Akan Datang!

Tuesday, December 31, 2013

Novel: Savages (Don Winslow)

cover depan
(klik untuk gambar lebih besar)
Savages - Don Winslow
Simon & Schuster Paperbacks, Movie tie-in Edition 2012

cover belakang
(klik untuk gambar lebih besar)

Ini adalah novel yang jika dilihat pada pandang pertama saja, ianya menimbulkan satu pandangan, ya, ianya lain sangat. Sangat sangat lain! Itu bukan tengok pada ceritanya lagi. Lihat pada persembahannya saja sudah cukup berbeza. Dengan penulisannya yang tidak berperenggan yang sempurna dan macam puisi, ditambah pula dengan bab yang sangat pendek kadangkala tak sampai satu muka, ya Savages memang identity penulis ini. 

Penulis ini nampaknya macam tulis ikut suka. Bila mana dia nak tulis dengan gaya puisi, dia buat. Bila mana dia nak berperenggan, dia buat. Pendek kata, Don Winslow ni macam novel ikut suka. Tidak pada ceritanya ok. Tapi pada persembahan. 

Persembahan Don Winslow dalam Savages lebih berani. Ada unsure dewasa yang mencengkam, konflik dadah, mafia dan aksi yang sangat best. Memang tak hairanlah buku ini mendapat perhatian Oliver Stone untuk dijadikan filem. Novelnya sangat pantas, dan memang mendebarkan dari helai ke helai. Chon, Ben dan O yang menjadi watak utama memang best! Dunianya juga sangat Americano! Macam lihat filem mafia! 

Pendek kata, Savages untuk dewasa. Kelainannya ada. Persembahannya sangat berbeza menjadikan plotnya sangat segar. Persahabatan dan dadah, Savages memang bad boys punya barang! 

3.5/5

Novel: Vibrator (Mari Akasaka)

Faber & Faber, 2005

VIBRATOR Telah dijadikan filem yang mendapat pandangan positif, novel karya Mari Akasaka yang ketiga ini tak ada kaitan pun dengan ‘vibrator’. Malah, ini bukan buku yang berkaitan dengan alat seks ataupun hanya sekadar permuas nafsu. Ianya sebenarnya berkisah tentang gema yang dilayarkan oleh memori. Ya, kisahnya tentang permainan minda dan juga fikiran. Hanya mengisahkan watak utama, Rei dan perjalanan semalamnya bersama dengan Okabe Takatoshi, seorang truck driver, Vibrator sebuah kisah yang berani. 

cover belakang
(klik untuk gambar lebih besar)
Selepas membaca karya ini selepas membaca Norwegian Wood, aku dapat rasakan yang karya Japanese memang ada auranya tersendiri. Malah, dengan keberaniannya memaparkan adegan adegan yang sangat out of box dan juga tidak sesuai untuk kanak kanak, perjalanan ceritanya naik turun. Vibrator memang meresahkan, malah bermain dengan simbolismanya tersendiri. Kisahnya banyak berlatarkan tentang perubahan hidup. 

Kisah yang banyak berlatar belakangkan kabin truck si Okabe ni penuh dengan berahi, dan juga prinsip penulis tentang kehidupan. Walaupun tak ada vibrator pun dalam cerita ini, bagi yang tahu pekebenda vibrator tu, pasti akan sedar bagaimana vibrator itu dikaitkan dengan watak utama. Resah, kepuasan, dan kemuncak perubahan. 

Novel yang simple, tanpa ada bab/bahagian. Kisah satu malam yang meresahkan, malah membuatkan pembacanya bergetar! 

3.5/5

Friday, December 27, 2013

Review: Penanggal

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Ellie Suriati Omar
Pelakon | Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha (klik untuk senarai penuh pelakon)

Ada benda baru dalam filem ni. Sudah mula hidu itu saat filem ni bermula. Apa yang aku nampak awalnya, pandangan aku menyatakan yang filem ni ada unsur seram yang sangat serius. Pada masa yang sama, aku rasakan bagaimana ceritanya diceritakan juga bukan satu usaha main main. Daripada Ellie Suriati Omar, Penanggal nampak macam mahu bercerita tentang hantu dalam masa yang sama mahu membawakan jiwa masyarakat yang dipapar. 

