Akan Datang!

Saturday, November 9, 2013

Review: Planes

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Klay Hall
Pelakon (suara) | Dane Cook, Stacy Keach, Brad Garret (klik untuk senarai penuh pelakon)

Aku tak tahulah apa sudah jadi dengan Disney. Makin lama, Disney sudah mula melepas tangan dan buat sambil lewa dalam bikin filemnya. Filemnya, ditambah dengan teknologi visual yang boleh aku katakan sangat bagus sudah mula hilang taring dari masa ke masa. Aku menanti Disney untuk muncul dengan karakter karakter baru yang menjadi fenomena seperti zaman Mickey Mouse. Disney sudah hilang idea nak terbitkan watak fenomena dan memutuskan untuk recycle apa saja yang ada dari masa lampau. 

Lihat saja Monster University yang jelas nampak apa yang aku maksudkan. Planes nampak seperti mahu meneruskan legacy Cars dan mahu meniru aura Avengers, mewujudkan satu dunia mereka tersendiri untuk watak bermain. Cars dan Cars 2 mungkin baik even aku masih belum menerima logical kereta yang berlagak macam manusia itu. Ceritanya boleh tahan dan masih ada aura Disney yang masih kuat pada masa itu. 

Planes? Hmm.. aku tidak rasakan yang filem ni sebuah filem yang menjadi. Sebagai seorang penonton dewasa, filem kapal terbang ini terlalu rata dan hanya boleh memuaskan penonton cilik yang tidak memahami apa itu filem yang sebenar. Planes terlalu simple dan ‘senang buat duit’ dengan ceritanya yang hanya berfokus kepada satu game yang besar, dan juga moral of the story biasa iaitu setiap manusia ada kekuatan dalam diri. 

Topiknya terlalu biasa. Mesejnya sangatlah biasa. Dan yang paling teruk, ianya disampaikan dengan terlalu jujur. Kalau filem ni bermain main sedikit dengan memberikan emosi yang mungkin layak digelar filem animasi yang serius, mungkin aku boleh banggakan dengan filem ni. Malangnya, semua tu tak ada. Ianya macam tengok filem direct to DVD yang sangat lemah pada segala sifat. 

Memang benar filem ni pada asalnya nak dibikin direct to DVD. Mungkin penerbitnya mimpi basah sehingga terniat pula nak bawa ke layar besar. Dan itu dah jadi silap besar. Jika filem ni berada di dalam DVD tanpa dipersembahkan ke layar, ianya sesuai dengan sifatnya yang ada. Mungkin pujian boleh diberi sebab sasarannya hanyalah segelintir parents yang nak hiburkan anak kecil. Perancangan Disney bawa filem ni ke layar satu silap besar. 

Korang patut tahu yang Planes tidak dibikin Pixar. Namun, ianya ditulis oleh orang Pixar. Dan kualiti studio DisneyToon boleh tahan. Sehebat Pixar. Namun, animasinya hanya bermain dengan elemen biasa yang tidak dapat menguji sepenuhnya keupayaan DIsneyToon dalam memberikan animasi yang standing Pixar dan juga Dreamwork Animation. Mungkin idea orang Disney perlu keluar dari tipikaliti. Come on, Disney sudah sampai fasa tepu dah. 

Filem arahan Klay Hall dengan penampilan pelakon Bollywood ni sangat flat dan tak ada arah tuju. Itu yang menjadikan Planes satu filem yang sangat gagal bagi sebuah filem yang berada di layar. Sekuel sudah dirancang dan bakal terbit sedikit masa lagi. Aku tak tahulah sebab apa Disney berani bertaruh dengan World of Cars ini yang semejak Cars ke Cars 2 sampailah Planes sudah dapat dilihat kutipannya merudum. For kids, watchable. For adult, lupakan jelah. 

2/5 

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...