Akan Datang!

Friday, October 4, 2013

Review: KL Gangster 2

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Syamsul Yusof
Pelakon | Aaron Aziz, Zizan Razak, Adiputra (klik untuk senarai penuh pelakon)

Dua tahun pembikinan, pembaziran wang berjuta juta, dan campur baur visi dan misi seorang waris pengarah ternama akhirnya membentuk KL Gangster 2. Filem prekuel yang menjadi kesinambungan kepada filem terlaris 2010 ini ada dua kali ganda semua isi. KL Gangster 2 ada adrenalin rush yang sangat hebat. Kesemuanya demi memberikan yang terbaik untuk penonton KL Gangster. Tabik spring untuk sebuah usaha gigih yang menjadi. Filem ni ada sengat! 

Menerusi KL Gangster 2, Syamsul Yusof akhirnya berjaya lari dari skeptikalnya pandangan penonton terhadap filem Malaysia. Dia sudah menunjukkan yang director Malaysia mampu untuk membuat sesuatu yang out of box jika masa yang diberi cukup, visi dan misinya jelas, dan kemampuan serta keupayaan dipercayai. Syamsul nampaknya memberikan degup nafas habis tinggi sekaligus tidak membenarkan penonton untuk terus meng’hina’ karya Melayu ketika sedang menonton. 

KL Gangster 2 ada momen yang sangat baik. Penonton akan ketawa di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terpegun di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terus pasang telinga sepanjang filem sebab bahasa cina+melayu yang digunakan sangat memerlukan pendengaran yang jelas. Aku juga bergantung pada subtitle untuk few sentences yang sukar untuk aku dengar dengan jelas. 

Overall, cerita KL Gangster 2, jujurnya tidak bertindak sebagai sekuel yang benar benar sekuel. Permulaannya yang terus menyuntik adrelin tidak memberikan kita untuk kenal betul dengan watak dan perwatakan. Mungkin penulisan filem ni menggalakkan para penonton untuk faham perwatakan melalui filem pertamanya. Filem yang bergerak sebagai prekuel pada cerita nampak seperti sekuel dalam penerangan wataknya. Sekaligus, ini memberikan peluang untuk penonton rasa isi paling penting filem ni iaitu aksinya. 
Melalui filem ni, aksi aksi dalam filem ni menjangkau imaginasi. Ternyata, dengan bajet yang besar, KL Gangster 2 berjaya memberikan aksi yang benar benar dirasakan seperti menonton sebuah filem luar negara. Sebuah kontena dijauhkan, dua kereta diletupkan, malah sebuah kereta polis diterbalikkan. Lagi gempak, kereta juga dijatuhkan dari parking atas bumbung! Malah, Samsul memberikan fighting scene yang sangat baik. Adegan Malik dan Jai lawan Tai Long antara fighting scene paling panjang dan giler babi best! Terbaik dengan sekuen tembak tembak yang ohsem dan gila punya kepuasan. 

Syamsul Yusof di posisi Shark bukan lagi kanak kanak kecil lagi. Lakonannya sangat bertambah baik sekaligus membentuk sisi Shark yang sangat awesome. Walaupun Aaron Aziz sebagaiy Malik dan Zizan yang menyerlah, Shark nampak lebih baik dari filem pertama. Dan yang paling gangster antara gangster, of couselah Rosyam Nor sebagai Tai Long. Watak ini satu sengat yang sangat kuat bisanya. Aku puji paparan kekejaman Tai Long. Gempak! 

Visual KL Gangster 2 sangat internasional. Pembukaannya yang mana dilatari dengan voice over Malik sangat menaikkan bulu roma. Aku rasa aku bukan tonton sebuah filem Malaysia, tetapi sebuah filem buatan luar yang sangat kemas editingnya, dan paling penting, paling gempak muziknya. Muzik latar yang sangat membantu, editing yang gempak, serta pembukaan dan penutup yang bagus memberikan KL Gangster 2 filem gangster yang sangat berbeza. 

Sisi negatif, keterujaan Syamsul untuk memberi aksi menyebabkan aksinya sedikit kurang kemas. Jag air yang nampak sangat dilekat pada meja hanya untuk dipecahkan sangat potong stim! Beberapa kontinuiti problem dikesan juga. Malah, tindakan Syamsul yang memberikan ruang untuk aksi berlaku sebelum babak tersebut benar benar established membuatkan penonton terkejar kejar untuk ambil emosi. Aku kurang suka itu terjadi ketika babak samseng datang kacau mak Malik. Tak sampai berapa minit babak tersebut dah bergaduh. Terlalu pantas. 

Pada aku, KL Gangster 2 ada kepuasan adrenalin yang sangat tinggi. Elemen yang paling penting dan membuatkan filem ini berjaya sudah tentunya elemen kekeluargaan yang sangat kental. Malik dan Jai memberikan persembahan yang sangat bagus untuk menarik penonton terbuai dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan. Mixture aksi, sedih, mesej dan kehidupan adalah campuran yang sangat gempak untuk filem ni. 

Aku teruja dengan filem ni. Kurang lebih, filem ni sempurna sebagai sebuah filem Malaysia. Bergenre aksi, KL Gangster 2 antara filem aksi yang mungkin akan diingati untuk masa yang lama kerana pertama, disebabkan apa yang Syamsul berikan dan yang kedua, kontroversi bocornya filem ni. Apa yang Syamsul Yusof letakkan dalam filem ni ialah semangatnya untuk membuktikan yang filem Malaysia boleh pergi jauh. KL Gangster 2 best sebagai ‘popcorn movie’. Terbaik selamanya, sebuah filem Malaysia yang sempurna! Kalau orang luar tonton maa, wa tarak malu lah sama ini filem! 

