Akan Datang!

Showing posts with label info umum. Show all posts
Showing posts with label info umum. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Eksklusif: Pesawat Bawa Jenazah MH17 Buat 'Air Turn-back' Sebelum Mendarat

Menerusi laman Flightradar24, anda sebenarnya dapat melihat pesawat yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 telah membuat air turn-back di ruang udara bersebelahan Slim River dan kemudian berpatah balik di Longkap sebelum meneruskan semula perjalanan ke KLIA. 



Pesawat MAS6129 ini mungkin berbuat demikian untuk tiba tepat pada masa yang ditetapkan seperti yang dirancang. 

Berikut ialah flight path pesawat MAS6129 yang selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang, Selangor.

sumber: flightradar24

p/s: admin mengucapkan takziah ke atas semua keluarga mangsa yang terlibat. moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Tuesday, December 10, 2013

10 Sebab Big Bad Wolf Book Sale Wajib Dihadiri



Admin dah hadir selama dua hari di pesta buku ni, 9 dan 10 Disember 2013. Pesta ini tamat pada 15 Disember 2013. Kenapa korang kena hadir? 

1. Pesta buku dengan kemeriahan infiniti

Pesta buku BBW ni sebenarnya dah jadi pendefinisi baru pesta buku. Tidak dinaungi atau dimonopoli kompani penerbit, BBW bersikap sama berat sama rata dengan semua buku yang ada. Apa yang korang harapkan mungkin tak mungkin dijumpai semuanya. Tetapi, aku yakin korang akan jumpai lebih dari apa yang korang mahu jumpa. Ini baru pesta buku sebenar!

2. Ianya diadakan di tempat yang besar
Tahun 2012 dan 2013, BBW memilih tempat yang sama iaitu di The Mines Convention Centre. Dengan komuter Serdang yang berdekatan, dan kemudahan teksi yang sedia ada menunggu, BBW menjanjikan pengalaman memilih buku tahap paling gila pernah korang rasai. 

3. 24 jam tanpa henti!
BBW kali ini memberikan ruang untuk berpesta dalam mana mana minit yang korang mahu. Jika tidak mahu bersesak, korang pilih tengah malam sambil lepak di mamak berdekatan. Pendek kata, datang saja bila bila masa, pintu terbuka untuk korang membeli.

4. Harga murah giler 
Cukup sekali korang beli di sini. Bekalan untuk sepanjang tahun. Bawa satu kereta, dan selamat membeli stok stok bacaan tahun 2014. Dengan potongan harga yang sangat tinggi korang akan rasa mana mana kad diskaun atau ahli kedai buku tidak diperlukan lagi!

5. Buku hardcover dengan harga tak layak dengannya!
Kalau korang tengok buku hardcover, harganya mencecah ratusan. Malah, dengan visual yang berwarna penuh setiap helai, korang pasti takkan beli punyalah. Di sini, buku sebegitu dijual serendah RM10! Memang gila!

6. Keseimbangan novel muncul!
Tahun lepas, 2012, BBW lebih menjual novel bahasa inggeris. Tetapi, tahun ini, BBW memberi ruang kepada novel melayu untuk dijual. So, nak dapatkan novel melayu murah di sini, confirm korang takkan rasa rugi.

7. Keselesaan, itu prioriti mereka!
Yang nak rileks selepas penat pilih buku, tak pun menunggu suami, isteri, anak anak, sepupu sepapat cari buku, luangkan masa di ruang rehat yang disediakan. Kemudahan simpan barang jugak ada! Jadi, boleh shopping, tonton wayang, then datang ke pesta semula untuk tuntut barang.

8. Title baru ada, title lama pun ada. 3 juta semuanya!
Yang tak berkesempatan atau takde fulus tahun lepas untuk beli buku, jangan risau. Buku tahun lepas punya masih ada dijual dengan harga yang masih sama. Jadi, datang, ambil dan bacalah.

9. Boleh beli t shirt lanun!
Big Bad Wolf ada sediakan t shirt dan pelbagai cenderahati. Boleh beli dan selamat berbangga!

10. Masa nak guna troli ataupun kotak lama!
Hadir BBW Books sale tanpa troli dan kotak sendiri memang tak sah. Sebab konfom korang tak menang tangan nak beli semua buku yang ada. Jadi, bawa troli sendiri dan juga kotak sendiri kalau mahu beli pada kuantiti yang agak besar.

update pesta buku ini, layari : https://www.facebook.com/bbwbooks

Yang tertinggal, pastikan jangan lepaskan peluang untuk jualan Aftermath mereka nanti. Senarai buku yang berjaya admin buru di BBW Sales seperti berikut! (nanti admin tunjuk.. ehehe)

Monday, February 11, 2013

Video: Persembahan PSY di Sambutan CNY Barisan Nasional!

Bagi yang tidak sempat atau tidak berpeluang menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional di Pulau Pinang, inilah persembahan yang sempat dirakam oleh seorang penonton (bukan admin) yang menghadiri majlis tersebut. Berbaloi atau tak 2 juta yang dilaburkan, anda renung renungkan.


Psy ‘Pukau’ 100,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 

GEORGETOWN – Penyanyi rap sensasi Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia sebentar tadi. Psy menyanyikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung yang membanjiri padang Kolej Han Chiang di sini, menanti kehadiran Psy sejak jam 9 pagi Isnin. Majlis ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

[terlepas tonton video Datuk Seri Najib Razak berlakon iklan ?? hah, tonton sini]

Tuesday, January 15, 2013

Video: Sharifah Zohra Jabeen, Listen! Listen! Listen


Tiba tiba saja Sharifah Zohra Jabeen yang mana merangkap Jawatan Presiden Organisasi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) menjadi viral di Facebook dan Youtube. Admin pun tak berapa nak ambil kisah sangat pasal menda ni. Tapi, ada satu video yang agak cun dibikin seorang pengupload video di youtube yang diambil dari forum bertajuk 'Seringkah Mahasiswa dan Politik?' yang telah diadakan di UUM Sintok, Kedah pada 8 Disember 2012.

