Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Mamat Khalid
Pelakon | Awie, Usop Wilcha, Soffi Jikan, Shuq Balas
Aku tak suka Zombie Kampung Pisang. Pada zaman tu, aku masih belum dapat hadam bagaimana pengzombian itu mampu dilakukan dengan hanya memenuhkan kapur di muka pelakon. Agak kurang menjadi. Tapi, aku mula suka Kampung Pisang selepas Kak Limah masuk campur dan beri cerita baru. Mamat pun bagus sebab masih membina sebuah cerita berbeza tapi dalam satu kampung sama. Dan gaul menggaul mula jadi best selepas itu.
Kampung Pisang sebenarnya tidak membayangkan perjalanan cerita sahaja. Pada aku, kisah yang berlaku dalam Kampung Pisang menggambarkan revolusi Mamat Khalid sendiri. Walaupun dirinya sudah tidak muda, namun pemikirannya tidak begitu. Dari masa ke masa, Mamat mengolah cerita yang sangat jauh dari pengarah seeranya. Dari penggunaan sekecil2 CGI, Mamat menggunakan kekuatan itu untuk membantu membina apa yang otaknya bayangkan.
Hasilnya Apokalips X yang belum aku tonton saat ini. Undur belakang sedikit, korang akan nampak hasil lain iaitu Zombi Kilang Biskut. Permulaan filem ni yang sangat meyakinkan menampakkan seperti filem ni dibikin oleh orang muda. Cuma gaya persembahan pada pertengahannya sahaja baru menampakkan yang filem ni memang milik Mamat Khalid. Tabik spring kepada director ni! Toing! Toing!
Zombi Kilang Biskut hadir selepas KL Zombi yang memberikan ruang untuk filem zombi berkembang di Malaysia. Dan pada akulah, dari persembahan dan cerita, Zombi Kilang Biskut mungkin antara filem zombi yang sangat menghiburkan berbanding KL Zombi yang menampilkan Zizan Razak itu. Malah, Zombi Kilang Biskut lebih dekat dengan situasi dan pemikiran orang Melayu.
Mamat memulakan filem ni dan mengakhiri filemnya dengan tanda tanya yang akan diselesaikan pada satu tajuk baru, Zombi Ultimatum. Maka, filem ni kelihatan seperti sebuah permainan yang sebenarnya boleh dipendekkan. Mamat masukkan cerita pontianak/hantu kebaya merah yang mencari rumah Usop yang ada kisah lawaknya yang aku rasakan sia sia tetapi kelakar. Dan tanpa cerita yang tah pape tu pun, Zombi Kilang Biskut masih hidup!
Filem ni juga tidak mungkin mampu dinikmati jika korang terlalu berfikir logik. Ianya hanya satu permainan santai Mamat yang dalamnya terisi kritikan sosial. Tak nak cakap pasal tu, tapi, apa yang korang akan nampak jika korang menonton satu layer sahaja, ialah korang akan nampak filem ni sangat mengarut dan hanya peminat setia filem Mamat sahaja yang mampu menghadamnya.
Mamat menggunakan CGI dengan sepenuhnya. Kredit filem antara babak ohsem yang sangat best! Malah, muka zombie juga ada improvement walaupun efeknya kadangkala agak melebih-lebih. Tapi takdelah zombi pakai kapur okeyh. Mamat juga menambah kengeriannya tersendiri seperti adegan kepala putus, makan perut, dan beberapa adegan berdarah yang memenuhi kehendak sebuah filem zombi.
Funny bila lihat zombi mejajah Kampung Pisang. Dengan watak watak kampung, zombi bukan sahaja sebuah persembahan lawak, tetapi ianya ialah satu kritikan tentang sikap manusia dan juga sekitarnya. Pada aku, Zombi Kilang Biskut mungkin satu improvement dalam filem zombi Malaysia. Trademark Mamat campur watak watak Kak Limah darab pengzombian kuasa dua menjadikan Zombi Kilang Biskut sebuah filem Kampung Pisang yang mungkin menghiburkan walaupun kekuatannya hanyalah biasa biasa.
4/5
No comments:
Post a Comment