Hantu Dalam Botol Kicap adalah filem yang paling sampah David Teo pernah buat dalam sejarah. Aku rasakan inilah filem tertahyul yang pernah dibuat kononnya mahu mengundang tawa penonton. Tetapi, bila aku tonton, tertawa tu tak ada, nak kata diam dan khusyuk menonton pun tak ada, nak rasa mual dan mahu tekan off saja, itu ada. Malang sungguh lagak Maimon Talib yang tidak kesampaian dalam memberikan komedinya. Terima kasih kepada pengarahnya, Azhari Mohd Zain yang nampaknya menjadi tanda keruntuhan MIG dalam bikin filem seramnya.
Kisah hantu yang kononnya takutkan botol kicap (tidak pula dispesifikasikan apa jenis hantu) dijadikan sebuah cerita. Ditinggalkan hantu hantu ini di sebuah kampung entah dimana. Kononnya di situ juga, ada bermacam macam jenis hantu. Maka dek kerana mak dan ayah tiga orang budak terpaksa ke luar negara, 3 orang anaknya yang nakal mula mendapat bala apabila hantu hantu mengacau dan teruk lagi, tindakan Epoi (Zalif Sidek) telah melepaskan hantu hantu yang dikurung neneknya.
movie mistakes filem ini:
Ah, ceritanya memanglah nampak unik. Tetapi kalau persembahan tak berubah ubah dari dulu sampai sekarang, apa yang dicanang di THE MAKING OF yang terlalu mengada ngada itu tetap tak akan kesampaian. Hantu Dalam Botol Kicap tersungkur. Walaupun aku rasakan Angah Raja Lawak itu memang cukup baik make-up dan lakonannya, tetapi apakan daya, ceritanya bodoh dan tak mampu untuk aku menangkap saat saat lawak dan funny si Hantu Botol Kicap.
Apa yang aku perhatikan dalam filem ini, dari awal filem sampailah ke tengah filem, adalah kerja Epoi yang bersungguh sungguh nak masuk ke dalam bilik berselempang merah dan juga abang abangnya yang gedik nak pulang ke KL. Bila aku tonton je, apekah motifnya filem ini dinamakan Hantu Dalam Botol Kicap? It’s a horror komedi yang bernama Hantu Dalam Botol Kicap, so cerita pasal Hantu Botol Kicap sepatutnya melebihi cerita tiga orang budak ini nak balik KL.
Masa yang sama juga, cerita Puteri nampaknya tersepit dan cerita subplot paling lemah dan longlai aku pernah saksikan. Bayangkanlah bagaimana si Puteri yang kononnya gila dan mental (melihat kepada gayanya semasa awal filem) boleh pula tiba tiba saja menjadi ok. Ditakdirkan pula, cepatnya cinta Azri dan Puteri berputik. Subplot mengarut!
Malah, dengan adegan adegan Zalif Sidek yang annoying, juga adegan whillie yang nampak tak lawak dan mengujakan pun, Hantu Dalam Botol Kicap dipenuhi adegan yang tak masuk akal dan tidak kena dengan jiwa. Paling mengarut tetapi kononnya babak yang paling disukai Zalif Sidek (semasa temubual dalam THE MAKING OF) adalah babak tarian yang annoying giler. Sekali lagi, annoying! Secubit saja aku mampu ketawa bila mereka bertiga terhantuk hantu pocong yang baru nak datang kenduri.
Apapun, disebalik kebodohan cerita ini, aku tabik kepada make up artist dan juga orang yang bertungkus lumus untuk siapkan hantu tanpa kepala, juga hantu botol kicap dan juga hantu hantu lain. Make up nampaknya terbaik!
Perkara yang membuatkan aku rasa filem ini memang bodoh lagi membodohkan adalah apabila penggunaan ayat suci, syaitan, dan nama tuhan dan disambung dengan kata kata ‘zas zas zas’. Aku tak kisah jikalau apa saja mantera yang ada (rujuk Keramat, rujuk filem seram MIG lain) tidak bermain dengan tuhan. Kau mengarutlah apa saja, tetapi benda itu mengerikan untuk dibuat lawak. Bayangkan, mampu ke kau nak gelak kalau kau dah gunakan Allahuakbar dan disambung dengan ‘zas’ yang membuatkan hantu menari2? Aku pun tak sanggup nak gelak. Menghina itu namanya.
Ahir kata, perkara itu biarlah antara dia dengan siapa saja yang dia patut berhadapan. Aku dapat rasakan filem seram MIG bakal menghadapi musim kejatuhannya, walaupun Adnan Sempit mampu untuk mengaut 4 juta sekaligus tertinggi bagi 2012. Berbalik kepada Hantu Dalam Botol Kicap, inilah filem paling tidak masuk akal untuk aku ketawa.
1/5
5 comments:
err.. agaklah. tak best pun cerita dia.
dengan lambakan cerita hantu melayu dalam filem, ditambahkan lagi dengan jalan cerita yang cliche, menyebabkan saya takde selera langsung nak tengok cerita ni. huhuhu..
nak tengok cite Bunohan.. review banyak yg kata best
Assalam..
Dengar tajuk pun macam tak best....
dengar tajuk pun aku dah rasa menyampah.. mesti another trash...
penerbit kafir, buatlah filem hantu kafir, tapi pergi buat filem hantu yang ada kena mengena dengan Islam..
semoga Allah melaknati orang-orang yang mempersendakan agama suci Allah s.w.t
kalu masuk IDMB aku rasa rating mkin 0.0000000000000000001/5...TQ
Post a Comment