Mungkin sebab Sharifah ini yang berkata "Listen, listen, listen" berkali kali disebabkan tidak mampu menjawab soalan seorang penonton, perkataan tersebut menjadi trademark dan viral masa kini. Jom tonton, bagi yang belum tonton.

video asal

video versi remix! LOL

Ada satu video dalam video asal bercakap tentang huru hara kiamat. Jika anda berminat, tonton dan downloadlah untuk kesedaran di sini.

Wednesday, January 2, 2013

Update: Tiada Had Harga Bagi Smartphone Untuk Rebat - KJ & Rais


Ini adalah kemaskini dari entry senarai telefon bimbit untuk rebat RM200.

Dengan pelbagai kritikan ramai disebabkan oleh had harga telefon pintar ke RM500 untuk layak mendapat rebat kerajaan sebanyak RM200, kini nampaknya berlaku sedikit perubahan. Perkara ini dikongsikan oleh Rais Yatim melalui Twitter beliau, mengatakan kabinet telah bersetuju untuk menawarkan apa jua telefon pintar dengan rebat RM200 bagi mereka yang berkelayakkan. Namun, mungkin perkara ini masih tertakluk kepada syarikat telekomunikasi ataupun pengedar dan penjual dalam menawarkan pakej serta pelan untuk sesuatu peranti tersebut. Rebat RM200 ini disediakan oleh kerajaan untuk para belia berumur 21 hingga 30 tahun, dalam memudahkan mereka mengakses gaya hidup digital dengan mudah. Bagi mereka yang berminat boleh mengakses halaman rasmi di SKMM untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengannya.

Bagi yang ingin memohon, permohonan online untuk rebat ini anda boleh rujuk di sini.

sumber: gempak.org

Monday, December 31, 2012

12 Analisa OPM Terhadap Industri Filem Malaysia 2012

2012 bakal melabuhkan tirainya. Sepanjang 2012, aku sudah review hampir 80% filem filem yang diterbitkan oleh orang Malaysia. Senarai penuh filem filem yang sudah direview bagi 2012 boleh korang baca di sini. Terima kasih buat yang membaca. Terima kasih juga buat yang mengutuk dan membenci. Terima kasih buat semua penyumbang trafik blog OPM yang tidak jemu jemu memberikan aku semangat untuk terus menulis. 

Bukan banyak mana pun duit yang admin dapat dari berblog. Apabila ada yang berdiskusi, dan ada yang berbual dan berkongsi artikel aku, itu lebih bermakna dari duit. Menjadi seorang reviewer memang mencabar. Ada yang dikeji ada menghina. Tapi, jadi seorang pengarah filem sebenarnya lebih banyak cabarannya. 

Walaupun aku hanya tahu mereview bahan siap yang ditayangkan, aku sebenarnya tabik dengan peningkatan filem tahun ini. Walaupun masih dimonopoli oleh David Teo, aku harap dalam sedikit masa, ada penerbit lain yang mampu mengantikan kilang filem yang naik turun dalam industry ini. Tahniah kepada yang membikin filem. Mungkin anda, yang mana terlibat dalam pembikinan sesebuah filem selama ini hanya menganggap review aku hanya sekadar cakap biasa seorang peminat filem Malaysia. 

Tak mengapa. Sebab aku hanya menyampaikan pandangan. Sesungguhnya anda semua, wahai pembikin filem Malaysia adalah terbaik dalam skop anda tersendiri. Sekurang kurangnya, teruk mana pun filem korang, anda sudah bikin filem. Aku, mungkin mimpi lagi buat masa ni. 


Apapun, setelah menganalisa hampir 80% filem yang admin tonton tahun ini, admin dapati yang… 

1. Prof Razak masih rasakan zaman Anak Mami masih lagi ada pada millennia ini. 
Dengan keuntungan jualan tiket sehingga 2.6 juta, memang tak dapat dinafikan yang pensyarah ini nampaknya masih mengenali penonton filem Malaysia. Jadi, dia masih terus berada di treknya dengan memulakan tahun baru dengan Bujang Terlajak yang sudah ditayangkan pada 19 Januari 2012. Malangnya, nampaknya keputusannya untuk tidak menukar trek menjadikan Ngorat bagai tren jatuh trek. Dengan kutipan sebanyak 0.37 juta, aku rasa, patutkah dia bertukar genre sekali sekala? 

2. Orang kita masih belum menerima ‘remake’ walaupun Hollywood dah sampai ke fasa ‘reboot’.
Remake di Hollywood dah banyak. Sekarang, remake dah tak boleh buat duit, Hollywood naik ke fasa ‘reboot’. Di Malaysia, nampaknya penerbit sudah mula naik ke fasa ‘remake’. Azura memulakan semuanya dengan kutipan sebanyak 0.99 juta. Tidak berapa bagus! Namun ianya experiment yang menunjukkan ketidaksediaan orang kita menonton remake. 

3. Apabila animasi kita ke persada dunia. 
Tahun ini nampaknya menunjukkan peningkatan dari genre animasi. Seefood contohnya punya karakter yang baru dan comel. Kutipannya hanyalah 2.36 juta! Oklah tu walaupun ceritanya tidak berapa best dari segi garapan. Malangnya, kehebatan itu tidak mampu dicantas oleh War of the Worlds: Goliath yang mencatat kutipan yang sedikit dari filem Seefood

4. Nama orang menjadi tajuk filem adalah trend tahun ini. 
Jidin Sengal, Uncle Usin, Mael Lambong, Azura, Tai Kun, Ajiboy, Chantek nampaknya digunapakai dan diperkenalkan kepada penggemar filem tahun ini. Tahun depan agak agak nama apa pulak yang keluar ya? Dan walaupun namanya indah, janganlah lupa kualitinya. 

