Akan Datang!

Tuesday, March 13, 2012

Review: Adnan Sempit 2

Bersyukur kerana Adnan Sempit 2 tidak termengah mengah lagi dalam penyampaiannya. AKu rasa, tangan Ismail Bob Hashim yang menggoncang filem ini nampaknya membentuk kesegaran kepada filem kedua sirinya ini. Tahniah untuk pengarah kerana gayanya lebih kemas dan teliti sekaligus melayakkan digelar sekuel filem hit. Aku dapat rasakan energy filem ini. Momentum Adnan, Nadia, Wawa dan Boby nampaknya dibesarkan dengan pembentukan yang sempurna, memudahkan air mengalir tenang tanpa meruntuhkan tanah. 
Lakonan Shaheizy Sam rasanya bukanlah sesuatu yang aku nampak berubah di sini. Apa yang ketara sangat aku nampak dalam filem ini adalah peningkatan terhadap lakonan Yana Samsudin yang nampak lebih menyerlah dari biasa. Pengalaman telah memberikannya peningkatan yang sekaligus menyerlahkan lakonannya sebagai Wawa. Semasa dulu menonton first movie, Wawa itu hanyalah siapa siapa. Kini tak lagi.  


Adnan Sempit 2 di tangan Ismail Bob Hasyim memang nampak berbeza dengan pengarah Ahmad Idham. Diamati dengan lebih teliti, aku rasakan gaya Bob Hashim memberi nafas untuk filem ini nampak lebih tenang dan memberi peluang untuk penonton menyerap lawak jenaka dengan senang dan mudah. Terasa semua karakter yang nampak annoying dalam filem pertama diberikan peluang untuk satu refreshment. 

Walaupun Intan Ladyana nampak lebih gedik dan manja berbanding filem pertama, aku rasakan gayanya tidak ada apa apa masalah. Gandingannya dengan Shaheizy Sam nampak lebih umph dan lebih jelas. Iyalah, inikan filem kedua, jadi lebih banyak peluang untuk pengembangan watak. Watak Nadia ini juga tidak terlepas untuk mengalami evolusi yang mana telah menyebabkannya menjadi sedikit gedik. 

Kali ini, memang menarik apabila Ismat sudah dibesarkan wataknya. Ianya juga adalah satu perkara yang baik dan bijak. Itu adalah antara peningkatan ketara yang dapat disaksikan dalam filem ini. Pergaduhannya kadangkala dengan Bobby nampak ada chemistry dan memang gandingan yang cukup mantap. 


Adegan yang dicanang canang pasal stuntwomen tu bukanlah benda yang menarik sangat. Ya, mungkin sekadar satu persembahan cameo yang membuktikan perempuan pun mampu lakukan apa yang lelaki mampu buat. Apapun, menarik lah jugak untuk disaksikan walaupun tak ada apa apa kaitan pun dengan cerita ini. Adegan yang best dan tak dijangka adalah adegan Adnan potong tangan Bobby. Itu awesome!

Yang rasanya lemah dan mengganggu dalam filem ini adalah watak cousin Nadia yang nampaknya tak berapa nak umph la. Lawaknya pun tak mampu disokong pelakon pelakon yang berbakat. Hanya bertindak sebagai satu penggerak cerita, bolehlah tahan lakonannya. Komedinya, malang sungguh tak menjadi bagi aku. Geli aku tgk!

Tabik kepada dialog dialog kelakar yang memang terbaik. Sudah lama aku tidak menonton sebuah filem MIG yang mampu untuk buat aku tertawa. Selepas minda aku memberikan interpretasi tak baik terhadap cerita cerita korang, aku akhirnya menyatakan Adnan Sempit memang memisahkan filem ini dari filem filem yang cliche korang pernah wat. Aku rasakan komedi Adnan Sempit kelainannya menarik untuk ditonton dan didengari. 

Dengan gaya yang lebih tenang, aku yakin Adnan Sempit sebenarnya adalah revenge David Teo terhadap kejatuhan filem filem kompaninya yang makin menjadi jadi. Ini memang satu kebangkitan yang biasa. Tetapi jika kita hanya melihat filem ini dalam satu raga yang dipenuhi filem filem MIG sekitar 2011 hingga awal 2012, adnan sempit adalah antara yang bercahaya dan senang dilihat dalam timbunan itu. 

4/5

4 comments:

Unknown said...

Yup, mmg btul, lakonan smua mmg lebih mantop n lebih menarik..:) tgok ni kat panggung ari tu ...begegar je tak panggung tu org gelak ..hahaha

NAL said...

NAL tak sempat menonton lagi..sedih2..

Cikpijaaa said...

hee. dah tgk kat youtube ari tuh~ 2 ari lpas. download je, xdan nak g tgk kat cinema. hakhak :DD

Yups~ lebih bagus dr yg seblom nie. pelakonnya mantap2. tapi yang kurengnya sepupu nadia 2 laa. ngee. >.<
Watak dye terlalu mengadangada lah. Dah la xpndai berlakon. Opsss~ geli je tgk !

Ehh~ setuju ! watak potong tangan yang paling ohsemm ! 1 lagi, yang ending pon best. hee. ending yg sama cam adnan sempit 1 kan? Cuma adnan Sempit 2 nie mak n ayah nadia yang jatuh. hakhak :DD

**Ehh. watak perempuan yang pandai wat aksi 2 memang perempuan ke? Cik Fiza ingatkan lelaki. terorlahh.>.<

Anonymous said...

paling suka part berlumba dalam mall,kool

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...