Akan Datang!

Friday, December 27, 2013

Review: Kisah Paling Gangster

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Brandon Lee
Pelakon | Shaheizy Sam, Wan Hanafi Wan Su, Wawa Zainal (klik untuk senarai penuh pelakon)


Kalau KL Gangster tak memulakan semuanya, filem filem gangster tak berlambak macam apa yang ada sekarang ni. Ada si pembikin yang buat dengan sengaja mahu parodikan gangster, dan ada yang mahu paparkan keseriusan gangster. Dan campur tolak darab bahagi, apa yang ada sekarang adalah filem gangster yang kualitinya payah mahu diketahui nilainya. Ada yang buruk, dan ada yang bagus. Dan paling kurang enak, tipikaliti masih ada. Hasilnya, setiap filem tak ada beza. 

Jadi, bila cerita pasal filem gangster, pada akulah, yang nak menjadi jurang jauh dekat filem gangster di Malaysia ini ialah pembikin cina versus pembikin melayu. Dari pembikin cina, filem dalam bahasa melayu bertema gangster yang terang dan jelas kelihatan ialah Dampak dan apa yang akan diperbincangkan, Kisah Paling Gangster. Dua filem ni ada objektif. Kelihatan yang mereka, si cina bervisi ini mahu katakan yang beginilah filem gangster harus dilayan! 

Benar, Dampak ada idea. Asli dan segar. Dan malang sedikit apabila caranya sedikit menghambarkan. Namun, ideanya harus dipuji. Bagaimana dengan Kisah Paling Gangster? Hah, inilah yang mahu aku cerita. Filem arahan Brandon Lee yang mengarahkan separuh filem Chow Kit ini nampak menarik. Atas faktor Shaheizy Sam dan juga wajah wajah pelakon familiar yang kita tengok dalam filem MIG, file mini bergerak pergi dengan cara tersendiri. 

Walaupun muka muka familiar semuanya, ceritanya berjaya bawa semua tipikaliti si Zul Handyblack, Mikael Andre dan Wawa Zainal pergi. Alex Yanz dan Epy Raja Lawak juga nampaknya punya lakonan yang cukup baik dari filem filem MIG yang pernah dilakonkan. Apa yang aku nampak, di tangan orang yang membikin filem atas keinginan mahu menjadikannya filem, ianya membentuk pelakon itu menjadi satu bahagian filem itu sendiri. 

Kisah Paling Gangster nampak ada plot yang bagus. Tidak dilengah lengahkan dengan blab la bla ceritanya. Ada permulaan yang sangat menarik dan bagaimana si Remy keluar dari kubur itu satu situasi yang sangat melekat. Dan bagaimana separuh filem ni bermula, ianya sangatlah sederhana dengan aksi tetapi lengkap dengan drama. 

Itu thorbaik! Cuma, walaupun aku rasakan ceritanya sudah mula bergerak dengan sangat baik, separuh masa kedua kelihatan sangat meleret dengan pelbagai insiden seperti novella. Plotnya agak kucar kacir dengan kejutan kejutan yang menjawab soalan kenapa Remy direkrut dan kemunculan pembelot dalam kumpulan Megat nampaknya tidak menjadi. Hasilnya, separuh masa kedua antara bahagian yang agak kurang menjadi. 

Campur tolak darab bahagi, dibandingkan dengan Dampak, filem sepersaingan yang ada dalam bahasa yang sama, aku lebih suka Kisah Paling Gangster. Walaupun kucar kacir pada plot, pengarah nampak berjaya kawal aspek lakonan sehingga tahap tinggi. Shaheizy Sam dengan tipikalitinya sungguh hebat! Ditambah pula dengan sisi lakonan Alex Yanz, Zul Handyblack, Epy Raja Lawak, dan Mikael Andre yang sangat berbeza. Dan, Wawa Zainal yang berkesan, Kisah Paling Gangster ada sisi menjadi. 

Nak kata kisah ni paling gangster, aku rasa taklah sangat. Dengan aksinya yang tidak seberapa, namun sangat kemas visualnya, aku rasakan filem ni ada kontra ada pro. Suka lakonan, visual dan solekan serta kerja tembak menembak yang meyakinkan. Walaupun tidak segengster tajuknya, aku rasakan Kisah Paling Gangster berjaya tekankan drama dan lakonan paling hebat. Brandon Lee mungkin tidak melihat aksi itu penting tetapi sebaliknya, dalam gangster, lakonan yang meyakinkan itu adalah ‘gangster’ sebenar kepada penonton. 

3.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...