Saturday, April 12, 2014

Review: The Wolf of Wall Street

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Martin Scorcese
Pelakon | Leonardo DiCaprio, Jonah Hill, Margot Robbie

Wohoo. Saat aku melayari filem ni dari minit ke minit, aku agak terlopong dengan keberanian filem ni yang seingat aku menyamai satu filem yang pernah aku tonton sekali sahaja suatu ketika dulu. Tak silaplah, tajuk filem tu ialah Showgirl arahan Paul Verhoeven. Ahah, dose kegilaan filem ni lebih kuranglah. Melebih lebih jelasnya kelihatan dalam penggunaan perkataan f words yang melimpah merata rata. Kalaulah masuk tv, takkan ada satu dialog yang korang akan dengari dengan sempurna. 

Ya, ini punya filem tarak boleh ditonton oleh budak budak. Terang dan jelas, filem ni memang memerlukan satu kepala otak yang boleh membezakan antara kejahatan dan juga kebenaran. Maka, menonton filem ni tidak akan jadi seronok kalau korang asyik berfikir untuk menanti babak babak seks dan juga seangkatan dengannya. Ya, ianya akan muncul berselang seli, namun sebaiknya kita lihat kepada ceritanya. 

Daripada Martin Scorsese yang rajin mengambil Leonardo DiCaprio dalam filem filemnya, filem ni memfokus kepada kehidupan seorang broker saham. Kisahnya, yang berdurasi tiga jam, bakal mengulangi pengalaman korang menonton Avatar dan juga Titanic. Payah woo nak cari filem Inggeris yang mampu membawa momentum yang baik untuk durasi panjang sebegini. 

Sedikit fakta, daripada Wikipedia, filem ini tercatat sebagai filem paling banyak menggunakan perkataan ‘fuck’. Sila terlopong! Jumlah perkataan itu dalam filem tersebut alah 569 kali sebutan dan 3 minit 16 saat digunakan untuk menyebut perkataan tersebut. Maka, dengan jumlah sebanyak itu, lebih kurang setiap seminit dua kita akan mendengar perkataan itu diucap bersama perkataan2 lain. Wow! 

Tak perlulah aku nak jelaskan penggunaan drug yang agak meluas dalam filem ni. Malah, sex scene yang agak banyak juga nampak seperti sebuah pemandangan cuci mata yang sebenarnya akan memberikan perasaan kurang selesa. Namun, seperti aku kata tadi, jom lihat ceritanya dan Leonardo DiCaprio itu sendiri. 

Filem ni memang sangat best! Serius aku suka pada gaya editingnya yang agak memberikan mood yang cantik. Nampak klasik tetapi modern. Malah, filem ni berjaya memberikan satu gabungan DiCaprio Scorcese yang sangat menyegarkan. Jelas menunjukkan keserasian pelakon ini dan pengarah ini berjaya menaikkan filem ni sebagai filem yang layak masuk anugerah walaupun gagal meraih sebarang kemenangan. 

Wolf of Wall Street menunjukkan sebuah keberanian yang sangat tinggi dalam setiap sudut. Apatah lagi, dari sisi kecilnya, filem ni diterbitkan oleh seorang anak Malaysia yang sangat terdesak nak ke Hollywood. Memang aku akui, apabila kita masuk ke Hollywood dengan membiaya filem sebegini, pandangan negative dan pantas melabel lucah menjadi kebiasaan. Namun, pada aku, kelucahan ialah perkara tipikal Hollywood. Kalau ceritanya sangat meyakinkan dan layak untuk ditonton, kelucahan itu hanyalah angin lalu. 

4/5

No comments: