Akan Datang!

Thursday, January 8, 2015

Review: As Above, So Below

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | John Erick Dowdle
Pelakon | Perdita Weeks, Ben Feldman, Edwin Hodge

Gagal untuk memberikan momentum sebuah pengalaman menonton filem found footage yang sempurna. Walaupun aku terpengaruh dengan Legendary Pictures yang muncul, filem ni memang tidak mencapai standard filem found footage yang baik. As Above, So Below hanyalah sebuah filem yang cuba untuk menjadi sangat real sehingga ‘filemnya’ macam tiada. Pendek kata, kalau tak paham aku cakap, filem ni bukanlah filem found footage yang baik. 

Kali ni, filem ini mengexplore dunia catacomb yang ada kat Paris. Memilih untuk membina sebuah fiksyen dalam sebuah tempat yang ramai jugak orang tak tahu ni memang bijak. Tapi, memilih untuk membina sebuah fiksyen yang sangat melampau memang bukan benda yang memberikan perasaan takut untuk menonton filem ni. 

John Erick Dowdle, membawakan filem ni dengan sangat melebih lebih. Ideanya nampak tidak sesuai untuk filem found footage. Rasa macam kebenaran ianya benar benar terjadi kurang, tidak seperti korang menonton Cloverfield. Walaupun korang tau ceritanya ialah fiksyen, korang akan still rasa adrenalinenya seolah olah korang berada dalam filem tu. 

Mungkin cuba untuk jadi lain dari yang lain, As Above, So Below membawakan kisah neraka, pintunya dan survival dalam ruang yang sangat sempit, Pada aku, idea tu meyakinkan. Namun, bila kau paparkan banyak benda benda yang sangat nak unrealistic dan tertalu banyak pulak idea idea yang menghampiri gaya filem biasa, ianya tak banyak membantu untuk naikkan mood filem ni. 

Dari awal filem, yang bermula dengan perasaan yang tertunggu tunggu, berakhir dengan apa yang aku gelar ‘repetition’. Filem ni berada pada emosi yang sama, cerita yang lambat untuk orgasm, dan juga berjalan seperti sebuah kisah yang tidak diketahui mana nak dituju. 

Tapi, disebalik kisah yang hanyalah biasa dan mendatar, filem ni tidak dinafikan memang cun kalau korang tngok pada visualnya. Memang ada juga satu dua adegan yang power, tapi hanya satu dua saja. Scene kereta terbakar tu antara yang ohsem. 

Untuk yang akan menonton, filem ni memang agak menyesakkan tetapi korang akan sesak tanpa ada cerita yang sangat sangatlah mendebarkan. Fiksyennya sangat melampau sehinggakan aku rasa amatlah payah untuk accept filem ni sebagai sebuah filem found footage. Apapun, masing masing punya taste! Untuk aku, filem ni ialah filem found footage yang kurang menjadi. 

3/5

Wednesday, January 7, 2015

Review: Sin City - A Dame To Kill For

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Robert Rodriguez, Frank Miller
Pelakon | Mickey Rouke, Eva Green, Jessica Alba, Josh Berlin

Filem ni kali pertama, maksud aku filem pertamanya terbit masa aku berada di Tingkatan 5 kot masa tu. Masa tu, belum lagi paham dan memang tak tau artistic belaka tentang filem ni. Tapi, masa tu, aku dah mula kenal Robert Rodriguez sebab aku dah mula addicted dengan filem Spy Kids yang semakin lama semakin hampeh. Menunggu agak lama untuk sekuelnya muncul, akhirnya A Dame To Kill For berada di depan mata. 

Filem adaptasi novel Frank Miller yang aku tak pernah baca sebab aku bukanlah fan besar komik ini aku tonton bukanlah kerana storyline. Aku tonton kerana beberapa sebab. Satu, ianya satu satunya filem hitam putih yang memang sangat sangat cun. Dua, ianya memang dari Robert Rodriguez even ramai cakap filemnya suck, tapi aku suka! Dan tiga, ianya ada keganasan yang pelik. 

