Akan Datang!

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Tuesday, September 26, 2017

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Matthew Vaughn
Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry

Tak banyak filem sekuel yang boleh menandingi sekuel daripada segi kesedapan cerita dan keseluruhannya. Namun, ramai pembikin filem Hollywood berani ambil langkah untuk kaut untung dalam filem kedua dengan harapan boleh menarik penonton yang menonton filem pertama menonton filem kedua. 

Kadangkala, sebuah filem sekuel kelihatan seperti cuba untuk up lebih dari filem pertama padahal filem pertama sudah berada pada aras tertinggi. Itu yang aku nampak pada Kingsman yang kedua ini. Wahai pemuja Kingsman, sabar dulu. Aku akan beritahu beberapa perkara yang aku rasakan membuatkan filem ni adalah sesuatu permulaan baru yang sedikit kurang hebat dari yang pertama. 

Pertamanya, pada aku, Statesman dalam filem ini tidak lebih hanya sekadar meng’Amerika’kan spy British ini. Dengan menambah upgrade pelakon hebat seperti Halle Berry dan Channing Tatum, filem ni nampak macam too much character! Halle Berry kelihatan tidak ubah seperti Merlin yang boleh berdiri sendiri. Malah Channing Tatum yang disimpankan ‘kekuatannya’ seperti formula cliché Hollywood – filem ni box-office, baru lepaskan Channing Tatum beraksi! 

Malah, aku rasakan Poppy lakonan Julianne Moore tidaklah begitu kuat mana. Lakonannya yang nampak cantik tapi kejam gagal menjadi kerana aktor yang tidak mampu untuk mati dengan cara yang lebih baik dari yang dipaparkan. Lemah, hanya sekadar berkata-kata dan pengakiran yang agak mendukacitakan menjadikan watak Poppy sia-sia. 

Bercerita tentang plot, Kingsman 2 kali ini lebih panjang ceritanya. Ada plot yang muncul hanya untuk menambah perencah, yang tak berapa nak penting. Adakalanya, plot kelihatan persepah tetapi syukur, ceritanya masih lancar bergerak dan juga masih ditahap yang ok. Tidaklah bosan mana untuk menonton keseluruhan cerita, namun kejutan yang ada tidaklah sebaik yang dulu. 

Filem ini seperti dipenuhi dengan pelbagai misi yang Eggsy terpaksa buat namun misi-misi itu kelihatan hambar tanpa cabaran yang kuat untuk kelihatan gah dalam filem. Terlalu banyak perkara yang nak diceritakan sehinggakan misi-misi kecil ini kelihatan terlalu kecil untuk sebuah filem yang besar. 

Adakah Hollywood merasakan yang membunuh karakter penting dalam filem di akhirnya mampu untuk membeli air mata penonton? Jawapan untuk filem kali ini, tidak sama sekali. Kematian seorang karakter dalam filem ini tidak mampu untuk memberikan sebarang tangisan malah tepuk dahi je. Aishhh! 

Filem kali ini ternyata memberikan aksi yang lebih baik dari filem asal. Itu memang disahkan! Terbaik. Aksi tanpa henti dengan visual yang hebat dan mengulang-ulang shot seperti adegan church dalam filem pertama. Memang dari awal sampai akhir, kepuasan menonton babak aksi dalam filem ni antara peluang untuk kau melupakan Halle Berry dan Channing Tatum yang sia-sia tu. 

Ada beberapa babak filem yang mungkin dilakukan dengan agak keterlaluan sehinggakan kadangkala otak rasa rimas dengan apa yang berlaku. Contohnya, adegan stadium yang serius tak masuk akal. Kerajaan US boleh pula bazirkan duit beli sangkar seorang-seorang sedangkan virus tu bukanlah merebak dan makan orang. Beli sangkar satu dah lah, kongsi-kongsi! 

Jangan kecik hati kalau aku katakan filem ini agak sedikit gagal untuk memberikan impak filem pertama. Mungkin kerana Stateman yang kelihatan menyemak dengan pelbagai karakter sipi-sipi yang hanya tahu duduk minum arak. Dan Stateman ialah watak yang dibesarkan tanpa tujuan yang jelas dan tidak berkesan langsung untuk membuka universe baru Kingsman. 

Tapi, aku rasakan Kingsman 2 masih wajar ditonton jika anda penggemar filem aksi. Memang aksi dia sangat ohsem dan mengujakan. Ada sedikit roh Baby Driver dalam setiap aksinya yang aku kurang selesa, tapi citarasa manusia berbeza-beza. Pada aku, Kingsman: The Golden Circle ialah sebuah filem yang cuba nak mengembang tetapi tidak mampu untuk capai apa yang penonton nak. Tak gagal, cuma yang pertama masih terbaik. 

3/5

Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:

Tuesday, September 19, 2017

Review: It (2017)

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Andy Muschietti
Pelakon | Bill Skarsgard, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis

Ketika menonton The Dark Tower sebelum ini, aku memang rasakan sedikit kekecewaan apabila adaptasi filem itu gagal memberikan ruang untuk dunia adaptasi Stephen King menjadi hebat dan luas. Ternyata, penterjemahan karya penulis tersohor ini bukan mudah. Ianya memerlukan cara dan gaya yang betul supaya ianya menjadi hebat di visual. 

Tak lama selepas itu, muncul satu lagi filem adaptasi dari novel Stephen King. It! Semua orang tahu bahawa It pernah diadaptasi suatu ketika dulu dalam bentuk filem tv yang ada dua bahagian. Adaptasi itu menjadi klasik sehinggakan ramai kanak-kanak fobia dengan badut. Ketika aku menulis, aku masih lagi tidak menonton filem asal. 

It versi 2017 dibikin dalam dua bahagian, sama seperti filem tv 1990. Sebelum ini, watak It dipegang oleh Tim Curry. Untuk versi 2017, pelakon hensem Bill Skarsgard memegang peranan itu. 

Bagi aku, It ialah sebuah filem seram yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Jika nak dibandingkan dengan The Conjuring, dan juga beberapa filem seram lain, It tidak boleh diletakkan dalam mana-mana kelas. Ianya bukan cerita hantu, tapi tidak juga syaitan. Ianya bukanlah filem yang banyak elemen tanjat-tanjat, tapi boleh juga buat kau seram sejuk. Ianya sebuah filem yang menakutkan. 

Pelik juga apabila kita melihat filem yang dilakonkan oleh budak-budak dipenuhi dengan perkataan lucah dan juga adegan yang agak-agak janggal untuk dilakonkan oleh pelakon bawah umur. Tapi, itulah hakikatnya yang bakal korang dapat dalam filem ini. It mengisahkan persahabatan geng Losers yang mana sentiasa dibuli. Dan gelagat mereka yang kadangkala poyo tu menjadikan kisah ini menarik. 

It tidak dipenuhi dengan keseraman dari awal sampai habis. Dalam durasi masa dua jam lebih itu, penonton dibawa untuk melihat persahabatan geng Losers dan pada masa yang sama melihat mereka menjadi dewasa tatkala si badut Pennywise cuba untuk memakan ketakutan mereka. Ada unsur-unsur persahabatan dan juga kekuatan satu pasukan yang dipaparkan yang boleh dijadikan teladan. 

Filem ini juga tidak dipenuhi dengan adegan seram yang panjang. Pennywise tidak muncul banyak kali pun dalam bahagian pertama filem ini. Tapi, penonton masih boleh dibawa menghayati kesemua cerita yang diberikan. Dan ianya masih entertaining walaupun Pennywise dipinggirkan dalam bahagian pertama filem ini. 

Budak-budak dalam filem ni memang matang habis! Memang takkan perasan sikit pun yang mereka ini hanyalah budak-budak hingusan yang sedang berusaha untuk melawan ketakutan mereka. Ada sedikit elemen romantik yang dibawa untuk mengindahkan suasana, dan ada juga kelakar rama yang menyuntik bunga indah sebelum dimakan oleh seramnya Pennywise. 

