Akan Datang!

Thursday, March 8, 2012

Sneak Peek: Hoore! Hoore!


Astro Shaw Sdn Bhd dan Real Film Sdn Bhd buat pertama kali bekerjasama bagi menghasilkan sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati pemergian 20 tahun Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini. Antara lagu-lagu yang dipilih adalah ; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One thousand million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung.


Kesemua lagu-lagu ini digubah semula oleh composer Audi Mok yang turut menghasilkan sebuah lagu tema bagi filem yang menelan belanja sebanyak RM2.1 Juta.


Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman.


Trailer filem Hoore! Hoore!



Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada tahun ini. - fanpage Hoore Hoore.

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...