A Dame To Kill For yang dikatakan diadaptasi dari novel grafik dengan tambahan plotline baru khas untuk filem dari Frank Miller sendiri ini memenuhi dua sebab untuk aku menonton filem yang pertama dulu. Makna kata, filem ni sekali lagi memberikan visual hitam putih dengan sikit coret warna yang memang menampakkan filem ni seperti komik look a like. Miller dan Rodriguez benar benar mengadaptasi komik di buku menjadi komik di layar. 

Aku rasakan filem Sin City ialah antara filem Rodriguez yang betul betullah menyerlah. Filem arahannya seperti Machete dan semua filem filemnya memang nampak syok sendiri. Tapi entah macam mana aku suka benar dengan filem filemnya yang mengarut. Mungkin aku boleh katakan, selain Planet Terror dan trilogy El Mariachi, filem Sin City antara buah tangan yang ditangani dengan baik. 

Namun, untuk memberikan filem yang brutal dalam gaya komik seperti filem pertama, A Dame To Kill For gagal. Filem ni dipenuhi drama, skandal dan juga girls pakai lateks yang seksi yang memenuhi ruang tetapi gagal untuk memenuhi tuntutan untuk mengganaskan lagi filem ini. Memang ada adegan potong kepala dan beberapa lagi, namun ianya tidak mampu untuk menandingi kekuatan filem pertama. 

Filem ni jugak nampak seperti mengeksploitasi Eva Green. Filem ni menampilkan babak bogel Eva Green yang berlambak, menjadikan lakonannya berketerampilan tanpa baju mendedahkan asetnya seperti memberikan roh ‘sensual’ yang besar pada filem ni. Mungkin Frank Miller dan Robert Rodriguez mahu alihkan keganasan kepada sensual attraction pulak lah kot! 

Bagi yang tidak biasa dengan komik, filem ni memang agak membosankan. Narration yang panjang berjela dan juga cerita pendeknya berselang seli menyebabkan korang kena stay focus on screen. Kalau tak, momen yang tak dikejar akan menyebabkan korang miss banyak plot kecil yang menyebabkan penontonan korang jadi macam hampeh. 

Totally unique tetapi tak mampu untuk menampilkan kekuatan filem pertama. Dengan keterampilan bogel Eva Green, filem ni hanya mampu memberikan godaan tetapi tidak pada keganasannya. Dramanya boleh tahan dan ianya, pada sesetengah orang termasuk aku, aku kira Robert Rodriguez dan Frank Miller selayaknya memikirkan untuk Sin City 3. 

3.5/5

Tuesday, January 6, 2015

Review: Automata

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gabe Ibanez
Pelakon | Antonio Banderas, Dylan McDermott, Melanie Griffith

Bila aku tengok permulaan filem ni, kepala mula ligat teringat kepada filem I, Robot. Kisah tentang robot yang hidup dengan manusia, kemudian ada set of rules yang dikeluarkan untuk pastikan robot ni tak hidup lebih dari manusia. Then in the end, robot ni akan jadi lebih pandai sehingga alter the rules dan bangkang untuk jadi lebih hebat. Then, the story begins. 

Apa yang ada dalam Automata macam tulah jugak. Sebuah idea yang pada aku disifatkan sebagai pengulangan benda yang sama. Cuma idea filem Gabe Ibanez ini pada aku nampak lebih clear dan real daripada filem I Robot yang lebih futuristic dan ‘buat duit’. Automata lebih memaparkan tentang usaha robot untuk jadi diri mereka dan membentuk satu ‘umat’ mereka sendiri tanpa kacau manusia yang ada. 

Secara tersiratnya, Automata cuba berkata yang setiap benda yang dicipta tidak harus dikawal dan setiap sesuatu itu harus hidup tanpa ada kawalan selagi ianya tidaklah mengganggu sistem kehidupan di situ. Automata ada cerita sosial dan juga idea yang besar. 

Namun, pada akulah, Automata tidak begitu menghiburkan. Jauh dari sebuah filem si fi yang betul betul menghiburkan seperti Total Recall dan sebaris dengannya, Automata nampak seperti kurang imaginative dalam perkara perkara si fi. Premisnya nampak agak biasa dan tidak mampu hidup sebagai sebuah naskah yang original dan segar. 