Plotnya mudah dan tidak berbelit. Penonton tak perlu nak rasa stress macam tonton The Dark Tower kerana filem ini dibawa dengan penceritaan yang mudah tetapi menarik. 

Walaupun Pennywise dipinggirkan pada masa pertama, babak keseraman Pennywise memang antara yang boleh kau meremang bulu roma. Memang babak kemunculannya dibikin sehinggakan semua ketakutan manusia yang menonton dipecahkan untuk membina perasaan ngeri dalam diri. Aku masih teringat wajah senget dari lukisan yang menjelma tu, orang tua berulat yang mengerikan. Ngeri! 

Naskah ini ialah naskah wajib tonton kalau kau suka filem seram yang segar dan bagus. It bukan sahaja sebuah naskah seram, ianya sebuah naskah yang memaparkan persahabatan, kekeluargaan dan juga kasih sayang. Walaupun filem ini ialah filem tontonan dewasa, penonton masih boleh menghadam jiwa remaja yang ada dalam filem ini. Dan kengerian bila Pennywise menjelma, bersedia untuk ketakutan anda dipecahkan sehingga ke saraf! 

4/5

Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:

Wednesday, August 30, 2017

Review: Abang Long Fadil 2 (2017)

Tarikh Tayang | 24 Ogos 2017 (Malaysia)
Pengarah | Syafiq Yusof
Pelakon | Zizan Razak, A Galak, Wak Doyok, AC Mizal, Syamsul Yusof

Padu! Itulah yang mampu aku katakan selesai sahaja menonton filem sekuel kepada filem Abang Long Fadil yang diarahkan oleh pengarah Syafiq Yusof ini. Pengarah ini nampaknya memang buat full throttle punya percubaan sehingga meletakkan ABF2 ini berada dalam kategori filem komedi yang memang masak dan terhidang dengan sempurna. Sedikit cacat cela boleh diabaikan, dan kesedapannya boleh dinikmati. 

Secara peribadinya, aku nobatkan filem ABF2 ini sebagai filem aksi komedi paling terbaik selepas Polis Evo. Filem yang tahu untuk disajikan apa, dan disuapkan apa kepada penonton yang sedia dengan permintaan di meja. Filem yang tahu untuk membikin sebuah pengalaman menikmati menu filem hebat, dengan rencah dan juga main dish yang cukup sifat. 

Tahniah aku ucapkan pada Skop Production dan juga Astro Shaw kerana berjaya memberikan sebuah lagi filem ‘jamu mata’ yang ‘confirm tak menang award, tapi menang di hati penonton pawagam Malaysia’ ini! Memang ianya kena pada masanya dimana para penonton dahagakan filem aksi yang disulam komedi yang lebih lagi semenjak jayanya filem Polis Evo! 

Apa yang kau akan dapat jika kau beli tiket untuk tonton filem ABF2? Satu, kau akan dapat merasai bagaimana tiga orang karakter dari Maharaja Lawak yang korang tahu bagaimana diorang ni beraksi jika pengarah tidak ‘mengikat’ lawak mereka. Syafiq berjaya memenjara komedi Achey, lalu membuka ruang jiwa serius Shuib dan menambah kematangan dalam lakonan Zizan. 

Malah, aku juga gembira melihat bagaimana kekayuan Syamsul Yusof (yang mana dah improve dari masa ke masa) diukir cantik untuk membentuk karakternya yang sempurna. Aku juga agak kagum dengan lakonan AC Mizal yang mengingatkan aku kepada wataknya dalam filem Buli dan juga Cicak Man. Terbaik! 

Kedua, kau perlu tonton filem ni supaya kau faham ada filem Malaysia yang pandai untuk menukar penonton menjadi detektif dan melayari teka teki filem. Dalam filem ini, persoalan siapa Tiger memang dibina dengan baik sehingga ‘twist’ yang direka tidak dapat dijangka. Namun begitu, aku rasakan persoalan siapa Tiger dijawab dengan agak ‘longgar’ dan tidak meriah walaupun cukup untuk meleraikan filem ini dipengakhirannya. 
Selain itu, aku juga sedikit kurang gemar dengan plot King Kong/ Cobra yang dilayan seperti sebuah sambal yang hanya dicicah-cicah sekali sekala, dan kemudiannya dibuang ketepi selepas semuanya selesai. King Kong/Cobra ialah antara watak yang menarik dan menyerlah dalam filem ni. Namun, kecewa sedikit apabila ianya tidak dilayan dengan selayaknya. 

Ketiga, kalau kau suka Wak Doyok, kau harus tahu dia berlakon memang ohsem. Syafiq berjaya membentuk karakternya dengan tahap lakonannya. Tapi, aku tetap rasakan lakonannya biasa-biasa sahaja. Hanya wajahnya yang bermisai itu sahaja membantu untuk membaluti kelemahan karakter itu di samping A. Galak! 

Keempat, fight scene filem ni memang terbaik. Kau akan nampak yang Syafiq sedaya upaya cuba untuk memuaskan keinginan penonton untuk melihat aksi yang dikoreografi dengan baik dalam sebuah filem Malaysia. 

Jika ABF ada aksi yang memukau di babak pertarungan akhir, ABF2 memang non-stop fighting since the beginning. Walaupun editingnya fast paced untuk menutup kelemahan pelakon, ianya antara koreografi aksi yang memang memukau! Aku juga nampak bahawa filem ini banyak memaparkan aksi pertarungan di lorong sempit yang mana sekaligus menguji kebolehan koreografer aksi tempatan! Tahniah, korang reka aksi gasak terbaik! 

Selain itu, aku puas hati bagaimana setiap watak diberikan ruang untuk menyerlah dalam mempersembahkan aksi pertarungan. Achey, Shuib dan Zizan diberi ruang bergasak mereka sendiri. Paling aku suka, aksi gasak Shuib. Memang best! Malah, dalam filem ABF2, pelakon veteran A. Galak pun bergasak juga. Memang hebatlah! 

Seperti filem-filem Syafiq yang sebelum ini, pengarah muda itu tidak lupa untuk memberikan ‘gula-gula’ dalam filemnya. Kalau dalam filem ABF ada superhero dan juga angan-angan Fadhil yang berlambak, ABF2 nampaknya Fadhil banyak berpijak kepada realiti. Namun, imaginasinya terkeluar sekali sekala dan ianya ialah babak ‘popcorn kosong’ yang dihidang untuk menyerlahkan kekuatan Viper Studio dalam kerja buat CGI! 

Sejujurnya, adegan trailer Transformers yang dispoofkan di akhir filem tidak perlu ada. Ianya seperti menenggelamkan peleraian filem yang sempurna. Dari sebuah filem gangster, trailer itu seperti ‘pisau yang membunuh’ jiwa asal filem. Tapi, aku puji bila CGI yang dibuat Viper Studio berjaya mewujudkan Transformers mereka sendiri yang ohsem. Tapi, cukup-cukuplah mencilok. Be original lain kali, ok! 

Akhir sekali, aku nak puji bagaimana filem ini bercerita. Adegan Zizan cuba untuk mendapatkan loket dengan kelicikannya memang terbaik. Macam tonton filem Hollywood! Aku pantas teringat lagu Kaki Licik yang tak berapa nak best tu! Tapi, aku mula mengerti kenapa lagu Kaki Licik itu dicipta. Ya, Zizan memang licik. 

Jika ada sekuel ketiga, aku tak kisah untuk keluarkan belanja untuk menontonnya. Sudah lari daripada jiwa KL Gangster, ABF2 kini berjaya berdiri dengan sendirinya untuk memberikan penonton sebuah filem aksi komedi dengan ketawa dan aksi tanpa henti. ABF2 ialah hidangan yang sangat enak untuk dinikmati walaupun ada sedikit rentung dalam bahagian finalenya yang diisi dengan ‘reunion’ di sebuah gudang. 

Semacam menonton naskah Hollywood, Abang Long Fadil 2 ialah sebuah filem yang harus dirai bersama dengan ‘Senorita’ dan ‘Kaki Licik’nya. Lupakan ‘plothole’ juga ‘teori filem ini sebenarnya imaginasi mimpi Fadil selepas berjumpa Yusof Haslam’. Enjoy the show! 

