Monday, January 26, 2015

Review: Kelibat

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Hashim Rejab
Pelakon | Ellie Suriati Omar, Fauzi Nawawi, Nizam Zaidi

Ini yang aku panggil improvement. Nampaknya filem ni, antara yang berjaya untuk menarik perhatian aku untuk berdiskusi tentangnya. Plot twistnya dan segala isi perut filem ni nampak segar bugar walaupun masih dibayangi filem filem seram MIG yang lain. Kelibat ialah sebuah filem yang berjaya memberikan perasaan ingin tahu yang ok, walaupun ianya masih nampak tipikal dalam beberapa bahagian. 

Idea filem ni mungkin aku boleh katakan sebagai segar. Kelibat sebenarnya bukanlah filem seram yang menyeramkan. Ianya lebih kepada psycho dan jugak thriller yang menggunakan seram untuk menutup kejutan psycho thrillernya. Permulaan filem ni yang cantik, dan separuh masa pertama yang menekankan konflik keluarga nampak menjadi walaupun karakternya sikit je. 

Malah, selain daripada idea, filem ni bermula dengan penekanan terhadap hantu yang mirip filem filem Thai dan Asia. Permulaan filem yang ada babak hantu di cctv dan juga paparan akhbar berkenaan hantu hantu famous di Malaysia menjadikan permulaan filem ni ada grip yang bagus. Separuh masa pertama filem, yang bermain di dalam rumah ada kerja kamera yang boleh dikatakan hebat dan luar biasa. 

Filem ni pada aku tidaklah melebih lebih pada setnya, seperti Flat 3A. Bermain dengan gelap yang cukup sifat, dan menimbulkan rasa ragu dari masa ke masa adalah elemen yang sempurna. Tapi, apa yang aku cakap ni hanya berlaku di separuh masa pertama filem. 

Filem ni mula merudum di saat kejutan dan perubahannya tiba. Bila family semua dah mula mengalami moment seram, filem ni mula menjadi filem yang tipikal. Elemen seramnya diisi dengan moment yang sangat tipikal dalam filem seram dan menjadikan bahagian seram filem ni menghilangkan roh di fasa pertama. 

Tetapi, saat penonton dah mula bosan dengan kejutan yang semakin lama semakin hilang taring, geng di sebalik idea Kelibat ni bijak untuk tarik balik penonton untuk kembali menonton. Moment akhir filem ni, yang mana memberikan ‘twist’ yang besar antara bahagian yang betul betul memberikan Kelibat pengalaman yang berbeza. 

Namun, secara peribadi, Kelibat masih boleh berdiri tanpa elemen hantu. Kelibat boleh muncul sebagai filem psycho thriller, dan kemudiannya kejutan besar di akhir filem disatukan. Pada aku, babak hantu selepas keluarga ni jadi baik secara tiba tiba hanyalah dibina untuk memanjangkan waktu filem dan tidak ada apa apa motif. 

Babak hantu sebenarnya menjadikan filem ni berselirat untuk dijelaskan. Scene Elly Suriati dalam bilik mainan bersama anaknya, yang menjadi part penjelasan kepada semuanya tidak disambungkan dengan baik. Pendek kata, hujung filem ni nampak tidak dihias dengan sempurna walaupun endingnya ada kejutan yang betul cantik kalau hiasannya betul. 

Totally, a great piece from Hashim Rejab. Great CGI dan juga permainan visual yang baik. Ceritanya sempurna dan segar. Walaupun begitu, aku tidak berkata yang filem ni cukup sifat untuk jadi filem yang terbaik. Secara peribadi, Kelibat delivers apa yang betul betul terbaik dan ya, MIG berjaya untuk membuatkan aku berfikir dan mencantum apa yang sebenarnya berlaku dalam filem ni. 

3.5/5

No comments: