James Lee, sebut saja pasti teringat Histeria. Pada aku, garapan Histeria gelap tetapi ngerinya memang begitu hebat. Kisah yang nampak seperti Hollywood style (yang mana tidak menggunakan bomoh sebagai pemati cerita) antara satu cara untuk memvariasikan cereka seram dalam industri. Aku puji Histeria walaupun hantunya bukan cara hantu Melayu (yang selalu diam diam muncul di belakang, depan , tepi ataupun bawah). Aku puji Histeria kerana permainan gelap itu berjaya mewujudkan satu plot yang anti klimaks yang cukup menarik. Sebuah cereka James Lee yang ok ok sebagai satu permulaan pengarah independent yang beralih ke industri serius.
Sini Ada Hantu masih dalam genre seram. Mengklasifikasikan Sini Ada Hantu sebagai sebuah cereka seram berat nampaknya tidak wajar. Entah kenapa, aku lihat filem ini terawang awang antara dua sisi cereka. File mini tidak terlalu komedi, malah tidak juga terlalu seram. Memasukkan kisah 4 in 1 antara idea yang nampaknya cuba digunakan untuk menarik penonton menonton segerombolan kisah kisah variasi dalam konsep yang sama. Ternyata konsep ini berjaya apabila Thailand (sepaham akal aku) pernah membikin filem sebegini seperti Bangkok Haunted (arahan Pang Brothers), Soul, Three (filem gabungan tiga negara, salah satunya adalah filem pendek dari pengarah Nang Nak), terkini pula mungkin mengenali 4Bia dan 4Bia 2 yang masih memberi alur cerita yang berbeza.
Keseluruhannya, garapan James Lee kali ini optimis terhadap sikap kerjasama, kesatuan dan perpaduan. Kalau anda sedar, di akhir filem ini anda mungkin berfikir kenapa orang Cina sembahyangkan mayat orang India. Aku penat memikirkan logical kisah pokok yang begitu luar akal. Namun, aku tahu itu satu falsafah yang cuba dibawa iaitu perpaduan kaum (amat pelik tema ini dimasukkan dalam filem seram). Apapun plot utama begitu simple (yang mana adegannya diselangseli dengan kisah sub) dan hanya mengambil masa yang sekejap untuk dihabiskan.
Dalam banyak banyak kisah, aku suka kisah Hantu Asrama (wonder why he use the name hantu asrama, sedangkan hantu itu ialah hantu jepun... hmm..) garapannya tenang tetapi menarik. Namun, aku sedar ada satu potongan besar yang mencacatkan kisah Hantu Asrama ni. Perhatikan babak Yaakob dalam tandas. Fikirkan bagaimana logiknya gelanggang yang tidak dibenarkan sesiapa pun bermain dibiarkan tanpa dikunci. Bagaimana Yaakob yang terkejut dikejar hantu berlari keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam kawasan gelanggang? Ada satu tali penghubung yang hilang di sini. Cacat! Hantu Nombor Ekor satu satunya cerita yang buatkan Sini Ada Hantu jadi filem Malaysia, bukan Filem melayu. Aku suka kengerian cerita ini (babak anjing dibunuh nampak kejam, babak pembunuhan juga kejam). Endingnya pun begitu bermesej.
Hantu Pokok Pisang, kagumi Fasha Sandha. Mesti lelaki terbayang bayang enaknya jika hantu pokok pisang itu sepertinya. Indah kan? (Hoi! Udah udah!!!!). Cerita ni keras. Bukan keras yang ‘itu’, tetapi lakonannya plastic. Begitu tenang dan tak realistic. Apa yang menjadi perbualan hanyalah Fasha Fasha Fasha!!!. Serius cerita pertama bosan. Malah hantu juga macam nenek tua pakai bedak!. Jika anda pernah menonton filem Soul (sebuah filem thai), filem ini nampak seperti satu daripada cereka pendek dalam filem tersebut. Dalam erti kata lain, plotnya nampak dicedok dari filem tersebut, tapi mana tau kalau kalau James Lee sendiri pernah mencuba berasmara dengan Hantu Pokok Pisang.. wahaha (seperti yang dikatakan di awal filem – filem ini lahir daripada pengalaman pengarah yang pernah berjumpa hantu). Cuma al maklumlah yang Soul itu filem Thai, maka anda akan dapat extra ‘Fasha Sandha’ sex scene (so, cari carilah filem Soul di dalam bentuk DVD).
Keseluruhannya, filem ini tenggelam timbul dari segi mood. Aku suka permainan dialog yang nampaknya begitu harmoni. Ada kelucuan yang sederhana tetapi boleh membuatkan kita berfikir. Bayangkan tiga kaum dengan tiga jenis hantu berbeza dan setiapnya ada pro and cont. Sini Ada Hantu tak seram. So, jangan takut. Tapi, bagi yang belum tonton, anda dinasihat supaya tidak klik link di bawah:
No comments:
Post a Comment