Akan Datang!

Saturday, December 27, 2014

Review: The Interview

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Evan Goldberg, Seth Rogen
Pelakon | Seth Rogen, James Franco, Randall Park, Lizzy Caplan

Filem ni memang agaklah kontroversi sehingga aku mahu terbitkan review ni pun rasa macam takut takut. Al maklumlah, terorismanya sangat tinggi tatkala kompeni filem ni ditawan oleh gerila internet sehingga memaksa penerbitnya untuk tunda filem ni punya tayangan. Dan in the end, filem ni end up untuk ditayangkan di panggung kecil dan juga melalui aktiviti lanun siber yang besar. 

Cerita ni dan kisah kisah di sebaliknya mengingatkan aku kepada Zoolander. Malah, filem yang paling dekat dalam menunjukkan keberanian Hollywood a.k.a Amerika untuk mendajalkan negara Korea Utara ialah Team America: World Police. Zoolander tu hal yang berbeza kerana ianya menggambarkan Hollywood mahu bermain main dengan Malaysia. 

Dalam kes North Korea ni, Amerika nampaknya menjadikan filem sebagai nuclear untuk menjadikan mereka hero a.k.a savior kepada umat negara yang dipimpin dictator itu. Melalui The Interview, filem ni cuba untuk membangkitkan satu semangat untuk melawan dan menundukkan pemimpin Kim Jong-un yang mana menjadi dictator di negara itu. 

Senang cakap, Amerika nak jadi 'nabi'. Lihat saja diskusi diskusi mereka yang sebenarnya cuba menjentik perasaan untuk bangun melawan yang terdapat dalam filem ni. 

Filem ni memang boleh dikatakan satu idea yang memang akan merevolusikan Korea Utara. Ideanya mungkin nampak bermain main dengan komedi, tetapi apa yang terselit di dalamnya ibarat satu spark yang kalau perciknya atas kertas, ianya akan terbakar dan membesar. Ianya sebuah filem yang mampu untuk menundukkan jika mereka faham dan mahu. 

Melalui James Franco yang memang digambarkan sebagai pakar untuk korek rahsia, filem ni cuba untuk mengejek dan juga menjadikan dictator Korea Utara itu dipandang sebagai manusia. Dan sebenarnya, ejekan Amerika kepada North Korea memang sangat sangatlah pedas sehinggakan semua aspek Kim Jong-un dipaparkan sangat sangatlah negative. 

Filem ni bermula dengan agak biasa. Pada aku yang kurang menggemari Seth Rogen, filem ni aku kira agak mendatar dan hanya bergerak babak demi babak dengan gaya Seth yang biasa kita tonton dalam filem filemnya. Pendek kata, kalau korang tak suka Seth, mungkin perjalanan sebelum mereka ke Korea Utara tu agak agak lambat dan ‘siput’. 

Namun, filem ni mula menjadi nakal pada pertengahannya. Walaupun skripnya cuba untuk seboleh bolehnya memberi kenakalan berganda, filem ni sebenarnya lebih banyak bermain dengan Kim Jong Un yang diberikan layanan sebagai penjahat yang agak pandai putar belit fakta. 

Pada aku, filem ni mungkin sebagai hiburan yang enjoy, sebabnya aku bukan penduduk Korea Utara. Mungkin aku tak tahulah memang kediktatorannya itu kalau betul buruk, mempermainkan dengan cara ni memang tak menyedapkan hati. Bayangkanlah kalau Pak Najib tu dibuat main sebegini rupa dan end up mati sebegitu rupa.  

So far, aku enjoy dengan katty perrynya, juga lawak bodoh yang memang gaya Seth dalam filem ni. Namun, ianya memang agak panas dan pedas sebab filem ni mempermainkan seseorang yang betul betul wujud. Apapun, kalau korang nak tonton filem ni, senang je cara nak enjoy. Pejam mata dan bayangkan yang ianya tak ada kaitan dengan realiti. Then you’ll enjoy it! 

3.5/5

Friday, December 26, 2014

Review: Terbaik Dari Langit

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Nik Amir Mustapha
Pelakon | Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Shahrizal, Nadiya Nisa

Penutup tahun 2014 ini, filem Terbaik Dari Langit menjadi hidangan. Filem yang dah menjelajah ke luar negara ini ada aura yang bakal mengulang apa yang Bunohan telah beri tempoh hari. Walaupun filem ni dilihat agak ringan dan tidaklah membawakan sesuatu yang ganas dan brutal, aku percaya Terbaik Dari Langit ada sesuatu yang memuaskan sekaligus mengembalikan maruah filem Melayu yang sudah lama tercalar! 

