Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Datin Paduka Shuhaimi Baba
Pelakon | Zizan Nin, Rusdi Ramli, Che Kem, Faizah Elai (klik untuk senarai penuh pelakon)
Awie suntik jiwa. Lagaknya macam apa yang Misha Omar lakukan dalam cerita pontianak sundal dari pengarah sama. Jiwa ala ala Celine Dion dalam Titanic ini sebenarnya antara perkara yang Shuhaimi Baba guna untuk bawa jiwa penonton meresap dalam filemnya.Lagu tema antara perkara penting untuk membuatkan sesebuah filem diingati. Orang ingat Embun melalui Aqasha. Orang akan ingat Tanda Putera melalui Awie!
Tanda Putera ialah sebuah kontroversi yang berjaya keluar dari ditahan, dipenjara, dan ditutup. Dan apa yang hadir sebagai sebuah kontroversi pada aku bukanlah kontroversi mana pun. Pada kaca mata aku, taklah kontroversi mana pun. Pada aku, paparan itu kalau ianya benar, apa salahnya jika dibuka, ditayang dan dibiarkan penonton menilai. Sikap mempolitikkan semua perkara membunuh filem ni pada auranya, namun sisa yang ada masih bisa dihayati.
Pada aku, bila aku tahu itu sebuah kisah benar, apa yang aku harapkan ialah satu. Persembahan karakternya betul betul membawa kita ke dalam situasi yang sedang diceritakan. Lihat bagaimana persembahan Michelle Yeoh dalam The Lady, malah persembahan Josh Brolin dalam W, dan pelbagai lagi. Pelakonnya boleh ingatkan kita kepada watak sebenar. Seolah olah melihat si yang sebenar berada dalam filem itu.
Tanda Putera ada Rusdi Ramlee dan Zizan Nin, which for me, kurang berkesan pada aku. Bukan maksudnya mereka tidak deliver watak dengan sempurna. Mungkin aku kurang nampak TAR dan Tun Dr. Ismail dalam diri mereka. Zizan Nin tidak berjaya membawa simpati kepada sebuah watak patriotik. Dia mati sebagai Zizan Nin dan bukan watak yang dibawanya.
Rusdi Ramlee pula macam escalator. Aku nampak Rusdi Ramlee pada awal hingga akhir, tapi bila dia mati, dia mati sebagai watak TAR. Sempurna bila dia berjaya sentap jiwa aku untuk rasa tentang pemergiannya. Malah, koneksi persahabatannya dengan Tun Dr. Ismail dipegang kukuh sekaligus membawakan jiwa persahabatan, pergolakan dan juga kisah patriotism ke tahap paling tinggi untuk filem ni. Rusdi Ramlee berjaya pada aku apabila aku berharap filem ni belum habis saat dia minta baiki sekolah (adegan akhir).
Apapun, nak cari pelakon yang boleh deliver setiap watak benar sangat susah. Apatah lagi, nak cari pelakon yang boleh, apabila dimake up, menjadi semirip watak sebenar. Usaha Shuhaimi dan produksi sangat aku bangga. Tabik dengan persembahan watak Mahathir. Aku ketawa kecil melihat wataknya. Mirip dan berjaya. Ada beberapa watak yang aku rasa feeling yang sama, tetapi aku tak ingat karakter karakternya.
Tanda Putera menggunakan teknologi yang digunakan KRU dalam 29 Februari. Pada aku, apa yang KRU Studios buat untuk menaikkan Tanda Putera banyak membantu untuk membangkitkan suasana. Namun, dalam kemewahan efek dan suasana yang direka menggunakan teknologi, aku rasakan antara kelemahan ketara ialah paparan lorong di KL yang sangat menampakkan ke’studio’an. Even efek sudah ditambah untuk menampakkan reality, malangnya kebenaran terbuka jua.
Babak lorong, yang mana banyak memaparkan komunis membunuh ketua polis sangat unrealistik. Permainan cahayanya gagal menampakkan yang ruang tersebut berada di sebuah lorong. Gagal di situ sahaja. Yang lain baik!
Gaya Shuhaimi aku kagumi. Setiap momen penting dimasukkan ke dalam filem secara berselang seli. Sekaligus, Tanda Putera berjaya membawakan momen penting sejarah dengan jaya. Malah, apabila Shuhaimi memasukkan visual real footage yang sangat rare pada aku, itu menambahkan aura patriotik dan mengajak penonton untuk kembali bercerita tentang dua watak ketua negara itu. Penceritaannya serius, sangat tepat untuk sebuah filem patrotik.
Sebagai sebuah filem patriotik, Tanda Putera bukan sahaja melakarkan sejarah negara di layar, ianya juga menambah perasa persahabatan yang jarang kita lihat paparannya pada watak watak orang atasan negara. Elemen persahabatan Tun Dr. Ismail dan TAR adalah keunikan Tanda Putera yang membezakannya dengan 1957: Hati Malaya. Gagal atau tidak filem ni di mata rakyat, itu belakang kira. Apa yang penting, Tanda Putera adalah filem patriotik yang ada semangat dari pengarahnya untuk meyakinkan yang sejarah itu wujud untuk kita hayati.
4/5
2 comments:
aku tengok cerita ni masa ada event umno...
masa tu siaran tertutup bersama dato suhaimi baba...
in certain way cerita ni menyentuh hati aku...
ia bukan perkauman, ia semangat untuk hidup aman sesama kaum dan ia adalah satu cerita berkenaan dengan sahabat baik...
tu je...
Thank you for the critique & not forgetting the award that i won :)
Post a Comment