yang sama dan juga berulang, namun emosinya tetap sama dan tidak naik. Aku rasakan filem ni patut tamat di insiden garaj dan the end! Chacon patut ditamatkan di situ! 

Ya, aku mulanya menyukai filem ni sebagai sebuah filem ringan. Cuma aku kurang menyukai plotnya yang nampak macam semakin lemah apabila semakin ke hujung. Itu saja. Komedinya pula ikut serta merudum apabila gabungan Jennifer Aniston dan Jason Sudeikis makin lemah dan lemah setelah insiden garaj. Plot familinya yang dikembangkan tidak mencapai tahap yang baik apabila penulisannya nampak seperti cuba menyelit komedi selagi ada masa tayangan. Itu tak bagus! 

Walaupun aku suka komedinya yang weird, sedaya upaya aku cuba pujuk hati aku untuk suka plotnya. , Malangnya, in the end, bila aku pikir pikir balik, plotnya sangatlah nampak seperti sengaja dipanjangkan. Kurang suka itu! Namun, We’re The Millers bergerak dengan gaya familinya yang tersendiri dan aku akui, ada sisi komedi filem ni yang sangat perlukan minda yang terbuka. Suka komedinya! Bukan untuk kanak kanak atau penonton filem family Disney okeyh! 

2.5/5

Tuesday, November 5, 2013

Review: Chennai Express

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Rohit Shetty
Pelakon | Shah Rukh Khan, Deepika Padukone (klik untuk senarai penuh pelakon)

Selepas jadi bapak mafia, kemudiannya jadi robot superhero dan menjadi pemusnah bom, Shah Rukh Khan nampaknya semakin mencuba dan terus mencuba. Watak wataknya seperti yang dipegang dalam filem hebatnya seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dilepaskan. Dan disaat pelakon hebat ini meningkat usianya, kita meninggalkan dunia tangkap nangis yang dijamu pada suatu ketika dulu. Pasti ramai yang mengimpikan SRK kembali ke trek asal untuk satu nostalgia sempurna. 

Dan akhirnya, selepas menjemput terkenal Rajinikanth dalam Ra.One, akhirnyanya SRK kembali ke trek asal. Chennai Express box office! Pada aku, ceritanya sangat biasa. Sebuah filem tangkap nangis dengan aksi tipikal Bollywood. Dan, dari Rohit Shetty yang terkenal dalam pengarahan filem Singham itu, pastinya kita akan jumpa aksi aksi yang sangat giler babi melawan reality. Sebagai satu hiburan, buat Bollywood freak, korang akan suka. 

Tapi, apa yang spesel sangat tentang filem ni? Yes, SRK buat tribute! Bukan sekadar menunjukkan yang dia sedang melayan semula penggemar filem zaman 90annya yang ternanti nanti lakonan macam dalam Kuch Kuch Hota Hai, dia juga menjamu filem ni sebagai tribute buat pelakon hebat Rajinikanth. Dan keseluruhan filem ni walaupun biasa, ianya dilepaskan pada satu jarak yang agak lama bagi actor ini setelah Rab Ne Bana Di Jodi. Masa yang cukup untuk penonton yang kelaparan dijamu dengan lakonan ikoniknya. 

Chennai Express ada beberapa perkara menarik yang membangkitkan minat. Pertama, ini filem pertama Rohit Shetty yang menampilkan SRK! Dan pastinya kita akan lihat bagaimana pengarah ini membawakan filem ni dalam caranya tersendiri. Keduanya, ini adalah filem comeback gabungan Deepika Padukone dan SRK selepas filem blockbuster Om Shanti Om pada tahun 2007. Kesemua elemen ni membentuk blockbuster! Dan ceritanya bukan satu kepentingan, yang penting ialah filem ni ada unsur kembali ke masa lampau! 

Rohit Shetty menggunakan aksi luar biasanya dengan kadar yang sedikit berbanding Singham. Sekaligus, kita akan dapat lihat Chennai Express berfokus kepada perubahan dan komedi tribute yang menjadi tunggak utama. Rahul membentuk cerita yang simple tetapi apa yang menjadi memorable ialah bagaimana setiap sisi filem membentuk sebuah jentikan ingatan khas kepada penonton yang mengikut filem Bollywood. 

