Akan Datang!

Wednesday, June 28, 2017

Review: Transformers - The Last Knight

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Michael Bay
Pelakon | Mark Wahlberg, Isabela Moner,  Josh Duhamel, Anthony Hopkins

Michael Bay ialah manusia yang sangat pelik. Dulu-dulu, karyanya antara yang paling banyak menjerit (merujuk kepada Armageddon, 1998) dan juga paling banyak aksi-aksi cemas (merujuk kepada The Rock, 1996). Setiap filemnya juga, kita juga tahu, military dan juga pengarah ini macam isi dan kuku. Apa sahaja teknologi tentera US, pasti akan dimasukkan dalam filemnya. Dan persembahannya buatkan kita kagum! 

Namun, manusia ini semakin hari semakin dikritik dan dikeji. Mana tidaknya, filemnya sudah makin nampak sambil lewa. Malah, filemnya selepas dia tidak lagi bergabung bersama Jerry Bruckheimer menampakkan satu sengat dan bisanya sudah hilang. 

Transformers memang nampaknya menjadi antara filem yang akan membunuh segala jiwa peminatnya sejak zaman kecil. Sejak dari filem pertama lagi, kita nampak yang Bay tidak mahu membawa Transformers untuk peminat asalnya tetapi untuk filem yang gemar letupan dan juga watak yang suka menjerit. 

Berlarutan sehingga Transformers 4, dan seterusnya kali ini, filem kelimanya, The Last Knight, Bay nampak bahawa dia sudah tenat tetapi masih belum mahu berundur dari Transformers sejak dari Dark of the Moon! Dan akibatnya, The Last Knight menjadi pembunuh paling gila dalam sejarah filem Transformers! 

Ya, jika nak dibandingkan dengan empat filem terdahulu, plot filem The Last Knight nampaknya paling caca marba. Seolah macam kau makan lai chi kang. Semua nak disumbat dalam satu mangkuk sampai perkara utamanya pun kau hanya sedar selepas filem ni habis. Filem ini terlalu ambitious pada ceritanya sehinggakan semua perkara nak dimasukkan, dan ianya menenggelamkan main point utama filem ini. 

Kalau kau tak berapa faham apa yang menjadi plot utama filem ini, meh aku ceritakan. Ianya berkenaan Optimus Prime yang berpaling tadah dan mahu mengambil alih bumi dek arahan Quintessa. Dan selebihnya, berkaitan sejarah Transformers, dan juga Cade Yeager yang mahu jadi seperti Sam Witchwicky, itu semua sampah yang mengelilingi kisah utama. 

Apa yang mengecewakan daripada plotnya, semua nak digasak dalam masa dua jam setengah. Aku nampak bahawa The Last Knight sedang cuba sedaya upaya menampal beberapa lubang plot dalam beberapa filem lalu dengan menceritakan sejarah fictional dalam filem ini. Tapi, sampah tetap sampah. 

Jika nak dibandingkan dengan Age of Extinction, The Last Knight still lebih baik daripada filem keempat itu. Sampah sampah pun, filem ni masih ada moment yang enjoyful dan juga funny. Tidak seperti Age of Extinction yang amat kering sehingga kau tak tahu nak gelak dalam babak yang mana. Terima kasih kepada watak Cogman yang memeriahkan suasana! Oh, Sqweek juga! 

Filem ini juga mengembalikan elemen military yang hilang dalam filem Age of Extinction. Lennox lakonan Josh Duhamel sudah kelihatan sudah tua dan sedikit hilang sengat. Tetapi auranya tetap menjadi dengan ketiadaan Tyrese Gibson dan juga geng-gengnya! 

Babak aksinya juga agak menarik dan juga hebat! Itu antara faktor yang mungkin menambatkan jiwa aku untuk terus menunggu. Babak pertarungan finale yang agak besar juga menjadikan filem ini ada sedikit sengat yang mampu dirasa bisanya. Namun, aku rasakan kebanyakan babak aksi direka untuk dinikmati dalam tontonan 3D kerana visualnya yang meriah dan juga suasana bunyi yang terbaik! 

Dua perkara yang amat mengecewakan. Satu, plot yang berangan nak besar padahal kalau kecilkan lebih bagus. Dua, editing yang agak sedikit kurang kemas. Selebihnya, aksinya memang terbaik. Pada aku, aku enjoy half of the movie, which is the action part. The plot, ronyok masuk sampah. Ianya ialah karya Transformers terakhir Bay yang dipenuhi sambil lewa. Namun, kau tahu, Bay tetap Bay. Dia takkan dengar kata! 

Apapun, tahun depan spin off Bumblebee akan muncul. Dan 2019, sekuel keenam Transformers akan ditayang. Nah, doakan yang baik-baik sahaja supaya mana-mana director dan juga penulis skrip mampu memperbaiki ‘runtuhan’ yang ditinggalkan Bay selepas 5 karyanya ini. 

2/5

Wednesday, June 14, 2017

Trivia Filem: Kenapa Superhero Pakai 'Underwear' Di Luar

Korang mesti tertanya-tanya kenapa superhero pakai spender di luar. Mungkin ada sesetengah fan tak pernah kisah sebab ada beberapa adaptasi superhero sudah mengabaikan tradisi 'spender luar' ini dalam filem adaptasi. 

Menurut editor DC Comic, Julius Schwartz yang berkhidmat pada tahun 1944 hingga 1986, kostum superhero DC, Superman yang mengenakan spender di luar diinspirasikan daripada kostum ahli sarkas dan juga penggusti pada 1920 hingga 1930an. 


Selain Superman, watak Flash Gordon ialah antara watak yang menggunakan inspirasi yang sama. 


Review: It (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Andy Muschietti Pelakon | Bill Skarsgard, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis Ketika menonton The Da...