4.5/

Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:

Tuesday, August 15, 2017

Review: Annabelle - Creation

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | David F. Sandberg
Pelakon | Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Anthony LaPaglia, dan Miranda Otto

Sebenarnya, Annabelle (2014) sebuah spin-off pertama watak patung yang seram ini dari filem The Conjuring tidak begitu meyakinkan aku untuk terus bersama dengan filem berkenaan watak itu, jika ada. Ya, pada tahun ini, nampaknya memang Annabelle tak berhenti lagi nak buat hal. Daripada bercerita ke hadapan, Annabelle mengisahkan bagaimana kisah itu bermula. 

 Plot Annabelle: Creation tersangatlah mudah. Ianya seperti sebuah kisah yang dimasukkan ciri takdir. Kisah sekumpulan budak yatim piatu yang terpaksa tinggal di rumah sepasang suami isteri. Dan perkara seram mula menghantui mereka satu demi satu sehinggalah terbongkarnya kisah sebenar. Seram kan? Pada aku, tipikal. 

Tapi, aku harus akui yang plot Annabelle: Creation yang biasa ini mampu diabaikan dek kerana beberapa kekuatan lain yang memang menjadikan filem ini lebih baik dari filem sebelumnya. Ternyata, garapan pengarah filem Lights Out ini memang berjaya memberikan nafas baru dalam bermain dengan ‘logik’ dan juga ‘hantu’! 

Filem ini bergerak dalam naratif yang agak tidak terjangka. Sukar untuk kita menilai siapa baik jahat dalam filem ini. Apatah lagi, filem ini bergerak dalam sebuah universe seramnya yang tersendiri. Jadi, jika kau nak tunggu babak penjelasan yang selalunya muncul sebelum babak akhir, ianya bukanlah memberi kepuasan sempurna. 

Apa yang korang akan lihat dalam Annabelle: Creation ialah satu penciptaan universe The Conjuring yang bakal dilengkapi dengan filem-filem seterusnya. Walaupun filem ini boleh berdiri dengan sendirinya, ‘syaitan’ yang ada dalam filem ini akan membawa kepada perkara yang lebih besar dari sebuah pengakhiran filem seram sempurna. 

Pelakon cilik dalam filem ini tidaklah aku kenal mana. Malah, aku sendiri tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk sebuah lakonan yang baik. Tapi, mereka nampaknya membuktikan yang mereka mampu untuk memberikan lakonan yang baik dan memberansangkan. Memang terbaik! 

Antara perkara unik yang ada dalam filem ini ialah bagaimana filem ini bermain dengan keseramannya. Nak dibandingkan dengan filem-filem seram yang berlambak, filem Annabelle: Creation berjaya memberikan jiwa dan atmosfera seramnya yang tersendiri. Aku cukup rimas bila terlalu banyak ruang gelap yang dipaparkan dalam filem ini untuk memberikan penonton rasa ‘rimas’. 

Jumpscarenya tak banyak tetapi berjaya membuatkan penonton terjerit-jerit dan juga ternanti-nanti apa yang bakal berlaku! 

Dengan sebuah plot yang mudah, Annabelle: Creation antara sebuah filem yang mesti tonton. Kalau korang gemar filem Lights Out yang juga ditangani oleh pengarah yang sama, korang jangan lepaskan filem ini. Pengarah ini nampaknya antara pengarah yang bakal menjadi antara pengarah filem seram yang berjaya. 

Annabelle: Creation ialah kisah yang mudah, tetapi merimaskan. Penonton bakal disajikan dengan suasana seram tanpa henti yang semestinya akan membuatkan penonton yang kononnya berani akan terkejut sekurang-kurangnya sekali. Ditangani dengan baik oleh seorang pengarah yang tahu apa itu seram alaf baru, Annabelle: Creation ialah sebuah filem seram yang tidak boleh dilepaskan untuk ditonton. 

Ada dua post credit! Namun, takdelah penting mana tapi cukup untuk membuatkan korang teruja. 

4/5

Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:

Saturday, August 12, 2017

Review: The Dark Tower

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Nikolaj Arcel
Pelakon | Idris Elba, Matthew McConaughey, Abbey Lee

Siapa yang tidak kenal dengan Stephen King yang menulis karya seram thrillernya dengan caranya tersendiri sehingga novelnya dijual jutaan seluruh dunia. Malah, ramai juga para penggiat filem di Hollywood sedaya upaya menggunakan karyanya itu untuk membina empayar filem dan juga siri tv. Dari The Mist, It dan juga Under The Dome, semuanya ada cara tersendiri untuk mengadaptasi karya penulis itu. 

Aku jelaskan satu perkara sebelum korang kebingungan. Aku akan mereview filem The Dark Tower bukan sebagai seorang pembaca novel Stephen King, tetapi sebagai seorang penonton yang pernah menonton filem dan drama tv Stephen King. 

Pandangan aku mungkin berbeza. Jika ya, harap terima seadanya. 

The Dark Tower, bunyinya macam filem Lord of The Ring, tapi seriously ini ialah filem acah-acah hebat yang tenggelam dalam khayalan penterjemah naskah asal kepada filem. Walaupun aku tidak pernah membaca naskah asal yang dikatakan terbahagi kepada beberapa bahagian, aku dapat rasakan yang penceritaan filem ini seperti memaksa penonton untuk menelan dengan harapan penonton faham apa itu Dark Tower. 


Aku tak faham! Ianya menyusahkan lagi menyesatkan! Dan bagi yang tidak membaca naskah asal filem ini, ianya pasti akan buatkan korag tertunggu-tunggu. Tetapi, percayalah, penantian korang tak berbaloi langsung. Ternyata, memilih untuk menontonnya walaupun sudah baca kritikan negatif terhadap fiem ini berakhir dengan kekecewaan. Degil sangat! Padan muka! 

Filem The Dark Tower ini boleh disimpulkan memiliki roh ala-ala filem young adult yang acah-acah nak jadi stylo. Kalau nak lebih tepat lagi, ianya ala-ala Percy Jackson yang tak berapa nak jadi apabila ada dua orang tua bertarung disebabkan prinsip masing-masing. 

Idris Elba dan Matthew McConaughey nampak seperti tidak serasi. Entahlah pada korang macam mana. Tetapi, menyaksikan pelakon Idris Elba membawa watak utama nampak seperti satu ketidakselesaan tahap gaban. Ini kali pertama aku menyaksikan pelakon itu dalam watak utama. Aku simpulkan lakonannya sangat kering ditambah pula dengan dialog yang acah-acah nak lawak tapi tak berapa nak menjadi. 

Aku juga hairan kenapa ianya bercerita tentang Tower tetapi Tower hanya muncul beberapa kali sahaja dalam filem ni. Memang geram jugaklah! 

Gunslinger yang memang penuh gaya untuk memasukkan peluru ke dalam pistol memang nampak hebat. Tapi, aku rasakan aksinya memang nampak sangat tak logic dan kadangkala menghilangkan keyakinan untuk sesebuah aksi yang hebat. Malah, kebolehan Matthew McConaughey yang boleh mengarahkan siapa sahaja untuk melakukan apa yang dia suruh nampaknya terlalu sikit paparannya. 

Memang tiada apa-apa yang menarik dalam filem ini melainkan sebuah naskah yang diadaptasi dengan kegagalan yang menyesakkan. The Dark Tower memang seharusnya ditinggalkan dalam bukunya lalu membiarkan pembacanya berimaginasi dalam dunianya yang tersendiri. Menukilkan naskah ini dalam filem nampaknya memerlukan lebih dari sebuah filem, dan ianya adalah satu percaturan yang berisiko. 

Dengan plot yang pointless dan juga adaptasi yang dikatakan terlalu banyak ditukar dari karya asal, The Dark Tower ialah sebuah filem yang gagal untuk sebuah adaptasi Stephen King. Ini satu-satunya filem yang agak mengecewakan dalam adaptasi novel Stephen King dan aku harapkan, selepas ini adaptasi filem Stephen King dilakukan dengan lebih baik. 