Kita ada Dilwale Dulhaniya Le Jayenge yang disimpan dalam filem ni melalui lagu fevret sepanjang zaman yakni Tuje Dekha To (adegan pertemuan Rahul dan Meenamma). Ada juga rujukan kepada My Name Is Khan dan beberapa filemnya yang lain seperti Ra.One dan Rab Ne Bana Di Jodi. Lagu Kashmir Se pula meminjam visual dan kostum lagu Kilimanjaro, filem Endhiran lakonan Rajinikanth. Banyak lagi korang akan nampak jika korang betul2 fan Bollywood! Dan jika korang perasan, ada satu scene yang nampak mirip persembahan logo Disney! 

Muzik Veshal-Shekar pada aku sangat membantu dalam menghidupkan mood tribute. Tak ada satu pun item song yang terlalu seksi dalam filem ni. Thailava mungkin hanya untuk muda mudi, dan Kashmir Se mungkin akan diingati dan dinyanyi tua ke muda. Lagu yang simple dan biasa tetapi mendapat tempat di telinga! 

Overall, Chennai Express mungkin mampu menarik golongan yang tak minat Bolly atas beberapa faktor. Pertama, filem ni sangat universal pada bahasa. Pertamakali aku rasa bahasa Hindi dan Tamil digabung sekali dalam satu filem. Kedua, filem ni ada komedi yang sangat bagus. Bersubtitle pun mampu gelak besar walau tak paham sepatah haram. Bagi mereka, filem ni ohsem! Bagi fan Bolly, ceritanya sangat best tetapi ianya hanya biasa. Cuma kali ni, ianya SRK dengan lawak segar! 

3.5/5

Saturday, November 2, 2013

Review: Longkai

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Faizal Hussein, Erra Fazira, Wawa Zainal (klik untuk senarai penuh pelakon)

Longkai ada satu keistimewaan. Yang sangat menakjubkan! Apa dia? Filem ni ada tiga generasi berbeza bergabung dan meletupkan diri sama sama untuk menghasilkan hasil boombastik. Kaboom! Kita ada Erra Fazira dan Faizal Hussein yang berada di golongan pelakon legend. Kita juga ada Dira Abu Zahar, yang mana aku golong sebagai pelakon baru yang baru masuk dalam MIG. Dan golongan terakhir, kita ada muka muka biasa MIG yang tak payah aku sebut lagi, korang akan cam sendiri. 

Pada casting, nampaknya geng yang terlibat buat kerja sebagus mungkin tahniah. Bukan senang mahu melihat Erra Fazira berlakon filem. Malah, Faizal Hussein yang meningkat naik sejak Bunohan juga sudah mula digilai semula selepas Gila Gila Remaja. Longkai ada sisi eksklusif itu yang mana menjadi tarikan pertama sebelum menonton. Oh ya, tarikan satu lagi ialah editing trailer yang sangat best! 

Dari pengarah Hashim Rejab, pengarah yang buat filem Budak Pailang, Longkai menampilkan idea yang sangat fresh. Kali ni, selepas berhalimunan dalam filem Halim Munan dan berpailang dalam Budak Pailang, pengarah ini cuba menampilkan aksi dari sisi baru, budak budak tarik kereta. Pada aku, idea itu sangat bagus. Idea yang menampakkan sisi yang gelap, dan sekaligus memberikan perspektif gangster yang sangat baru. 

Melihat kepada keseluruhan cerita, Longkai sebenarnya beraksi dengan biasa. Pada ceritanya, filem ni lebih banyak bermain dengan Faizal Hussein yang memainkan watak Bada. Fokus utamanya, cerita kisah hitam Bada. Di satu sisi pula, ianya bercerita tentang konflik Suraya dan Eddie yang berkembang sehingga ke geng Naga. Luas. Sangat besar ceritanya. Dan pada aku, macam biasa, Longkai menenggelamkan fokus. Yup, bukan gagal. Cuma biasa. 

Pada aku, Faizal Hussein adalah satu factor x yang bagus. Dan sepatutnya, kisahnya lebih tepat dan satu. Itu lagi baik. Apa gunanya kalau Faizal Hussein dan Erra Fazira tidak digunakan sebaik mungkin untuk menambah perisa. Pada aku, Longkai walaupun membariskan pelakon yang layak digelar fresh, malang sungguh penceritaannya masih berpaksi kepada penceritaan biasa. 

Penceritaan biasa itu kadangkala naik turun. Persembahan Erra dan Faizal tahap tinggi. Dan tanpa mereka, filem ni menjadi satu kegagalan. Nasib baik mereka berjaya membawakan dialog dan lakonan yang sangat fresh. Lakonan Nezam biasa. Wawa sangat baik! 

