Wednesday, March 23, 2011

Sneak Peek: Bunohan



Pernah dengar tentang desas desus suatu ketika dahulu tentang filem berkenaan Mona Fendi yang dilakonkan oleh Umie Aida bertajuk Dukun yang tidak pernah direlease sampai sekarang? Kini dari pengarahnya, Dain Said.. mempersembahkan, Bunohan!


Sebuah filem martial art yang aku rasa wajib tonton bagi peminat Ong Bak, dan Merantau. Bunohan dibintangi Faizal Hussein, Zahril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wahn Hanafi Wan Su, Hushairy Hussein, Amerul Affendi, Soffi Jikan, dan lain lain. Wah, bangga Malaysia akhirnya ada filem martial art yang ganas sebegini!

Bunohan mengisahkan tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut.

Ilham (Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( Pekin) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

p/s: fakta, Bunohan adalah sebuah kampung yang memang wujud di Terengganu! Sekian...

3 comments:

♀ syera teli ♀ said...

wow , mcm besh je . hehe ,

akmal said...

tak suka citer bunuh2 neh, menakutkan jek

Arya Putra said...

terbaik cikgu man!
teruskan usaha cikgu sneak peak ya! heheheh..!