Tahun | 2013
Pengarah | Ismail Bob Hashim
Pelakon | Along Ezendi, Along Cham, Nora Danish (klik untuk senarai penuh pelakon)
Filem pasal budak budak hostel ni bermula dengan baik. Pada aku, ceritanya ada impak yang tersendiri. Ada memori dan fiksyen yang bercampur dan menjadikannya sebuah filem imaginasi pengalaman budak hostel yang penuh komedi dan jug meriah. Put dan Kodan lakonan Along Ezendy dan Along Cham memang membangkitkan ceritanya. Justeru, Lagenda Budak Hostel antara filem MIG yang perlu direspek dalam ramuan komedinya yang sedap.
First half filem ni meriah. Itu aku suka. Walaupun apa yang berlaku antara Aaron, Put, Kodan dan Seroja nampak bukanlah seperti berpijak di bumi nyata, lakonannya meyakinkan. Menyukai komedi Put dan Kodan yang sangat clever. Tahniah kepada si penulis skrip yang memikirkan idea idea gila dalam membentuk jiwa Put dan Kodan yang sangat gempak.
Malangnya, apa yang aku lihat, semakin filem ni bergerak ke tengah, aku nampak filem ni seperti tak ada rasa mahu naik satu tangga. Mungkin first halfnya (sebelum Put dan Kodan join pilihanraya) agak baik, namun semakin filem ni menuju ke penghujung, Put dan Kodan sudah semakin lemah dan tidak bertenaga. Dua watak ini berjalan dan terus berjalan dengan tingkahlaku yang sama dan berulang ulang dan menyebabkan wataknya semakin menjengkelkan.
Disebabkan itu, Lagenda Budak Setan punya dua bahagian yang tidak diratakan sama licin. Itu sangat mengecewakan sedangkan apa yang berlaku pada separuh masa filem sudah mampu meyakinkan dua watak ini mampu membawa penonton ke dalam sebuah cerita yang dijaja lagenda di sebuah hostel sekolah. Aku tidak menyangkakan yang ending filem ni sangat tidak meyakinkan sehinggakan ianya lari jauh dari sebuah idea budak sekolah. Ending yang sia sia!
Watak lakonan Epy Raja Lawak dan Eddy Apro sangat bagus. Sangat membantu. Malang sungguh, dua watak ini ditinggalkan tanpa apa apa twist yang mengenengahkan dua budak hostel ini. Pada aku, watak Shahrizal, mamat yang nak bersaing rebut jawatan tu sangat sia sia. Lebih baik jika Kilat menggantikan. Mungkin sedikit emosi dan juga permainan lebih baik jika setiap watak tidak hanya membawa komedi, tetapi saling membantu untuk menggerakkan filem. Buat apa letak watak yang hanya muncul dengan niat untuk dimatikan. Kan?
Namun, walaupun agak menurun ceritanya apabila semakin mendekati penamat, aku respek idea filem ni. Lagenda Budak Hostel berani bercerita dengan memberikan babak babak yang sangat ohsem untuk sebuah filem budak sekolah. Adegan komedi sangat bijak. Malah, adegannya sangat teratur dan tidak tergesa gesa. Itu sangat bagus.
Tabik untuk Along Ezendi dan Along Cham yang sangat memberikan persembahan yang terbaik. Malang juga apabila Pekin Ibrahim disiasiakan. Lakonan lawaknya (pada awal filem) sangat menjadi. Dia antara yang membantu untuk menunjukkan yang Lagenda Budak Hostel bukan guna pelakon recycle MIG. Namun, tindakan membuangnya keluar dari permainan menyebabkan semua pelakon yang beraksi dalam filem ni layak digelar pelakon ‘recycle’.
Arahan Ismail Bob Hashim bagi filem ni memberikan sebuah filem budak hostel yang sangat cute. Ceritanya tidak berfokus kepada suasana yang besar. Itu bagus. Tapi, bila adegan akhirnya cuba membentuk sebuah lagi ‘Budak Pailang’, aku rasakan Lagenda Budak Hostel rosak. Aku tahu, adegan itu mahu tunjuk yang Put dan Kodan tu tak kuat mana pun. Aku faham. Tapi, aku lebih selesa jika final scene itu stil berlaku di sekitar sekolah / hostel.
Dengan adegan akhir yang mengecewakan, Lagenda Budak Hostel ada komedi yang agak baik dan tidak mengecewakan pada separuh masa yang pertama. Tindakan untuk hanya terus berjalan dengan rentak yang sama sehingga ke penamat cerita membuatkan filem ni makin lama makin lesu. Bermula dengan baik, berakhir dengan errr.. buruk. Namun, untuk sebuah kenangan dan juga imaginasi pengalaman budak hostel, filem ni antara filem budak hostel yang termeriah aku pernah tonton.
3/5
No comments:
Post a Comment