Monday, December 16, 2013

Review: Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Shiro, Zalif Sidek, Mikael Andre (klik untuk senarai penuh pelakon)

Beginilah, hmm.. Ok. Baik buruk pun filem ni, satu je aku nak cakap, apa yang Pierre buat untuk sebuah filem sebegini perlu dipuji. Suka atau tidak itu belakang kira. Bila Pirre berjaya membawa islamik jauh dari tipikal 99 Kali Rindu, 7 Petala Cinta, Salam Cinta dan lain lain, akhirnya kita ada satu filem islamik dalam sisi baru untuk dinilai. Tahniah untuk apa yang diberikan. Apa yang ada dalam ni ada kritikan, sindiran dan ilmu. Jarang kita lihat semua itu. 

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang memang sebuah filem komedi yang kurang menjadi. Itu kalau kita lihat dari komedi kumpulan Shiro yang macam tidak sampai walaupun komedi gaya mereka sudah dipersembahkan. Walaupun mereka tidak segah gabungan Sepahtu mahupun Jozan, gabungan mereka menjadi pada drama tetapi kurang menjadi pada komedi. Namun begitu, Shiro masih berjaya tampilkan lakonan yang menjadi. 

Shahrol Shiro berjaya membawakan lakonan yang maksima. Itu aku puji. Malah, Ajak berjaya membantu walaupun aku nampak Shahrol lebih mendominasi. Tambahan pula, kemunculan Along Eyzendy, Zalif Sidek dengan Mikael Andre telah menambah elemen penting filem MIG, pelakon recycle! 

Keseluruhannya, filem ni lebih bermain dengan perjalanan Dadu dan Muiz yang mana terjebak dengan insiden insiden yang tak diingini. Di sini, aku nampak yang semua insiden hanya seperti tangkap muat. Iya benar, insiden itu sebenarnya ada momen menasihat yang mahu ditonjolkan tapi, ianya terlalu ringan untuk sebuah filem yang ada mesej besar. Malah, ianya nampak seperti sebuah babak isi suka suka saja. 

Aku nampak Pierre masih menekan gaya seperti Highland Tower. Gaya arahannya dipenuhi babak babak yang agak santai, sekali sekala editing memainkan peranan untuk membentuk ruang komedi dan sindiran tertentu. Itu aspek baru yang Pierre tonjolkan. Aku suka momen dan editing walaupun ianya telah diterukkan dengan muzik latar yang sangat sampah. 

Tak tahulah apa yang tukang buat muzik buat. Filem ni komedi drama, tetapi bunyinya dah macam mengajak penonton untuk bersedih. Muzik dan situasi sangat tidak kena. Mood hilang. Kasihan. 

Dalam semua perbincangan ini, tak kira apa saja perbincangannya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang adalah filem yang sangat istimewa. Semestinya kehadiran Ustaz Azhar Idrus dalam filem ni menjadi taruhan utama. Maka, baik atau tidak badan filem ni, jika ada si penceramah itu, pastinya ia menjadi filem yang ditunggu tunggu segenap penonton. Menggunakan ustaz itu sebagai tarikan sebenarnya berjaya menyelindungkan apa saja kelemahana filem ni. 

Pierre menyampaikan semua ilmu agama yang dia tahu dalam setiap babak dakwah yang diberikan. Hal ini menunjukkan yang Pierre ada matlamat untuk mendidik melalui filem. Seharusnya ianya sebuah filem yang berilmu. Cuma bagi menilai sebagai sebuah filem, ianya masih belum menepati sebuah filem agama yang ada elemen tarik minat menonton yang pelbagai. Sekadar UAI sebagai penarik, ianya sangat kurang menjadi lagi. 

Macam aku kata tadi, sekadar melihat filem untuk memberi pengetahuan tabligh dan perjalanan mencari keredhaan, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang ada mesej itu semua. Sifatnya yang mendidik menjadikan filem ni dibikin dengan niat mendidik. Namun, dengan kekurangan pada tarikan filem yang hanya bersandarkan kepada UAI, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang masih belum memenuhi standard filem islamik sebenar! Tapi, usaha ini sudah cukup bagus setakat ini. Tahniah, Pierre! 

3/5

2 comments:

Sofia MNasir said...

Tulah kan. Tengok trailer macam best. Tapi bila dah tengok, rasa macam perjalanan cerita tu laju sangat. Dialog yang dorang sampaikan pun macam tak sempat nak ambik mood, dah masuk babak lain. Konsep tu okay tapi ceritanya bosan.

Anonymous said...

saya rasa ini filem komedi terbaik abad ini...

ketawa dapat...

peringatan pun dapat...

TERBAIK!!!! 5 bintang.

Tahniah Pierre Andre