Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Robert Rodriguez
Pelakon | Danny Trejo, Michelle Rodriguez, Lady Gaga (klik untuk senarai penuh pelakon)
Dari fake trailer dalam filem grindhouse beberapa tahun lalu, Machete jadi filem besar. Filem pertamanya memang menarik. Ada elemen klasik filem lama, ditambah dengan gaya komedi campur darah yang menjadi ikon filem ini. Seperti dikhabarkan dalam filem pertama, Machete akan jadi trilogy dan filem kali ni ialah sekuel kedua daripada keseluruhannya. Danny Trejo nampaknya sangat menjadi dalam persembahannya, itu aku yakin.
Nak tonton Machete ni, tak kiralah apa saja filem Robert Rodriguez mahupun Quentin Tarantino, perlu ada kekuatan menunggu dan kesabaran dalam segenap aspek. Bagi peminat mainstream, pecah letup kebabom dan semua gaya normal filem aksi, mereka jarang mengikut kebiasaan. Robert Rodriguez dalam gayanya tersendiri dan aku lihat, orang suka atau tidak, dia akan tetap buat apa yang dia suka.
Membandingkan sekuel Machete dengan yang pertama, aku rasakan filem ni ada lebih ada kurang. Sebagai filem yang satu satunya bermula dengan plot baru, ianya nampak macam seperti dirancang. Tidak seperti filem pertama yang memang ideanya sudah ada dalam fake trailer yang dipersembahkan. Melihat kedua duanya, jelas yang cara membikin ceritanya sudah berbeza, dan keseluruhannya juga berbeza.
Filem pertama lebih bercerita.
Filem ni pula macam novella. Pengarah nampaknya menyesakkan ruang filem ni dengan casting yang sangat banyak. Kita ada special appearance dari Lady Gaga, Antonio Banderas, Cuba Gooding Jr dan pelbagai karakter lain yang memang kebiasaannya dah berlakon filem pengarah ni sebelum ni. Justeru, plotnya memang nampak dibikin untuk memasukkan semua casting ini dan bukannya fokus sangat kepada cerita.
Malah, filem kali ni yang nampak mirip kepada filem klasik sains fiksyen tambah aksi tahap gila ini punya plot yang sangat biasa. Pada aku, Machete nampak diberikan layanan yang sangat simple dalam persembahannya. Pengembaraannya nampak flat apabila setiap plot yang direka sangat mempunyai idea yang sangat kurang segar. Namun, disebabkan tarikan pelakon pelakonnya, aku rasakan plotnya tak perlu dipertikaikan sangat.
Robert Rodriguez banyak bermain dengan filem. Lantas, filem ni ialah benar benar sebuah filem yang sangat mememorikan filem. Kita akan lihat gaya filem klasik yang ditonjolkan. Amat pelik apabila aku sendiri boleh menerima gaya klasik yang ditonjolkan ditambah pula dengan babak aksi dan cerita yang kadangkala kelaut itu. Haha.. tapi itulah apa yang aku suka pasal Rodriguez, cerita kelaut pun aku rasa sangat mahu menonton.
Dengan gaya klasik dan juga aksi ganas yang agak kelakar, Machete mungkin agak kurang sesuai ditonton oleh yang tak sesuai menonton. Malah, pada yang kurang biasa dengan gaya pengarah ni, mungkin ianya akan jadi seperti menonton sebuah filem sampah. Machete Kills pada aku secara peribadi memang sangat ditunggu tunggu. Walaupun aku tak ambil kisah sangat plotnya nak bergerak bagaimana, aku suka untuk lihat bagaimana pengarah ini bermain dengan visual.
4/5
1 comment:
wah..mcm best..:D
Post a Comment