Fuh, menonton Terbaik Dari Langit ialah seperti menonton filem yang terbaik dari pengarah Kil ini. Nik Amir Mustapha yang kali ini cuba untuk bermain dengan sci fi yang pada aku agak lama tak dihidangkan sejak dari Senario XXX (bukan filem porno Senario) cuba untuk memberi ruang untuk kita merasa si fi itu dengan lebih nyata dan realistik. 

Hangpa semua jangan jadi Redza Minhat yang dok tanya ‘mana alien padahal ini filem pasal UFO’. Filem ni mau hangpa semua pikiaq lebih jauh dari sebuah fiksyen. Bak kata sorang karakter, ‘kita kena jadi realistik’. Tapi, sorang lagi pulak kata ‘realistik tu penakut, dan berani untuk berangan itu tanda berani untuk step forward’. Makna kata ginilah, filem ni nak cakap yang kisah UFO tu penting, tapi persahabatan itu lebih dari kisah filming UFO. 

Jadi, senang cakap, forget the UFO, think about friendship yang ada dalam filem ni dan kau akan dapat lebih dari UFO dan sebuah hiburan. 

Filem ni mengetengahkan tema persahabatan yang aku kira ringkas sangat. Lima sahabat lama yang dah kejar cita cita masing masing set on a trip untuk filemkan satu filem eksperimental. So, dalam perjalanan, kisah mereka serta konflik persahabatan itu menjadi tanda utama dalam filem ni. Dan walla, sebuah filem yang penuh motivasi dan juga segar, sebab elemen si fi diselit sangat membungakan Terbaik Dari Langit. 

Aku tabik spring toing toing pada pengarah ini yang mampu memberikan mood yang baik pada setiap babak. Babak babak yang diambil, boleh aku kira sebagai sangat internasional dan juga beyond expectation untuk sebuah filem Malaysia. Memang aku boleh cakap yang filem ni punya gaya memang layak untuk dibawa jelajah ke seluruh pelusuk dunia sebab ianya memang sangat sangat tidak ‘bodoh’. 

Filem ni juga menampilkan cameo pelakon yang pada aku memang agak kelas jugaklah. Paling tak boleh blah ialah kehadiran Mamat Khalid yang memang sangat sangat membawakan ideology penonton filem lama ataupun minda sempit. Lihat saja pada ‘khurafat’ yang digunakan untuk menggambarkan cita cita Berg. Jentik sikit, tapi memang bergema segua. 

Dialog filem ni memang cun. Ianya penuh dengan motivasional phrase yang memang boleh menjadi quote cantik selepas korang tonton dan keluar panggung. Dengan bahasa yang santai dan juga simple, filem ni memang ada rasa. Kadangkala makan dalam untuk sesetengah orang, dan kadangkala pulak, terangguk sekali sekala mengiyakan hujah yang filem ni beri. 

Terbaik dari Langit menggunakan spesel efek yang agak ringan a.k.a sebagai penghias visual. Babak khayal si Berg antara yang ohsem. Namun, di sebalik itu, aku rasakan babak planet banyak di atas udara tu kadangkala ditata dengan kurang kemas sekali sekala. Namun, aku rasa imaginasi filem ni memang menjangkau melebihi ekspektasi pembikin filem biasa. Dan aku kagum dengan visual efeknya! 

Aku cuma harapkan filem ni lebih detailkan tempat tempat yang mereka telah lawati dan bukan hanya tunjuk hutan belantara, masuk dusun durian suka suka hati nak kencing, dan tetiba end up kat tepi gunung kat jalan sempit entah atas apa sebab pun tak tahu. Itu je yang aku rasa agak kurang sikitlah. Al maklumlah, dah nama pun roadtrip, aku rasa lebih cantik kalau trip tu lebih detail dan bukannya masuk hutan, tepi laut, tepi sawah sesuka hati. 