Hashim Rejab nampaknya cuba tambah perisa. Dari sekadar pukul gasak semata, dia kini tambah few car races dan juga aksi yang sangat out of box macam adegan tow truck jatuh jalan tak siap tu! Malangnya, dengan aksi dan juga kereta yang dipecahkan yang sangat bajet tinggi itu, filem ni tidak dilatari dengan suntingan dan juga runut bunyi yang membantu. Adegan akhir filem, fighting scene antara Bada dan Naga nampak tidak hidup. Kematian Naga sempurna. Tapi feelingnya tiada. 

Overall, Longkai mahu bercerita tentang love and family value. Itu menarik! Malangnya, garapan yang biasa sangat menjadikan semua itu biasa. Faizal dan Erra membantu namun tidak dapat menjadikan keseluruhan filem berjaya. Adegan aksi yang biasa dan sangat tipikal even lebih banyak kereta dirosakkan sangat kurang hidup. Mungkin yang menonton Faizal dan Erra sahaja, filem ni memang memberi ruang untuk lihat dua legenda ini beraksi dengan lakonan yang sangat baik! 

2.5/5

Review: Turbo

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | David Soren
Pelakon (suara) | Ryan Reynold, Paul Giamatti, Maya Rudolph (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pertamakali aku nampak siput babi dalam sebuah filem ialah ketika menonton Epic. Dalam filem tu, siput digambarkan ada ‘tangan’, yang mana badannya boleh dibentuk. Dalam tu, yes of course aku dapat rasakan yang orang Hollywood ni gila babi pandai nak mereka. Dah bertahun tahun animasi bergerak dalam cinema, sekarang barulah siput babi nak jadi watak utama. Then, ini kali kedua rasanya selepas itu. Melihat siput babi beraksi, dalam sisi berbeza. 

Turbo ada misi. Mahu jadi macam apa yang Fast & Furious sudah buat. Auranya berpijak pada aura racing dan kelajuan. Kepantasan dan juga adrenalin. Bagaimana Turbo mahu jadi apa yang dia impi sedangkan dia tahu itu sangat mustahil, memberikan watak kita Turbo satu aura yang luar biasa. Melihat siput babi beraksi di litar melawan watak manusia kita mungkin memberikan perasaan bermimpi, namun sedarlah ini apa yang korang bakal lihat. 

David Soren mengenepikan mustahilnya idea ini dengan ceritanya yang sangat santai. Kanak kanak, yang sangat kurang disenangi mak bapak bila tonton filem racing yang papar wanita berahi pasti tidak halang anak diorang tonton ini. Kepantasan dan perlumbaan, dengan sulaman mesej yang sangat menarik memberikan ruang untuk Turbo disenangi semua golongan. Nah, siput babi akhirnya jadi hero manusia! Hail Turbo! 

Filem ni bermula dengan simple dan tidak tergesa gesa. Malah, bila aku tonton filem ni, aku sendiri tidak dapat mengagak bagaimana filem ni bakal develop sehinggalah terbentuknya penghujung. Saat aku dapat tonton yang si Turbo ni rupanya ada superpower yang tertidak sengaja dia dapat, nah finally itulah sesuatu yang menarik. Ini cerita super siput rupanya! 

Dan menarik lagi, Turbo tidak digambarkan ada tangan. Dan apa yang mereka lakukan lebih reality. Namun, sebagai sebuah filem, menggerakkan Turbo untuk hidup dalam tingkah laku manusia menolak logika dan penonton boleh menerimanya. Apa yang Ryan Reynolds persembahkan menjadi. 

Yang paling tak bleh blah, filem ni walaupun karakter utamanya sangat kecil sampai boleh dipijak kaki, ianya menggunakan pelakon yang sangat gempak! Selain Ryan Reynolds yang membawakan watak Turbo dengan semangat, filem ni ada Samuel L. Jackson, Snoop Dogg dan Michelle Rodriguez yang sangat memberikan semangat besar untuk filem ni. 

Turbo sangat menyeronokan, meriah dengan warna siput siput yang comel (walaupun dalam reality ianya adalah makhluk yang sangat menggelikan). Ketepikan reality dan logika dan bergembira menonton makhluk ini dalam sebuah filem perlumbaan yang sangat luar biasa. Dari kanak kanak sampai dewasa, aku yakin filem ni mampu menghiburkan hati semua penontonnya. Tak ada yang mustahil dalam dunia, itu yang filem ni mahu cerita! 

4/5

Review: It (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Andy Muschietti Pelakon | Bill Skarsgard, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis Ketika menonton The Da...