Ada Pennywise dalam filem ni. Celik matalah juga!

4/5

Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:

Lirik Lagu "Senorita" OST Abang Long Fadil 2






Kau buat aku terpana
Kau buatku hilang kata
Kau buat tidur tak lena sampai nak naik gila
Mandiku rasa tak basah
Demamku tak kebah-kebah
Jangan kau biarku rebah
Ku mahu terus gagah.

Degup jantungku palpitasi
Cepu mindaku halusinasi
Mari kesini marilah oh Senorita. (Ulangan)



Bagaikan bidadari dari syurga
Kadang-kadang aku panggil kamu Senorita
Panggilan manja untuk buat kau suka jatuh cinta mamacita

Dia tidak pandang Evo, Lambo dia cuma cari yang jujur abang tak poyo.

Yeah cintanya bagai lekrik bukan egosentrik
Dia suka picnic pakai lipstick filem klasik memang hotchick.
Uh fabulous marvelous tapi sangat jeolous!
Uh thats cool.


Ohh...She's so fine she's so good everybody in the hood say.
Ohh... Wanna know, email, Twitter, Facebook, IG tell me baby


Verse kedua
Now 123 to the 4 everybody get down to the flow
Jika ada salah silap abang let me know
Dia dari Kuala Lumpur.


Abang tiada banglo, bukan macam Pablo, money2 cash flow, oh No!

What? Bukan saja cantik tapi juga sempurna,
Kalau ada jodoh takkan kemana
Siapa kata abang badboy2 huh2 I'm good boy!


Ohh...She's so fine she's so good everybody in the hood say.
Ohh... Wanna know, email, Twitter, Facebook, IG tell me baby


Berikan ruang sayangku
Jangan kau kata NO dulu
Ku mahu bukti padamu
Aku soldadu kamu


Bak kata Bruno Mars dulu,
I would catch grenade for you
Aku lebih dari itu
I wanna go to Jannah with you.


Cukup-cukuplah sudah
Kita main-main madah
Aku lelah hampir rebah engkaulah senorita
Engkaulah senorita


Doa dulu
Sampai waktu
Kau dan aku satu


Cuba goyang macam lagu boom boom pow
Tahu lagu dulu lagu boom boom pow
Black eyed peas abang bukan polis jangan senyum sinis jangan menangis hah .

Tuesday, July 25, 2017

Review: Baby Driver

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Edgar Wright
Pelakon | Ansel Elgort, Kevin Spacey, Jamie Foxx

Aku menonton Baby Driver kerana aku sebenarnya terpengaruh dengan pelbagai andaian yang menyatakan filem ini antara filem yang terbaik untuk ditonton pada tahun ini. Aku tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan bagaimana sebuah ‘popcorn’ terbaik ini dihidangkan dengan segar. Kerana pada aku, pada awalnya, Baby Driver tak ubah seperti sebuah filem aksi biasa. 

Ternyata, ianya tidak mengecewakan. 

Dalam bahasa mudah, Baby Driver bukanlah sebuah movie yang menunjukkan ‘movie’nya. Ianya sebuah filem yang bertindak sebagai sebuah kotak muzik yang penuh dengan lagu, ditambah dengan visual yang tak ubah seperti muzik video yang panjang. Dalam jangkamasa hampir dua jam, yang penting, bukanlah ceritanya, tetapi muziknya. Dua instrument bergerak satu masa, lalu melanggar jiwa penonton dengan rasa segarnya! 

Pergh! 

Dipenuhi dengan seleksi lagu 80an yang memang sebenarnya aku tak biasa dengar, filem ni bijak membawa penonton yang tidak biasa dengan muzik tersebut macam aku untuk tertarik dengan persembahan. Serius, walaupun muzik tu tak best, aku rasakan Edgar Wright menyajikan visual yang membuatkan kau kagum. 

Aku pasti, korang terpesona dengan adegan tembakan yang disusun mengikut rentak lagu, dan juga si Baby yang bermain piano dengan jarinya. 

Jika nak dibandingkan dengan Fast & Furious, filem ni menyajikan aksi yang tidak mengarut sangat. Sejujurnya, ada tiga sahaja aksi merompak dalam filem ini yang aku rasakan hanya dipersembahkan pada kadar biasa. Jika kita nak tonton apa yang berlaku semasa rompakan, ianya adalah sedikit mengecewakan kerana setiap rompakan, ianya akan fokus kepada watak Baby yang menunggu di dalam kereta. 

It’s fun! Tetapi, jujurnya, aku sedikit bosan di bahagian percintaan Baby dengan Debora yang dibina. Namun, ianya berbayar dengan aksi dan twist yang cantik pada akhir filem. Apatah lagi, aksi kejar mengejar macam Grand Theft Auto membuatkan adrenalin menonton menjadi lebih hebat dari biasa. 

Lakonan Ansel Ergort nampak tidak mengecewakan. Wataknya nampak cute tetapi pada masa yang sama berbahaya. Memang serius aku suka bagaimana jiwanya dipersembahkan. Wataknya kelihatan cuba lari dari masalah, tetapi masih tersepit dengan masalah yang sudah dia pilih. 

Lakonan paling gila sekali yang memang buatkan aku stress semestinya si Jamie Foxx. Watak ini ialah watak yang pada awalnya nampak sampingan tetapi ianya menjadi watak penting yang membentuk twist yang sangat unpredictable di pertengahan filem. 

Edgar Wright menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada dirinya sebagai pengarah filem ini untuk membentuk sebuah filem aksi rompak-merompak yang luar biasa. Dan memang ianya menjadi antara filem aksi yang memang segar dan berada dalam kelompoknya yang tersendiri. Roh elemen lagu klasik yang pertama kalinya aku rasa pada filem Guardians of the Galaxy nampaknya menapak sempurna dalam filem ini. 

A must watch movie. Tidak sehebat Fast & Furious, jika kau mahu aksi gila babeng! Dan adunan muziknya pada aku lebih baik daripada GOTG, thanks kepada satu dua track hip hop yang menghilangkan kemuakan lagu yang dipilih pengarah dalam filem ni. The Next Episode punya tune memang hidup, beb! Terbaik. 

4/5


Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:

Sunday, July 16, 2017

Review: Spider-man Homecoming

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Jon Watts
Pelakon | Tom Holland, Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya


Akhirnya, Spider-man kembali kepada penciptanya. Di zaman filem superhero dikuasai filem yang saling berkaitan dan membentuk universe, agak mustahil untuk Spider-man untuk duduk sendirian dalam dunianya sedangkan superhero yang lain sedang bergembira dalam pelbagai reunion yang diciptakan oleh Marvel. Terima kasih Sony sebab sudi masukkan Spider-man dalam keluarga besar filem MCU. 

Sejak 2002, kita sudah dihidangkan dengan dua versi Spider-man. Dari Andrew Garfield dan sebelumnya, Tobey McGuire, kesemuanya menampilkan persembahan watak spidey yang berbeza. Namun, apa yang sama ialah, dua filem ini bermula dari permulaan yang sama, lalu bercerita semula, dan membuat selekoh dalam sekuelnya. 

Dan kalau Spider-man: Homecoming masih bercerita tentang Uncle Ben, boring! 

Nasib baik, Marvel nampaknya membiarkan kisah Uncle Ben sebagai sebuah memori yang hanya diceritakan di mulut. Penonton tak perlu lagi menonton kematian Uncle Ben buat kali ketiga. Dan apa yang dibuat dalam filem ini menunjukkan masih ada ruang yang segar untuk bercerita mengenai watak kegemaran ramai itu. 

Spider-man: Homecoming bercerita dengan mudah. Seperti kau menonton siri kartunnya di saluran Disney, seperti itulah lebih kurang kisah si spidey kali ini. Kisah yang tidak bercerita tentang ‘bagaimana’ tetapi sebaliknya ‘apa seterusnya’. Menonton filem ini, aku dapat rasa feel seperti menonton reboot Power Rangers sebelum ini. 

