Akan Datang!

Sunday, January 4, 2015

Review: Kill / Dil

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Shaad Ali
Pelakon | Ranveer Singh, Ali Zafar, Parineeta Chopra

Kill / Dil ialah sebuah filem jenayah cintan cintun yang dilakonkan oleh Ranveer Singh dan Ali Zafar dan heroinnya pulak ialah Parineeti Chopra. Filem ni meminjam elemen koboi dalam rangka promosinya dan juga menggambarkan plotnya yang kelihatan gelap dan juga berat. Namun, jangan dibaca pada promosinya saja, filem ni hanyalah sebuah romantika dalam kisah jenayahnya. 

Nak kata cintanya luar biasa tidaklah sangat. Ianya sebuah kisah cinta si lelaki yang mana seorang penjenayah yang cuba berubah dengan seorang gadis cantik. Ini kisah biasa dan menjadikan ianya luar biasa ialah bagaimana cerita itu disampaikan. Filem yang menampilkan Govinda ni memang memaparkan cinta tetapi dalam suasana yang gelap. 

Bagaimana pulak dengan ceritanya, best atau tak? Hah, senang aku nak cakap beginilah. Filem ni sebenarnya bukanlah banyak aksi maksi sangat pun. Pada awalnya mungkin korang akan sangka yang filem ni pasal assassination attempt dan juga gangster gangster. Tetapi, jangkaan korang meleset apabila filem ni memberatkan cinta lebih dari gangster. 

Govinda yang nampak sangat gah dalam role gangsternya (lama benar aku tak tonton pelakon ni berlakon) memberikan persembahan yang memuaskan. Namun, watak Bhaiyaji lakonannya seolah olah muncul dan hilang tanpa arah tuju yang benar benar kuat. Jauh dari sudut hati, aku mahu dia mati dengan lebih baik dari apa yang dipaparkan dalam filem ni. 

Plotnya juga meminjam kisah cinta biasa. Kisah seseorang yang nak cuba untuk berubah dan juga halangan sepanjang cinta mereka. Itu semua pada aku tidak mampu untuk berada pada satu tahap baru. Memang aku akui Bollywood mampu mengangkat tema yang sama berulangkali tanpa jemu, namun Kill / Dil tidak mampu mengangkat repeated theme ni dengan jaya. 

Namun, di sebalik kelemahan dan juga plotnya yang kurang memuaskan. Pendengar pendengar muziknya aku rasa puas hati dengan lagu lagunya. Muzik Shankar Ehsan Loy dengan liriknya oleh penulis terkenal zaman 90an, Gulzar memang sangat sangat klasik. Ada beberapa lagu yang agak catchy, namun ada juga muzik yang sangat sedap seperti ada aroma 90an di dalamnya seperti Narikhley. Sajde pula rock yang unik. 

Kill / Dil juga punya visual yang pada aku sangat cantik. Filem ni nampak seperti ada aroma filem gangster namun ianya ‘menipu’. Apa yang aku boleh kata, visualnya memang sangat amazing walaupun ceritanya tidak sehebat itu. 

Pada aku, filem ni terlalu biasa untuk deliver luar biasa. Dengan Ranveer Singh yang sangat memberikan lakonan terbaiknya bersama Ali Zafar, ianya tidak mampu untuk membantu plot yang ditata dengan biasa. Namun, aku pasti lakonan duo ini memang antara kekuatan Kill / Dil. Semangat abang adik, dan cinta memang satu adrenalin rush yang seharusnya sempurna. Malangnya Kill / Dil gagal menyempurnakan. 

3/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...