Akan Datang!

Thursday, October 23, 2014

Review: Dendam Orang Mati

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jason Chong
Pelakon | Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Miera Liyana

Dendam Orang mati ni ialah satu lagi buah tangan Jason Chong yang sebelum ni mengarahkan filem creature feature yang agak ‘kanak kanak riang yang baru bertatih’ bertajuk Ular. Pengarah ni gemar dengan benda benda seram yang agak lain. Tidak menggunakan elemen bomohan, dan kes rasukan cliché, Jason Chong mungkin harapan baru untuk genre seram. 

Tampil dengan filem Dendam Orang Mati yang aku sifatkan sebagai filem seram Asia untuk Asia, Dendam Orang Mati ‘wipe out’ semua typical story seram / thriller filem Melayu. Tradisi seram gaya bomoh, dan semua benda yang biasa dilihat dihilangkan. Dendam Orang Mati ialah satu filem baru dengan keseraman cara baru, dan semuanya barulah! 

Ok, secara lahiriah, aku nampak Dendam Orang Mati meminjam elemen filem filem Chinese dan Asia. Kita akan seolah olah seperti saksikan sebuah filem psycho thriller seram yang digarap dengan misteri dan juga persoalan yang mencengkam. Melihat keseluruhan filem, filem ni tak ubah seperti sebuah filem seram yang penuh artistic dan kualiti visual yang memuaskan. 

Bagaimana pulak dengan plotnya? Aku sifatkan filem ni punya idea yang sangat mengagumkan. Kira kira, boleh jual sebab twistnya menjadi. Namun, kontranya pulak, aku rasakan yang garapan filem ni masih kelihatan seperti sebuah roda yang berpusing pusing. Korang akan perasan yang separuh masa pertama filem, demi untuk sembunyikan rahsia besar filem ni, pengulangan banyak dibuat dalam membina seramnya. 

Watak Lisa Surihani diulang ulang dalam bermain dengan kejutan yang dibina. Adegan masuk lif, keluar lif. Masuk rumah, keluar rumah. Lari di koridor berkali kali. Keluar rumah lagi, masuk lif lagi, dan lagi dan lagi menggambarkan yang seram filem ni nampak terperangkap di dalam suasana flat 3A itu saja. Seharusnya, ianya lebih dari sekadar itu! 

Malah, aku rasakan juga yang misteri filem ni, walaupun garapannya baik pada keseluruhannya, masih gagal untuk membuatkan aku rasa filem ni ditulis dengan sempurna. Beberapa plot hole besar wujud menimbulkan persoalan yang sukar nak dijawab. Elemen ‘time travel’ yang macam tak masuk akal dengan plot cerita antara benda yang agak membingungkan. Malah, dinding hitam yang makin membesar tu, macam tak ada penjelasan sempurna. 

Dan paling besar sekali, aku sendiri tak paham apa kaitan Dendam Orang Mati (tajuk filem ni) dengan whole plot. Korang akan tertanya tanya, mana orang mati yang berdendam tu? Dan why plot ni tersasar jauh dari tajuknya? Membingungkan! 

Aku puji art department filem ni yang kerjanya ohsem. Namun, aku rasakan amatlah kelakar bila korang bina bilik air yang lantainya sama level dengan bilik di luar. Aku tak fikir bilik lantai flat murah pun ada lantai bilik air yang sama tinggi dengan lantai bilik air luar. Oleh itu, aku sifatkan rekaan bilik air rumah Lisa Surihani tu sangatlah kelakar dan membuatkan aku rasa nak ketawa besar! Kah3! 

Filem ni banyak pinjam pinjam. Satu, kau akan nampak jelmaan ‘anak anak’ hantu filem Karak yang kakinya panjang. Dua, kau akan nampak jelmaan ‘aura’ Anabelle pada watak patung yang Lena suka. Dan yang ketiga, kau akan nampak yang filem ni ialah setitis jalan cerita filem Dark Water. Campur campur semua elemen tu, maka Dendam Orang Mati Wujud. 

Lisa nampak kurang selesa dengan lakonannya. Dia gagal untuk menyerlahkan sisi paling tinggi tekanan jiwa yang dirasa. Walaupun aku rasa dia dah push paling baik, aku pasti korang masih melihat Lisa Surihani yang biasa korang nampak. Aku harap pelakon lain yang lebih baik dari Lisa Surihani berada di dalam watak Lena. Lisa Surihani nampak terlalu lembut, terlalu ayu, dan masih seperti dia. Sorry! 

Dendam Orang Mati punya plot twist yang cantik. Jangkaan korang akan silap, itu pasti! Namun, dengan pengulangan elemen seram yang kadangkala menguap jugak sekali sekala, aku sifatkan the whole plot sebagai olahan yang biasa. Sebuah filem seram yang cuba untuk keluar dari kepompong ‘Malaysia untuk Malaysia’ yang berjaya berikan elemen kejutan yang superb! Apalagi, ianya sangat artistic dengan CGI yang boleh tahan hebat! Hantu berapi tu ohsem! Babak Lisa Surihani potong jari tu pun superb!

3.5/5

1 comment:

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

macam best je filem ni. Nanti nak tengok la

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...