Akan Datang!

Tuesday, April 29, 2014

Review: The Journey

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Chiu Ken Guan
Pelakon | Frankie Lee, Ben Pfeiffer, Joanne Yew

Punya beautiful syot yang sangat memukau, filem ni berjaya menangkap pandangan mula pada pemaparan visual itu sendiri. Tidak menjanjikan visual yang biasa biasa, filem ni berjaya memberikan kepuasan maksima bukan hanya pada cerita, tapi pada keseluruhan hasil kerja. Dan melihat dari segala aspek, memang tak hairanlah The Journey disukai oleh segenap manusia di Malaysia. Aku pula bagaimana? Hah, ni yang aku nak cerita. 

Menonjolkan diri dan memintas KL Gangster sebagai filem Malaysia paling berpengaruh, The Journey tak lah hebat mana. Namun, sebuah filem yang dibikin dengan niat untuk memahamkan dan pada masa yang sama boleh dinikmati itulah yang membuatkan filem ni boleh dinikmati segenap lapisan. Ianya macam kau makan cokelat dan bila kau pejam mata, kau boleh feel the taste of the choc dan at the same time also boleh kenyangkan perut yang tengah lapar. 

The Journey dibikin dengan cerita simple. Kisah perkahwinan antara dua kaum berbeza. Namun, apa yang nak dititik beratkan dalam filem ni bukan itu. Kita tidak disajikan dengan konflik pasal halangan perkahwinan tetapi kita disajikan dengan kisah tentang pertembungan budaya tua dan muda, sifat saling kenal mengenali, dan paling penting adat yang menjadi pegangan. 

Memang benarlah filem ni merupakan sebuah filem yang ada penyatuan yang sempurna. Aku sangat suka bagaimana sebuah filem Cina cuba bercerita tanpa sembunyi adat budaya mereka dan pada masa yang sama tidak lupa yang mereka bercerita tentang kaum Malaysia. Dan dalam filem ni, perjalanan mengenal budaya, adat dan tradisi bukan hanya dialami oleh pelakon malah penonton sendiri akan mengalaminya. 

Dari satu sisi lagi, filem ni berjaya bercerita tentang hubungan anak – ayah yang sangat menyentuh perasaan. Ianya sebuah lakaran yang nampak jujur dan mengajak penonton untuk merasai sekali tentang jiwa ayah yang mempunyai pemikirannya sendiri, dan anak yang mempunyai pemikirannya sendiri. Kesimpulan yang simple, respek ialah perkara penting untuk hubungan ini menjadi baik. 

Filem yang sangat simple ini macam aku kata tadi punya visual yang sangat cantik. Garapannya memenangkan dan memberi ruang untuk mata melayan visual cantik yang dipaparkan. Malah, garapan editing dan juga muzik latar membentuk suasana yang benar benar menampakkan ketelitian dalam pembikinannya. Aku sangat suka scene belon panas even aku rasa macam babak tersebut lebih kepada melayan visual daripada isinya. 

Benji mungkin mempunyai lakonan yang agak kurang meyakinkan pada sesetengah babak. Namun, sebagai watak omputeh dalam sebuah culture yang berbeza, persembahannya boleh dibanggakan. Lee Sai Peng, sebagai Uncle Chuan punya sisi lakonan yang boleh dibanggakan. Dia ibarat the heart of the film yang mana tanpanya, The Journey takkan ada satu perjalanan. 

Persembahannya diakui tidak gelojoh seperti membikin filem untuk duit. Cuba makan cokelat ni, pejam mata, dan rasai ianya cair dalam mulut. Sebuah filem yang biasa, namun boleh membuatkan satu dunia berasa yang filem ni bukan hanya bercerita tentang kaum. Ianya tentang pelbagai isu yang berlegar di sekeliling kita yang sentiasa kita lalui. Dan setiap dari masalah itu, ada penyelesaiannya jika kita boleh menerima dan buka mata. 

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...