5. Adaptasi mula bercambah, jalan senang untuk buat duit. Malangnya… 
Filem adaptasi tahun ini nampaknya ada beberapa tajuk. Untuk Tiga Hari dan Lagenda Budak Setan 2 (adaptasi novel Ahadiat Akashah) nampaknya antara tajuk novel yang diadaptasi. Malangnya, adaptasi kali ini tidak mampu menjadi sehebat adaptasi filem Ombak Rindu. Kesian. 

6. Biografi, orang kita memang tak suka tonton cerita orang.Benarkah begitu?
Zaiton Ceritaku menjadi satu satunya dalam sejarah 2012 yang mana jauh dari genre genre biasa. Sebuah filem yang memperkenalkan genre baru yang amat menarik. Malangnya, kutipannya yang tak sampai 10 ribu nampaknya menjadikan filem ini berada di dalam senarai filem filem dengan kutipan terendah 2012. Malang sekali. Pelik kan? Sedangkan orang kita menyanjungi filem biografi Hollywood seperti Lincoln, W, dan lain lain, kenapa filem biografi tentang orang kita tidak pula disanjung?

7. MIG tak pernah berubah. “Pedulikan apa orang kata, janji kami kutip duit”, kata David Teo dalam mimpinya. 
Tahun ini macam biasa, filem MIG berlambak di pasaran. Namun, lambakan filem filem tahap rendah ini nampaknya tidak pernah menyatakan yang MIG mahu berhenti buat filem. Tidak ada peningkatan dalam kualiti cerita, mahupun visual. Sama saja. Semua filem tangkap muat dan ada beberapa dari filemnya hanyalah recycle beberapa idea yang sudah diterbitkan Hollywood. Apapun, baguslah sebab mereka ada. Mereka menjadikan tayangan setiap minggu aktif. Ada je filem baru. Go go MIG! 

8. Filem yang biasa, cinta tiga segi lapuk, tapi bila tukar latar tempat, terus jadi sweet. 
Istanbul Aku Datang tu tak ada papepun sebenarnya. Kisah cinta lapuk. Tapi, disebabkan settingnya di Istanbul, ianya jadi amat sweet. Dengan segala gayanya, filem ini aku rasakan bolehlah dikategorikan sebagai filem paling cantik dan indah bagi tahun 2012. 

9. Hampir 70% filem tahun ini punya kualiti visual yang macam drama tv. Malah, ada yang lebih teruk dari drama tv.
Istanbul Aku Datang, Zaiton, Ceritaku, Untuk Tiga Hari, Hantu Kapcai, 29 Februari, Lagenda Budak Setan 2, Kahwin 5, Hoore Hoore, Azura, Berani Punya Budak, Mantera, Chow Kit, Sesuatu Yang Tertinggal dikecualikan. The rest of the filem memang aku rasakan kualiti visualnya agak sederhana dan biasa biasa. Yang teruk dan tak layak di tv mahupun di panggung ialah Uncle Usin, dan Baik Giler!

10. Penerbit sudah berani explore new genre, dan ianya perkara yang amat bagus. 
Tahun ini, Aziz M Osman explore genre remake, dan resultnya mengecewakan. Apapun tahniah. KRU Studios pula explore genre komedi yang menggunakan haiwan, dan tahniah walaupun pada aku masih lemah. Tahun ini juga, Dain Said explore Bunohan dengan gayanya. Tahniah. Afdlin Shauki pula explore genre black komedinya dengan dua filem berbeza iaitu Berani Punya Budak dan Ponti vs. Omi. Muzikal pula diexplore Saw Teong Hin dengan Hoore Hoore! Cerita invisible man pula diexplore Hashim Rejab. Dan rempit + CGi diexplore Hantu Kapcai. Dan yang paling gempak dan berani adalah exploration terhadap penerimaan penonton terhadap filem science fiction. Mantera! Walaupun gagal, it still satu filem yang menjana perubahan.  Salute juga kepada waris si Haslam dengan exploration psiko thriller, SAM!

11. Orang kita suka komedi, seram dan sedih, bagi diorang gelak, terkejut atau menangis, duit bedesup masuk.
Itu yang menjadikan filem filem yang memerlukan penonton berfikir dan diam tanpa reaksi tidak mendapat sambutan. Kasihan Bunohan tidak dihargai penonton Malaysia. Yang dihargai orang kita hanyalah filem filem dengan wajah wajah yang kononnya mampu buat mereka rasa kelakar, sedih dan terkejut. Penonton minta cerita berubah, tetapi penontonan kita tak nak berubah, macam mana tu?

12. Hantu masih lagi seronok menjadi selebriti.
Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, Hantu Air, Hantu Gangster, Hantu Kapcai antaranya. Nampaknya penerbit menerbitkan filem seram dengan tajuk bermula dengan perkataan hantu untuk menarik penonton. Hanya satu saja filem hantu yang tidak menggunakan tajuk hantu pada tahun 2012, iaitu Sesuatu yang Tertinggal. Aku teringin juga nak mendengar tajuk tajuk pelik yang lebih umph! Try to be different!

Itu saja 12 perkara yang aku rasakan aku nampak pada tahun ini. Tahun 2013 kita akan ada pelbagai lagi exploration terhadap pelbagai idea. Jadi stay tune dengan Orang Perlis Menulis, tonton filem tempatan dan jangan lupa LIKE fanpage admin untuk ulasan filem terbaru. Jom!

p/s: analisa ini adalah pendapat peribadi dan tidak dipengaruhi mana mana pihak. TQ

Saturday, December 22, 2012

Jumlah Kutipan Tiket Filem Malaysia Tahun 2012

Tahun ini menjadi tahun yang agak suram bagi industri filem Malaysia. Tidak seperti tahun 2011, filem tahun kebanyakannya hanya mengaut jualan kurang dari 5 juta. Hanya Adnan Sempit 2, terbitan Metrowealth Pictures sahaja yang memecah gelas menjadi satu satunya filem yang mengaut jualan tiket lebih dari 6 juta. Berikut adalah petikan jadual jualan tiket filem filem Malaysia tahun ini.

Untuk review filem, korang boleh klik judul filem. 

