Monday, March 22, 2010

Enam Tahun Sudah, Ini Aku

Minggu ni minggu yang macam2 hal jadi sehinggakan dah jadi macam dalam filem. Ada kisah putus cinta, ada kisah cinta, ada kisah hidup yang sukar diramal, ada jugak kisah asignmnt yang memang x habis2 lekat kat seorang mahasiswa. Ada test, belum dibaca. Ada asignmnt, setengah dimula. Ada perbincangan, sempat bersandiwara. Makanya, di saat tegang ini, aku berjalan2 di kaki Facebook. Mencari jeriji halus yang menyusuk hati. Lama2 aku jalan2, last2 aku nampak tag gambar dari member aku.

Huh, sudah hampir 10 tahun dah aku tinggalkan. Akhirnya memori kembali. (aiseyh.. ayat skema).. Xpe2, papepon. TQ yer kepada yang upload gambar2 nih. Meh2 kekawan, aku nk kongsi gambar2 eksklusif dari peti besi yang tertanam hampir 6 tahun ni.


Ni lak, kenangan akhir ting 5. Skemanye sbb aku jadi pengawas. Apelah yang spesel sgt aku sehinggakan aku dipelawa beberapa kali. Namun, ting 3 dan 4 aku tolak sbb aku tau, kalau jadi pengawas ni ada je kelas kena ponteng untuk meeting. Tapi, sbb ting 5 ni aku dah senior, terima jela. Makanya, aku pun jadilah pengawas yg selalu datang lewat ke sekolah.. hahaha... Yang perkot hitam 2, pengetua sekolah. Serentak dengan tamatnya aku di sekolah tu, dia pun berpindah. Tau kemana dia pergi? Sekolah aku Ting 6. Adeyh, ingat berjumpelah ngan pengetua baru. Rupenye, dia lagi....

Wa... klasik giler gambar nih. Ni gambar waktu form 4 atau 5. Lebih kurang la kat Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Ni kitorang wat jamuan akhir tahun, xtvt normal bagi setiap kelas. Huh, sume muke mude2 g. Hehehe.. mana aku? Memang korang x dapat cari... sbbnyer, aku tiada dalam gambar.. hahaha

Ni gambar kenangan waktu selepas jamuan. Wanita bertudung bertag nama hitam di sebelah kanan 2 adalah cikgu bahasa Inggeris aku. Dan lelaki yang di sebelah kiri diapit dua wanita tu, adalah cikgu matematik aku. Yang lain 2, ahli2 kelas. Aku ada dalam gambar ni, cari sndri di mana ye.....

Sedikit review ttg aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi..

Orang cakap aku ni pendiam dan skema. Jarang join xtvt. Namun, aku stay ngan PBSM sampai habis ting 5. Tapi, las2 datang UPSI, pengakap jugak jadinye. Dah macam tak berkesinambungan pun. Aku tak lasak sangat. Jarang join sukan. Tapi, kalau suruh jaga medik, hah, yang ni best. Last2, medik xjadi. Cikgu gak jadinye. Lain2, rajin 2 adelaa gak. Hehe3. Tapi, kalau bab2 datang kelas memang no 1. Sampai aku datang kelas, orang x datang. hahaha. Memang skema tol. Kalau difikirkan balik zaman 2, memang nk tergelak r.

Papepon, dah sampai sini pon aku. Dah sampai UPSI. Even aku rasa muka aku xla banyak mana berubah. Tapi, rasanya aku bukan lagi seorang yang seperti dulu. Aku dah nk jadi bakal pendidik, insyaallah. Dan.. aku akan kembali ke sekolah ni, kalau ROS aku diterima...

No comments: