Akan Datang!

Friday, March 23, 2012

Review: Cinta Kura Kura

Pertama, aku rasa cinta Kura Kura memang sebuah filem yang luar biasa hebatnya dari satu sudut; penggunaan warna hijau merah. Itu adalah satu idea yang agak menarik dan cukup bergaya. Itu perkara menarik yang cukup buat aku tertarik untuk menonton filem ini. Ditambah lagi dengan pelakon kacak dan lagilah heroinnya yang jelita dengan tambahan rempah istimewa Zizan dan Usop Welcha, aku rasa Cinta Kura Kura enak untuk ditatap.

Malangnya, selepas aku menonton filem ini, aku meyimpulkan bahawa ianya biasa biasa saja. Tak ada yang lebih baik untuk diperkatakan selain penggunaan CGI yang pertama kali membina paras rupa seekor kura kura dalam dunia realiti dan juga pengunaan warna yang cukup cantik. Namun, aku rasa keindahan visual nampaknya satu saja faktor. Ianya tak mampu untuk menungkat mata aku dan menjahit mulut aku dari berkata ‘biasa saja filem ni’. 
Nizam Zakaria nampaknya memberikan cubaan yang terbaik untuk membawa kita sebuah kisah cinta tiga segi luar biasa. Yalah, bagaimana si Nani yang jatuh cinta kepada Adam namun dihalang oleh Nico yang jeles dengan sikap tuannya. Di subplot, terselit pula kisah haiwan peliharaan yang ingin diseludup yang rasanya entahlah, tak ngamlah pada pandangan aku. 

Permulaan filem ini, yang bermula dengan suara Usop Wilcha bercerita nampak bebeno menariknya. Namun, bila sampai ke tengah pun aku hanya melihat sebuah kisah cinta simple yang hanya terselit seekor kura kura di tengahnya, aku tanya pada diri aku ‘ini je ke dengan seekor kura kura ni yang mampu diceritakan?” 

Filem bergerak ke tengah dan tetiba saja watak Fizz Fairuz menjelma dan bercinta pulak (walaupun ada niat jahat) dengan si Nani. Apekah? I mean, cerita itu tidak ada masalah. Tetapi, masalahnya masalah ini rasanya nampak tak jelas dan tidaklah pula menunjukkan sisi Fizz Fairuz yang kononnya jahat tu. Masalah hadir lagi apabila adegan akhir filem ini walaupun kita tahu, kos nk jana CGI haiwan tu amatlah susah dan tinggi, kita buat jugak. Akibatnya, adegan akhir nampak hambar dan sekadar memberitahu dan bukannya memberi nafsu cerita. 

Sekadar hanya menanti masa yang sesuai untuk berkata Adam sayang Nani lebih dari serang sahabat, persembahan Aeril Zafrel nampaknya baik walaupun tidaklah menyerlah sangat. Tiz pun nampak biasa saja. Lakonan tak ada yang menariklah. Pada aku, biasa saja. Bob pulak aku rasakan nampak macam tak wujud je dalam filem ni. Entah wataknya nampak tenggelam sangat sangat. 

Maaflah. Dari sudut positifnya, aku yakin keterujaan untuk membina kura kura itu adalah sesuatu perkara yang positif. Dalam skop kepakaran yang masih di tahap permulaan ini, pemilihan kura kura sebagai haiwan bercakap amatlah sesuai. Bayangkan kalau kucing, mau bertahun tahun nak buat sehelai bulu dia saja pun. Apapun, walaupun CGI kura kuranya nampak lah keras dan kaku sekali sekala, percubaan ini bolehlah dibanggakan. 

Malah, dengan lagu lagu ciptaan Edry yang memang menarik, itu juga antara faktor yang cukup baik untuk menonton filem ini.

Apapun, Cinta Kura Kura memang sebuah romantik komedi fantasi yang menjadi pada persembahan visual dan juga boleh lah dikatakan menjadi juga pada janaan CGI kura kuranya. Namun, pendapat aku masih mengatakan ceritanya hanyalah sebuah drama cinta biasa. Walaupun begitu, aku rasakan Cinta Kura Kura memang sebuah percubaan yang baik dari KRU dan Nizam Zakaria. Apapun, tak semestinya satu percubaan itu berakhir dengan sempurna dan Cinta Kura Kura adalah satu daripadanya.

2.5/5

5 comments:

SufatihaNur said...

orang jadik kura2...leh tahan la cite ni...

Ardini Izzati said...

cam best je cter ni :)

Diari Si Froggie said...

review yang baik :)mungkin baru peringkat percubaan, hope akan datang akan cuba dinaiktarafkan :)

* nak tengok jugak satu hari nanti :)

! Arjunakirana ! said...

best ke?

anNaqia said...

teringin nak tengok. hoho.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...