Kalau nak harapkan filem ni penuh dengan aksi, aku rasa ianya tidak menepati langsung apa yang korang nak. Seingat aku, ada dua sahaja adegan aksi yang memang besar dan memuaskan. Adegan di feri dan juga adegan akhir yang mana boleh dikatakan perkara baru yang dilihat dalam filem Spider-man. 

Homecoming dipenuhi dengan watak childish, kebudak-budakan. Yelah, cerita tentang budak sekolah kan. So, kadangkala, aku rasa sedikit annoying apabila budak-budak baru nak up cuba untuk buat kelakar. Tetapi, ianya tidaklah keterlaluan dan masih lagi berada dalam skema filem Disney yang biasa kita tonton. Jacob Batalon, sebagai Ned, rakan baik Peter Parker menarik, tapi pada aku, kadangkala terlalu menyemak. 

Filem ini bagus juga kerana ianya tidak fokus langsung terhadap kisah cinta Spider-man seperti dalam dua filem sebelumnya. Senang cakap, filem ni segar! 

Tidak dapat dinafikan bahawa lakonan Tom Holland, pada aku, bukanlah lakonan yang terbaik bagi watak Spider-man. Secara peribadi, aku lebih menggemari lakonan Tobey yang mana lebih menampakkan emosinya yang sangat baik. Namun begitu, Tom Holland masih berjaya memberikan gaya lakonannya yang tersendiri sekaligus memberi aura baru kepada watak ini. 

Michael Keaton memang tidak dinafikan mengingatkan kepada Dr. Octopus, dan juga Lizzard dalam filem sebelum ini. Mengekalkan falsafah watak jahat Spider-man yang biasa, yakni penjahat ini semuanya menjadi jahat kerana keadaan yang memaksa, lakonan Keaton tidak dinafikan mampu memuaskan penonton sebagai penjahat utama. 

Jujurnya, the twist pasal siapa Vulture sebenarnya dan kaitan dengan Liz nampak sangat cliché. Walaupun ianya memang datang tidak dijangka, aku kurang gemar twist yang sebegitu. Tetapi, aku rasakan bahawa filem ini sudah bercerita selayaknya untuk membawa Spider-man ke dalam dunia MCU yang semakin membesar menuju Infinity Wars. 

Aku angguk kepala apabila opening logo muncul. Lagu tema Spider-man tu memang catchy sangat! 

Ada dua post-credit, tapi aku nasihat, tonton yang pertama sudahlah. Kalau tak, kau akan geram dan sumpah seranah sambil keluar panggung. Hah! 

4/5

Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, terus ke klink di bawah:
Rujukan Imdb: http://www.imdb.com/title/tt2250912/?ref_=nv_sr_1
Rujukan Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Spider-Man:_Homecoming
Rujukan RottenTomatoes: https://www.rottentomatoes.com/m/spider_man_homecoming/

Wednesday, June 28, 2017

Review: Transformers - The Last Knight

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Michael Bay
Pelakon | Mark Wahlberg, Isabela Moner,  Josh Duhamel, Anthony Hopkins

Michael Bay ialah manusia yang sangat pelik. Dulu-dulu, karyanya antara yang paling banyak menjerit (merujuk kepada Armageddon, 1998) dan juga paling banyak aksi-aksi cemas (merujuk kepada The Rock, 1996). Setiap filemnya juga, kita juga tahu, military dan juga pengarah ini macam isi dan kuku. Apa sahaja teknologi tentera US, pasti akan dimasukkan dalam filemnya. Dan persembahannya buatkan kita kagum! 

Namun, manusia ini semakin hari semakin dikritik dan dikeji. Mana tidaknya, filemnya sudah makin nampak sambil lewa. Malah, filemnya selepas dia tidak lagi bergabung bersama Jerry Bruckheimer menampakkan satu sengat dan bisanya sudah hilang. 

Transformers memang nampaknya menjadi antara filem yang akan membunuh segala jiwa peminatnya sejak zaman kecil. Sejak dari filem pertama lagi, kita nampak yang Bay tidak mahu membawa Transformers untuk peminat asalnya tetapi untuk filem yang gemar letupan dan juga watak yang suka menjerit. 

Berlarutan sehingga Transformers 4, dan seterusnya kali ini, filem kelimanya, The Last Knight, Bay nampak bahawa dia sudah tenat tetapi masih belum mahu berundur dari Transformers sejak dari Dark of the Moon! Dan akibatnya, The Last Knight menjadi pembunuh paling gila dalam sejarah filem Transformers! 

Ya, jika nak dibandingkan dengan empat filem terdahulu, plot filem The Last Knight nampaknya paling caca marba. Seolah macam kau makan lai chi kang. Semua nak disumbat dalam satu mangkuk sampai perkara utamanya pun kau hanya sedar selepas filem ni habis. Filem ini terlalu ambitious pada ceritanya sehinggakan semua perkara nak dimasukkan, dan ianya menenggelamkan main point utama filem ini. 

Kalau kau tak berapa faham apa yang menjadi plot utama filem ini, meh aku ceritakan. Ianya berkenaan Optimus Prime yang berpaling tadah dan mahu mengambil alih bumi dek arahan Quintessa. Dan selebihnya, berkaitan sejarah Transformers, dan juga Cade Yeager yang mahu jadi seperti Sam Witchwicky, itu semua sampah yang mengelilingi kisah utama. 

Apa yang mengecewakan daripada plotnya, semua nak digasak dalam masa dua jam setengah. Aku nampak bahawa The Last Knight sedang cuba sedaya upaya menampal beberapa lubang plot dalam beberapa filem lalu dengan menceritakan sejarah fictional dalam filem ini. Tapi, sampah tetap sampah. 

Jika nak dibandingkan dengan Age of Extinction, The Last Knight still lebih baik daripada filem keempat itu. Sampah sampah pun, filem ni masih ada moment yang enjoyful dan juga funny. Tidak seperti Age of Extinction yang amat kering sehingga kau tak tahu nak gelak dalam babak yang mana. Terima kasih kepada watak Cogman yang memeriahkan suasana! Oh, Sqweek juga! 

Filem ini juga mengembalikan elemen military yang hilang dalam filem Age of Extinction. Lennox lakonan Josh Duhamel sudah kelihatan sudah tua dan sedikit hilang sengat. Tetapi auranya tetap menjadi dengan ketiadaan Tyrese Gibson dan juga geng-gengnya! 

Babak aksinya juga agak menarik dan juga hebat! Itu antara faktor yang mungkin menambatkan jiwa aku untuk terus menunggu. Babak pertarungan finale yang agak besar juga menjadikan filem ini ada sedikit sengat yang mampu dirasa bisanya. Namun, aku rasakan kebanyakan babak aksi direka untuk dinikmati dalam tontonan 3D kerana visualnya yang meriah dan juga suasana bunyi yang terbaik! 

Dua perkara yang amat mengecewakan. Satu, plot yang berangan nak besar padahal kalau kecilkan lebih bagus. Dua, editing yang agak sedikit kurang kemas. Selebihnya, aksinya memang terbaik. Pada aku, aku enjoy half of the movie, which is the action part. The plot, ronyok masuk sampah. Ianya ialah karya Transformers terakhir Bay yang dipenuhi sambil lewa. Namun, kau tahu, Bay tetap Bay. Dia takkan dengar kata! 

Apapun, tahun depan spin off Bumblebee akan muncul. Dan 2019, sekuel keenam Transformers akan ditayang. Nah, doakan yang baik-baik sahaja supaya mana-mana director dan juga penulis skrip mampu memperbaiki ‘runtuhan’ yang ditinggalkan Bay selepas 5 karyanya ini. 

2/5

Saturday, May 20, 2017

Lagu Tema Pirates of the Caribbean "He's A Pirate" Dalam Pelbagai Versi

Pirates of the Caribbean 5 akan menjengah pawagam 25hb Mei 2017. Pasti korang tak sabar menunggu keletah Jack Sparrow dalam misi seterusnya ini. Kali ini, Jack Sparrow akan berhadapan dengan Captain Armando Salazar, seorang kapten yang mengerikan yang berazam untuk membunuh kesemua lanun di dunia.