Memang aku sendiri rasa mengantuk sebab filem ni agak lambat dan juga tidak ada benda benda yang benar benar berikan aku grip untuk aku keep on watching sampai habis. Namun, aku gagahkan juga. Plotnya nampak sangat unik namun gagal untuk menampilkan cerita yang betul betul buatkan aku puas. Segala benda yang dipaparkan kelihatan agak lambat. 

Aku mungkin tak salahkan filem, kalau filem ni di mata orang lain nampak hebat dan ohsem. Mungkin filem ni bukan taste aku dan bukan gaya aku. Filem yang lambat dan memang memerlukan penantian satu penyiksaan ini memang filem yang selalunya aku letak tepi. Namun, Antonio Banderas punya pasal, aku gagahkan juga untuk tonton. 

Tapi, entah kenapa aku suka pulak dengan soundtrack yang nampak pelik tapi unik. Memang nampak natural dan real je. Tak perlu orchestra semua, just tepuk tepuk belakang besen atau baldi je. Haha. 

Tak nak hurai banyak banyak sebab mungkin aku tak arif dengan filem filem yang banyak silent dan perlu fokus pada Banderas yang serius bebenar dalam filem ni. Aku akui some part is entertaining tetapi keseluruhan filem ianya sucks! Mungkin pada aku secara peribadilah. Tak tahu kalau orang lain kurang suka dengan pendapat aku. 

2/5

Monday, January 5, 2015

Review: Into The Storm

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Steve Quale
Pelakon | Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh

Buat pencinta filem disaster yang menggemari gaya Rolland Emmerich, 2012 dan The Day After Tomorrow, dan filem klasik Twister, filem bencana ni pasti akan memberikan korang pengalaman untuk berada dalam satu bencana yang agak ganas dan gerun. Into The Storm bukanlah filem kiamat atau apa pun karut marut! Ianya hanyalah filem disaster yang hanya fokus kepada disasternya dan bukan pada cerita humanity nya. 

Yup! Sepanjang aku tonton filem arahan Steven Quale ni, Into The Storm sebenarnya macam kisah tornado yang menari nari, kemudian sepak terajang rumah, lori, kereta dan macam macamlah, dan kemudiannya hilang. Kemudiannya, datang lagi sepak terajang dan kemudiannya hilang. Dan kemudiannya, datang lagi dan the end! Habis. 

Filem ni memang fokus kepada stormnya sahaja. Cerita yang nak dipaparkan, pasal bapak cari anak, dan storm chaser nampak tidak menyerlah langsung dalam paparannya. Pendek kata, korang pasang filem ni hanyalah sebab nak tonton tornado yang menjadikan filem ni seperti sebuah improvement dari filem Twister. 

Steven Quale yang mengarahkan Final Destination 5 memang berjaya menjadikan filem ni mencemaskan walaupun ianya agak lambat disebabkan karakter karakternya hanyalah sebuah karakter kecil yang gagal dibesarkan. Steven Quale menekankan keganasan tornado dan memberikan ruang untuk kita rasa kekuatan sebenar tornado. 

Bencana itu digambarkan sebagai tak terduga dan menjadikan watak wataknya hanyalah seperti semut yang sedang main dengan kaki manusia yang berjalan. Elemen bencananya nampak boleh dijangka, tapi excitement untuk melihat kemusnahan boleh dirasa. 

Oleh itu, untuk kita melihat emosi tentang kasih sayang dan juga perkara perkara yang tipikal dalam filem disaster, itu amat menghampakan. Lakonan pelakonnya yang memang nampak tidaklah aku kenal sangat nampak seperti filem biasa yang tidak meyakinkan. Melihat daripada keseluruhan plot, aku kira ceritanya hanyalah diambil ringan. Excited nak mentornado kot sampai jadi gitu. 

Tapi, tak mengapalah. Even aku tak dapat emosi dan juga jiwa yang besar untuk filem disaster, filem ni berjaya dibantu dengan visual found footage yang boleh dikatakan puaskan hati akulah untuk genre ni. Paparan tornado yang agak ohsem sehinggalah babak babak serangan tornado yang mendebarkan menjadikan filem ni ada sesuatu untuk ditonton. 

Ianya tak massive sangat in term of disaster. Hanya sekadar storm dan tornado. Namun, untuk hiburan ringan, Into The Storm memang sebuah filem disaster yang memuaskan. Dah lama kan tak tengok disaster? Hah, kali ni peluang untuk rasa pengalaman menonton bencana seolah olah ianya sedang berlaku. Memang enjoy, walaupun plotnya ringan. 

4/5

Sunday, January 4, 2015

Review: Kill / Dil

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Shaad Ali
Pelakon | Ranveer Singh, Ali Zafar, Parineeta Chopra

Kill / Dil ialah sebuah filem jenayah cintan cintun yang dilakonkan oleh Ranveer Singh dan Ali Zafar dan heroinnya pulak ialah Parineeti Chopra. Filem ni meminjam elemen koboi dalam rangka promosinya dan juga menggambarkan plotnya yang kelihatan gelap dan juga berat. Namun, jangan dibaca pada promosinya saja, filem ni hanyalah sebuah romantika dalam kisah jenayahnya. 

Nak kata cintanya luar biasa tidaklah sangat. Ianya sebuah kisah cinta si lelaki yang mana seorang penjenayah yang cuba berubah dengan seorang gadis cantik. Ini kisah biasa dan menjadikan ianya luar biasa ialah bagaimana cerita itu disampaikan. Filem yang menampilkan Govinda ni memang memaparkan cinta tetapi dalam suasana yang gelap. 

Bagaimana pulak dengan ceritanya, best atau tak? Hah, senang aku nak cakap beginilah. Filem ni sebenarnya bukanlah banyak aksi maksi sangat pun. Pada awalnya mungkin korang akan sangka yang filem ni pasal assassination attempt dan juga gangster gangster. Tetapi, jangkaan korang meleset apabila filem ni memberatkan cinta lebih dari gangster. 

Govinda yang nampak sangat gah dalam role gangsternya (lama benar aku tak tonton pelakon ni berlakon) memberikan persembahan yang memuaskan. Namun, watak Bhaiyaji lakonannya seolah olah muncul dan hilang tanpa arah tuju yang benar benar kuat. Jauh dari sudut hati, aku mahu dia mati dengan lebih baik dari apa yang dipaparkan dalam filem ni. 

Plotnya juga meminjam kisah cinta biasa. Kisah seseorang yang nak cuba untuk berubah dan juga halangan sepanjang cinta mereka. Itu semua pada aku tidak mampu untuk berada pada satu tahap baru. Memang aku akui Bollywood mampu mengangkat tema yang sama berulangkali tanpa jemu, namun Kill / Dil tidak mampu mengangkat repeated theme ni dengan jaya. 

Namun, di sebalik kelemahan dan juga plotnya yang kurang memuaskan. Pendengar pendengar muziknya aku rasa puas hati dengan lagu lagunya. Muzik Shankar Ehsan Loy dengan liriknya oleh penulis terkenal zaman 90an, Gulzar memang sangat sangat klasik. Ada beberapa lagu yang agak catchy, namun ada juga muzik yang sangat sedap seperti ada aroma 90an di dalamnya seperti Narikhley. Sajde pula rock yang unik. 

Kill / Dil juga punya visual yang pada aku sangat cantik. Filem ni nampak seperti ada aroma filem gangster namun ianya ‘menipu’. Apa yang aku boleh kata, visualnya memang sangat amazing walaupun ceritanya tidak sehebat itu. 

Pada aku, filem ni terlalu biasa untuk deliver luar biasa. Dengan Ranveer Singh yang sangat memberikan lakonan terbaiknya bersama Ali Zafar, ianya tidak mampu untuk membantu plot yang ditata dengan biasa. Namun, aku pasti lakonan duo ini memang antara kekuatan Kill / Dil. Semangat abang adik, dan cinta memang satu adrenalin rush yang seharusnya sempurna. Malangnya Kill / Dil gagal menyempurnakan. 

3/5

Review: Bang! Bang!