Pertama, aku rasakan Penanggal memang sebuah fasa filem seram yang sangat lain. Bila lihat si Azri Iskandar bertutur bahasa Melayu lenggok arab, ianya sudah memberikan suasana lain. Ellie tak letak filem ni atas dunia sebenar. Tak ada masa untuk bandingkan apa kaitan reality benar palsu filem dan dunia. Yang ada, sebuah dunia Melayu fantasi ikut acuan Ellie. Sekaligus, ini membenarkan Ellie bercerita sesukanya seperti mana Shuhaimi Baba bercerita dengan Ponti Sundalnya dulu. 

Apa yang bagusnya Penanggal. Dalam banyak banyak fasa hitam kelam visual yang sangat menarik, Penanggal nampak seperti sangat mahir dari segi visual. Melihat dari kerja visual separuh masa pertama filem sahaja, aku rasakan Penanggal punya visual yang sangat bertaraf Asia. Hampir mirip filem filem seram Indonesia jika dilihat visualnya, kan? 

Keduanya pula, Ellie tidak memaksa penonton untuk berasa seram dengan Penanggal. Malah, makhluk terpisah kepala badan itu sebenaranya tidak digambarkan sebagai watak jahat yang menerima pengakhiran selayaknya seperti filem seram biasa. Ada elemen drama dan pemikiran yang digembar gemburkan. Cerita persepsi masyarakat, dan juga sifat dendam kesumat yang tak sudah sudah menjadikan Penanggal ada isi. 

Itu semua bagus. Dari segi kerja visual serta editing, ditambah pula dengan muzik yang sangat mendayu dan cukup sifat, Penanggal ada sisi positif yang wajar disanjung. Untuk pertamakalinya di bangku pengarah, Ellie sudah bikin habis bagus walaupun pada penceritaan, aku rasa dia masih sederhana.

Namun, dalam kebagusan itu, seperti biasa, ada juga sisi sisi yang masih menjadikannya nampak jelas seperti filem Melayu. Melihat kepada kerja visual yang sangat cantik, malang sungguh babak akhir filem tidak mendapat CGi yang sewajarnya ada. Aku kurang tertarik dan hilang jiwa bila melihat adegan Syed Yusof dan Murni yang berada dalam kebakaran yang sangat fake. 

Malah, Fasha Sandha itu sendiri adalah watak yang sangat sepatutnya tidak ada. Masakan ceritanya sebegitu besar tetapi tetiba sahaja dia dimatikan tanpa ada apa apa cerita yang layak untuknya.Mandi perigi, kena sembur dek penanggal, the end? Apekah? Aku sangat rasakan yang Fasha Sandha hanya buang masa kerana konfliknya kalau tak ada lebih bagus, secara peribadi lah. Watak extra yang namanya terlekat di poster! 

Ellie juga banyak menggunakan close-up untuk babak penanggal sekaligus menghilangkan mood nak tonton makhluk seram tersebut. Ada satu dua babak yang ditunjukkan tapi kurang meyakinkan. Malah, penggunaan POV penanggal itu sendiri, walaupun nampak meyakinkan, tapi bila digunakan terlalu banyak, nampak benar mahu menyembunyikan kelemahan. Atau mungkinkah, Ellie mahu kita bayangkan rupa penanggal itu ikut apa yang kita tahu? Kurang suka itu! 

Bagi yang belum tonton, ceritanya sangat lain. Ada misteri yang dikekalkan pada awal cerita sehinggalah filem ni bergerak ke penamat. Namun, dalam misteri yang ditanam, Penanggal macam ada sesuatu yang tidak kena. Sekali sekala babaknya agak dragging sehinggakan Penanggal itu sendiri menjadi drama yang sangat gelap. Pada aku, ianya kelainan seram yang bagus pada satu sisi. Bahasa Arab campur melayu itu kreatif, tapi rasanya tak ada pun tak apa. Aspek ceritanya ok cuma, aku rasakan masih ada perasa perlu ditambah di masa depan. Mungkin, seramnya perlu lebih. 

3.5/5

Review: Kisah Paling Gangster

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Brandon Lee
Pelakon | Shaheizy Sam, Wan Hanafi Wan Su, Wawa Zainal (klik untuk senarai penuh pelakon)


Kalau KL Gangster tak memulakan semuanya, filem filem gangster tak berlambak macam apa yang ada sekarang ni. Ada si pembikin yang buat dengan sengaja mahu parodikan gangster, dan ada yang mahu paparkan keseriusan gangster. Dan campur tolak darab bahagi, apa yang ada sekarang adalah filem gangster yang kualitinya payah mahu diketahui nilainya. Ada yang buruk, dan ada yang bagus. Dan paling kurang enak, tipikaliti masih ada. Hasilnya, setiap filem tak ada beza. 

Jadi, bila cerita pasal filem gangster, pada akulah, yang nak menjadi jurang jauh dekat filem gangster di Malaysia ini ialah pembikin cina versus pembikin melayu. Dari pembikin cina, filem dalam bahasa melayu bertema gangster yang terang dan jelas kelihatan ialah Dampak dan apa yang akan diperbincangkan, Kisah Paling Gangster. Dua filem ni ada objektif. Kelihatan yang mereka, si cina bervisi ini mahu katakan yang beginilah filem gangster harus dilayan! 

Benar, Dampak ada idea. Asli dan segar. Dan malang sedikit apabila caranya sedikit menghambarkan. Namun, ideanya harus dipuji. Bagaimana dengan Kisah Paling Gangster? Hah, inilah yang mahu aku cerita. Filem arahan Brandon Lee yang mengarahkan separuh filem Chow Kit ini nampak menarik. Atas faktor Shaheizy Sam dan juga wajah wajah pelakon familiar yang kita tengok dalam filem MIG, file mini bergerak pergi dengan cara tersendiri. 

Walaupun muka muka familiar semuanya, ceritanya berjaya bawa semua tipikaliti si Zul Handyblack, Mikael Andre dan Wawa Zainal pergi. Alex Yanz dan Epy Raja Lawak juga nampaknya punya lakonan yang cukup baik dari filem filem MIG yang pernah dilakonkan. Apa yang aku nampak, di tangan orang yang membikin filem atas keinginan mahu menjadikannya filem, ianya membentuk pelakon itu menjadi satu bahagian filem itu sendiri. 

Kisah Paling Gangster nampak ada plot yang bagus. Tidak dilengah lengahkan dengan blab la bla ceritanya. Ada permulaan yang sangat menarik dan bagaimana si Remy keluar dari kubur itu satu situasi yang sangat melekat. Dan bagaimana separuh filem ni bermula, ianya sangatlah sederhana dengan aksi tetapi lengkap dengan drama. 

Itu thorbaik! Cuma, walaupun aku rasakan ceritanya sudah mula bergerak dengan sangat baik, separuh masa kedua kelihatan sangat meleret dengan pelbagai insiden seperti novella. Plotnya agak kucar kacir dengan kejutan kejutan yang menjawab soalan kenapa Remy direkrut dan kemunculan pembelot dalam kumpulan Megat nampaknya tidak menjadi. Hasilnya, separuh masa kedua antara bahagian yang agak kurang menjadi. 

Campur tolak darab bahagi, dibandingkan dengan Dampak, filem sepersaingan yang ada dalam bahasa yang sama, aku lebih suka Kisah Paling Gangster. Walaupun kucar kacir pada plot, pengarah nampak berjaya kawal aspek lakonan sehingga tahap tinggi. Shaheizy Sam dengan tipikalitinya sungguh hebat! Ditambah pula dengan sisi lakonan Alex Yanz, Zul Handyblack, Epy Raja Lawak, dan Mikael Andre yang sangat berbeza. Dan, Wawa Zainal yang berkesan, Kisah Paling Gangster ada sisi menjadi. 