Antara perkara menarik tentang filem-filem Pirates of the Caribbean ialah soundtracknya yang amat menarik dan sedap didengar. Hari ini, jom kita dengar lagu tema filem Pirates of the Caribbean yang digubah semula oleh pelbagai kumpulan orkestra dan pelbagai lagi versi yang sedap didengar. Jom!

1. Pirates of the Caribbean Theme - Auckland Symphony Orchestra


2. He's A Pirate - David Garrett


3. Pirates of the Caribbean Tribute - 3rd Polish Nationwide Music Schools' Symphonic Orchestras Competition



4. Pirates of the Caribbean - Rhapsody Philharmonic




5. Pirates of the Caribbean Theme Indian Version - The Indian Jam Project

Monday, May 1, 2017

Review: Guardians of the Galaxy Vol. 2

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | James Gunn
Pelakon | Chriss Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Kurt Russell

Ini ialah filem Marvel paling unik dan memang jauh menyimpang dari semangat superhero yang ditonjolkan dalam filem Marvel yang lain. Itulah yang aku simpulkan bila filem ini selesai ditonton. Aku rasa bukannya seperti berada di dalam panggung wayang, tetapi sebuah time machine yang membawa penonton untuk berada di zaman 80an dengan teknologi millennia. Ianya sebuah karya yang unik, dan luarbiasa! 

Guardians of the Galaxy 2 tidak harus ditonton melalui cara yang biasa. Aku pernah menonton Guardians of the Galaxy yang pertama dan aku sedikit kecewa apabila mood filem Marvel yang seharusnya ada hilang apabila lagu-lagu 80an yang dipilih melatari filem ini merosakkan jiwa. Aku tak mahu menonton filem ini dan menilai muziknya. Aku mahukan aksi dan jiwa MCU! 

Namun, aku gagahkan juga untuk menonton Guardians of the Galaxy 2. Cilaka. Akhirnya aku jatuh cinta dengan naskah ini. Ianya lebih baik daripada filem yang pertama dan aku mulai faham bagaimana untuk menikmati filem ini. Cara untuk menikmati filem ini mudah sahaja, iaitu kau perlu enjoy the song to enjoy the movie! Lagunya ialah jiwanya, dan jika kau gagal untuk menikmati jiwa itu, kau harus menerima lagu-lagu 80an yang dipaparkan. 

Tapi, untuk Guardians of the Galaxy 2, James Gunn kelihatan tidak lagi menjadikan filem ini sebagai ‘tape’ koleksi lagu 80an yang dia gemari sahaja. James Gunn kelihatan cuba untuk menarik penonton dengan menampilkan beberapa sisi luar biasa yang pada aku hanya ada dalam filem ini sahaja buat masa ini. 

Pertamanya, filem ini dipenuhi dengan dialog dan punchline yang bersepah. Seriously, kau akan gelak pecah perut sampai kau tak ingat dunia, atau at least kau tersenyum sahaja. Tapi, yang pasti, tiada seorang penonton yang menonton akan masam mukanya. Its fun! 

Keduanya, filem ini dipenuhi dengan lambakan camero. Semua orang tahu yang Sylvester Stallone ialah antara cameo yang bakal muncul, tapi ada juga cameo yang disembunyikan seperti David Hasselhoff, Michelle Yeoh, Vince Rhames dan beberapa lagi yang hanya boleh diketahui kalau korang tonton filem ni. 

Bagi penggemar komedi, filem kali ini dipenuhi lambakan komedi yang memang kelakar habis. Antara karakter yang mencuri perhatian ialah Rocket Racoon dan juga Groot. Selain itu, Yondu yang nampaknya kurang mengancam pada filem pertama berjaya memberikan kekuatannya dalam filem ini. Malah tidak dinafikan juga watak Peter Quill yang mencuri perhatian namun kelihatan sedikit ke belakang untuk filem kali ini. 

Aku lihat filem kali ini lebih mementingkan kisah hubungan antara spesies. Nak kata sesame manusia, diorang bukannya sesame manusia. So, kau akan dapat tengok bagaimana hubungan antara Nebula dan Gommora, Rocket Racoon dengan baby Groot yang comel. Drax dengan Mantis. Dan paling penting, hubungan Peter Quill dengan Ego yang menyimpan rahsia besar kepada keseluruhan plot. 

Lagu dalam filem ini memang seperti dalam filem sebelumnya. Jika kau gagal untuk menikmati lagu 80an, kau mungkin akan rasa sedikit down. Namun, masih ada saki baki ruang untuk berhibur dengan komedinya dan juga beberapa elemen yang disajikan. 

Lima kredit scene! Nak mampus????!! Memang Guardians of the Galaxy 2 memang menggunakan masa tayangan habis-habisan. Sekejap kredit, sekejap pos kredit scene. Ianya satu pengalaman menonton filem yang sangat luar biasa. Tidak pernah lagi aku menonton persembahan kredit role dengan cara begini. Dan ianya sangat-sangat menarik walaupun ada beberapa kredit scene hanya hadir sebagai bahan untuk ‘rehat minda’ It’s fun. 

It’s entertaining. Memang antara movie MCU paling lawak sepanjang aku menonton MCU. Aku akui, Guardians of the Galaxy punya filem sedikit pelik kerana filemnya dipenuhi dengan alien yang entah macam-macam spesies. Tapi, dengan penceritaan yang baik dan sekali sekala menjadi sarkastik, filem ini bergerak dengan amat baik sekali. 

Seriously, kalau tak tonton, rugi! 

 4.5/5

Sunday, April 16, 2017

Review: The Fate of the Furious

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | F Gary Gray
Pelakon | Vin Diesel, Dwayne Johnson, Jason Statham, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson

Selagi mana sesebuah filem mampu menjana pendapatan berganda-ganda, selagi itulah Hollywood akan sentiasa untuk menyambung semua plot yang ada dari filem dulu untuk membentuk sekuel. Apa sahaja plot yang masih belum diukir, diambil lalu dicambah menjadi sebuah cerita baru untuk dihidangkan kepada penonton walaupun ianya hanya sisa. 

Berkesempatan menonton filem The Fate of the Furious 8 yang juga dikenali sebagai The Fast and Furious 8. Aku hanya boleh simpulkan yang ianya hanyalah pengulangan yang tidak ada pembaharuan yang baik. Ianya seperti melihat sebuah makanan yang sama, cuma olahannya sedikit berbeza. Mungkin pada hiasannya, pada rasa garammnya, juga pada jiwanya. 

Lazat itu lazat. Cuma aku hanya mahukan keunikan dan juga kesegaran. Aku gagal untuk menjumpai itu melainkan sebuah kisah aksi yang menarik tanpa perkara luar biasa. 

Kali ini, plot filem ini bermain dengan pokok utama prinsip Dom yakni 'keluarga'. Namun, tatkala Dom mula berpaling tadah, kau sendiri sudah mula tahu yang filem ini akan dipenuhi putar belit yang mana akan berakhir dengan Dom kembali kepada prinsipnya. Ianya seperti Batman vs Superman, lawan-lawan jadi baik. Huh!

Filem F8 ini seperti dicedok dari satu kepingan memori cerita lalu, kemudian dibawa ke satu tempat baru, lalu kesemuanya dikembangkan lapis demi lapis sehinggalah watak Charlize Theron diciptakan untuk memayung kesemua watak jahat dalam filem sebelumnya. Apabila difikirkan balik, ianya kedengaran seperti filem James Bond yang bertajuk Spectre yang mana konsepnya hampir sama. 

Garapan plotnya seperti terbahagi dua. Pada fasa pertama filem, ianya kelihatan seperti sebuah drama Crime Scene Investigation yang agak advance. Terlalu banyak babak-babak acah acah spy yang membuatkan beberapa babak sedikit kelihatan berulang dan membosankan. Namun, bila Jason Statham dan The Rock acah-acah buat Maharaja Lawak Mega dalam dialog mereka, ianya sedikit mengubat walaupun kadangkala menjengkelkan. 

