Akan Datang!

Saturday, March 31, 2012

Review: 7 Petala Cinta

Untuk berada sebaris dengan tragedi tragedi cinta filem agama negara seberang, aku rasa 7 Petala Cinta tidak lagi layak untuk itu. Garapan filem ini masih lagi tenggelam dalam idea komersial yang mengutamakan niat untuk menarik penonton untuk berhibur lebih dari menyampaikan mesej yang berkisar dalam dunia agama itu sendiri. Sebuah kisah cinta tiga segi, dengan pendam cinta mendalam dengan suntikan agama sebagai naluri motivasi watak untuk terus bergerak menghadapi hari harinya. 

Namun begitu, sebagai sebuah filem David Teo yang tidak pernah putus putus memberikan ceritanya yang sudah meloyakan lagi memualkan (yelah, pelakon dan ceritanya selalunya hampir sama cuma mengalami tokok tambah sana sini saja), 7 Petala Cinta akhirnya memberikan satu kesegaran yang sempurna. Memang 7 Petala Cinta adalah filem yang memang lari dari semua cliche dunia MIG yang selama ini menghantui. 


Dari sudut pengarahan pula, Azhari Zain yang sudah menjadi tukang reka cerita yang mengarut lagi mengarutkan sebenarnya bangkit bermaruah apabila dia bukan saja telah membuktikan dirinya serba boleh dalam menghasilkan filem karut (merujuk kepada Hantu Dalam Botol Kicap) sahaja. Apapun, tahniah untuk usaha membawakan sebuah coretan agama yang penuh dengan gaya sopannya, walaupun kadangkala janggal untuk dilihat.

movie mistakes:

Dengan percakapan sedikit baku serta suntikan ayat ayat ala ala ‘dalam hati ada taman’, jiwa rasanya boleh terusik dan kadangkala tersenyum. Kekuatan cinta kata juga luahan dialog mampu untuk membuatkan penonton untuk diulit dengan kata kata indahnya. Namun, aku rasakan ada juga satu dua tempat yang mana kata kata itu nampak seperti kaku dan lebih terarah kepada percakapan baku yang lagi membakukan. 


Walaupun aku rasakan 7 Petala Cinta amat meyakinkan untuk memberi nafas baru kepada industri filem Malaysia, filem ini seperti mana aku cakap tadi tidak mampu untuk hadir memerangkap penonton dalam dunia pesantren. Terus terang aku cakap, subplot Naufal itu amatlah sia sia dan telah memberikan satu ruang untuk genre keagamaan terbocor dan hilang. 

Malah, satu lagi perkara yang mengganggu adalah kehadiran Hamka yang terus terang telah menyesatkan lagi dan menimbulkan persoalan. Iyalah, mungkin kehadiran Hamka itu ditafsirkan sebagai takdir, namun bagaimana Hamka boleh terselamat rasanya harus ada hitam putihnya. Aku rasa apa yang terjadi kepada Hamka mengingatkan aku kepada drama bersiri Nur Kasih. Ianya mungkin terinspirasi dari situ, tetapi oklah. Inspirasi itu tidak menjadi masalah. 


Cinta dipendam Hilma kepada Atar. Tetapi, dalam diam Atar pula menyintai si tunangnya Hamka, Nafisa. Kisah pendam cinta, juga takdir ujian tuhan ini nampak meyakinkan, cinta dalam filem ini memang cukup ringan tetapi mampu untuk membawa bibit bibit nafas Ayat Ayat Cinta. Lakonan Diana Amir meyakinkan dan cukup baik. Walaupun Aeril Zafrel dan Fizo Omar nampaknya tidak mampu memberikan lontaran yang baik untuk karakter agamanya, apapun ianya masih mampu diterima. 

Yang aku perasan sekali, skoring musik untuk filem inilah yang aku nantikan. Dengan beberapa babak yang tiada skoring, ianya sekaligus memberi peluang untuk kata kata dihayati. Susunan muzik yang lain dari yang lain. Dan bukannya skoring yang malas seperti filem filem terdahulu. 

Apapun, dengan hadirnya 7 Petala Cinta, akhirnya Azahari Zain berjaya menebus maruahnya semula selepas mengarut meraban dalam Hantu Dalam Botol Kicap yang entah pape. 7 Petala Cinta mungkin tiada isu yang berat. Sekadar menyajikan kehidupan impian fantasi dalam ruang lingkup agama, 7 Petala Cinta memang layak diberikan gelaran sebuah filem yang lain dari filem filem MIG yang lain.

3.5/5

2 comments:

suichi said...

menarik ni!!

Naziman said...

haha. saya baru ja tengok ni semalam.

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...