Akan Datang!

Friday, December 27, 2013

Review: Penanggal

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Ellie Suriati Omar
Pelakon | Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha (klik untuk senarai penuh pelakon)

Ada benda baru dalam filem ni. Sudah mula hidu itu saat filem ni bermula. Apa yang aku nampak awalnya, pandangan aku menyatakan yang filem ni ada unsur seram yang sangat serius. Pada masa yang sama, aku rasakan bagaimana ceritanya diceritakan juga bukan satu usaha main main. Daripada Ellie Suriati Omar, Penanggal nampak macam mahu bercerita tentang hantu dalam masa yang sama mahu membawakan jiwa masyarakat yang dipapar. 

Pertama, aku rasakan Penanggal memang sebuah fasa filem seram yang sangat lain. Bila lihat si Azri Iskandar bertutur bahasa Melayu lenggok arab, ianya sudah memberikan suasana lain. Ellie tak letak filem ni atas dunia sebenar. Tak ada masa untuk bandingkan apa kaitan reality benar palsu filem dan dunia. Yang ada, sebuah dunia Melayu fantasi ikut acuan Ellie. Sekaligus, ini membenarkan Ellie bercerita sesukanya seperti mana Shuhaimi Baba bercerita dengan Ponti Sundalnya dulu. 

Apa yang bagusnya Penanggal. Dalam banyak banyak fasa hitam kelam visual yang sangat menarik, Penanggal nampak seperti sangat mahir dari segi visual. Melihat dari kerja visual separuh masa pertama filem sahaja, aku rasakan Penanggal punya visual yang sangat bertaraf Asia. Hampir mirip filem filem seram Indonesia jika dilihat visualnya, kan? 

Keduanya pula, Ellie tidak memaksa penonton untuk berasa seram dengan Penanggal. Malah, makhluk terpisah kepala badan itu sebenaranya tidak digambarkan sebagai watak jahat yang menerima pengakhiran selayaknya seperti filem seram biasa. Ada elemen drama dan pemikiran yang digembar gemburkan. Cerita persepsi masyarakat, dan juga sifat dendam kesumat yang tak sudah sudah menjadikan Penanggal ada isi. 

Itu semua bagus. Dari segi kerja visual serta editing, ditambah pula dengan muzik yang sangat mendayu dan cukup sifat, Penanggal ada sisi positif yang wajar disanjung. Untuk pertamakalinya di bangku pengarah, Ellie sudah bikin habis bagus walaupun pada penceritaan, aku rasa dia masih sederhana.

Namun, dalam kebagusan itu, seperti biasa, ada juga sisi sisi yang masih menjadikannya nampak jelas seperti filem Melayu. Melihat kepada kerja visual yang sangat cantik, malang sungguh babak akhir filem tidak mendapat CGi yang sewajarnya ada. Aku kurang tertarik dan hilang jiwa bila melihat adegan Syed Yusof dan Murni yang berada dalam kebakaran yang sangat fake. 

Malah, Fasha Sandha itu sendiri adalah watak yang sangat sepatutnya tidak ada. Masakan ceritanya sebegitu besar tetapi tetiba sahaja dia dimatikan tanpa ada apa apa cerita yang layak untuknya.Mandi perigi, kena sembur dek penanggal, the end? Apekah? Aku sangat rasakan yang Fasha Sandha hanya buang masa kerana konfliknya kalau tak ada lebih bagus, secara peribadi lah. Watak extra yang namanya terlekat di poster! 

Ellie juga banyak menggunakan close-up untuk babak penanggal sekaligus menghilangkan mood nak tonton makhluk seram tersebut. Ada satu dua babak yang ditunjukkan tapi kurang meyakinkan. Malah, penggunaan POV penanggal itu sendiri, walaupun nampak meyakinkan, tapi bila digunakan terlalu banyak, nampak benar mahu menyembunyikan kelemahan. Atau mungkinkah, Ellie mahu kita bayangkan rupa penanggal itu ikut apa yang kita tahu? Kurang suka itu! 

Bagi yang belum tonton, ceritanya sangat lain. Ada misteri yang dikekalkan pada awal cerita sehinggalah filem ni bergerak ke penamat. Namun, dalam misteri yang ditanam, Penanggal macam ada sesuatu yang tidak kena. Sekali sekala babaknya agak dragging sehinggakan Penanggal itu sendiri menjadi drama yang sangat gelap. Pada aku, ianya kelainan seram yang bagus pada satu sisi. Bahasa Arab campur melayu itu kreatif, tapi rasanya tak ada pun tak apa. Aspek ceritanya ok cuma, aku rasakan masih ada perasa perlu ditambah di masa depan. Mungkin, seramnya perlu lebih. 

3.5/5

4 comments:

Anonymous said...

Short review: ini filem mcm gampang.

Unknown said...

saya agak kurang jelas dengan watak syed yusof dan yg lain2 tu. apa fungsinya kluarga arab di situ. untuk menunjukkan apa? susuk tubuh fasha mungkin lebih mnjadi perhatian,

Wahidah BME said...

Cm best nii ;)

Unknown said...

takut nak tgk cita hantu.. seramm..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...