Akan Datang!

Thursday, October 17, 2013

Review: Inferno

Tahun terbit | 2013
Pengarah | Pang Brothers
Pelakon | Ching Wan Lau,   Louis Koo, Angelica Lee (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pang Brothers nampaknya cuba memberikan impian mereka untuk membina sebuah filem bencana yang mungkin boleh menarik penonton untuk menangis, cemas dan bersedih dalam kisah yang diberikan. Hadirnya Inferno sebagai sebuah filem bencana sangat bagus. Walaupun tidak melihat ceritanya, filem sebegini mampu mengukur sejauh mana pembikin mampu untuk membawa watak yang direka ke dalam kisah takdir yang ditentukan ‘tuhan’ yang direka, yakni bencana.

Inferno cuba mengikut tradisi The Tower (2012), namun filem filem ni cuba untuk jadi lebih realistik. Tidak seperti The Tower yang lebih menunjukkan yang kemegahan itu boleh menjatuhkan seseorang, Inferno cuba mengangkat cerita adik beradik. Mungkin elemen ini mampu untuk mendekatkan penonton dengan reality dan juga kehidupan. Dan ya, walaupun aku rasakan ada sedikit kekurangan dengan emosi abang adik yang ditonjol, elemen itu bagus.

Bercerita tentang ceritanya, Inferno bermula dengan sangat baik. Namun, permulaannya sangat pantas sehinggakan penulisannya melupakan pengenalan watak watak yang kecil. Akibatnya, muncul watak watak yang tidak diketahui asal usul dan punca yang mula mengikut adventure yang disediakan. Atas nama mangsa yang terperangkap, Pang Brothers nampaknya mahu penonton menerima mereka seperti itu. Kosong tanpa identity, tapi mampu mengisi ruang cerita.

Pada aku, itu sangat tidak berapa menarik perhatian aku. Aku rasa itulah kelemahan yang sangat ketara untuk filem ni. Bagi aku yang kurang tonton cerita Chinese, pengenalan sebegini macam mengejut sangat. Watak tauke berlian contohnya ada konflik yang bagus. Namun, tenggelam begitu saja menjadi satu cerita pendek yang tak ada kaitan apa apa dengan cerita lain. Malah, chemical yang berada di ruang kosong itu nampak sangat hanya direka sebagai pemula aksi letupan dan bukannya penggerak cerita.

Aku juga hairan dengan setup watak lakonan Loius Khoo yang mana digambarkan sebagai seorang pereka alat pemadam kebakaran. Sepanjang filem, aku tak nampak pun pelbagai alat kebakaran yang direkanya digunakan. At least, ada dua tiga scene yang cuba menunjukkan device rekaannya pun dah cukup. Yang ada dalam filem ni hanyalah satu saja scene menunjukkan bebola habuk yang direkanya yang gagal memadam kebakaran dalam masa yang lama.

Itu satu perkara yang sangat menduka citakan. Juga Aku harap penyatuan pelbagai watak yang dari pelbagai latar belakang ini mampu membentuk satu pasukan untuk adventure melepaskan diri yang ada jiwa, rasa dan juga kejutan. Malangnya, mereka hanyalah sekerdil kerdil manusia yang terperangkap yang tidak mampu melakukan apa apa. Konflik yang aku nantikan antara watak utama tak berjaya. Dah nak naik, tetiba saja turun balik. Tak sampai.

Apa yang menarik tentang Inferno adalah visi Pang Brothers memberikan visual api yang sangat besar. Visual api membakar menakjubkan. Malah, pengarah duo ini tak lupa memberikan satu dua scene slow mo yang menakjubkan dan memukau. Malah, efek filem ni walaupun beberapa tempat nampak sederhana, tetapi ada satu dua scene yang boleh dibanggakan.

Inferno bukan filem yang baik dari segi emosinya. Semangat karakternya hilang apabila setiap karakter hanya menurut perintah dan tiada konflik besar berlaku. Tapi, filem ni taklah membosankan. Inferno ada scene menyelamat yang baik seperti scene menyelamat guna kren yang sangat gempak dan memberi gayat. Sebuah filem bencana yang biasa walaupun semangat Pang Brothers dilihat agak tinggi dalam menghasilkan filem ini.

3/5

1 comment:

Anonymous said...

http://www.fareastfilms.com/newsPage/Teaser-For-As-The-Light-Goes-Out-4514.htm satu lg film genre bomba cam fire inferno...ha2..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...