Nak kata kisah ni paling gangster, aku rasa taklah sangat. Dengan aksinya yang tidak seberapa, namun sangat kemas visualnya, aku rasakan filem ni ada kontra ada pro. Suka lakonan, visual dan solekan serta kerja tembak menembak yang meyakinkan. Walaupun tidak segengster tajuknya, aku rasakan Kisah Paling Gangster berjaya tekankan drama dan lakonan paling hebat. Brandon Lee mungkin tidak melihat aksi itu penting tetapi sebaliknya, dalam gangster, lakonan yang meyakinkan itu adalah ‘gangster’ sebenar kepada penonton. 

3.5/5

Saturday, December 21, 2013

Review: Machete Kills

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Robert Rodriguez
Pelakon | Danny Trejo, Michelle Rodriguez, Lady Gaga (klik untuk senarai penuh pelakon)

Dari fake trailer dalam filem grindhouse beberapa tahun lalu, Machete jadi filem besar. Filem pertamanya memang menarik. Ada elemen klasik filem lama, ditambah dengan gaya komedi campur darah yang menjadi ikon filem ini. Seperti dikhabarkan dalam filem pertama, Machete akan jadi trilogy dan filem kali ni ialah sekuel kedua daripada keseluruhannya. Danny Trejo nampaknya sangat menjadi dalam persembahannya, itu aku yakin. 

Nak tonton Machete ni, tak kiralah apa saja filem Robert Rodriguez mahupun Quentin Tarantino, perlu ada kekuatan menunggu dan kesabaran dalam segenap aspek. Bagi peminat mainstream, pecah letup kebabom dan semua gaya normal filem aksi, mereka jarang mengikut kebiasaan. Robert Rodriguez dalam gayanya tersendiri dan aku lihat, orang suka atau tidak, dia akan tetap buat apa yang dia suka. 

Membandingkan sekuel Machete dengan yang pertama, aku rasakan filem ni ada lebih ada kurang. Sebagai filem yang satu satunya bermula dengan plot baru, ianya nampak macam seperti dirancang. Tidak seperti filem pertama yang memang ideanya sudah ada dalam fake trailer yang dipersembahkan. Melihat kedua duanya, jelas yang cara membikin ceritanya sudah berbeza, dan keseluruhannya juga berbeza. Filem pertama lebih bercerita. 

Filem ni pula macam novella. Pengarah nampaknya menyesakkan ruang filem ni dengan casting yang sangat banyak. Kita ada special appearance dari Lady Gaga, Antonio Banderas, Cuba Gooding Jr dan pelbagai karakter lain yang memang kebiasaannya dah berlakon filem pengarah ni sebelum ni. Justeru, plotnya memang nampak dibikin untuk memasukkan semua casting ini dan bukannya fokus sangat kepada cerita. 

Malah, filem kali ni yang nampak mirip kepada filem klasik sains fiksyen tambah aksi tahap gila ini punya plot yang sangat biasa. Pada aku, Machete nampak diberikan layanan yang sangat simple dalam persembahannya. Pengembaraannya nampak flat apabila setiap plot yang direka sangat mempunyai idea yang sangat kurang segar. Namun, disebabkan tarikan pelakon pelakonnya, aku rasakan plotnya tak perlu dipertikaikan sangat. 

Robert Rodriguez banyak bermain dengan filem. Lantas, filem ni ialah benar benar sebuah filem yang sangat mememorikan filem. Kita akan lihat gaya filem klasik yang ditonjolkan. Amat pelik apabila aku sendiri boleh menerima gaya klasik yang ditonjolkan ditambah pula dengan babak aksi dan cerita yang kadangkala kelaut itu. Haha.. tapi itulah apa yang aku suka pasal Rodriguez, cerita kelaut pun aku rasa sangat mahu menonton. 

