Akan Datang!

Thursday, December 19, 2013

Review: This is the End

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Evan Goldberg & Seth Rogen
Pelakon | Seth Rogen, James Franco, Jonah Hill (klik untuk senarai penuh pelakon)

Cerita kiamat kedua aku tonton selepas At World’s End. Masing masing ada ciri yang sama, Cuma kekuatan komedinya dan gaya penceritaan sudah pasti berbeza. This is the End adalah sebuah filem yang diarahkan Evan Goldberg bersama Seth Rogen yang mana juga bertindak sebagai penulis lakon layar. Kesemua nama ini mungkin korang pernah dengar. Kalau sebut pasal filem yang ada dadah, seks dan lucah, merekalah antara pelakonnya. 

Adalah menjadi perkara normal apabila filem filem sebegini ada benda lucah dan lucah itu melawakkan. Dalam This is the End, Seth Rogen yang bertindak sebagai penulis lakonlayar bersama rakannya menggunakan idea apokalips dengan caranya tersendiri. Persembahannya lebih kepada kutuk kutuk suka suka then dengan event yang cliché sains fiksyen. Filem ini unpredictable. Bergerak seperti kepala otak mamat mamat penulisnya saja. 

Apabila bercerita tentang kiamat dalam filem Hollywood, totally kita kena serius pandang semua ni sebagai satu bahan hiburan. Mungkin ada agenda bla bla bla yang mahu disampaikan, tapi let just put that away. This is the End vs At World’s End, mana lagi best? Dua dua lebih kurang. Namun secara peribadi, filem Seth Rogen ini lebih dekat di hati. 

Filem ni bermula dengan gaya biasa filem Seth berlakon. Dengan sembang sembang macam sebuah reality dan bukannya filem, filem ni makin lama makin berkembang apabila pengakhiran dunia tiba. Dan apa yang korang akan saksikan ialah bagaimana enam orang pelakon popular yang sedang berpesta ni cuba untuk survive sepanjang kiamat berlaku. 

Jujur aku katakan filem ni memang for adults. Tak ada ruang untuk lawaknya untuk kanak kanak. Konsepnya simple dan apa yang mahu disampaikan sampai. Komedinya, walaupun sukar untuk aku catch up sebab kadangkala refer kepada beberapa filem lakonannya yang aku belum tonton, boleh dikatakan tak bosan. Bagaimana Seth bersatira dengan kehidupannya dan sekeliling mungkin antara perkara yang menarik untuk disaksikan. 

Sebagai orang dewasa, This is the End memang sebuah filem yang memenuhi jiwa untuk santai dan suka suka. Lawaknya tak ada batas. Sumpah seranah yang menjadi kebiasaan. Semuanya pelengkap untuk filem lawak kasar Hollywood ditambah pula dengan idea kiamat dunia serta cerita syurga neraka yang sangat Biblical. Pada aku, the best moment dalam filem ni pasti kemunculan Backstreet Boys di syurga pada akhir filem. 

Pada yang suka komedi yang agak kasar dan sedikit dewasa, This is the End mungkin antara filem untuk korang. Bagi yang tak suka, just hentikan. Bukan apa, isinya agak sukar diterima akal dan berbaur komedi agama yang sangat memerlukan bimbingan orang dewasa. This Is The End mudah difahami dan sangat menyeronokkan. Menonton keseluruhan filem, aku faham yang Seth sebenarnya menyindir keseluruhan kiamat Biblical dengan komedi ini. 

3/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...