BILTARIKH
MULA
TYG.
JUDUL FILEMPENGELUARBIL.
PAW.
TYG.
BIL.
HARI.
TYG.
JUALAN
TIKET
(RM)
STATUS
TYG.
1.05.01.12SESUATU YANG TERTINGGALGRAND BRILLIANCE65210.69Selesai Tayang
2.12.01.12KERAMATMETROWEALTH PICTURES67241.39Selesai Tayang
3.19.01.12BUJANG TELAJAKLINECLEAR MOTION PICTURES69262.60Selesai Tayang
4.26.01.12SUMPAHAN KUM KUMMETROWEALTH PICTURES70242.06Selesai Tayang
5.02.02.12AZURAACE MOTION PICTURES65210.99Selesai Tayang
6.09.02.12HANTU DALAM BOTOL KICAPMETROWEALTH PICTURES70241.86Selesai Tayang
7.16.02.12CHANTEKEMPAT SEMUDRA PLANTATION54120.10Selesai Tayang
8.23.02.12ADNAN SEMPIT 2METROWEALTH PICTURES82346.82Selesai Tayang
9.FIST OF DRAGON (MANDARIN)EVO PICTURES67421.26Selesai Tayang
10.01.03.12CINTA KURA-KURAKRU STUDIOS75261.17Selesai Tayang
11.08.03.12BUNOHANAPPARAT40210.78Selesai Tayang
12.SEEFOOD (ENGLISH)SILVER ANT68872.36Selesai Tayang
13.15.03.127 PETALA CINTAMETROWEALTH PICTURES73211.03Selesai Tayang
14.22.03.12JIDIN SENGALOUTLOUD STUDIOS59210.71Selesai Tayang
15.29.03.12JANGAN PANDANG-PANDANGEXCELLENT PICTURES75262.51Selesai Tayang
16.05.04.123 TEMUJANJIMETROWEALTH PICTURES64210.70Selesai Tayang
17.19.04.12UNCLE USINSKETCH SEVEN62211.00Selesai Tayang
18.26.04.12BERANI PUNYA BUDAKVISION WORKS (M)64281.13Selesai Tayang
19.03.05.12CHOW KITGRAND BRILLIANCE71250.45Selesai Tayang
20.10.05.12NONGKRONGMETROWEALTH PICTURES74282.12Selesai Tayang
21.GHOST BUDDIES (MANDARIN)DOUBLE VISION46281.08Selesai Tayang
22.17.05.12MANTERAFLARE STUDIOS78140.35Selesai Tayang
23.YOU BELIEVE IN GHOST? (MANDARIN)GENIUS PARADE47330.63Selesai Tayang
24.24.05.12AKU ADA, KAU ADA?PENCIL PICTURES58211.21Selesai Tayang
25.HOORE! HOORE!ASTRO SHAW / INDEPENDENT PICTURES63210.35Selesai Tayang
26.31.05.12MAN SEWEL DATANG KLWORK MOVE PRODUCTIONS54211.21Selesai Tayang
27.GERIMIS MENGUNDANGE-RAMA CREATIVE72190.22Selesai Tayang
28.07.06.12XMETROWEALTH PICTURES49210.20Selesai Tayang
29.JALAN KEMBALISKOP DAN GRAND BRILLIANCE80284.98Selesai Tayang
30.14.06.12JIWA TAIKONUANSA PRODUCTION64210.62Selesai Tayang
31.AIR MATA IBU (MANDARIN)SHINNING PRODUCTION50210.07Selesai Tayang
32.21.06.12HANYA AKU CINTA KAU SEORANGMETROWEALTH PICTURES46210.18Selesai Tayang
33.MAEL LAMBONGEXCELLENT PICTURES77334.88Selesai Tayang
34.28.06.12BAIK GILERLAYAR DIMENSI54210.38Selesai Tayang
35.AKU, KAU DAN DIATAYANGAN UNGGUL53210.16Selesai Tayang
36.05.07.128 JAMMETROWEALTH PICTURES SDN BHD79282.30Selesai Tayang
37.12.07.12MOMOK - JANGAN CARI PASALGALAKSI SENI SDN BHD40210.13Selesai Tayang
38.26.07.12KARMA REBORN (KANTONIS)GENIUS PARADE4119
0.25
Selesai Tayang
39.09.08.12HANTU GANGSTERPRODIGEE MEDIA SDN BHD9935 Selesai Tayang
40.19.08.12SAMSKOP PRODUCTION7628 Selesai Tayang
41.SERAM SEJUKI-INSAN MULTIMEDIA5628 Selesai Tayang
42.30.08.12LEFTWINGSBAGUS TIASA SDN BHD48140.02Selesai Tayang
43.29 FEBRUARIKRU STUDIOS SDN BHD79210.37Selesai Tayang
44.06.09.12SALAM CINTAMETROWEALTH PICTURES SDN. BHD50270.26Selesai Tayang
45.HANTU AIRMULTIMEDIA ENTERTAINMENT SDN. BHD50210.68Selesai Tayang
46.13.09.12HALIM MUNANRR EMPIRE SDN. BHD60190.49Selesai Tayang
47.KEPONG GANGSTER (KANTONIS)MAHU PICTURES SDN BHD64282.09Selesai Tayang
48.20.09.12UNTUK TIGA HARIASTRO SHAW SDN.BHD72250.86Selesai Tayang
49.AJI NOH MOTORMIG PICTURES SDN. BHD49190.22Selesai Tayang
50.27.09.12HANTU KAPCAIKRU STUDIOS SDN. BHD71353.19Selesai Tayang
51.SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAUNUSAN BAKTI CORPORATION SDN. BHD50140.15Selesai Tayang
52.04.10.12TAI KUNMIG PRODUCTION SDN. BHD62 260.78 Selesai Tayang
53.NGORATGRAND BRILLIANCE58190.37 Selesai Tayang
54.11.10.12AKU TERIMA NIKAHNYAMETROWEALTH PICTURES SDN. BHD6321  2.75Selesai Tayang
55.CINTA BERUANGFANTASTIC VILLA SDN. BHD4812  0.05Selesai Tayang
56.18.10.12PE3METROWEALTH PICTURES SDN. BHD48 191.18Selesai Tayang
57.VAJRAM (TAMIL)GENIUS PARADE SDN. BHD4112  0.009Selesai Tayang
58.25.10.12APA CELOP TOQQEXCELLENT PICTURES SDN. BHD6626 1.07Selesai Tayang
59.
60.01.11.12BUDAK PAILANGMIG PICTURES SDN. BHD6221 0.96Selesai Tayang
61.ZAITON, CERITAKUBRUANG FILM SDN. BHD5614 0.059Selesai Tayang
62.08.11.12AJI BOYMIG PICTURES SDN. BHD4521 0.71 Selesai Tayang
63.ISTANBUL, AKU DATANGGRAND BRILLIANCE & RED FILMS7035 3.58 Sedang Tayang
64.15.11.12WAR OF THE WORLDS : GOLIATHTRIPOD ENTERTAINMENT SDN. BHD5212 0.28 Selesai Tayang
65.
66.22.11.12PONTI VS OMIVISION WORKS (M) SDN. BHD66 261.71 Sedang Tayang
67.
68.29.11.12SEPAH THE MOVIEPTV FILM PRODUCTION SDN. BHD6720 2.12 Sedang Tayang
69.LAGENDA BUDAK SETAN IIASTRO SHAW SDN. BHD74201.80Sedang Tayang
70.06.11.12STRAWBERI CINTAMIG PICTURES SDN. BHD5612 0.54 Sedang Tayang
71.ADUTHA KHATTAMNGP FILM SDN. BHD3212 0.06Sedang Tayang
72.13.12.12
73.THE GOLDEN COUPLEGRAND BRILLIANCE590.64 Sedang Tayang
74.20.12.12ADIK MANJA RETURNADIK MANJA SDN. BHD45Tunggu Tayang
75.THE COLLECTORTAYANGAN UNGGUL SDN. BHD45Tunggu Tayang
76.27.12.12KAHWIN 5KRU STUDIOS SDN. BHD65Tunggu Tayang
77.THE PRINCE OF THE CITYAXIS LINE ENT. SDN. BHD.60Tunggu Tayang