So far, Terbaik Dari Langit boleh dikira sebuah filem yang segar. Mungkin aku boleh katakan yang filem ni memang berjaya memberikan unsur si fi yang baik kerana temanya dan elemen fiksyen itu melekat cantik. Pada aku, memang korang harus tonton filem ni sebab ianya dekat di hati kerana persahabatan sejati itu memang lebih baik dari semua benda lain di dunia. Terbaik Dari Langit memang terbaik dari ladang!
4.5/5

Thursday, December 18, 2014

Review: The Hobbit - The Battle of Five Armies

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Peter Jackson
Pelakon | Martin Freeman, ian McKellen, Richard Armitage, Evageline Lily

Waw, akhirnya trilogy kedua middle earth berakhir. Selepas kekuatan LOTR yang akhirnya membawa kepada penterjemahan novel The Hobbit, filem ini sekali lagi memberi ruang untuk Peter Jackson untuk membawa penonton untuk kembali ke middle earth tanpa mengurangkan apa yang sudah ditonjolkan dalam filem LOTR. Aku belum sempat baca LOTR, tetapi sudah membaca buku The Hobbit yang kecil tetapi berbisa. 

Membahagikan filem ni kepada tiga memang satu cabaran. Bagaimana membelah tiga bahagian untuk sebuah buku memang cukup hebat dari segi promonya, dan juga kaut untung. Namun, membelah The Hobbit kepada tiga bukan hanya untuk itu, ianya memberi peluang untuk penonton berada lebih lama di middle earth. 

The Battle of Five Armies, penamat kepada dua filem sebelum ni nampaknya bakal mengakhiri kisah middle earth. Pastinya, lepas ni, penonton akan rewind tonton semula trilogy LOTR kerana berakhirnya filem ni bermakna bermulanya LOTR. Aku mungkin akan berbuat begitu, sebab aku bermula sebagai bukan fans LOTR. 

Plot cerita filem terakhir ini bermula dengan apa yang ditinggalkan di plot terdahulu. Kalau korang nak tengok filem ni sebagai suka suka, memang tak patutlah sebab korang takkan paham sepatah habuk. Ianya finale yang benar benar dicipta untuk penonton merasa bangga dan puas untuk meninggalkan middle earth selepas tamat filem. Ianya satu tribute, mungkin. 

Peter Jackson memberikan ruang untuk bermain dengan visual yang lebih energetic dan berteknologi apabila dengan shooting dengan High Frame Rate berjaya memberikan sesuatu yang lebih baru. Menonton filem ni seperti berada di dalam middle earth sendiri. Seolah olah kau berada dalam satu kotak dan dibawa terbang ke sana ke mari dalam setiap inci filem. Cantik! Korang wajib tonton dalam HFR 3D untuk pengalaman best!

Aku lihat, filem ni lebih menekankan aksi perperangan. Mengingatkan aku kepada The Two Towers yang sarat dengan perperangan megah dan hebat! Namun, aku tidak rasakan pertempuran dalam filem The Battle of Five Armies tidaklah gah mana apabila Jackson menumpukan pada babak ‘personal fight’ karakter karakternya. Namun, ianya tetap memuaskan. 

Aku suka dengan dramanya yang dibina. Ada yang ditambah sana sini, namun filem ni berjaya menjadi satu bahagian The Hobbit dengan caranya yang tersendiri. Mungkin aku rasa kelakarnya si mamat yang tamakkan duit tu tak menjadi, tetapi cinta cinta Tauriel memang tangkap leleh. 

Jackson juga menerapkan elemen komedi yang pada aku menjadikan filem ni nampak komersil lebih dari dua filem terdahulu. Orc dijadikan pak lawak yang mana sangatlah weird tetapi membentuk roh segar kepada filem ni. Mungkin pengarah ini mahu memberikan ruang untuk penonton bergembira dan taklah terlalu serius untuk menonton babak perang yang panjang. 

Filem ni banyak jugaklah scene air matanya. Banyak karakter yang menangis. Hindustani benar filem terakhir ni. Tapi, air mata itulah yang menyebabkan filem terakhir ini sarat dengan drama, emosi dan juga aksi gaya Jackson. 

Apa aku boleh kata, pengakhiran trilogy The Hobbit ni memang sempurna. Menonton dalam HFR 3D memang super-best. Kau akan rasa yang kau betul betul berada dalam middle earth. Pengalaman yang 3D biasa tidak dapat berikan. Battle of Five Armies memang filem yang harus ditonton kalau korang betul betul mahu melihat bagaimana LOTR bermula. Pengakhiran yang tangkap leleh dan sempurna untuk middle earth punya fans. 