Aku kurang gemar permulaan filem ini yang kelihatan seperti tiada arah. Namun, aku rasakan permulaan filem ini sebenarnya kelihatan seperti sebuah tribute kepada tiga filem asal yang awal. Walaupun aksinya kelihatan seperti sudah dijangka, adrenalin aksi lumba itu masih dapat dirasakan. 

Dari segi komedi, aku tidak nafikan Jason Statham nampaknya semakin bagus untuk jadi pak lawak. Apabila lakonannya dalam filem bertajuk Spy yang sebelum ini menampilkan sisi pertama pelakon ini sebagai watak lawak, aku tidak nafikan dia dah pandai buat aku tersenyum. Meluat pula aku pada gaya comelnya. Dahla pandai buat lawak, fight pula hebat!

Malah, karakter The Rock sebagai Hobbs sangat-sangat serupa macam Rajini. Sekali tumbuk, kontena pun boleh kemek. Hampeh. Wei, ini filem Tamil versi Hollywood ke?

The Fate of the Furious ini boleh dikatakan sebagai sebuah filem reunion. Ianya tidak mementingkan plot cerita yang kecil dan aksinya yang besar. Ianya kelihatan mementingkan memori dan juga kenangan. 

Seperti mana yang aku cakapkan tadi, apabila filem ini kelihatan lebih kepada aksi daripada storytelling, maka semestinya tumpuan yang lebih harus diberikan kepada aksi. Emosi yang dicipta dalam filem ini kelihatan sangat minor dan tidak ada penekanan yang baik. 

Jika kau adalah orang yang kali pertama menonton filem aksi lumba ini, kau mungkin akan merasa kagum. Tetapi, kalau kau dah biasa menonton sejak dari filem keempat, kau akan perasan yang filem-filem ini punya cara ending yang sama. Semua aksi racing besar pada penghujung filem kelihatan amat-amat biasa. Namun, situasi yang digunakan pada kali ini sekurang-kurangnya lebih baik daripada filem Furious 6. 

Aksi di atas ais tu antara yang menarik. Panjang pula tu. Ianya sangat Hindustani, defying logic dan sangat menarik. Ianya mengingatkan aku kepada filem James Bond, Die Another Day. Tidak lupa juga kepada adegan kereta zombie yang memang agak ohsem dan unik. 

Cuma, aku agak peliklah apabila Deckhard sedikit pun tidak minta maaf kerana membunuh kawan baik Dom sendiri. Wah, cepat pula diorang ni memaafkan antara satu sama lain. 

Dengan menampilkan tema cyber crime dalam filem kali ini dengan jiwa yang lebih besar, The Fate of the Furious sebenarnya seperti sebuah filem Bond dengan rencah komedi, aksi dan juga kereta mewah. 

Aku tidak menyatakan yang ianya filem The Fast and the Furious yang terbaik dalam sirinya, tetapi ianya masih lagi mampu untuk menghiburkan walaupun kadangkala ada kebosanan dek idea yang sama diulang-ulang. Untuk penggemar aksi kereta yang melanggar hukum fizik, aksi non-stop, filem ini untuk anda! Berjaga-jaga, filem ke 9 akan ada! Jadi, baik kau siap sedia. 

3.5/5

Monday, April 3, 2017

The Mummy 2017: Dua Babak Rujukan Kepada Filem Asal Dalam Trailer Kedua

Jika anda peminat filem aksi, anda pasti antara yang menunggu reboot filem The Mummy yang pernah meletup sekitar 1999. Filem yang dahulunya dibintangi Brendan Fraser kini diberi roh baru dengan Tom Cruise menjadi teraju utama. Pada Ahad, 2 April, Universal Pictures telah release trailer kedua filem tersebut di Youtube.




Ianya memberi lebih banyak maklumat berkenaan apa yang bakal diceritakan dalam filem terbaru itu yang bakal ditayangkan pada bulan Jun 2017 nanti. Dalam trailer ini, jika anda pernah menonton filem asal, anda akan perasan ada dua scene yang direka sebagai tribute kepada filem asal. 

1. Ahmanet ditangkap dan ditanam hidup-hidup

Jika anda pernah menonton filem The Mummy (1999), anda akan perasan yang ini ialah antara tribute yang dimasukkan dalam filem terbaru ini. Namun, ianya sedikit berbeza dengan adegan Imhotep dalam filem asal yang mana ditanam selepas lidahnya dikerat, lalu dibungkus, dan dimasukkan ke dalam keranda yang dipenuhi kumbang scarab.

2. Ahmanet serang dengan debu pasir berwajah

Adegan ini merujuk kepada satu adegan di tepi sungai di dalam filem The Mummy Returns (2001) ketika Imhotep menyerang O'Connells di dengan dinding air yang juga mempunyai wajah. Namun, kali ini, nampaknya serangan lebih besar apabila Ahmanet menyerang kota London ddengan debu yang sangat banyak

Anda teruja menunggu filem The Mummy versi baru ini? Sama-sama kita nantikan sama ada filem ini mampu memberi nafas baru kepada filem yang pernah popular suatu ketika dulu. Jom layan trailer filem ni di bawah: 



Sunday, April 2, 2017

Review: Power Rangers

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Dean Israelite
Pelakon | Dacre Montgomery, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks


Tiada siapa pun yang meminta sebuah filem Power Rangers yang sedang berada di dalam dunia superhero yang dikuasai DC dan Marvel. Membuka sebuah dunia superhero yang memang semua sudah tahu berasal daripada sebuah rancangan Jepun, Super Sentai ini adalah satu gamble yang agak berani. Percaturan selepas beberapa lama filem adiwira 5 orang ini muncul menimbulkan pelbagai reaksi. 

Pada aku, Power Rangers kali ini boleh dikatakan menjadi. Walaupun ianya masih gagal untuk menjadi emas seperti Marvel (walaupun DC cuba mengejar sehabis daya), Power Rangers seperti masih berada di darat. Mencuba untuk mencari bahagian yang sesuai untuk mencuri perhatian penonton yang sudah terbiasa dengan jiwa adiwira yang sudah biasa ditonton. 

Disebabkan itu mungkin, aku nampak Power Rangers memilih untuk tidak terlalu mengadiwirakan ceritanya. Ianya lebih seperti sebuah filem remaja bermasalah yang terpaksa menyelamatkan dunia, lalu menyelami erti persahabatan yang sebenar. 

Persahabatan. Tanpa elemen ini, aku rasa Power Rangers bukanlah sebuah filem yang baik. Dari ceritanya yang memang 90% kelihatan seperti Suicide Squad, yakni si jahat yang nak takluk dunia dan mempunyai kuncu-kuncu yang terpaksa dihapuskan, Power Rangers hanya biasa-biasa. Tahniah pada ceritanya yang diadun dengan baik. 

Boleh aku katakan, perasaan aku menonton filem ini pada mulanya agak flat. Hambar. Watak Red Rangers yang menjadi pemula gagal menarik perhatian aku. Malah, momen pengenalan setiap watak yang pada aku gagal menarik perhatian (kecuali Billy) membuatkan aku rasa ianya bakal jatuh. Zack yang muncul tiba-tiba, Trini dan Kimberly juga tidak dimulai dengan sempurna secara peribadi. 

Namun, filem ini mula dibentuk menjadi lebih seimbang. Elemen friendship yang diterapkan pada pertengahan filem mula menjadi elemen yang menyuntik semangat dan emosi. Ianya seperti satu bahagian filem yang sebenarnya meluahkan sisi remaja masa kini, realiti dan hakikatnya, dan juga kebenaran pada kehidupan sebenar remaja di Barat sana. 

Menunggu Power Rangers beraksi memang sangat-sangat lama. Tapi, dengan kisah persahabatan yang dipaparkan, filem ni seperti sebuah perjalanan cerita yang boleh membuatkan kita terus menunggu dan menunggu. Mungkin penulis reboot Fantastic Four harus melihat hal ini untuk bikin filemnya dahulu. 

