Saturday, November 2, 2013

Review: Turbo

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | David Soren
Pelakon (suara) | Ryan Reynold, Paul Giamatti, Maya Rudolph (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pertamakali aku nampak siput babi dalam sebuah filem ialah ketika menonton Epic. Dalam filem tu, siput digambarkan ada ‘tangan’, yang mana badannya boleh dibentuk. Dalam tu, yes of course aku dapat rasakan yang orang Hollywood ni gila babi pandai nak mereka. Dah bertahun tahun animasi bergerak dalam cinema, sekarang barulah siput babi nak jadi watak utama. Then, ini kali kedua rasanya selepas itu. Melihat siput babi beraksi, dalam sisi berbeza. 

Turbo ada misi. Mahu jadi macam apa yang Fast & Furious sudah buat. Auranya berpijak pada aura racing dan kelajuan. Kepantasan dan juga adrenalin. Bagaimana Turbo mahu jadi apa yang dia impi sedangkan dia tahu itu sangat mustahil, memberikan watak kita Turbo satu aura yang luar biasa. Melihat siput babi beraksi di litar melawan watak manusia kita mungkin memberikan perasaan bermimpi, namun sedarlah ini apa yang korang bakal lihat. 

David Soren mengenepikan mustahilnya idea ini dengan ceritanya yang sangat santai. Kanak kanak, yang sangat kurang disenangi mak bapak bila tonton filem racing yang papar wanita berahi pasti tidak halang anak diorang tonton ini. Kepantasan dan perlumbaan, dengan sulaman mesej yang sangat menarik memberikan ruang untuk Turbo disenangi semua golongan. Nah, siput babi akhirnya jadi hero manusia! Hail Turbo! 

Filem ni bermula dengan simple dan tidak tergesa gesa. Malah, bila aku tonton filem ni, aku sendiri tidak dapat mengagak bagaimana filem ni bakal develop sehinggalah terbentuknya penghujung. Saat aku dapat tonton yang si Turbo ni rupanya ada superpower yang tertidak sengaja dia dapat, nah finally itulah sesuatu yang menarik. Ini cerita super siput rupanya! 

Dan menarik lagi, Turbo tidak digambarkan ada tangan. Dan apa yang mereka lakukan lebih reality. Namun, sebagai sebuah filem, menggerakkan Turbo untuk hidup dalam tingkah laku manusia menolak logika dan penonton boleh menerimanya. Apa yang Ryan Reynolds persembahkan menjadi. 

Yang paling tak bleh blah, filem ni walaupun karakter utamanya sangat kecil sampai boleh dipijak kaki, ianya menggunakan pelakon yang sangat gempak! Selain Ryan Reynolds yang membawakan watak Turbo dengan semangat, filem ni ada Samuel L. Jackson, Snoop Dogg dan Michelle Rodriguez yang sangat memberikan semangat besar untuk filem ni. 

Turbo sangat menyeronokan, meriah dengan warna siput siput yang comel (walaupun dalam reality ianya adalah makhluk yang sangat menggelikan). Ketepikan reality dan logika dan bergembira menonton makhluk ini dalam sebuah filem perlumbaan yang sangat luar biasa. Dari kanak kanak sampai dewasa, aku yakin filem ni mampu menghiburkan hati semua penontonnya. Tak ada yang mustahil dalam dunia, itu yang filem ni mahu cerita! 

4/5

No comments: