Thursday, March 8, 2012

Review: Bunohan

Bagi yang mahukan aksi yang terlalu hebat, tak usahlah anda menonton Bunohan. Ternyata, bagi anda yang mahukan aksi, filem ini bakal mengecewakan anda. Percayalah. Bunohan memang sebuah drama berat yang begitu hebat pada garapannya sehinggakan mata kadangkala sukar menangkap apa yang cuba diceritakan. Jika anda mengharapkan filem ini berlalu senang begitu rupa seperti filem santai yang mengutip juta juta, anda juga bakal tersasar jauh. 


Mudahnya, aku umpamakan Bunohan seperti sebuah versi upgrade filem Budak Kelantan dan juga sebuah lagi visi filem Susuk. Dua filem ini hadir dalam minda aku semasa berfikir sejenak sama ada mahu mengatakan filem ini nahunya seperti apa. Sukar untuk membandingkan filem ini dengan filem Malaysia yang lain. Iyalah, jikalau ianya senang saja dibandingkan, buat apa ianya menjadi sebutan dunia sebelum penonton Malaysia diberikan naskah untuk dibaca. Tak begitu? 
Dan kisah ini bukanlah sebuah kisah aksi tomoy sepenuhnya. Filem ini sebenarnya lebih sifatnya kepada drama berat tentang adik beradik dan juga pertalian saudara. Kisah yang gambarannya sedikit gelap dan memang hanya membuatkan penonton diam daripada bergelak ketawa, menangis ataupun terkejut. Bunohan ternyata berbeza dari sifatnya. 

Faizal Hussein membuktikan usia bukan bahan yang melemahkan dirinya untuk memegang watak yang cukup hebat. Ternyata, watak Ilham dalam filem ini dijayakan dengan cukup baik oleh pelakon tersebut. Aku suka bagaimana gayanya yang bermain dengan taji yang digunakan untuk membunuh. Bagaimana permainan dirinya yang lebih banyak berdiam diri dari berkata kata. Itu aku suka. 

Zahril Adzim akhirnya menunjukkan dirinya yang lain. Walaupun aku rasakan lakonannya biasa biasa saja, tetapi entah kenapa lakonanya sebagai Adil nampak sebati. Bakar memang sebuah kejutan yang memang cukup menggemparkan. Bagaimana pergerakan karakter ini memberikan misteri yang cukup luar biasa dalam filem ini meyakinkan. 

Bunohan adalah sebuah tempat yang wujud. Cerita Bunohan berkisar tentang Aidil, Bakar dan Ilham yang mana hidup dalam kehidupan yang berbeza. Mereka punya arah tuju yang berlainan. Sepanjang filem ini, kisah berlegar tentang bagaimana kehadiran Aidil yang lari dari gelanggang, kisah Ilham yang mahu membunuh Aidil dan Bakar yang cuba merebut tanah 30 ekar milik bapanya. Semuanya ada sejarah mereka yang hitam. Dan ini kisah mengenai mereka. 


Apapun ceritanya, fokus utama yang mampu memberikan kekuatan yang amat amat ialah paparan visualnya yang cukup hebat. Aku menyukai bagaimana filem ini bermain dengan unsur alam dan merekodnya dalam slow motion yang menakjubkan. Pergerakan kamera nampak kemas dan teratur. Tidak percaya sehinggakan paya yang begitu indah ada di Malaysia. Seolah olah menyaksikan sebuah filem Wrong Turn daripada pandangan setnya. 

CGI pula nampak digunakan dengan sederhana. Walaupun aku rasakan adegan bangau yang banyak berada di dalam paya itu nampak melebih lebih (jika anda perasan, bangau tersebut ada yang tak bergerak), aku rasa yang lain ok saja. Terbaik dalam penggunaannya. Terutama dalam menambah kengerian si pembunuh, Ilham semasa dia mengelar setiap leher mangsanya. 


Disebalik cerita ini, aku rasakan cerita ini mahu berkata tentang rasuah, juga cerita tentang pembangunan yang memporakporandakan tali persaudaraan. Berkesempatan menonton filem ini di Hall1, Jitra Mall Cinema jam 2.25 petang pada 9 Mac 2012, hari pertama tayangan.

Bunohan sebuah drama berat. Jika anda mahu mencari aksi, aku tidak mencadangkan untuk menonton filem ini. Filem ini punya dialog yang very rendah tone nya. Boleh buat pak cik mak cik tertido. Tetapi, bagi yang mahu mencari visual yang setanding Hollywood, nah ini sesuai untuk anda. Mulut anda pasti akan terlopong menyaksikan visual yang cukup menakjubkan dari filem Malaysia ini. Selamat datang ke Bunohan!

 4/5

14 comments:

PERANGFILEM said...

Betulla.. Bila 2nd time tengok, bangau putih tu kaku je. Hanya 2-3 yg bergerak seragam. Mula2 tak perasan sbb fokus bangau hitam depan kamera tu.

TANJUNG RHINOS RC said...

Ok.. bole tgk..

Kakiwayang said...

aha, tu la..jangan la penonton masuk ingat ni cam filem aksi2 ala Real Steel, Ong Bak...sebaliknya dia lebih kepada filem yang penuh mesej tersirat...kene perah otak sikit..

anyway, jemput semua share pendapat tentang filem ini di Kakiwayan.com juga..=)

lyiana said...

saya pun teringin menonton filem ini. Tahniah kerana membuat file yg hebat ini

APAN said...

setuju ngan review ko ni bro...aksi bukan unsur utama dalam ni.nasib baik ada kekuatan pada teknik pengambaran dia.yg tu mmg kelas abis...

llham paling menjadi...bunga lalang biase2 je...

bab budak keck tu yg x bes.susunan dia mcm berterabur.pyh nak tangkap yg tu.mmg boleh paham dia kena masuk oleh mende lain tapi gitu la...at the end.boleh konpius plot pasal budak tu.tmbah2 bila dia ckp guna suara besar tu.haha...

APAN said...

bab bangau tu...aku x bape pasan, tpi mmg banyak semacam.pelik gak...

cuma tang burung apa tah tu...yg tiba2 terbang ke ilham...pe motif tah...

*Arr said...

thanks for the review. suka bab2 sinematografi ni, sy pasti akn beli DVD nt :D kt twitter meletup-letup para karyawan komen cerita ni.

Cikgu Bada said...

tak tengok lg

~~oOpEt~~ said...

pet tgok sparuh je crta ni.. haha..

zaza iman said...

belum tgk..ada ms nak tgk jgk nti =)

♥AieN ChoiN♥ said...

Wah..macam best tengok citer dier.. :)

Koding said...

Bagaimanapun tahniah kpd pengarah dan krew2 yang terlibat atas penghasilannya....

anNaqia said...

terima kasih atas review ni.memang sangat2 teringin nak tgk bunohan, sbbnya penah je ke kg. bunohan.

dyabunga said...

tak berkesempatan lagi nk tgk citer ni.huhu