p/s: jadual akan diupdate dari masa ke masa.

Tuesday, December 11, 2012

18+ Video Pesalah Dipenggal Kepala Guna Chainsaw Dan Pisau!


Sebuah video ngeri menunjukkan dua orang lelaki yang dikenali sebagai Felix Gamez Garcia yang dikatakan telah terlibat dalam pengedaran dadah di Amerika Syarikat bersama rakannya, Barnabas Gamez Castro dipenggal kepalanya. Setiap seorang daripada mereka dipenggal dengan dua cara berbeza lagi menggerikan. Seorang daripada mereka mulanya dipenggal kepalanya menggunakan chainsaw dan seorang lagi pula menggunakan pisau. Bagi yang mahu tengok gambar yang dicapture dari video enam minit tersebut, boleh pergi blog ini.


Rakaman menunjukkan kekejaman ini dilakukan oleh dua orang lelaki yang berpakaian tentera. Siapa mereka tidak dapat dikenalpasti. Khabar dari blog ini menyatakan Youtube sudah remove video ngeri tersebut yang telah diupload di Youtube. Namun, bagi yang tahan lasak dengan video berdarah yang real, korang boleh menonton video berdurasi enam minit ini di bawah.


AMARAN:
video mengandungi adegan yang mengerikan dan tidak sesuai untuk ibu mengandung, dan kanak kanak dibawah umur. Penonton video menonton atas risiko sendiri.

Tuesday, December 4, 2012

(18+) Fakta Tabu! 6 Festival Seks Di Dunia

Di Barat, seks bukanlah hal yang dianggap tabu. Malah, mereka juga meraikan seks dengan mengadakan festival bagi penggila seks mereka. Nah, ini dia senarai 6 festival seks yang ternyata tidak diketahui ramai.



1. Hot d'Or (klik untuk gambar festival) - May
Ianya adalah bermaksud Golden Hot dalam bahasa Inggeris. Sebuah festival anugerah yang memberi penghormatan kepada pelakon pelakon porno yang telah diadakan di Cannes, France sejak 1992 lagi oleh majalah Fresh iaitu Hot Video.

2. International Erotic Film Festival (klik untuk gambar festival) - September
Diadakan di Baeselona, Spain, pesta ini tidaklah seeksklusif Hot d'Or. Namun, cakupannya lebih luas kerana objektif acara ini adalah untuk menghilangkan rasa tabu bagi yang berurusan dengan pornografi dan penggunaan produk seks. Di pesta ini, filem pornografi ditayangkan di mana mana terus menerus sambil bintang filem bercakap tentangnya. Pertunjukan pakaian dalam, produk seks dan pesta seks gila juga disediakan.

3. Nudes-A-Poppin' Pageant (klik untuk gambar festival) - Julai & Ogos
Pertandingan mengangkat gadis gadis seksi yang diadakan di Indiana, Amerika yang dikenali sebagai Ponderosa Sun Club ini menampilkan deretan wanita cantik bogel yang merebut mahkota Miss Nude. Apa yang diberikan di pesta ini hanyalah wanita cantik yang berjalan telanjang bulat, tarian erotik, pertunjukan bogel dan pelbagai lagi acara yang menjurus kepada seks hardcore.

4. Folsom Street Fair (klik untuk gambar festival) - September
Diadakan khusus untuk penggemar fetish, pesta yang diadakan di San Francisco Amerika. Semasa festival ini diadakan, beberapa blok di daerah San Francisco ditutup dan pelbagai barang dan mainan seks akan dipamerkan di sepanjang jalan. Segala fantasi lateks, dan pelbagai fetish dipamerkan tanpa segan silu di sini.

