Akan Datang!

Saturday, April 12, 2014

Review: Lone Survivor

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Peter Berg
Pelakon | Mark Wahlberg, Taylor Kitsch, Eric Bana, Ben Foster

Peter Berg ni sebenarnya bagi benda yang sama je dengan Battleship haritu. Apa yang sama? Pertama, ada Taylor Kitsch yang memang sangat hotlah bagi sesape yang berjiwa perempuan. Keduanya, filem ni masih mengekalkan unsur Battleship, yakni perang. Cuma apa yang membezakan perang Battleship dengan perang Lone Survivor ialah alien yang ditukar kepada Taliban. And the rest of the film, sebuah action packed yang sangat sempurna. 

Mengadaptasi sebuah buku berdasarkan pengalaman sebenar ketika Amerika menjajah Afghanistan ini sangat mengujakan. Malah, melihat apa yang Peter Berg sajikan dalam filem ni, ianya adalah seperti sebuah meal yang semangatnya sudah ditunggu tunggu lama semejak zaman kegemilangan Saving Private Ryan. Lone Survivor seingat aku antara filem yang betul betul memaparkan semangat perang yang sangat patriotik. 

Seperti Battleship, Peter Berg nampak seperti menjana aksi aksi filem ni lebih dari setiap karakter karakter yang diwujudkan. Kita sebenarnya tidak dapat melihat setiap karakter dengan jelas. Latar belakangnya, dan semuanya hanyalah satu benda angin lalu. Namun, ceritanya tetap disajikan dengan sempurna. Tambah tambah lagi apabila satu perperangan dengan puak Taliban dijana dengan sempurna dan sangat best! 

Filem ni berjaya membawa pertarungan hidup mati dengan sangat realistik. Itu aku rasa aku berani jamin sebab semua pelakonnya pun sudah berjaya bawa habis baik untuk memastikan yang terbaik untuk filem ni. Dengan sepertiga filem ni dipenuhi dengan adegan tembak menembak, letupan, jatuh terjun bukit, dan semua portrayal keganasan Taliban dari mata Amerika, ianya sebuah formula filem perang yang sangat menjadi. 

Lone Survivor memang sangat mengujakan. Filemnya simple pada plot tetapi sangat berat dalam apa yang ingin disampaikan. Aku suka bila hal hal berkaitan kampung yang anti Taliban itu dipaparkan walaupun aku rasa ianya perlu lebih banyak diperjelaskan. Ianya satu semangat yang menunjukkan yang Lone Survivor bukan mahu menyatakan yang semua orang Arab itu Taliban! Dan aku sukakannya. Propaganda yang pandai memujuk. 

Mark Wahlberg, Taylor Kitsch dan penampilan sekejap Eric Bana memang memberikan filem ni sebuah filem yang benar benar bergerak. Seperti menonton Act of Valor, Peter Berg berjaya membawa keluar sebuah persembahan tentera yang sangat memberikan emosi dan juga penuh dengan kekuatannya yang tersendiri. 

Pendeknya, aku menyukai Lone Survivor sebab ceritanya mudah. Tidak ada politikus bercerita, tidak ada benda benda berat. Sebuah filem aksi perang yang ringan tetapi berjaya untuk membentuk semangatnya yang tersendiri. Brutal pada satu sisi, heroic pada satu sisi, Lone Survivor berjaya menjadi filem perang yang sangat impresif dan meyakinkan. Kegagalan Battleship nampaknya berjaya mempertemukan Peter Berg dengan kejayaannya. 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...