4.5/5

Tuesday, December 9, 2014

Novel 'Pergi Mati'


Macam pelik je tajuknya kan? Tapi, itulah tajuk novel pertama admin blog ni yang sudah mula dijual di pasaran. Alhamdulillah, selepas agak lama, sekitar enam tahun berkecimpung dalam arena blog, kini korang dah boleh rasa karya pertama admin. Bukanlah baik mana pun karya tu, maklumlah, anak kecil lagi di dunia penulisan ni. Tapi, apa kata baca dulu dan nilaikan. Admin menunggu komen anda semua untuk improvement novel seterusnya.


Novel ni berkisar tentang satu permainan online. Admin menginspirasikan filem ni dari filem FearDotCom dan Saw. Kisah bercerita tentang pemain yang terpaksa lepaskan diri dari dibunuh kejam di hadapan penonton yang menyaksikannya secara online.

Kat mana nak dapatkan novel ni?

Novel ni boleh dibeli secara online di lejen.my/produk/pergimati ataupun korang boleh dapatkannya dengan admin sendiri di 0199960461 / 0135959223. 

Lepas baca, bolehlah bagi komen di 

Dan jangan lupa like fanpage untuk sesi autograf dan update terkini k!


Saturday, December 6, 2014

Review: The Pyramid

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gergory Levasseur
Pelakon | Ashley Hinshaw, Denis O'Hare, James Buckley,  Daniel Amerman 

Aku pilih untuk tonton filem ni sebab terkagum pulak dengan promosi yang mana katakan filem ni ialah dari orang di sebalik The Hills Have Eyes. Sebenarnya, agak jarang untuk aku tonton filem horror kat panggung sebab aku ni memanglah kurang gemar bila sound kejut kejut ni dalam panggung. Namun, sebab aku rasa nak feeling baru, maka aku beranikan diri untuk tonton filem horror berdarah ini buat pertama kali. 

Jujurnya, selepas kekeciwaan aku menonton As Above So Below yang mengisahkan pasal catacomb tu, aku kurang expect lebih sangat untuk filem The Pyramid. Bila nama pun dah menggambarkan yang kisah itu berdasarkan pyramid, apa yang dijangka hanyalah satu pengalaman roller coaster seram yang biasa, seperti mana menonton filem filem lost tape yang sedia ada.

Menonton Pyramid ni ibarat improvement 'As Above So Below', campur 'The Mummy' versi seram, campur pulak dengan excitement ala ala Indiana Jones dan sikit cebisan ganas 'The Hills Have Eyes, even taklah banyak pun.

Selesai menonton, aku simpulkan yang The Pyramid memang satu persembahan Gregory Levasseur yang mana kalau dibandingkan dengan As Above So Below, memang lebih berjaya dalam penceritaannya. Pada aku, even filem ni tidaklah terlalu luar biasa, filem ni berjaya buatkan aku tak senang duduk dan rasa ngeri dan terperangkap dalam kegelapan pyramid yang dipaparkan. 

Filem ini mencampur adukkan found-footage dan juga visual filem. Justeru, apa yang dilihat dalam filem ni lebih dari sekadar found footage semata mata. Ruang yang tidak dapat dicapai keseramannya melalui visual kamera amatur dibesarkan melalui kamera filem. Secara peribadi, pengarah ini bijak untuk menggunakan visualnya untuk menampilkan ngeri dan rasa sesak nafasnya yang tersendiri. 

Kalau nak dilihat pada plot, memang aku tak nafikan yang filem ni bermula dengan satu benda yang sudah merosakkan keseluruhan filem. Permulaan filem menyatakan yang kisah ni ialah sebuah kisah yang berlaku sepanjang dokumentasi nampak tidak menjadi dan tidak blend well dengan keseluruhan filem. Aku rasa, tanpa tulisan pada awal filem, filem ni dah mampu untuk menjadi filem yang baik. 