5. Erotica (klik untuk gambar festival) - November
Pesta ini diadakan di London, England. Dianggap sebagai festival erotik terbesar di dunia, Erotica mewakili seksualiti dan gaya hidup santai dan tenang. Festival ini lengkap dengan pelbagai pertunjukan, butik perhiasan erotik dan showroon untuk lebih dari 230 peserta pameran. Semua hal yang berkaitan dengan seks boleh ditemui di sini.

6. Exotic Erotic Ball (klik untuk gambar festival) - Oktober
Sudah diadakah lebih 25 tahun, Exotic Erotic Ball adalah acara pesta gila terbesar di Amerika yang diadakan di San Francisco. Mereka yang datang ke sini seperti melepaskan 'naga' yang telah tidur. Pesta tarian, tarian bogel dan pelbagai pertunjukan seks gila ditunjukkan. Apa yang menariknya, festival ini dijual dalam bentuk video sebagai satu tarikan kepada penggemar filem porno.

sumber

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan” Al-Furqan ayat 68-69

Monday, December 3, 2012

20 Foto: Lincah, Seksi, 'Nakal', J.Lo Goncang Stadium Merdeka!

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Dilarang mempamer gaya dan aksi 18sx, ghairah juga tarian erotik yang berlebih-lebih, sikit pun tidak membantutkan hasrat Jennifer Lopez aka J.Lo merealisasikan konsert sulungnya Dance Again Live in Malaysia 2012, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. Mengadakan konsert di salah satu negara Islam yang penuh dengan tatasusila sebagai negara timur, penyanyi berpengaruh dari Amerika Syarikat ini nyata hormat dan akur dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Tampil dengan outfit sopan meskipun tiada 'babak' baju terlondeh serta kelakuan-kelakuan menghairahkan di atas pentas, pun begitu J.Lo yang tetap nampak seksi sukses menghiburkan kira-kira 8,000 penonton. Biarpun hujan turun tanpa henti sejak beberapa jam sebelum konsert bermula tapi tidak mematahkan semangat peminat untuk membanjiri segenap stadium. Memulakan persembahan jam 9.10 malam, J.Lo menghangatkan suasana dengan deretan 15 lagu dari zaman Jenny From The Block hinggalah album terkini dengan lagu seperti Get Right, Love Don't Cost A Thing, I'm Into You, Waiting For Tonight, Let's Get Loud, All I Have, Run The World dan Papi .

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Beraksi penuh bertenaga dengan memperlihatkan aksi tarian cukup ligat bersama vokal yang mantap, ibu kepada dua cahaya membuktikan dia selayaknya bergelar penghibur sejati. Dengan penata cahaya menakjubkan, props yang sangat dinamik serta sistem bunyi cukup baik, lantas boleh dikata konsert ini antara konsert 'outdoor' terbaik 2012.

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Daripada muzik rancak di tukar mood sentimental bilamana J.Lo ajak peminat bercerita tentang cinta, "Okay, mari kita redakan sedikit suasana, kita jadikan juga malam ini malam penuh romantik. Apa kata, mari kita bercerita tentang cinta. Okay, cinta itu subjeknya memang besar. Tapi apakata kita kembali ke album pertama saya. Lagu ini juga yang membuatkan saya di kenali di serata dunia", kata J.Lo lalu didendangkan lagu If You Had My Love versi akustik bersambung medley I'm Real dan Ain't It Funny. 

Ya memang. Satu jam pertama perjalanan konsert Dance Again Live in Malaysia 2012, segalanya nampak selamat. Peminat sangat terhibur dan J.Lo bertambah-tambah teruja mahu terus menghibur. Bagaimanapun 30 minit terakhir, atmosfera stadium merdeka bertambah panas membara apabila bekas a begitu yakin malah 'berani' tampil dengan bodysuit kombinasi rona hitam dan warna kulit juga legging lace lalu meneruskan persembahan dengan lagu On The Floor. Habis saja lagu, diva yang pernah dirai sebagai wanita paling cantik di dunia ini berdiri di tengah-tengah pentas memerhati segenap arena sambil tergelak besar dan membiarkan penonton menatap sepuas-puas tubuh seksinya itu - J.Lo memang 'nakal'. 

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

 Menamatkan konsert sekitar jam 10.30 malam, tampil dengan baju keenam - bodysuit yang dilitupi seequin, J.Lo tinggalkan peminat Malaysia dengan lagu I Wanna Dance. 

(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Konsert tersebut turut disaksikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar termasuk beberapa kelibat para kerabat. Juga VIP antaranya Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Y.B Dato' Mukhriz Mahathir, Menteri Perlancongan Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen. Turut juga kelihatan para selebriti seperti Hans Isaac yang datang bersama Neelofa, Amy Search bersama anaknya Nabila Huda, Fazley Zainal dan Dafi. 


Sementara itu, sebelum merentasi benua Asia, penghibur berusia 43 tahun itu melancarkan siri jelajah konsertnya pada 14 Jun lalu, dan ia dimulakan di Republik Panama kemudian menjelajah ke sekitar Amerika Latin serta Brazil. Manakala Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi ketiga di antara 44 lokasi lain selepas mengunjungi Manila dan Jakarta. Konsert J.Lo Dance Again World Tour 2012 dijadual berakhir pada 18 Disember di Australia. Siri jelajah itu diadakan sempena rangka promosi album kompilasi pertamanya edaran Epic Records berjudul Dance Again The Hits.

Lagi foto Jennifer Lopez Dance Again Live in Malaysia 2012
(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)

Kredit gambar: cipotredz
Artikel asal dari: MalaysianDigest.com

Thursday, November 8, 2012

Petikan Berita: 'Zaiton Ceritaku' Gagal Menyerlah?

tulisan asal: 
MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Esma Daniel tidak berasa kecewa apabila filem pertama arahannya berjudul Zaiton Ceritaku gagal mendapat sambutan dengan kutipan tidak sampai RM100,000. Esma berkata, filem berkenaan yang mula ditayangkan pada 1 November lalu hanya mampu bertahan selama seminggu di pawagam dan terpaksa ditamatkan selepas mendapat sambutan dingin daripada orang ramai. 