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Siddarth Anand
Pelakon | Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Danny Denzongpa

Filem ini merupakan sebuah filem adaptasi rasmi dari filem Knight and Day. Memang pada aku, ianya jujur benar sebab filem Bollywood terkenal kerana adaptasi mereka memang kejam sebab jarang minta izin untuk menciplak filem filem Hollywood. Banyak yang berjaya dan banyak juga yang sebenarnya lebih sekadar syok sendiri. Tambah unsur muzikal sana sini, dan tiada originality antara kelemahan adaptasi kadangkala. 

Bang! Bang! Memang sebuah adaptasi yang pada aku memang hanya mahu memberi ruang untuk komedi Knight and Day itu terjadi dalam situasi berbeza. Jika anda pernah menonton filem lakonan Tom Cruise bersama Cameroon Diaz itu, korang akan rasakan yang Bang! Bang! hanyalah mengekalkan watak dan tidak pada ceritanya. 

Menjadi antara filem yang mendapat kutipan paling tinggi tidak bermakna filem ni memang melebihi jangkaan. Filem Bang! Bang! sebenarnya kelihatan seperti filem Bollywood biasa yang mengekalkan momentum romantiknya dan cinta pada paras sehabis tinggi, kemudian ditambah dengan aksi yang super duper melebihi jangkauan dengan bantuan VFX yang makin menggila digunapakai oleh Bollywood. 

Knight and Day dan Bang! Bang! memang tak sama. Hanya beberapa elemen filem asal tulisan Patrick O’neill itu sahaja dimasukkan dengan adunan plot yang berbeza sama sekali. Ceritanya memang agak jauh menyimpang dan tidak sedikit pun nampak seperti skrip asal. Nampak kan publisiti besar yang diberikan kan? Ehem. 

Fasa pertama filem mungkin sedikit membosankan. Fasa cinta dan jiwa, dalam ungkapan filem ni nampak tidak menyerlah. Hrithrik dan Katrina nampak tidak sekata, tidak mampu untuk bawa roh cinta itu sebagai elemen pelengkap. Namun, apabila part 2 bermula selepas interval, filem ni mula menunjukkan belangnya. Aksi yang padat serta kejutan yang tipikal bollywood menjadi elemen penting yang mengejutkan penonton yang sedikit terlena. 

Tidak dinafikan jika melihat secara keseluruhan, filem ni punya visual yang amat superb, ditambah pula dengan kecantikan Katrina dan kehenseman Hrithik. Malah, lokasi penggambaran memang antara benda yang menjadi factor kecantikan filem ni. Ianya nampak internasional. Namun, untuk lari jauh dari sebuah Bollywood tipikal, Bang! Bang! tidak mampu menjadi seperti Dhoom! 

Muzik Vishal Shekhar pada aku sedap tetapi biasa biasa untuk telinga aku. Aku kurang menggemari muzik yang tidak bervariasi. Dalam filem ni, kesemua lagu lebih kepada dansa rancak yang kurang gemar aku dengari. 

Koreografi aksi memang agak super hebat. Mungkin scene dalam air semasa di pulau agak menjengkelkan. Tetapi, aksi car chase dan juga pertarungan akhir dalam kapal terbang tu mungkin antara yang best dalam filem ni. 

So far, tak lah hebat mana adaptasi ini. Namun, factor tarikan seperti Hrithik Roshan dan Katrina Kaif antara benda yang menjadikan filem ni box office. Jalan cerita adaptasi yang diBollywoodkan sehingga ianya kurang enak mungkin antara kelemahan. Namun, aksi, keseksian pelakonnya dan juga visual yang cantik berjaya menjadi penutup segala kelemahan itu. Bang, bang! 

3.5/5

Saturday, January 3, 2015

Review: Seventh Son

Tahun Terbit | 2015
Pengarah | Sergei Bordov
Pelakon | Jeff Bridges, Julianne Moore, Ben Barnes

Permulaan tahun 2015 ini dimulakan dengan menonton Seventh Son. Aku sebenarnya tidaklah tertarik mana untuk menonton filem ni atas beberapa sebab. Pertamanya, filem ni dibarisi pelakon yang tidaklah hebat mana pun. Setakat Jeff Bridges dan Julianne Moore yang itu aku rasa tidaklah juga mampu untuk menawan hati aku. Bukan apa, aku selalu bayangkan Jeff Bridges ni sebagai copycat Sean Connery yang sangat menjengkelkan sejak RIPD. 