Tiada aksi-aksi pertarungan Power Rangers sepanjang filem. Seperti siri tvnya yang mana pada hujung filem sahaja pertarungan terjadi, filem ini pun mengekalkan momentum yang sama. Tapi, percayalah, jika kau menunggu aksi sahaja, filem ni mungkin akan mengecewakan kau. Apa sangat kau boleh jangka kalau Lionsgate yang buat. Efek CGI sederhana, aksi nak gempak. Boleh blah! 

Rita Repulsa versi upgraded tidak kejam sangat. Terlalu ‘cliché’ dalam segala tindakannya. Cuba untuk dibina sedikit komedi tapi, ianya hanya sekadar penjahat yang muncul untuk melengkapkan sahaja. Tiada perkara menarik tentang Rita Repulsa. Malah pertarungan akhirnya tidaklah hebat mana. 

Mungkin ada pelbagai sebab anda menonton Power Rangers. Ada yang menonton kerana mahu mengembalikan memori. Mengingati bahawa siri tv ini pernah diharamkan kerana perkataan ‘morphin’ yang hampir kepada ‘morphine’ adalah perakra yang terlintas apabila filem ni mahu menjengah pawagam. Ada juga generasi baru yang baru nak menontonnya. Macam-macam sebab. 

Aku pula menonton kerana mahu melihat sejauh mana adaptasi ini boleh pergi. Menonton untuk menilai, membeza dan juga menghayati. Ternyata, filem ini tidak mengecewakan jika kau tidak tanamkan azam untuk menonton Power Rangers beraksi sepanjang filem. Jika ditanya adakah filem ni boleh pergi jauh, aku rasa jawapannya mungkin tidak.

Kenapa? Kerana persahabatan dan jiwa remaja sahaja yang menjadi asas unik filem ini. Selebihnya hanya gula-gula biasa. Kau agak, sekuelnya nak bawa elemen apa pula sebagai 'tiang baru'? Sukar juga untuk memberikan sesuatu yang berbeza untuk sekuel kalau plotnya tidak bercerita tentang 'superhero' sepenuhnya. 

Bagi aku, aku rasakan yang Power Rangers ialah sebuah filem superhero yang pelik. Ianya boleh berdiri tanpa sebarang aksi adiwira sepanjang filem, dek kerana fokus kepada pengembangan watak, dan ianya sangat menarik. Di era baru, dengan teknologi dan juga cara bikin filem baru, Power Rangers seperti cuba menjadi diri sendiri, dan kadangkala lari untuk menjadi segar. Ianya menjadi. 

Kau mungkin tak perlu menonton siri tv untuk kau merasa ijwa filem ini. Oh, Billy! Antara karakter fevret aku yang membawa elemen persahabatan ke tahap tertinggi filem ni. Tanpanya, jiwa Power Rangers kosong. Pelakon-pelakon yang baru, tapi jiwanya terbaik! Kalau nak beralih arah dari universe serius dan cliché, Power Rangers mungkin boleh kau jenguk sekejap. 

4/5

Saturday, March 25, 2017

Review: Kong - Skull Island

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Jordan Voght-Roberts
Pelakon | Samuel L Jackson, John Goodman, Tom Hiddleston, Brie Larson

Kong ialah sebuah watak beruk monster yang dikenali dari generasi ke generasi. Dari filem pertamanya pada tahun 1933, filem ini menunjukkan bagaimana seorang wanita berjaya menundukkan ego seorang ‘raja’ hutan yang terhebat dan terkuat. Filem ini pernah dibikin semula dengan teknologi terkini oleh pengarah Lord of the Ring, Peter Jackson dan menjadi filem yang menerima ulasan positif.

Pada tahun 2014, Godzilla muncul sebagai salah satu perancangan untuk membina satu dunia yang dikenali sebagai Monsterverse. Ianya mirip formula filem superhero Marvel dimana Godzilla akan digabungkan dengan Kong dalam beberapa filem dan mereka akan berkongsi dunia dan juga masa. Maka, pada 2017, daripada pengarah Jordan Voght-Roberts, Kong dihasilkan sebagai sebahagian daripada universe itu.

Pada aku, apabila perancangan untuk gabungkan dunia Godzilla dan Kong itu berlaku, dan filem ini ialah hasilnya, ianya sekaligus melenyapkan kesemua kisah unik Kong yang asal. Apa yang ada pada filem ini ialah sebagaian daripada spark untuk menyalakan sebuah kisah Kong dalam cerita yang baru dan tidak seunik dahulu.

Kong: Skull Island ialah sebuah filem yang kosong dan hanya dipenuhi dengan aksi dan aksi hanya untuk mewujudkan Monsterverse yang diidamkan. Tiada perkara menarik yang boleh diulas selain penonton yang mungkin melihat Apocalypse Now di dalam beberapa adegan filem ini. Pada aku, ianya tidak lebih dari sebuah aksi pertarungan kaiju yang boleh dikatakan sesedap bertih jagung.

Dibandingkan dengan remake Peter Jackson, kong: Skull Island tiada kisah cinta Kong dan gadis yang meruntuhkan ego lalu membawa kepada kematiannya. Ianya kisah yang lebih kepada kisah survival watak-watak manusia yang terkandas dek kerana diserang Kong pada awal filem. Kalau kau nak tonton Kong beraksi, kau perlu berdukacita kerana Kong hanya muncul beberapa kali, dan selebihnya hanyalah survival watak manusia.

Tabik spring juga pada visual pertarungan yang memang buat aku kata wow! Visualnya memang hebat dan kemas. Ianya seperti menonton sebuah filem Michael Bay, yang selalu ada adegan helicopter terbang ke arah matahari, kali ini dengan Kong menunggu untuk membaham. Ianya sebuah adegan yang memang ikonik dan menarik untuk ditonton.

Tidak dinafikan, aksi pertarungan Kong memang menarik untuk ditonton. Mengagumkan. Malah, setiap pergerakan kamera, mahupun cerita bergerak dengan cepat dan tidak sekalipun menyebabkan aku terlelap. Keterujaan itu ada. Namun, sedikit kekecewaan muncul apabila pengembangan watak hanya tinggal kenangan. Kelihatan dalam filem ini hanyalah watak yang banyak berjalan kaki, dan kemudian mati apabila tiba masanya. Itu saja!

Plotnya mengingatkan aku kepada Jurassic Park 3 dimana kisahnya berkisar tentang sepasang suami isteri yang nak bawa professor tu untuk ke pulau sebab ada muslihat terselindung, dan kemudiannya end up dengan tour tak dijangka di pulau itu!

Samuel L Jakson memang menarik! Namun, aku masih rasakan dia hanyalah sebuah watak yang dendamnya dilebihkan untuk menjalankan cerita ini. Dendam untuk menyebabkan dia berjalan kaki, lalu berakhir dengan tragedi. Dendam yang tak harus ada. Dendam yang boleh diselesaikan dengan mudah, tapi menjadi sukar. Sia-sia, namun ianya masih gula-gula yang best!

Apapun, Tom Hiddleston yang popular dengan watak Loki dala The Avengers juga tidak meriah mana lakonannya. Aku gagal nampak bagaimana watak ini berkembang menjadi bunga yang baik untuk hiaskan Kong ini. Malah, Brie Larson juga yang kelihatan menjadi watak ‘bunga bunga cinta’ untuk Kong juga gagal untuk menghidupkan wataknya dengan baik.

Bagi sebuah filem aksi, Kong memang cukup rasa. Kau harus duduk, dan tonton filem ni macam naik kereta api di tanah rata. Kau jangan jangka ianya macam roller coaster, yang dipenuhi dengan jerit, kejut, dan hysteria! Tiada ok! Ianya hanya aksi demi aksi yang tidak ada kejutan mahupun cerita yang berkembang. Tiada twist cantik. Hanya plot yang sudah boleh dijangka yang mana sangat seronok untuk ditonton.

4/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...