Pengarah | Dan Scanlon
Pelakon suara | Billy Crystal, John Goodman, Steve Buscemi (klik untuk senarai penuh pelakon)
Prekuel kepada filem laris tahun 2001 ini pada aku tak ada yang betul betul bisa pada ceritanya. Mungkin Monster University ditujukan kepada penonton yang mahukan keseronokan dalam pada masa yang sama mengutip mesej tipikal Disney (persahabatan, kejujuran bla bla bla). Menonton filem ni tidaklah bosan, cuma sebagai penonton yang lebih dewasa, aku rasakan filem ni hanyalah wajar ditonton sebagai pelengkap sebab aku sudah menonton Monster Inc. ketika aku berada di tingkatan satu pada masa itu.
Monster Inc bergerak dengan prekuelnya yang cun. Yang mana, pada aku, memberikan ruang untuk penonton merasa satu sisi yang berbeza dua karakter yang dibina, Mike dan Sulley. Dalam filem ni, Mike dan Sulley dibina tanpa ada satu persahabatan, yakni unsur utama Monster Inc. Sekaligus, ini memberikan permulaan yang baru, dan oh ya, satu peluang untuk penulisnya melakar satu kisah tanpa ada kesukaran untuk menyambungkan dengan Monster Inc.
Malah, jika anda menonton filem ni, korang akan sedar yang Monster University sebenarnya hanyalah satu plot yang tidak pun mewujudkan Monster Inc. Dalam filem ni, Mike dan Sulley tidak masuk university dan kemudian selepas itu mereka ditawarkan bekerja di Monster Inc.! Oh, itu sangat tidak terduga. Dan pada akhirnya, aku hanya mampu lihat yang filem ni seperti bermain dengan ceritanya tersendiri, dan hanya kredit akhir yang menyambung semuanya.
Dan tidaklah aku kecewa dengan semua tu. In fact, aku rasakan apa yang disajikan ada isi dan mesej. Utamanya ialah itu! Isi dan mesej. Dan dengan ceritanya yang agak kosong dan diperbesarkan tanpa satu arah tuju, Monster University mampu bawa aku untuk ketawa, tersenyum dan juga bergembira dengan dua karakter ini. Cuma, di akhirnya, aku tidak harapkan yang ceritanya macam itu. Just some story tentang game yang Mike dan Sulley join?
Aku percaya, ceritanya boleh jadi lebih baik dari sekadar hanya nak bercerita tentang game, yang mana aku faham, semuanya berkaitan dengan kerjasama, dan juga percaya yang diri kita sendiri boleh buat apa yang orang lain boleh buat. Jika ada penjelasan yang lebih banyak berkait dengan Monster Inc (2001), itu lebih baik. Malah, aku tidak nampak persahabatan Mike dan Sulley yang jelas. Mereka bermain dan ya, in the end mereka menjadi karakter sempurna.
Pada visualnya, aku rasakan Monster University lebih realistic berbanding filem pertamanya. Itu memang tak dapat dinafikan. Mike dan Sulley lebih hebat dari dulu. Dengan movement yang sangat realistic dan juga permainan warna yang menarik, Monster University mungkin antara peningkatan yang sangat baik untuk siri ini.
Memandangkan prekuel ni sangat lama untuk diterbitkan, dah dapat agak yang ia hanyalah cara untuk Disney nak buat comeback. Tak ada apa yang best melainkan hiburan tipikal Disney. Walaupun begitu, ianya tetap menghiburkan. Pada aku, pengajarannya adalah perkara asas yang menjadikan filem ini laris semasa ia ditayangkan. Oh, dan satu lagi, mungkin juga kerana ramai yang menonton Monster Inc. mahu merasa apa pengalaman menonton prekuel apa diri penonton itu sudah dewasa.
3.5/5
No comments:
Post a Comment