Pengarah | Robert Rodriguez, Frank Miller
Pelakon | Mickey Rouke, Eva Green, Jessica Alba, Josh Berlin
Pelakon | Mickey Rouke, Eva Green, Jessica Alba, Josh Berlin
Filem ni kali pertama, maksud aku filem pertamanya terbit masa aku berada di Tingkatan 5 kot masa tu. Masa tu, belum lagi paham dan memang tak tau artistic belaka tentang filem ni. Tapi, masa tu, aku dah mula kenal Robert Rodriguez sebab aku dah mula addicted dengan filem Spy Kids yang semakin lama semakin hampeh. Menunggu agak lama untuk sekuelnya muncul, akhirnya A Dame To Kill For berada di depan mata.
Filem adaptasi novel Frank Miller yang aku tak pernah baca sebab aku bukanlah fan besar komik ini aku tonton bukanlah kerana storyline. Aku tonton kerana beberapa sebab. Satu, ianya satu satunya filem hitam putih yang memang sangat sangat cun. Dua, ianya memang dari Robert Rodriguez even ramai cakap filemnya suck, tapi aku suka! Dan tiga, ianya ada keganasan yang pelik.
A Dame To Kill For yang dikatakan diadaptasi dari novel grafik dengan tambahan plotline baru khas untuk filem dari Frank Miller sendiri ini memenuhi dua sebab untuk aku menonton filem yang pertama dulu. Makna kata, filem ni sekali lagi memberikan visual hitam putih dengan sikit coret warna yang memang menampakkan filem ni seperti komik look a like. Miller dan Rodriguez benar benar mengadaptasi komik di buku menjadi komik di layar.
Aku rasakan filem Sin City ialah antara filem Rodriguez yang betul betullah menyerlah. Filem arahannya seperti Machete dan semua filem filemnya memang nampak syok sendiri. Tapi entah macam mana aku suka benar dengan filem filemnya yang mengarut. Mungkin aku boleh katakan, selain Planet Terror dan trilogy El Mariachi, filem Sin City antara buah tangan yang ditangani dengan baik.
Namun, untuk memberikan filem yang brutal dalam gaya komik seperti filem pertama, A Dame To Kill For gagal. Filem ni dipenuhi drama, skandal dan juga girls pakai lateks yang seksi yang memenuhi ruang tetapi gagal untuk memenuhi tuntutan untuk mengganaskan lagi filem ini. Memang ada adegan potong kepala dan beberapa lagi, namun ianya tidak mampu untuk menandingi kekuatan filem pertama.
Filem ni jugak nampak seperti mengeksploitasi Eva Green. Filem ni menampilkan babak bogel Eva Green yang berlambak, menjadikan lakonannya berketerampilan tanpa baju mendedahkan asetnya seperti memberikan roh ‘sensual’ yang besar pada filem ni. Mungkin Frank Miller dan Robert Rodriguez mahu alihkan keganasan kepada sensual attraction pulak lah kot!
Bagi yang tidak biasa dengan komik, filem ni memang agak membosankan. Narration yang panjang berjela dan juga cerita pendeknya berselang seli menyebabkan korang kena stay focus on screen. Kalau tak, momen yang tak dikejar akan menyebabkan korang miss banyak plot kecil yang menyebabkan penontonan korang jadi macam hampeh.
Totally unique tetapi tak mampu untuk menampilkan kekuatan filem pertama. Dengan keterampilan bogel Eva Green, filem ni hanya mampu memberikan godaan tetapi tidak pada keganasannya. Dramanya boleh tahan dan ianya, pada sesetengah orang termasuk aku, aku kira Robert Rodriguez dan Frank Miller selayaknya memikirkan untuk Sin City 3.
3.5/5
No comments:
Post a Comment