Akan Datang!

Friday, November 22, 2013

Review: Balada Pencinta

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Khir Rahman
Pelakon | Johan Ashari, Siti Saleha (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pertama sekali, aku nak cakap yang Syamsul Yusof patut menyesal giler tak ambik Faizal Hussein masuk dalam cast list untuk KL Gangster. Memula sebenarnya aku macam tak percaya yang mamat yang bangkit melalui Longkai ini mampu untuk jadi sehebat itu. Mata berbicara dengan waras dan aku sudah mula rasakan yang Faizal Hussein dalam Balada Pencinta adalah antara Gangster Paling Stylo’ disamping Tailong dan geng KL Gangster. 

Ok, kita bicara tentang Balada Pencinta. Filem ni memang pada aku mengingatkan aku kepada …Dalam Botol. Aku ingat Khir nak mengarah cerita sebegitu lagi. Nampaknya dia berubah angin. Dan dalam kekeringan cerita love story yang benar benar serius, Khir Rahman muncul dengan beraninya. Dalam hati, mungkin dia berani jamin yang ceritanya ini mampu mengatasi kegagalan cerita cinta tanpa komedi seperti Gerimis Mengundang tahun lepas. 

Ternyata, apa yang Khir Rahman jamin terjamin. Balada Pencinta mempunyai premis yang aku janjikan sebagai biasa. Ceritanya serius. Dua kekasih, bercinta, terhalang dek darjat. Tipikal. Tapi, apa yang membuatkan Balada Pencinta menjadi luar biasa ialah bagaimana segala sisi penceritaannya bergerak sangat serius. Tidak ada unsur nak cepat siap dalam berkarya, dan paling jelas, filem ni mahu penonton bersama bercinta dengan karakternya. 

Kita diberi watak Aisyah dan Amir yang mana membawa filem ni dalam romantika. Cinta mereka yang biasa bijak diisi dengan visual Kuala Lumpur yang sangat ikonik dan cantik sekaligus mengindahkan cinta yang bakal mereka berikan kepada penonton. Dalam pada masa yang sama, Khir menceritakan cerita cinta yang berlawanan, mengisinya sebagai satu isi yang bercakap tentang ‘cinta itu memang ada naik turun’. 

Dan untuk memeriahkan cerita dalam momen emosi dan aksi, maka cinta adik si Amir dan si bisu (Miera Liyana dan Iedil Putra) yang mana akan menjanjikan gangster-aksi gaya Khir. Semuanya diblend sangat best sehinggakan Balada Pencinta bergerak pada lagunya tersendiri. 

Khir Rahman nampaknya meminjam unsur Kabir Bhatia yang sangat memenuhi ruang visual. Namun, kerja kamera filem ni lebih baik dari itu. Visual filem ni berjaya bawa apa yang mahu diceritakan. Babak aksi nampak gah dan sangat ikonik visualnya walaupun aksinya hanyalah biasa biasa. Tabik spring pada sinematografer yang berjaya hidupkan suasana. Oh, editor juga serta sang buat bunyi yang berjaya menjadikan permulaan filem ni meriah dengan hiburan. 

Amir dibikin seperti hero Bollywood dengan prinsip 'rebah dulu, bangun semula, fight sampai akhirnya'. Dengan prinsip itu, Balada Pencinta hidup seperti apa yang sepatutnya romantik filem seharusnya ada. Dengan adanya filem ni, aku rasakan Khir Rahman membuktikan yang sebuah filem romantik boleh hidup dengan cara dan teknik yang betul. 

Lakonan Johan Asari dan Siti Saleha yang sangat hebat. Love story yang punya keindahan visual, momen yang cantik dan treatment yang powerful ini memang antara filem yang sangat menarik untuk ditonton. Tipikal love story, tapi telah menerima layanan yang sangat serius luar biasa. Maka, hasilnya ialah sebuah filem yang sangat menjanjikan roller coaster love story yang sangat baik dan hebat. Menonton Balada Pencinta memberikan pengalaman cinta agung yang tinggi darjatnya! 

4.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...