Syamsul Yusof sudah membuktikan dan dia adalah "Michael Bay Malaysia". Penonton sukakan arahannya walaupun masih ada aura bapanya dalam arahannya (tak macam adiknya yang sangat jauh bezanya gaya pengarahannya). Rasanya, sudah tiba masanya untuk bawa KL Gangster ke hadapan. Mungkin boleh buka peluang untuk para peminat KL Gangster untuk pitch idea bagaimana filem ni boleh dibawa ke depan tanpa menghilangkan momentum filem asal, kan?

4.8/5

15 comments:

Norfanil said...

dah tengok dah.. best gila kot..
hopefully dapat masuk box office walaupun dah bocor..

http://twone2121.blogspot.com/ said...

ade 1 babak tak logik dan rasional lah, mase polis dtg nak tahan shark tu. 2 polis tu x alert ke kiri kanan diorang ade samseng2 dgn senjata bagai, kalu fikir logik lah,ptut mintak back up dulu atau suruh konco2 shark tu kumpul setempat dulu. rasenye lah

azman said...

filem yang hebat.. sayangnya dah bocor sebelum tayangan

Long Cham said...

ORG TTP SUPPOORT KLO BERLUALITI XPYH RISAU

dariilhamkehati said...

hahaha , wah , banyak pujian nih, CP pown tgk yang bocor punyer maaaa...tak tgk wayang, waktu CP tgk , CP tak sedar pown rupa2nya filem nih tak tayang lagi ! pergh ! sayang la , cerita dia memang , suka dengan susunan2 skripnya, nampak cool,

skrip jai,
"aku tak merokok, mak aku tak bagi isap rokok sebab ak ada asma.."

tak berapa nak sama la skripnya tapi yang nih la , ahahaha !!

Anonymous said...

aku setuju filem malaysia boleh pergi. bukan setakat syamsul je. ramai lagi pengarah boleh buat.

cuma yang menjadi masalah ialah bajet. nak kena da bajet yang cukup. sebab kat Malaysia ni segala-galanya mahal. kalau buat filem mahal-mahal, takut tak ada pulangan pulak

nuurjana said...

kte xtgok lg..hehehe..teringin jugak nak tengok..

ika said...

xprnah tngok lg ganster2 ni..best ke?? t kena try tngok la..hihi

Ce'gu JAERA said...

Terbaik

amanina nasuha said...

setuju dgn setiap kata2 awk dlm entry pasal klg2..yup..sangat2..heheh sy da tgok jugak mggu lpas :)

sohoque said...

Waaah. Kena tgk jugak kalau review mcm ni. Cam best jer

azman said...

Aku dah tengok memang aku rasal
kan the best filem aksi.Ada part yg aku tak suka,watak Zizan yg nampak macam kacau dan tidak kena dengan suasana.

Anonymous said...

aku guna anon sebb aku takde google akaun.. aku baru lepas tonton KL gangster semalam.. best!! bab bajet macam yang anon atas cakap.. sebenarnya filem kat Malaysia kalau buat bajet bawah 1 juta pun boleh.. pengarah la kene pandai, yang mahalnya kalau ada adengan letup2.. rumah meletup,kereta meletup, apa2 lah asalkan meletup memang kena ada bajet yang tinggi.. bab shooting2 semua boleh guna CGI..peluru,asap keluar dari mesingan leh guna CGI..yang tak ok guna CGI darah..darah kene guna darah pewarna, corn syrup.. baru nampak real.. pelakon pulak,kalau citer fight mesti di ajar fight dulu selama 3 bulan.. barulah skill nampak power.. masa acting fight scene kene laju.. baru leh best tukang edit buat kerja, muzik kene bagus..shamsul copy paste muzik dri filem lain.. tapi tak kisah la, gempak..karang nak bikin muzik baru kene bayar lebih pulak..apa pun, KL gangster 2 best! lepas tgk wayang ni aku nak tggu DVD ori buat koleksi.Kepada pengarah2 lain, aku tgk korang buat filem, korang tak bimbing pelakon cakap gaya bagus2.. kadang2 cara pelakon berdialog nampak lemah.. fight scene pun lemah. edit tak best, so banyak2kan rujuk dari filem2 aksi yang dah berlambak di bikin dari tahun 70an,80,90,2000. Alah.. filem aksi banyak weh.. senang je korang nak rujuk..US, Thai,japan,vietnam,filipina, HK yang paling superb.. cuma jangan meniru dan copy paste dah la.. nak copy paste muzik takpe.. kalau copy aksi karang kene kutuk, sebb org boleh tahu.generasi sekarang banyak yang dah tonton filem2 luar dengan adanya internet, VCD pirate.. so kene create aksi yang baru bagi orang luar pandang industri filem kita pulak.. naikkan nama Malaysia di persada dunia melalui perfileman.

tarmizi said...

Setuju dengan anonymous. Kat Asia ini mana ada filem juta2. Dekat Hollywood dengan Bollywood je berani buat filem juta. Kira bangga jugalah Malaysia boleh buat filem juta2 untuk kepuasan pengguna. Terima kasih Samsul..

http://twone2121.blogspot.com/ said...

apa fakta da ko pkai tarmizi, dkat asia xde film juta2?? banyak kot...igt org asia miskin ke nak publish film

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...