Dengan gaya klasik dan juga aksi ganas yang agak kelakar, Machete mungkin agak kurang sesuai ditonton oleh yang tak sesuai menonton. Malah, pada yang kurang biasa dengan gaya pengarah ni, mungkin ianya akan jadi seperti menonton sebuah filem sampah. Machete Kills pada aku secara peribadi memang sangat ditunggu tunggu. Walaupun aku tak ambil kisah sangat plotnya nak bergerak bagaimana, aku suka untuk lihat bagaimana pengarah ini bermain dengan visual. 

4/5

Thursday, December 19, 2013

Review: This is the End

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Evan Goldberg & Seth Rogen
Pelakon | Seth Rogen, James Franco, Jonah Hill (klik untuk senarai penuh pelakon)

Cerita kiamat kedua aku tonton selepas At World’s End. Masing masing ada ciri yang sama, Cuma kekuatan komedinya dan gaya penceritaan sudah pasti berbeza. This is the End adalah sebuah filem yang diarahkan Evan Goldberg bersama Seth Rogen yang mana juga bertindak sebagai penulis lakon layar. Kesemua nama ini mungkin korang pernah dengar. Kalau sebut pasal filem yang ada dadah, seks dan lucah, merekalah antara pelakonnya. 

Adalah menjadi perkara normal apabila filem filem sebegini ada benda lucah dan lucah itu melawakkan. Dalam This is the End, Seth Rogen yang bertindak sebagai penulis lakonlayar bersama rakannya menggunakan idea apokalips dengan caranya tersendiri. Persembahannya lebih kepada kutuk kutuk suka suka then dengan event yang cliché sains fiksyen. Filem ini unpredictable. Bergerak seperti kepala otak mamat mamat penulisnya saja. 

Apabila bercerita tentang kiamat dalam filem Hollywood, totally kita kena serius pandang semua ni sebagai satu bahan hiburan. Mungkin ada agenda bla bla bla yang mahu disampaikan, tapi let just put that away. This is the End vs At World’s End, mana lagi best? Dua dua lebih kurang. Namun secara peribadi, filem Seth Rogen ini lebih dekat di hati. 

Filem ni bermula dengan gaya biasa filem Seth berlakon. Dengan sembang sembang macam sebuah reality dan bukannya filem, filem ni makin lama makin berkembang apabila pengakhiran dunia tiba. Dan apa yang korang akan saksikan ialah bagaimana enam orang pelakon popular yang sedang berpesta ni cuba untuk survive sepanjang kiamat berlaku. 

Jujur aku katakan filem ni memang for adults. Tak ada ruang untuk lawaknya untuk kanak kanak. Konsepnya simple dan apa yang mahu disampaikan sampai. Komedinya, walaupun sukar untuk aku catch up sebab kadangkala refer kepada beberapa filem lakonannya yang aku belum tonton, boleh dikatakan tak bosan. Bagaimana Seth bersatira dengan kehidupannya dan sekeliling mungkin antara perkara yang menarik untuk disaksikan. 

Sebagai orang dewasa, This is the End memang sebuah filem yang memenuhi jiwa untuk santai dan suka suka. Lawaknya tak ada batas. Sumpah seranah yang menjadi kebiasaan. Semuanya pelengkap untuk filem lawak kasar Hollywood ditambah pula dengan idea kiamat dunia serta cerita syurga neraka yang sangat Biblical. Pada aku, the best moment dalam filem ni pasti kemunculan Backstreet Boys di syurga pada akhir filem. 

Pada yang suka komedi yang agak kasar dan sedikit dewasa, This is the End mungkin antara filem untuk korang. Bagi yang tak suka, just hentikan. Bukan apa, isinya agak sukar diterima akal dan berbaur komedi agama yang sangat memerlukan bimbingan orang dewasa. This Is The End mudah difahami dan sangat menyeronokkan. Menonton keseluruhan filem, aku faham yang Seth sebenarnya menyindir keseluruhan kiamat Biblical dengan komedi ini. 