Aku tak kisahlah, dah tak ada filem lain yang nak ditonton, maka aku pilih juga untuk duduk menonton. Maka, cerita yang berfokus tentang cinta tiga segi kejam dan pengkhianatan juga tambah cinta kasih sayang antara ibu dan anak ada elemen tema yang cantik. Aku rasakan temanya mungkin memuaskan dan menjanjikan pengajaran, tetapi ianya tidak mampu untuk memberi cerita yang benar benar mengancam. 

Filem ni menggunakan kepercayaan blood moon sepertimana ada dalam filem Hansel dan Gretel juga beberapa filem lain sebagai titik untuk bercerita. Which pada aku, sangat sangatlah aku rasa agak kurang menyerlah dan sudah dapat diagak. Cliche. Tapi, tak mengapalah. 

Plotnya pada aku terlalu biasa dan tidak berapa mencapai tahap yang benar benar hebat. Ianya gagak dicambah dengan baik pada setiap sisinya. Malah, aku rasakan premisnya nampak macam terumbang ambing dan kesamarataan yang diberi pada setiap plotnya menyebabkan filem ni tiada jiwa yang betul betul menyerlah untuk sebuah filem epic fantasi. 

Dok sembang gebang pasal tema, maka timbul juga persoalan kenapa sebenarnya mamat ke tujuh ni. Kenapa tak enam ke, lima ke? Tapi, kalau kita ketepikan pula persoalan itu dan terima fiksyen ini seadaanya, persoalan besar yang timbul di sini, kenapa anak ketujuh itu dibawa bersama spook sedangkan si Spook ini sebenarnya ada misi peribadi. Nah, ianya bukan kisah seventh son tetapi Spook yang meminjam seventh son. 

Justeru, aku boleh simpulkan yang filem ni jauh menyimpang dari matlamat asal. Malah, karakter anak ketujuh itu sendiri tidak menyerlah. Dan semuanya seperti cuba diperbanyakkan karakter, namun setiap karakteristik ditinggalkan untuk dibesarkan juga. Lihat saja watak pembantu Strook yang hanya dicipta untuk membina elemen komedi yang tak menjadi. Kesian. 

Namun, kalau korang tutup mata pada persoalan persoalan di atas, aku rasakan filem ni menghiburkan pada aksinya. Mungkin aku rasakan punchline lawaknya macam mengarut dan bullshit. Tetapi, aksinya boleh tahan hebat walaupun aku kira ianya masih lagi pada tahap yang tidak hebat mana. Itu saja moment yang ada nafsu untuk filem ni. 

Ada karakter karakter jahat yang pada aku memang cantik paparannya. Siap ada jahat yang tangan empat, dan jadi naga dan jadi monster bla bla bla. Malangnya, kita tidak diperkira untuk ditayangkan pertarungan mereka dengan lebih dasyat dari sekadar cameo sekejap sekejap dalam pertarungan bercampur campur. 

Dengan Julianne Moore yang nampak tidak mampu untuk jadi bengis dengan kejahatan, filem ni memang punya sesuatu yang biasa biasa saja. Tak ada yang betul betul umph pada segenap inci. Aku rasakan Seventh Son masih mentah dan tidak betul betul digaul dengan baik. Malah, apa yang diberi hanyalah sebuah perjalanan cerita yang biasa sedangkan ianya boleh pergi lebih dari sekadar ini. 

Senang cakap, kalau korang suka monster, korang mungkin suka filem ni sebab filem ni ada banyak monster. Namun, itu jelah yang ada. Monster dalam kisah yang sangat tipikal dan tidak menjanjikan sesuatu yang hebat. Kalau korang nak sesuatu yang menghiburkan, boleh lah jugak. Tapi, nak sesuatu yang hebat, ini bukan filemnya.

3/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...