Akan Datang!

Tuesday, April 29, 2014

Review: Lu, Gua Bro!

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Ismail 'Bob' Hashim
Pelakon | Epy Kodiang, Zalif Sidek, Nina Iskandar, Rahim R2

Melalui filem ni, aku ada satu benda nak kata. Dari apa yang aku nampak Epy Kodiang memang ada ciri pelakon aksi yang sangat baik. Langkahnya sangat baik dan persis dalam koreografi yang diberikan. Namun, disebabkan mukanya yang agak lawak dan tidak mampu memberi emosi setaraf Aaron Aziz mahupun Iko Uwais, maka dia seharusnya tidak masuk berlakon sebagai pelakon aksi. Layak berada di komedi, walaupun dia hanya sederhana sahaja pada gayanya. 

Zalif Sidek sebenarnya bukanlah seorang yang mampu untuk memberikan feeling yang kau sedang menonton pelakon utama berbadan gempal. Dari dulu, hingga sekarang, Zalif hanya mampu memberikan perasaan pelakon pembantu yang diutamakan tidak kiralah dalam apa sahaja filem yang dia muncul. Dan Lu Gua Bro juga, dia juga tidak ubah seperti berada di tempat Mak Ros yang muncul suka suki Cuma dia lebih pentinglah. 

Filem ni pada aku ada gaya komedi yang menjadi. Sekali sekalalah. Itu mungkin antara sisi filem ni yang mungkin menarik untuk disajikan. Namun, kalau anda penonton setia filem Malaysia khasnya filem David Teo, maka aku hanya mampu katakana yang filem ni adalah filem biasa yang berobjektifkan buat duit semata mata. Kau layan, then gelak gelak, pastu blah tanpa apa apa benda yang boleh dibincangkan di luar panggung. 

Lu Gua Bro tidak ada premis yang meyakinkan walaupun ceritanya diolah dengan cara yang sedikit unik dan menjadi. Premisnya yang sangat basi, isu dadah yang direcycle dari lambakan filem filem Metrowealth yang lepas diulang menjadi premis cerita. Bila kejutan di akhir filem ni membuka semua pekung cerita, maka Lu Gua Bro tidak mampu untuk melekatkan diri aku untuk bangga dengan premisnya walaupun gaya persembahannya unik. 

Ya, nak kutuk pun tak boleh juga. Sebab filem ni tidaklah teruk mana. Ianya boleh dikatakan macam kau tengok awek yang dah berpunya. Kau tengok, dan kau tak rasa kau boleh pergi dari lebih dari sekadar kawan. Kalau x paham, renung renungkan. 

Tak ada apa pun cerita yang betul betul kuat untuk menampakkan Lu Gua Bro sebagai sebuah filem yang ada cerita. Apa yang aku nampak, filem ni seperti satu himpunan komedi dan kenangan yang bertalu talu diisi dari awal hinggalah hampir ke final. Namun, tak ada pun satu dari kenangan zaman remaja yang konon dijaja itu mampu memberikan satu feel nostalgic. Apa yang aku dapat hanyalah satu komedi yang biasa dengan olahan yang sama. 

Tambah tolak campur bahagi, Lu Gua Bro memang nampak macam tajuknya. Kosong dengan premis yang sangat betul betul komedi. Namun, seperti aku kata tadilah, ada certain komedinya yang menjadi. Dengan Zalif Sidek dan Epy Kodiang yang tidak mampu melonjakkan lagi filem ni ke komedi yang lebih baik, filem ni macam filem lain yang biasa biasa. Sebuah lagi filem ringan yang tidak perlu fikir fikir banyak kalau nak tonton. Tapi, nasihat aku, fikir banyak tau kalau nak tonton secara berbayar. 

2.5/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...