"Faktanya filem arahan saya itu gagal mendapat sambutan daripada penonton dan saya tidak menyalahkan pihak panggung menarik keluar ia daripada tayangan dalam tempoh seminggu kerana ia telah termaktub dalam peraturan Syarat Wajib Tayang (SWT). Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. 

Zaiton Ceritaku berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi Zaiton Sameon yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan selepas ditimpa kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. Ia memaparkan pahit getir kehidupannya yang berdepan trauma akibat kemalangan itu sehingga banyak pihak menganggapnya tidak siuman. 

Filem tersebut menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Pelakon Nadia Aqila memegang watak sebagai Zaiton Sameon dalam filem berkenaan yang berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi itu selepas dia ditimpa kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. 

Esma turut menolak kegagalan Zaiton Ceritaku itu kerana terpaksa bersaing dengan filem antarabangsa seperti Skyfall 007 yang sedang ditayangkan sebaliknya ia berpunca daripada sokongan penonton. "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kegagalan filem ini kerana setiap penonton itu berhak membuat keputusan untuk menonton karya yang mereka suka,” katanya. 

Dalam pada itu, Esma berkata, faktor kekurangan promosi mungkin menjadi sebab ia gagal mendapat perhatian namun pihak penerbit telah melakukan yang terbaik bagi memastikan karya tu berjaya. Bagaimanapun kata Esma, dia bersyukur apabila maklum balas yang diterima selepas penonton menyaksikan filem itu cukup baik dan mereka berpuas hati dengan garapan yang dilakukan mengenai kisah hidup penyanyi terkenal itu. 

"Sebagai pengarah saya gembira apabila penonton memberikan ulasan yang baik mengenai filem itu cuma barangkali ia tidak terjemah dalam bentuk kutipan," katanya. Sementara itu, Esma menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikannya lebih cemerlang ketika berkarya pada masa akan datang.

KOMEN:
Aku rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan industri kita sejak lama lagi. Orang kita lebih suka ketawa dan menonton lawak biasa dari menonton sebuah filem yang mahal kualitinya. Orang kita sebenarnya tak berapa nak menghayati seni. Mereka hanya menghayati cerita. Itu masalahnya. Sebab pada aku, seni dan cerita perlu bersama. Barulah bayar duit di panggung berbaloi. Kenapa filem lawak bodoh boleh box office, sedangkan filem yang punya kualiti setafar drama Hollywood boleh kecundang? Korang ada jawapannya. 

klik untuk entry lain berkaitan dengan filem ini:
- review Zaiton Ceritaku- temubual bersama pengarah filem, Esma Daniel- sneak peek

Monday, October 22, 2012

Trivia: 12 Perkara Tentang Yash Chopra (1932-2012)

Pengarah filem veteran Bollywood, Yash Chopra yang terkenal dengan filem arahannya iaitu Dil To Pagal Hai meninggal dunia pada 21 Oktober 2012 (Ahad) akibat demam denggi. Chopra yang berusia 80 tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Lilawati, Mumbai sejak 13 Oktober lalu. Menurut pihak hospital, pelakon itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi denggi yang berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi. September lalu dalam satu temu bual bersama aktor Shah Rukh Khan, Chopra memberitahu filem Jab Tak Hai Jaan akan menjadi karya terakhir arahannya kerana ingin menumpukan kepada kehidupan peribadi.

Bagi yang tidak mengenali siapa Yash Chopra dan sejarah hidupnya, admin sediakan beberapa fakta insan yang berada di belakang tabir filem filem besar Bollywood ini. 


1. Beliau lahir pada 27 September 1932, di Lahore dan berasal dari keluarga Punjabi.

2. Berkahwin dengan Pamela Singh pada 1970. Hasil daripada perkahwinan itu, lahirlah Aditya dan Uday yang mana mengikut jejak bapanya. Aditya Chopra kini adalah pengarah dan penerbit di syarikat bapanya manakala Uday pula bermula dengan menjadi orang belakang tabir sebelum berlakon buat pertama kalinya dalam Mohabbatein.

3. Kerjayanya bermula sebagai pembantu pengarah kepada I.S. Johar dan abangnya, B.R. Chopra. Filem arahannya yang pertama ialah Dhool Ka Phool (1959), kemudiannya diikuti oleh Dharmputra (1961).

4. Yash Raj Films, syarikat filem miliknya bermula pada 1973. Filem pertama terbitan syarikat itu ialah Daag: A Poem Of Love (1973). Kejayaan tersebut kemudian diikuti oleh filem aksi thriller lakonan Amitabh Bachchan bertajuk Deewar (1975), kemudian Kabhi Kabhie (1976) dan Trishul (1978) menyusul.

5. Beliau telah terlibat dalam industry Bollywood selama 5 dekad dan terlibat dalam lebih kurang 50 buah filem. Pernah memenangi beberapa anugerah termasuk enam Anugerah Filem Nasional dan sebelas anugerah Filmfare termasuk empat kali untuk Pengarah Terbaik bagi Anugerah Filmfare.

6. Kerajaan India telah memberikan Anugerah Dadasaheb Phalke pada 2001 dan pingat Padma Bhushan pada tahun 2005 kerana sumbangannya dalam bidang perfileman India.

7. Filem terakhirnya ialah Jab Tak Hai Jaan yang menggandingkan Shah Rukh Khan dan Katrina Kaif. Bakal ditayangkan pada November 2012 sempena Deepavali.

8. Filem Dil To Pagal Hai menjadi salah satu filem paling sukses yang pernah diarahkannya. Dibintangi Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan juga Karisma Kapoor. Filem ini adalah filem pertama yang menjalani penggambaran di Germani. Dil To Pagal Hai menang tujuh Anugerah Filemfare termasuk Filem Terbaik dan Anugerah Nasional dan dikenali sebagai filem yang menghiburkan dan antara filem yang diingati peminat filem hindi selamanya.

