Akan Datang!

Sunday, January 4, 2015

Review: Bang! Bang!

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Siddarth Anand
Pelakon | Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Danny Denzongpa

Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi rasmi dari filem Knight and Day. Memang pada aku, ianya jujur benar sebab filem Bollywood terkenal kerana adaptasi mereka memang kejam sebab jarang minta izin untuk menciplak filem filem Hollywood. Banyak yang berjaya dan banyak juga yang sebenarnya lebih sekadar syok sendiri. Tambah unsur muzikal sana sini, dan tiada originality antara kelemahan adaptasi kadangkala. 

Bang! Bang! Memang sebuah adaptasi yang pada aku memang hanya mahu memberi ruang untuk komedi Knight and Day itu terjadi dalam situasi berbeza. Jika anda pernah menonton filem lakonan Tom Cruise bersama Cameroon Diaz itu, korang akan rasakan yang Bang! Bang! hanyalah mengekalkan watak dan tidak pada ceritanya. 

Menjadi antara filem yang mendapat kutipan paling tinggi tidak bermakna filem ni memang melebihi jangkaan. Filem Bang! Bang! sebenarnya kelihatan seperti filem Bollywood biasa yang mengekalkan momentum romantiknya dan cinta pada paras sehabis tinggi, kemudian ditambah dengan aksi yang super duper melebihi jangkauan dengan bantuan VFX yang makin menggila digunapakai oleh Bollywood. 

Knight and Day dan Bang! Bang! memang tak sama. Hanya beberapa elemen filem asal tulisan Patrick O’neill itu sahaja dimasukkan dengan adunan plot yang berbeza sama sekali. Ceritanya memang agak jauh menyimpang dan tidak sedikit pun nampak seperti skrip asal. Nampak kan publisiti besar yang diberikan kan? Ehem. 

Fasa pertama filem mungkin sedikit membosankan. Fasa cinta dan jiwa, dalam ungkapan filem ni nampak tidak menyerlah. Hrithrik dan Katrina nampak tidak sekata, tidak mampu untuk bawa roh cinta itu sebagai elemen pelengkap. Namun, apabila part 2 bermula selepas interval, filem ni mula menunjukkan belangnya. Aksi yang padat serta kejutan yang tipikal bollywood menjadi elemen penting yang mengejutkan penonton yang sedikit terlena. 

Tidak dinafikan jika melihat secara keseluruhan, filem ni punya visual yang amat superb, ditambah pula dengan kecantikan Katrina dan kehenseman Hrithik. Malah, lokasi penggambaran memang antara benda yang menjadi factor kecantikan filem ni. Ianya nampak internasional. Namun, untuk lari jauh dari sebuah Bollywood tipikal, Bang! Bang! tidak mampu menjadi seperti Dhoom! 

Muzik Vishal Shekhar pada aku sedap tetapi biasa biasa untuk telinga aku. Aku kurang menggemari muzik yang tidak bervariasi. Dalam filem ni, kesemua lagu lebih kepada dansa rancak yang kurang gemar aku dengari. 

Koreografi aksi memang agak super hebat. Mungkin scene dalam air semasa di pulau agak menjengkelkan. Tetapi, aksi car chase dan juga pertarungan akhir dalam kapal terbang tu mungkin antara yang best dalam filem ni. 

So far, tak lah hebat mana adaptasi ini. Namun, factor tarikan seperti Hrithik Roshan dan Katrina Kaif antara benda yang menjadikan filem ni box office. Jalan cerita adaptasi yang diBollywoodkan sehingga ianya kurang enak mungkin antara kelemahan. Namun, aksi, keseksian pelakonnya dan juga visual yang cantik berjaya menjadi penutup segala kelemahan itu. Bang, bang! 

3.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...