Akan Datang!

Tuesday, November 19, 2013

Novel: Slumdog Millionaire (Vikas Swarup)


Slumdog Millionaire 
(asalnya diterbitkan dengan tajuk Q & A)
Penulis: Vikas Swarup

Penerbit: Black Swan

Memang benar, Slumdog Millionaire yang asalnya ditulis atas tajuk Q & A ini padat dan sangat thrill. Apa yang penulisnya, Vikas Swarup tulis menggambarkan India itu dalam satu buku. Pendek kata, membaca Slumdog Millionaire ialah seperti melihat setiap inci India dalam bentuk kata kata. Dari setinggan sehingga ke glamor Bollywood, semuanya terukir dengan perjalanan satu watak tiga agama, gambaran penyatuan, Ram Mohammad Thomas. 

Vikas Swarup menulis inci India dengan jujur. Justeru, feelingnya sangat fantastic. Realistik. Kejujuran yang penulis ini bawakan membawakan sisi India yang sangat kotor dan juga berani ini dalam satu paparan yang sangat sinematik. Memang wajar, adaptasi filemnya mendapat kritikan positif di persada antarabangsa. 

Ram mungkin satu watak yang sangat bulat. Dia mewakili kekelirua n pada dirinya, kehidupannya, dan pada namanya juga ada kekeliruan pada agama. Aku menyukai kisah hidupnya yang melalui segenap pelusuk hidup social India yang memberikan kisah yang sangat mencabar dan extreme. Namun, dalam pada masa yang sama, kita tidak disongokkan dengan elemen Bollywood yang selalu menjadi pengikut jalan cerita biasa. 

Apa yang ada dalam filem berbeza jauh. Ubahsuai watak, iaitu Ram Mohamad Thomas ditukar kepada Jamal Malik itu sendiri sudah menghilangkan isu yang mahu diutarakan pada asalnya. Malah, banyak elemen filem ditukar dan menjadikannya satu sisi baru yang terinsiprasi dari novel ni. Maka, membaca novelnya memberi pandangan yang lebih luas dan berani. Baca dan tonton adalah pengalaman yang sangat berbeza. Danny Boyle ada ideanya, Vikas Swarup ada ideanya.

Bertitik tolak pada sebuah rancangan quiz, Vikas merangka ceritanya dengan sangat strategic. Selang seli soalan menjadi bab bab single yang bercerita atas satu motif khas. Dalam perjalanan pembaca melayari kuiz yang Ram sedang hadapi, Vikas Swarup menggunakan flashback yang kaitannya sangat baik. Jika korang berjaya mewujudkan perasaan meneka soalan apa yang bakal ditanya dalam kuiz ketika membaca flashback, korang sudah mula belayar dengan jaya. 

Slumdog Millionaire memang sebuah novel social yang sangat baik. Walaupun ini penulisan pertamanya, dia berjaya menggamit antarabangsa untuk lihat India dari sudut berbeza. Dari mafia ke setinggan, Bollywood aktres ke pengintip Australia, novel ni memberikan rasa hitam India dalam fasa untuk kita memahami kehidupan mereka. Bersedia untuk lihat di sebalik tirai Bollywood yang sebenar. 

4.9/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...