Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com . Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad. Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com. Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English. Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. - 2 Oktober, 2013. - sumber
Mr Bean Peluk Islam hanyalah satu trik pemilik web israellycool.com untuk menarik trafik ke blognya. Ini jelas di dalam artikelnya No, We Do Not Believe Rowan Atkinson Converted To Islam (Updated). Jadi, tak perlu nak heboh2 ok. :-)
SHARE entry ni supaya orang muslim tidak bergembira atas satu permainan penipuan israel.
3 comments:
lol.. tipu la ni maknanyer? haish~
mmg tak percaya pun...
lepas nih kalaw nak percaya bia taw benda tuh betul2 sahih atau tak...
**CP antara yang percaya ...
Post a Comment