Akan Datang!

Saturday, December 7, 2013

Review: Elysium

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Neill Blomkamp
Pelakon | Matt Damon, Jodie Foster, Sharlto Copley (klik untuk senarai penuh pelakon)

Elysium ni lebih kurang sama lah gayanya macam District 9. Seperti filem yang telah berjayana naikkan identity Neill Blomkamp itu, Elysium tak lari dari menerima gaya visual yang bergoyang goyang dan penceritaan yang nampak seperti sedang berlaku dalam dunia sebenar. Filem ni juga masih ada sisi science fiksyen yang lebih kurang sama dengan District 9 cuma bezanya, ianya tidak lagi bercerita tentang alien lagi. 

Sifat kemanusiaan, isu migrasi dan juga kasta miskin kaya diexplore dalam filem ini. Elysium memberikan satu sisi visual yang pada masa yang sama memberi kepuasaan pada aksinya, namun pada masa yang sama, filem ni cuba menyampaikan sesuatu. Paling jelas, kita akan lihat bagaimana filem ni berkata yang pengasingan kaya miskin itu bukanlah satu perkara yang wajar ada. 

Sedikit rasa kecewa apabila aku dapati filem ni lebih berkisar tentang bumi daripada Elysium. Namun, apabila aku fahami apa yang filem ni mahu sampaikan, ditambah dengan saduran aksi aksinya yang boleh tahan even taklah terlalu hebat mana, aku puas menonton. Cuma aku sedikit kurang menyukai permulaan yang agak lambat dan masih teragak agak untuk memberi apa yang sepatutnya diberi. 

Jodie Foster sebagai watak jahat kurang meyakinkan. Kelembutannya ada menjadikan penonton boleh mengasihaninya dengan situasi yang dia lalui. Mulanya aku rasakan she is not a bad-ass yang berjaya, tetapi bila lihat saja situasi yang berlaku pada wataknya, aku rasa wataknya menyampaikan permainan politik si kaya yang sangat berjaya! 

Hebat benar apabila pengarah kelahiran Afrika ini menggabungkan pelbagai etnik dalam sisi jahat baik filem ni. Kita nampak yang kepala Elysium adalah orang India. Aku terfikir kenapa tak diletakkan orang Amerika? Malah, si pembunuh upahan Kruger itu sendiri, gayanya seperti Australian. So, tahniah kepada India, anda dihormati, dan walla Australia, korang sangat jahat! Ha3. 

Matt Damon juga adalah karakter yang sangat menarik untuk dilihat. Kita ada watak Max yang pada awalnya sangatlah mahu ke Elysium atas dasar kepentingan dirinya. Namun, bagaimana segala perjalanannya itu berubah menjadi satu misi menyelamat dunia yang jauh dari apa yang dia mahu. Walaupun emosi akhir wataknya masih kurang, aku rasakan lakonannya telah dicuba sehabis baik. Dari Bourne sampai sekarang, dia sama saja. 

Mungkin ada yang rasakan filem ni sederhana berbanding District 9. Mungkin juga yang kata yang pengarahnya still mengulang apa yang ada pada filem dulu saja. Pada aku, District 9 ada kepuasan. Benar, sekali sekala ada juga identity District 9 yang diulang. Tapi, sebagai sebuah filem aksi fiksyen yang bercakap tentang isu social, Elysium berjaya pada sisi itu. Aksinya boleh tahan, pelakonnya erm.. boleh tahan. Sederhana pada penceritaan, tetapi besar pada apa yang mahu disampaikan.

3.5/5

1 comment:

charkuoi said...

Review yang menarik..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...