3/5

Monday, December 16, 2013

Review: Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Pierre Andre
Pelakon | Shiro, Zalif Sidek, Mikael Andre (klik untuk senarai penuh pelakon)

Beginilah, hmm.. Ok. Baik buruk pun filem ni, satu je aku nak cakap, apa yang Pierre buat untuk sebuah filem sebegini perlu dipuji. Suka atau tidak itu belakang kira. Bila Pirre berjaya membawa islamik jauh dari tipikal 99 Kali Rindu, 7 Petala Cinta, Salam Cinta dan lain lain, akhirnya kita ada satu filem islamik dalam sisi baru untuk dinilai. Tahniah untuk apa yang diberikan. Apa yang ada dalam ni ada kritikan, sindiran dan ilmu. Jarang kita lihat semua itu. 

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang memang sebuah filem komedi yang kurang menjadi. Itu kalau kita lihat dari komedi kumpulan Shiro yang macam tidak sampai walaupun komedi gaya mereka sudah dipersembahkan. Walaupun mereka tidak segah gabungan Sepahtu mahupun Jozan, gabungan mereka menjadi pada drama tetapi kurang menjadi pada komedi. Namun begitu, Shiro masih berjaya tampilkan lakonan yang menjadi. 

Shahrol Shiro berjaya membawakan lakonan yang maksima. Itu aku puji. Malah, Ajak berjaya membantu walaupun aku nampak Shahrol lebih mendominasi. Tambahan pula, kemunculan Along Eyzendy, Zalif Sidek dengan Mikael Andre telah menambah elemen penting filem MIG, pelakon recycle! 

Keseluruhannya, filem ni lebih bermain dengan perjalanan Dadu dan Muiz yang mana terjebak dengan insiden insiden yang tak diingini. Di sini, aku nampak yang semua insiden hanya seperti tangkap muat. Iya benar, insiden itu sebenarnya ada momen menasihat yang mahu ditonjolkan tapi, ianya terlalu ringan untuk sebuah filem yang ada mesej besar. Malah, ianya nampak seperti sebuah babak isi suka suka saja. 

Aku nampak Pierre masih menekan gaya seperti Highland Tower. Gaya arahannya dipenuhi babak babak yang agak santai, sekali sekala editing memainkan peranan untuk membentuk ruang komedi dan sindiran tertentu. Itu aspek baru yang Pierre tonjolkan. Aku suka momen dan editing walaupun ianya telah diterukkan dengan muzik latar yang sangat sampah. 

Tak tahulah apa yang tukang buat muzik buat. Filem ni komedi drama, tetapi bunyinya dah macam mengajak penonton untuk bersedih. Muzik dan situasi sangat tidak kena. Mood hilang. Kasihan. 

Dalam semua perbincangan ini, tak kira apa saja perbincangannya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang adalah filem yang sangat istimewa. Semestinya kehadiran Ustaz Azhar Idrus dalam filem ni menjadi taruhan utama. Maka, baik atau tidak badan filem ni, jika ada si penceramah itu, pastinya ia menjadi filem yang ditunggu tunggu segenap penonton. Menggunakan ustaz itu sebagai tarikan sebenarnya berjaya menyelindungkan apa saja kelemahana filem ni. 

Pierre menyampaikan semua ilmu agama yang dia tahu dalam setiap babak dakwah yang diberikan. Hal ini menunjukkan yang Pierre ada matlamat untuk mendidik melalui filem. Seharusnya ianya sebuah filem yang berilmu. Cuma bagi menilai sebagai sebuah filem, ianya masih belum menepati sebuah filem agama yang ada elemen tarik minat menonton yang pelbagai. Sekadar UAI sebagai penarik, ianya sangat kurang menjadi lagi. 

Macam aku kata tadi, sekadar melihat filem untuk memberi pengetahuan tabligh dan perjalanan mencari keredhaan, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang ada mesej itu semua. Sifatnya yang mendidik menjadikan filem ni dibikin dengan niat mendidik. Namun, dengan kekurangan pada tarikan filem yang hanya bersandarkan kepada UAI, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang masih belum memenuhi standard filem islamik sebenar! Tapi, usaha ini sudah cukup bagus setakat ini. Tahniah, Pierre! 

3/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...