Malah, bila saat ‘red herring’nya bermula, filem ni sebenarnya seperti sudah beralih arah, menjadi satu yang lain. Dua bahagian, sebelum kejutan besar di makam dan selepas nampak seperti sangat tidak bercantum dengan baik. Di saat penonton berharap filem berakhir pada kejutan di makam, saat dua watak kita sudah mula cari jalan keluar, filem nampaknya di’drag’ terlampau panjang sehinggakan roh ‘the pyramid hilang’. 

Aku tak nafikan filem ni memang tidak ada yang baru. Kalau korang suka tonton found footage, korang sudah boleh jangka apa yang akan korang saksikan. Kamera yang serabut, pencahayaan yang merimaskan, dan lakonan yang sangatlah menimbulkan debar. Khusus buat penggemar filem found footage, aku rasa filem ni boleh dikatakan yang terbaik untuk 2014. 

Sebuah filem found footage yang biasa, tetapi tetap menimbulkan debar. Walaupun filem ni dragging di saat kau sangka filem ni seharusnya tamat, aku rasa menyaksikan karya pengarah The Hill Have Eyes ini memang akan memberikan debarnya yang tersendiri. Ideanya sangat superb dan aku puji bagaimana filem ni cuba untuk tarik rakyat Mesir untuk ber’khayal’ dengan filem ni. Mesir berjaya dikhayalkan. Sekian. 

3.5/5

Thursday, December 4, 2014

Review: Singham Returns

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Rohit Shetty
Pelakon | Ajay Devgan, Kareena Kapoor, Anupam Kher

Apa gunanya Bollywood kalau tak ada elemen aksi aksi yang beyond pemahaman fizik dan sains. Memang filem filem aksi sebegini, even memang nampak sudah ditelan zaman untuk dihadam sebagai hiburan serius masih lagi diterima sebagai identity. Singham contohnya. Adaptasi filem tamil yang dilakonkan Ajay Devgan memang ikonik. Memang Rohit Shetty yang terkenal dengan genre sebegini, berjaya menjadikan Singham sebagai satu ikon polis yang ohsem! 

Singham ni ibarat satu superhero yang memang melebihkan kuasa polis. Disebalik cerita tentang rasuah yang tipikal, watak Singham dihidupkan dengan kuasa adiwira yang sangatlah komikal tetapi berjaya menjadi sebuah watak yang diterima. Hiburan dalam filem Singham memang melampau lampau aksinya, tetapi Rohit Shetty memberikannya sebagai satu parody yang berjaya. 

Filem Singham Returns kembali untuk mempersembahkan jalan cerita baru untuk watak Singham yang sukses dulu. Berdasarkan plot yang rasanya tidak seperti yang pertama (yang mana plotnya dipinjam dari filem asal lakonan Surya), Singham Returns menggunakan plot asal yang lebih menyerlahkan penulisan gaya Hollywood. 

Singham Returns berkisar tentang Singham, dan kisah kisah politikus India dalam usaha untuk memenangi pilihanraya. Cerita yang pada aku sebenarnya sebuah kisah yang biasa. Dan di sini, Singham Returns tidak mampu untuk memberi cerita yang baru. Malah, watak Ajay Devgan yang digandingkan dengan Kareena Kapoor nampak seperti plot yang dibina untuk comic relief yang agak kurang menjadi. 

Plot Singham Returns gagal menyerlahkan cerita yang baru. Namun, meletakkan Singham dalam satu situasi political nampak memberikan ruang untuk suasana heroic itu ada. Walaupun filem ni tidak sehebat plot yang pertama, rasa hiburan itu masih ada. 

Rohit Shetty juga nampaknya gagal untuk memberikan aksi aksi yang ikonik seperti dalam filem pertama. Filem pertama yang memparodikan scene filem Red (lakonan Bruce Willis) berjaya memberikan rasa kagumnya yang tersendiri. Walaupun kali ini, Rohit Shetty cuba memparodikan adegan dari filem Mission Impossible 3, ianya masih gagal menjadi ikonik seperti filem pertama. 

Pendek kata, filem ni agak biasa dari segala sifat. Ajay Devgan mungkin pada aku nampak lebih sasa dari filem pertama. Tetapi, dengan plot yang agak biasa dan boleh diagak, ditambah dengan babak babak ikonik yang tidak berjaya dibina, filem ni sebenarnya agak kurang menyerlah bagi sesiapa yang pernah menonton filem Rohit Shetty. 