9. Veer Zaara menjadi filem arahannya yang paling laris pada tahun 2004. Filem ini dibintangi Shah Rukh Khan, Preity Zinta dan Rani Mukherjee.

10. Dalam satu temubual pada September 2012, sempena sambutan harijadi Chopra ke 80 tahun, beliau mengumumkan yang Jab Tak Hai Jaan adalah filemnya yang terakhir. Dia berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada syarikat filemnya.

11. Senarai filem yang diterbitkan Yash Chopra adalah seperti berikut:

Daag (1973), Kabhi Kabhie (1976), Doosra Aadmi (1977), Trishul (1978), Noorie (1979), Kaala Pathar (1979), Silsila (1981), Nakhuda (1981), Sawaal (1982), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Daar (1993), Aaina (1993), Yeh Dillagi (1994), Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Humko Ishq Ne Mara (1997), Dil To Pagal Hai (1997), Mohabbatein (2000), Mujhse Dosti Karoge! (2002), Mere Yaar Ki Shaadi Hai (2002), Saathiya (2002), Hum Tum (2004), Dhoom (2004), Veer Zaara (2004), Bunty Aur Babli (2005), Salam Namaste (2005), Neal N Nikki (2005), Fanaa (2006), Dhoom 2 (2006), Kabul Express (2006), Ta Ra Rum Pum (2007), Jhoom Barabar Jhoom (2007), Chak De India (2007), Laana Chunari Mein Daag (2007), Aaja Nachle (2007), Tashan (2008), Thoda Pyaar Thoda Magic(2008), Bachna Ae Haseeno (2008), Roadside Romeo (2008), Rab Ne Bana Di Jodi (2008), New York(2009), Dil Bole Hadippa (2009), Rocket Singh: Salesman of the Year (2009), Pyaar Impossible(2010), Band Baaja Baaraat (2010), Mujhse Fraaandship Karoge (2011), Mere Brother Ki Dulhan (2011), Ladies vs Ricky Bahl (2011), Ishaqzaade(2012), Ek Tha Tiger(2012) 

12. Senarai filem yang diarahkan Yash Chopra adalah seperti berikut: 

Dhool Ka Phool (1959), Dharmputra (1961), Waqt (1965), Aadmi Aur Insaan (1969), Ittefaq (1969), Daag (1973), Joshila (1973), Deewaar (1975), Kabhi Kabhie (1976), Trishul (1978), Kaala Patthar (1979), Silsila (1981), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Parampara (1992), Darr (1993), Dil To Pagal Hai (1997), Veer-Zaara (2004), Jab Tak Hai Jaan (2012) 12. Senarai filem yang diarahkan Yash Chopra adalah seperti berikut: Dhool Ka Phool (1959), Dharmputra (1961), Waqt (1965), Aadmi Aur Insaan (1969), Ittefaq (1969), Daag (1973), Joshila (1973), Deewaar (1975), Kabhi Kabhie (1976), Trishul (1978), Kaala Patthar (1979), Silsila (1981), Mashaal (1984), Faasle (1985), Vijay (1988), Chandni (1989), Lamhe (1991), Parampara (1992), Darr (1993), Dil To Pagal Hai (1997), Veer-Zaara (2004), Jab Tak Hai Jaan (2012)

(sumber: Wiki)

Sunday, October 21, 2012

Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 dan 25 Disember? Hoax Lagi!!


Selepas rumor yang mengatakan akan terjadi sesuatu pada tanggal 15 Ramadhan 1433, yang mana sudah berlalu tanpa apa apa kejadian pun, kini satu lagi khabar angin disebarkan menerusi blog blog. Apa yang dinyatakan adalah kononnya pada 23, 24 dan 25 Disember tahun ini (2012), dunia akan berada dalam kegelapan dan tidak akan terjadi kiamat. Blogger tersebut (antaranya ialah iniiniini ramai lagi ), yang mana mula membawa cerita ini dalam versi bahasa melayu menyatakan ianya adalah kiamat kecil yang bakal berlaku.

Antara kebenaran, betul atau tidak, atau ianya sekali lagi adalah kenyataan orang yang berlagak menggunakan nama NASA padahal NASA tidak pernah keluarkan apa apa kenyataan, semuanya terjawab di sini. Semasa admin mencari tentang kebenaran hal ini, admin terjumpa dengan sebuah forum. Dengan menggunakan tajuk NASA Predicts Total Blackout in December 2012, adalah jawapan kepada semua persoalan ini.  Anda boleh klik sini untuk membaca perbincangan di sini.

Dalam artikel asal, yang mana berbahasa Inggeris, ianya berbunyi begini.

Versi 1
NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.
It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world.
The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.
We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talkabout preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive more...every day. Better avoid traveling during December.

Versi 2

NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, please avoid traveling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. All planets are expected to align in a straight line as a result of which there could be some natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the present enjoy life.
Kemudian, seseorang yang memulakan viral ini telah menterjemahkan perkara yang diSHARE di Facebook ini ke dalam bahasa Melayu. Maka, terjadilah adegan salin menyalin dari blogger ke blogger. Dan, sekaligus, ianya membuatkan seluruh orang Islam berada dalam ketakutan. 

Versi bahasa melayu:


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam…Assalamualaikum…


Berbalik kepada analisa di laman forum yang boleh diklik di atas, ternyata kebenaran mesej ini adalah satu penipuan. Malah, total blackout (kegelapan), alignment of the universe (penjajaran alam semesta), malah bercakap pasal dimensi 3 ke 0 kemudian ke 4 semuanya tak ada makna apa. Semuanya tak masuk akal dan bukan saintifik. Ianya sains fiksyen sahaja yang tidak wujud dalam realiti.

Kalau anda tak percaya, sekali lagi admin minta korang klik je link ni. Untuk penerangan apa yang sebenarnya terjadi pada tanggal 23, 24 dan 25 Disember tersebut, blogger Indonesia ini ada jawapannya. Klik sini untuk baca penjelasan yang lebih terperinci. Untuk mengetahui kedudukan planet planet pada tarikh tersebut, klik sini.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...