Aku suka babak tembak menembak yang sangat sangat best! Penataan bunyi senjata api dengan muzik yang agak sederhana memberikan ruang untuk penonton berasa berada di sekitar kawasan tu. Itu mungkin part yang best. Babak letupan, dan scene tembak menembak atas jambatan tu sangat hebat! Nampak seperti New York saja! 

Totally sebuah filem yang gagal untuk menyerlah kekuatan filem pertama. Untuk hiburan, filem ni mungkin tidak membosankan. Cuma, untuk menjadi istimewa seperti filem pertama, filem ni perlu lebih bombastic dari segala sisi. Kurang babak yang melawan fizik menyebabkan adegan filem ni tak tumpah macam filem biasa. Namun begitu, aku salute aksi dan mesej yang nak disampaikan. Tak dinafikan, Singham Returns menunjukkan yang polis memang tak boleh dipandang sebelah mata. 

3.5/5

Tuesday, December 2, 2014

Review: Hercules

Tahun Terbit | 2014

Pengarah | Brett Ratner
Pelakon | Dwayne Johnson, Rufus Sewell, Ian McShane

Tahun ni saja dah ada dua movie pasal Hercules. Untungnya, dua dua filem ni menceritakan anak tuhan zeus yang separuh dewa separuh manusia ni dari posisi berbeza. Malah, pelakon yang membawa watak Hercules juga memang jauh beza dalam dua filem. Kalau tahun lepas ada dua filem Snow White yang ditayang, maka tahun ni pula memberi ruang kepada Hercules untuk dibandingkan karyanya oleh dua pengarah berbeza. 

Dari Brett Ratner, pengarah yang dulu ni terkenal dengan filem Rush Hour, filem Hercules kali ni memang sangat berbeza. Dalam garapannya yang diadaptasi dari sebuah komik / graphic novel, perjalanan Hercules dalam filem ni memang seperti sebuah kisah yang jauh dari segala sifat mistik yang kita ketahui. 

Hercules lakonan Dwayne Johnson seperti membawa sifat manusia pada sifat asal Hercules. Tidak mengikut kepercayaan sebenar mitosnya, Hercules arahan Brett Ratner sebenarnya cuba untuk menyampaikan persoalan bagaimana kalau mitos itu hanyalah satu benda yang dilebih lebihkan. Bagaimana kalau semua itu hanyalah fiksyen yang lahir dari mulut pencerita / penglipur lara sahaja dan realitinya hanyalah lebih biasa dari luar biasa. 

Ryan Condal, Evan Spiliotopouli bijak untuk mengadaptasi komik grafik tulisan Steve Moore. Ceritanya tidak membosankan, cuma bagi yang expect kau akan tonton sebuah kisah Hercules yang typical, memang korang akan silap. Ini kisah tentang Hercules yang hanyalah manusia biasa, yang mana berjaya membuatkan orang lain rasa dirinya luar biasa. 

Hercules dalam filem ni memang membuka terus kepada ceritanya. Kisahnya tidak banyak belit belit dan hanyalah memaparkan kisah Hercules dan sahabatnya menjalankan satu misi. Dan kisah dari situ, menjadi sebuah filem besar yang ada twistnya sehinggalah di akhirnya, Hercules melengkapkan satu lagi mitos yang sempurna. 

Melihat Dwayne Johnson menjadi Hercules memang mengingatkan aku kepada Scorpion King, filemnya yang mula mula dulu. Memang pelakon ni berjaya untuk menjadikan Hercules satu watak yang memang jauh dari apa yang kita bayangkan. Tubuhnya yang sasa dan mimik mukanya yang sangat menjadi menjadikan pelakon ni sempurna untuk watak ni. 

Pada aku, pasti ramai yang kecewa sebab ingatkan Hercules ni akan menjadi filem separuh tuhan separuh manusia yang tipikal. Filem ni mengikut tradisi Iron Man 3, The Dark Knight, dan The Amazing Spiderman. Kisahnya cuba didekatkan dengan realiti dan kenyataan dan mitosnya cuba dihilangkan untuk lebih mudah untuk dipercayai. Apapun, filem aksi yang boleh tahan, terimalah kenyataan, Hercules hanyalah manusia biasa yang diluarbiasakan penglipur lara. 

3/5

Review: It (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Andy Muschietti Pelakon | Bill Skarsgard, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis Ketika menonton The Da...